Hari ketiga persekolahan, tangisan Rayyan Ariff bermula sebaik sahaja dia menaiki kereta lagi. Amukan yang bukan sedikit. Sudahnya, saya menelefon atuknya di kampung dan membiarkan Rayyan Ariff dipujuk atuknya. Setelah seketika dipujuk, amukannya mula reda.
.Setibanya kami di sekolah, tangan Rayyan Ariff bersungguh-sungguh menunjuk ke arah pintu masuk sekolahnya tanda mahu segera masuk. Saya jadi keliru. Mana satu yang dia mahukan, ke sekolah ataupun tidak? Terus sahaja saya melangkah masuk dan menghantarnya ke kelas. Hari ini, Rayyan Ariff adalah orang pertama yang tiba.. =)
.
Mari kita buat wood puzzle.. |
Wohoho.. Lappie pink you!! |
Setelah seketika, saya tinggalkan Rayyan Ariff dan bergerak ke pejabat. Jam 1015am, saya menelefon bibik untuk bertanyakan keadaan Rayyan Ariff..
.
"OK kak.. Dia baik-baik sahaja. Tidak menangis dia. Saya masuk suapkan makanan pun dia buat tidak tahu. Cikgunya sibuk sahaja melayan dia.."
.
Lega di situ. Sekurang-kurangnya, tiada adegan amuk.
.
Jam 1.15pm, saya menelefon bibik lagi. Bertanya khabar. Resah tak diam duduk mama Ian. *Emo*
.
"Kami udah sampai tadi, jam 1245pm. Lama berpusing-pusing menghantar murid lain.Rayyan sedang tidur Kak.. Oh yea Kak, esok cikgu pesan tidak perlu pakai seluar jeans. Pakai seluar biasa sahaja kerna dia mahu mengajar Rayyan ke tandas supaya tidak perlu pakai pampers lagi.."
.
Sumpah, waktu itu ada rasa sedih. Sedih yang bukan sedikit. Syahdu. Terus sahaja saya mengadu kepada rakan sepejabat..
.
"Sebelum ni,ada dua tiga orang jugak suruh Wan potty train Rayyan sebab dia boleh take instruction, tapi Wan tak sedia.."
"Nape, Wan malas ke?" Tanya teman itu.
"Takkk.. Wan nak dia pakai pampers. Sebab tiap kali Wan pakaikan pampers untuk dia, rasa macam dia baby lagi.. Baby kecik.. Kalau tak pakai pampers dah besar la.."
.
Drama queen, kan? *Mode sedih - Even 30 years from today, he will still be my baby!*
~@Sob.Sob.Sob@~
.
Menurut bibik juga, Rayyan Ariff tidak henti-henti tertawa gembira sepanjang perjalanan pulang menaiki bas sekolah. Teruja mungkin. Kali pertama menaiki bas. =)
.
Menurut bibik juga, Rayyan Ariff tidak henti-henti tertawa gembira sepanjang perjalanan pulang menaiki bas sekolah. Teruja mungkin. Kali pertama menaiki bas. =)
.
Secara keseluruhannya, Rayyan Ariff behaved very well in school today. Cikgunya juga melayan dia dengan cukup baik. Kebanyakan waktu, dia asyik melayan Rayyan Ariff. Sewaktu Rayyan Ariff menyusu juga, anak itu berbaring berbantalkan paha cikgunya.. Sepanjang Rayyan Ariff duduk di kerusi, tidak sesekali dia meninggalkan anak itu. Sewaktu Rayyan Ariff duduk di bawah pula, dia begitu setia meriba dan melayan anak kecil itu.
.
Mungkin itu lebihnya Rayyan Ariff.. Allah SWT memberikan dia kelebihan dengan membuatkan orang-orang sekelilingnya mudah jatuh kasih padanya. Syukur Alhamdulillah!
22 comments:
bestnya kalau ade sekolah macam ni untuk ayesha kat rural area kami ni :(
alhamdulillah.. syukur... terharu saya membaca entry ini...
haaa..kan bagus gitu..Jiey..tgk dulu dalam sebulan..kalau ok..maknanya tak perlulah susah2 lagi nak cari sekolah lain..Ian belajar rajin2 yek.. :)
Wah...seronoknya ian dapat g school yer?tergambar keriangan di wajah mulusnya tuh.Belajar rajin-rajin yer nak..jadi orang bijak.
jiey.. aku lagi kronik tau.. kadang aku bedung kan anak dara tu.. waaaahhh tak dpt terima kenyataan punya orang!
Mcm lepas mandi aku selalu cover abih dia sampai kepala... dukung masuk bilik.. ckp "ala baby umi yg baru lahir ni"
terkekeh budak tuh!
waaaaaaaaaa nak baby!
Alhamdulillah, Ian dilimpahkan dengan kasih sayang yang bukan sedikit....good boy:-)
x pakai pampers pung takpo jiey, deep down in our heart..meme anok kito tu baby jah sokmo :)
Syukur Ian happy bersekolah. Jiey janganlah sedih Ian dah nak potty train. Kalau nak dia pakai diaper sampai umur 30, mana nak cari size? Hihi.
jiey
:)
hanya tersenyum membaca entry ini :)
he is always ur baby jiey..
meleleh air mata akak jie....betapa agungnya kasih ibu terhadap anaknya kan ?
jiey..ian dah ke sekolah...ok la tu...aar kan jie..bila dah tak pakai pampers mcm dah tak bbay kan diorg..hehhehe
belakar rajin2 ye ian...
Yup..i share the same feeling bila anak dah mula takmo pakai pampers dan boleh berdikari ke toilet sendiri. Tapi takpe, in the end dia tetap akan carik kita kan?
*mode pujuk diri sendiri jugak ni*
; )
alamak Jiey, samalah kita
akak tak potty train kan alesya lagi pun, tahun ni nak masuk 3 tahun dah,
akak temui jawapannya kat sini.. hahahaha bila dia masih pakai pampers, terasa dia baby lagi.. uhuks.. akak lagilah jiey oiii dah tak boleh beranak lagi... lagiii nak nak dia jadi baby akak sokmo...
Salam...
At least Jiey tak perlu bimbang dia boleh well-behave kat sekolah.. Biase lar drama pagi2 tu.. :)
cerdiknya rayyan! sweet sgt dia. Argggg bestnya kalau dapat tgk dia belajar..hahaha mesti happy sangat. Go rayyan go..
"Rayyan Arif memang membuat sesiapa yg memandangnya akan jatuh kasih"... it's true Jiey... He's so cute !!!
bestnya... rayyan dah besar! big boy! insya Allah kasih ibu buat anak ni tak mungkin berganti atau berkurang walau sebesar mana anak itu...
Good la rayyan nak start potty training. My autistic son pun baru je khatam potty train untuk wee wee umur 4 tahun lebih, tapi utk uk uk belum lepas lagi...
alhamdulillah...syukur2...terharu bace entry ni...betapa besarnya kekuasaan Ilahi..
comey sguh ian...mg ian sentiasa maju ye sayang....:)
Alhamdulillah Ian dapat cikgu yang sungguh baik hati dan memahami. InsyaAllah akan sentiasa ada orang yang mengasihi dia :)
dia suka tu sekolah..harap dia boleh berdikari bila besar nnt....kat mn sekolah dia nie?
hanya membaca blog akak, melihat gambar ian buat saya rasa syg pada anak itu.. die sgt istimewa kak.. wajahnye sgt suci dan murni.. harap cikgu2 disana akan menyayangi die seperti akak menyayangi nyer
Post a Comment