Wednesday, January 26, 2011

Tak payah berdolak dalih; penerimaan terhadap anak OKU memang masih kurang!!

Honestly, saya malas untuk menaip entri ini. Mahu biarkan sahaja ianya berkubur di dalam minda ini, namun saya sudah berjanji dengan beberapa teman di FB..
.
Kenapa saya malas? Kerna cerita-cerita seperti ini takkan habis.. Selama mana saya bergelar ibu kepada Rayyan Ariff, selama itulah saya harus membiasakan diri dengan penolakan aka rejection. Inikan fitrah manusia, yang sering punya takrif tersendiri pada hakikat sebuah kesempurnaan.. Takkanlah setiap kali ditolak, saya harus melayan mereka dengan membuat entri khusus..
.
Secara ringkas, hari isnin adalah hari yang cukup mencabar kerana saya terpaksa mengambil EL dek keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang kurang memberangsangkan seperti yang saya ceritakan di dalam entri sebelumnya.
.
Setelah menghantar Rayyan Ariff dan bibik pulang dahulu, saya bergerak ke kedai kek bagi mendapatkan beberapa potong kek dengan perisa berlainan dalam usaha memujuk Rayyan Ariff untuk makan. Usai memilih kek, saya terpandang pada logo Smart Reader yang jelas terpampang. Saya tidak tahu sama ada masih dibuka ataupun tidak kerna jam waktu itu sudah melebihi pukul 230 petang.
.
"Singgah sahajalah, sekadar bertanya.." Bisik hati ini..
.
Sewaktu saya tiba di tingkat satu bangunan kedai itu, sungguh saya tidak perasan bahawa perempuan yang ada di kaunter itu sudah mahu pulang. Namun dia tetap melayan saya dan menyuruh saya duduk..
.
"Kami sebenarnya dah nak tutup.." Dia
"Oh yea ke? Maaf tak perasan.." Saya.
Beberapa ayat lagi sekadar pembuka bicara.

"Berapa umur anak puan? Lahir tahun berapa?"
"Tahun ni nak masuk tiga. Lahir tahun 2008.." Saya
"Oh, kat sini kami dah terima umur 3 tahun.." Ujar dia lagi dengan penuh bersemangat.
"Anak saya special needs child.." Saya.
"Oh, kami tak terima special child kat sini.. Anak you down syndrome ke?" Dia. Dengan nada yang sudah berubah dan tidak berminat.
"Tak. Dia Developmentally delay.. Slow learner.."
"Puan, slow learner lain.. Anak puan ni down syndrome ke autistic?"
.
Masa ni, serius rasa nak jentik hidung minah ni. Which part of the word "Tak" yang ko tak paham? Dah aku kata bukan syndrome down, bukan autistic, bukanlah.. Pastu nak ajar kita pasal slow learner plak. Seriously, even though ko dah bertahun ajar budak-budak, tapi sape kat sini yang lebih well experienced dengan special child, ko ke aku??
.
"Puan, kita tak terima special child kat sini.. Sebab kita takut takleh nak deliver.. Apa kata puan antar anak puan ke sekolah anak istimewa.." Dia.
"Saya memang dah hantar.." Saya
"Ha.. Dah tu??" Dia.
Eh, eh, menyampuk pulak dia.. OK, to cut the story short, ni antara beberapa ayat dia yang saya rasa cukup tak mesra alam..
"Cikgu dia, therapists dia, even doctor dia suggest suruh gi skolah biasa so that dia boleh bergaul dengan anak-anak normal.. Dia alert n focus OK. Lagipun, kami memang buat early intervention programme untuk dia macam OT, physio, speech therapy semua.." Saya.
"Oh tapi kita tak terima anak istimewa takut apa yang kita ajar ni dia tak dapat ikut.. nanti puan blame kita.." Dia.
"You tak tengok lagi dia macam mana you dah boleh kata yang dia takleh ikut? Walaupun physically dia delayed, takkan kita nak ignore mental ability dia.. I've worked so hard for this child and I dah ajar dia banyak benda.." Saya.
"Bukan puan. Nanti dia rasa rendah diri.. Sebab dulu ada budak umur 5 tahun datang, semua OK, boleh bercakap everything. Cuma takleh jalan jer.. And dia memang rasa rendah diri sebab bila budak-budak lari and joget2, dia takleh nak follow.. Kalau terlanggar macam mana? Budak-budak kan lasak.. Lagipun, budak-budak sekarang pun dah tahu main geng-geng" Dia.
"Sebab budak-budak lasaklah saya akan bawak maid saya sekali teman dia.. 5 tahun dah besar. Anak saya baru nak masuk 3 tahun.. Apalah yang budak 3 tahun faham tentang rasa rendah diri? Lagipun, sebelum ni saya ada bawak anak saya ke satu taska ni and they are OK to accept him.. He can take instruction..Kalau kita tak dedahkan dia, lagilah tersisih.." Saya.
"Ha kalau macam tu hantar la kat sana.. Kenapa tak hantar kat sana?" Dia.
"Kat sana yuran mahal. 600-700 sebulan.."
"Untuk anak sendiri apa salahnya, pengorbanan untuk anak..Bukan untuk orang lain" Dengan nada menyindir..
.

Jangan bercakap dengan saya tentang pengorbanan wang ringgit kalau kamu tidak kenal siapa saya!  Kalau bukan di atas tiket pengorbanan, takkanlah saya sanggup 'membuang'  sumber pendapatan sebanyak RM30K untuk bercuti tanpa gaji selama 6 bulan?? Pendapatan bulanan tiada, bonus terjejas kerana kaedah pro-rata bagi tahun 2009 dan 2010, hutang kredit kad yang bertambah, tahap simpanan yang  kritikal, semuanya kerana seorang anak!!!!
.
Honestly, untuk sebuah taska @ playschool biasa dan bukannya sekolah untuk anak istimewa, yuran RM600-RM700 sebulan adalah mahal. Sedangkan masih ada yang menawarkan yuran yang sedikit murah, salahkah saya kalau saya melebarkan pilihan sebelum membuat keputusan??
.
"Puan, boleh ke puan nak antar maid puan sama-sama tiap-tiap hari?"
Ayat mencipta alasan!
.
"Puan, kami takut kami tak dapat ajar anak puan.. Kami takut in term of delivery.." Dia.
"Saya sudah maklumkan tadi, saya boleh ajar anak saya sendiri dan saya dah banyak ajar dia.. Yang saya nak dedahkan dia adalah dari segi sosialization!"
.
OK, seriously, saya memang dah takde hati nak letak Rayyan Ariff kat sini.. It's more to argument untuk menyedarkan manusia di depan saya ini bahawa golongan OKU juga wajar diberi peluang! Kasihan anak-anak yang dihantar ke situ.. Kerana mereka di ajar oleh seorang cikgu yang shallow! Dididik oleh guru yang tidak punya empati.. Kerana mereka dibenarkan berpuak-puak sedari kecil dan bukannya di ajar untuk menerima.. So shallow!
.
"Bukan puan, saya tak bermaksud nak menghina puan. Tapi kami tak diajar untuk mengajar anak istimewa, kami takde pengalaman.. Takut nanti delivery takde.." Dia.
"Kan saya kata saya cuma nak in term of socialization. Cara awak memang salah! Belum awak tengok lagi anak saya, awal-awal lagi awak dah halau. Dah taknak terima, memang saya rasa terhina.. Cara penyampaian awak ni salah.." Saya.
"Ok, puan bawak dulu anak puan ke sini kita tengok macam mana.." Dia.
"Awak ingat saya nak bawa dia kat sini lagi ke? Belum apa-apa lagi awak dah pandang rendah pada dia.. I've worked so hard for this child and saya takkan biarkan orang macam awak tolak anak saya macam tu jer.." Saya.
"Maaflah puan tapi kami memang takde kepakaran dalam nak mengajar anak istimewa.. Saya bukan niat nak menghina puan bla.. bla.. delivery.. bla.. bla.. tersisih.. bla bla.." Dia.
"Tak kiralah apa niat awak tapi cara awak ni memang salah.. Belum apa-apa lagi  ibarat awak dah halau saya,dah bgtau taknak terima.. Ni ke cara bercakap dengan orang?" Saya.
"Saya sebenarnya nak cepat, ni saya dah pegang kunci kereta ni.." Dia.
Kalau betul ko nak cepat, apsal ko tarik kerusi n bagi aku duduk. Siap cakap lagi, biasa ada cleaner datang cuci time budak budak dah balik, yang korang terima budak-budak seawal usia 3 tahun and what not.. Nak bermanis muka konon. Bila aku bagitau anak aku OKU, terus ko jadik sibuk nak balik.? Nak cepat? Not acceptable laah!!
.
Ini antara intipati perkara yang terkeluar pada waktu itu.. Walaupun berkali-kali dia meminta maaf, saya hanya berlalu dengan menegaskan cara penyampaiannya adalah salah! Dan saya juga tidak tahu apakah dia benar-benar ikhlas dengan permohonan maafnya kalau dihujung bicara dia tidak habis-habis menggunakan perkataan ''delivery''..
.
Sebelum ini saya pernah bertanya pada taska lain. Namun cara penolakan mereka yang lembut langsung tidak meninggalkan kesan pada saya. Bukankah diplomasi itu penting?
.
Tapi saya memang terkesan dengan cara perempuan itu. Namun saya tidak mungkin menitiskan air mata untuk orang seperti itu. Tidak berbaloi. Dan saya pulang ke rumah dengan satu perasaan baru.. Satu semangat baru untuk lebih berusaha demi Rayyan Ariff. Allah SWT sebenarnya melindungi Rayyan Ariff daripada orang seperti itu kerana anak saya adalah bukti keajaiban kekuasaanNya.. Dan perempuan itu tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menyumbang kepada keajaiban Allah ini. Fullstop.
.
Rayyan Ariff was doing well with his classmate-tak-jadi @ Sri Mawar CDC
.
Pulang sahaja, saya bercerita pada bibik.. "Kak, tadi saya pergi tanya satu sekolah ni, dia kata taknak terima Rayyan sebab Rayyan anak istimewa.."
"Orang melayu kita? Islam?" Soalan pertama dari bibik.
"A'ah.." Saya menjawab ringkas..
"Waduhhh.. Enak saya dia berbicara. Lupa tuhan mungkin dia.. Kita doa sajalah yea.. Semoga anak-anaknya semua sehat-sehat saja.." Ujar bibik dengan penuh ketidakpuasan hati..

42 comments:

Puan Ros said...

Salam jiey.Puan Ros Paham perassan jiey.I'am also the owner of a kindy and wish that u all staying new by my area as to give little ryann a chance to attend the kindy.We do have a special kids here and trying our best to make them happy.Jangan putus asa jiey mesti ada tadika yang willing to give a space for special litte one like ryann.Anyway you have done a great job with him.

Eray Majid said...

masih ade lagi people yg shallow minded....huh!

kasihibu said...

bersabarlah mungkin ada hikmahnya..

Aida Lela said...

terharu baca kisah nih.
InsyaAllah, ada hikmah disebalik semua nih. mungkin tempat yang lebih baek berbanding tempat yg akak pegi tu.

Anonymous said...

jiey...perasaan ni rasanya semua org hampir pernah alami, bila kita tanya sesuatu, org jwb mcm acuh tak acuh & pandang rendah kat kita...memang panas terbakar dlm hati...kdg2 bila jumpa org mcm ni, selain sakit hati, kita boleh jdkan pengajaran supaya tak jadi mcm dia...mintak dijauhkan la...kurang asam sungguh!

wanie_kashfi said...

jiey...perasaan ni rasanya semua org hampir pernah alami, bila kita tanya sesuatu, org jwb mcm acuh tak acuh & pandang rendah kat kita...memang panas terbakar dlm hati...kdg2 bila jumpa org mcm ni, selain sakit hati, kita boleh jdkan pengajaran supaya tak jadi mcm dia...mintak dijauhkan la...kurang asam sungguh!

mamasoffy said...

Sangat sedih bila pemikiran dan budi bahasa orang Melayu kita dan seorang Muslim begitu...

Mama Naveed said...

Dear Jiey..

Tak kisah la ape jadi, semoga Ian jadi anak chumel dan bijak.. :)

yatie chomeyl said...

jenis ore x reti baso gitu la jiey deh. mulo2 tu duk napok ko ptiih jah, tu sedap ajok jiey masuk oyat takpo lewat pong..alih2 bilo oyat abe Ian special, terus buat alase mace2.
dop try lg kecek banyok doh, cikgu genamo rimau la lagu tuh. kok palo derah baru tahu

Bicara hati ibu aisya said...

:( jiey, seriously ayu jadi geram + sedih baca entry nih.Begitu rendah pandangan mereka pada anak-anak OKU.Terus hati nih terpikir bagaimana nasib aisya nanti.
ayu tahu jiey kuat!Dalam sepuluh mungkin 1 yang begitu, selebihnya masih ramai yang menyokong, membantu.Moga ada jalan yang lebih baik untuk anak-anak ini dibawah keredhaanNya.

Rizziela said...

Bagus Jie ada gak bibik yg boleh berkongsi rasa

Tapi memang tak patut orang tu bercakap mcm tu..mungkin sebab dia tak ada anak seisitimewa Rayyan..sebab tu dia tak faham perasaan Jie...tak per...yg penting ALLAH sentiasa ada bersama kita..Insyallah

wanie md zain said...

kuang ajr punya pompuan..mcmanala leh jd cikgu...
patutke sorg cikgu dan mungkin jugak seorg ibu berckp mcmtu pada ibu yg lain..

sabar yer jiey...mana tau nanti part dia mcmana la plak...

zura_habibhaariz said...

hmm barula tau keseluruhan cerita...btl2 kurang ajar dan kesempitan otak la that lady...cara dia berckp mmg tak sesuai...mmg ptt kak jiey smash dia mcm tu..xpyh hantar la tmpt2 mcm tu...dh nmpk mcm mana penerimaan bkn dr bdk2 tp dr cikgu tu sendiri..
Insyaallah kak jiey akan jumpa tmpt yg sesuai utk ian..b strong...

Pnut said...

ishkk akak baca ni pun berapi-api... geramnya aku.... kejadahnya ko bukak smart reader tp dia sendiri tak smart...

alaa jiey honestly, smart reader tak der la best mana pun gah je lebey.. si abang Najmi dulu dah masuk situ, biasa je.. silibus dia pun ketinggalan, tradisional, tak review gamaknya, berbanding CIC, Q-Dees, aulad..

Ada kes kat putrajaya, ni kawan akak anak dia delay juga, tahun ni darjah 6, dia bukan bodoh sangat, cuma slow sangat, dan tidak begitu fokus.. this one guru besar, sebok panggil kawan akak, konon advice suruh hntr anak dia ke sekolah pemulihan (khas) kat putrajaya juga la, ada satu sekolah khas untuk slow learner.

puas kawan akak argue, kata dia tak kesah anak dia ketinggalan, sebab dia sendiri tak pernah push anak dia, asalkan dia bergaul, bersosial, dapat ikut pelajaran sikit-sikit pun ok,

tapi this guru besar bla..bla.. memacam, at one point kawan akak dah hilang sabar, dan cakap, cikgu takut prestasi upsr jatuh ke? disebabkan anak saya? cikgu tidak adil.. then cikgu besar deny. tp itulah hakikatnya. stupid la.. kawan akak tu bertahun-tahun belajar kat UK, anak dia dah dpt early education dengan sempurna dah, balik malaysia mereka di 'down grade' sebegitu, saper tak sedih.

Tapi kawan akak pegi juga bawa anak dia ke sekolah pemulihan, sampai saya, sedih kata dia, yg kat situ autisme, dan mmg slow sgt, sedangkan anak dia cuma delay sikit, sudah pandai membaca, cuma lambat tangkap apa diajar. dan cikgu sekolah tu pun tak tau kenapa guru besar suruh hntr anak dia ke sekolah pemulihan??

tak adil sangat2 anak-anak ni dinafikan hak mereka..

Jiey-report je kat HQ smart reader, and biar owner situ learn her lesson sikit, Smart reader ni franchise, so mesti HQ kontrol...

sori panjang.. geram..

Mrs. Simplicity said...

gigih aku membaca sambil jenguk2 keje...

hmmm what to say. aku merasakan org yg ko jumpa tu bukan principal. kerek dowh! cam bagus. tp rasa mcm tak la bagus mana. sgt tak diplomasi. harus la ko banned itu SR.

KLMari said...

Salam Jiey...orang macam tu, mmg sangat patut patut patut dibahasakan !!! Berasap kepala bila baca entry ini...Eiii !!!!

Anonymous said...

salam pn,
sy baru shj membaca blog ini dlm bln lepas dan saya sgt kagum dengan semangat pn. saya tak pasti di mana kediaman pn tapi adakah kawasan keramat jauh dari kediaman pn? di situ, di AU5 ada taska yg menerima both normal and special child. nama taska, Puspeta no telnya 03-41067267.

.mem besor. said...

niat tak menghalalkan cara. mungkin niat baik tapi banyak lagi cara lain nak menyampaikan mesej. but that doesnt matter. as long as you know what you've done and how miracle is your son, no matter what people say you just shut it off. don't let it stays as prints in your heart k. i'm sure ryan is much more blessed with many loving people around him.

afni+hafiz=dani said...

bertambah geram bila akak cita bdk tu melayu dan islam..saba la yer, anggap ni semua dugaan. sy cukup x suka org mcm tu..

Mayyonnizz said...

Amin.... sedeynya...

tp bangga dgn jiey...

whatever it is.. cara komunikasi tuh penting... tak kira dengan budak or mak budak.. kena ckp baik..bukan tengking2..kan dh kena tgking balik...

i rasa dia akan rasa bersalah seumur hidup dia...

sabar yer jiey.

nh.razali said...

Salam kak jiey,

Ni adalah comment pertama saya
Sedih btl dengar cerita akak
Takder budi bahasa betol perempuan tuh...Kalu la dia teacher kat Smart Reader tuh agaknyer macam mana lah cara penyampaian dia?
Harap akak dpt bersabar& tabah...semoga apa yg berlaku menjadikan kita lebih bersemangat dihari depan.

Idayu said...

sabar yea...mmg stigma masyarakat pd oku masih kurang, so as to the ank2 mangsa HIV. even facilities/peluang kerja utk mereka pun kurang atau tiada langsung especially di luar bandar. sebenarnya inilah yg perlu diperbetulkan dulu..

debonairs88 said...

sy x fhm nape ade manusia yg tak sensitif dgn perasaan org smpai tahap cmtu skali..bile kite melawan balik baru nk berdolak dalih, mntk maaf,etc..selagi kite melayan org mcm ni mmg x pandai jaga ayat2 yg keluar dr mulut..sedih lagi bila org mcm tu org melayu.. apa la dosa kanak2 OKU dekat dia agaknya smpi mcm tu sekali penerimaan die..

Mama Kembar Tiga said...

Jiey, bagus juga dr awal Jiey pegi situ jumpa pompuan tu, kalau tak dah terhantar situ pastu baru tau ada someone as shallow as that keja situ lagi sakit hati. She's not good enough for Rayyan. InsyaAllah pencarian Jiey akan berjaya soon.

Unknown said...

Yuppp...betul kata bibik tu...itu orang Islam yg lupakan tuhan...Lupakan Allah yg menjadikan makhluk...bila sempurna merasa diri terlalu hebat...Ada rahsia tentang Smart Reader..nanti akak inbox Jiey kat FB...

Buat Ian..Tak pe Umi Nanie tahu ada tempat pendidikan yg terbaik buat Ian...InsyaAllah akan bertemu..cuma belum sampai masanya...

AIN NAZRI said...

nampak kejam sungguh perempuan tu.. baik awal2 cakap nak balik.. dari terus menerus menyakitkan.. dia tak belajar soft skill kot kak.. xpe kak.. ada tempat yang lagi baik tuk rayyan belajar.

ieda said...

jiey..
they are simply business oriented.they dont love kids.they just want to make the kids looks smart so that public will look at their business.the more bright kids means more money to them..
rayyan will have a better place then that...dengan izinNya pasti ada.

Kak Salina said...

Salam Jiey,

Kadang2 penerimaan orang tak sama. Macam school Ajim, Kak Ina x nampak plak dia beza2kan their previous student yg akak cakap Autism tu. Principal tu very nice and treat that boy in special and different way.

Even Ian terkebelakang skit akak rasa tu bukan alasan utk diorg cakap camtu. But please be strong tau Jiey for Ian.

Naddiea said...

Alhamdulillah Jiey x jadi nk hantar Ian kat situ.mungkin rezeki Ian ditempat lain.insyaallah..

Anonymous said...

It's bad.... xpe Jiey... insyaAllah Rayyan akan dapat yg lebih baik dr itu... Kadang2 kita takkan dapat memahami keadaan org lain kecuali bila dah terkena pada diri sendiri... Apa2 pun teruskan usaha untuk Rayyan... ;-)

Mamanurin said...

fuh!!!sampai hati orang tu..tak ada perasaan langsung! nak cepat dijadikan alasan menutup kata-kata yang dilontarkan. Jiey, rezeki rayyan ditempat yang lebih baik dari itu, Alah sentiasa merahmati dia..insyallah.amin amin

Anonymous said...

Jiey.
sedih sangat2 baca. betul lah dia mencipta alasan..tak guna cakap dengan org macam tu. tak guna bersedih. Saya doakan Jiey tabah & moga Ian bertambah baik.. insyallah Ian boleh.

Lynn Abd Latib said...

jiey

kalo SRK kat TAMAN PUTRA..kenal sgt2 owner melayu yg sgt POYO..dan kalo betul tekaan lynn..mmg dia jenis org mcm tuh..dan dia jugak tggl di kawasan umah jiey jugak!!abaikan manusia macam tuh..

transformed housewife said...

Bg Knur SR tu buke smart sgt pung. meme nok ko duit jah. Kalu smart sgt, cikgu dio tok wat perangai lagu tu. jenih tok reti baso.

Kak Nie said...

Kak,

Ian definitely deserves a better place than that SR. Keep on searching, dont lose hope and gets discouraged by one remote incident like this. Eloknya lepas bahasakan budak tu, post aje entry ni ke sidang pengarang mana2 paper. im sure she's not the only one out there yang "perlu dibahasakan" !!

hang on girl !

leya_zaini said...

mama rayyan.... gi complain kt hq smart reader tu...sakit hati betul ngan perangai org yg camtu... cuba kalo jadik kt diri dia sendiri then she'll understand.... b*d** punya orang!! tp x tau la kalo hq pun same pesen ngan org camni kan...mmg la nak terlungkup smart reader nih... education is for everyone... whoever wish to learn then u have to teach... lg plak dey all ni kata menawarkan education for kids.... isshhh... sengal betul! kdg2 gatal je mulut ni nak menyumpah org camtu. tu la kt cni kita kurang menitik beratkan pembelajaran anak2 yg punya kekurangan. agaknya pada dey all yg pangai camni bebudak yg kekurangan ni biar je camtu... wat mcm xde masa depan! x de rasa tanggungjawab nak bantu anak2 begini... penerimaan yg sgt menyedihkan!! sedih la dgn sikap segelintir umat yg perangai camni. sori beb emo plak... lama x menjenguk rayyan kt blog ni disebabkan kesibukkan kerja n uruskan family then bila ada kesempatan membaca nih diberikan dgn citer camni... mmg terbakar rasanya. act my parents in law pun dedua oku... u tau jiey masa hidup susah sape pun x pandang tp bile skang ni umah dah beso hidup senang ramai ngaku sedare..... so kaitannye ngan rayyan ialah agaknya manusia2 camni bila dah tgk sendiri kelebihan, kekuatan and sedar yg rayyan mampu mcm bebudak yg dikatakan normal br nak buka mata.... ishh mmg tersangat sakit hati.... daif sungguh org2 mcm nih..mintak sangat org camni diberi petunjuk n hidayah...

Cik Sue said...

Salam Jiey,
memang la Melayu sudah lupa...apa salahnya terima jer anak2 yg mcm Rayyan tue. OKU ker tak sama jer kalau cikgu pandai melayan anak2..Ini ler Melayu yg nak layu..uhuhuh. Moga Jiey terus tabah menghadapi dugaan dan rintangan

Min said...

geram, geram tol baca... anyway, keep being strong my dear jiey!

K i a H R o N g G e n G said...

mama ryyan,

saya mencadangkan puan cuba ini : http://www.shichidamethod.com/

Jika tidak keberatan, kelas dia weekend. sekali seminggu..drp mengandung dah boleh entrol belajaq method depa ini. Its good utk semua kanak-kanak bagi meningkatkan used of brain.

Bayaran mahal sedikit, errmmmm...puan survey lah dulu mcm mana.

mirah said...

sememangnya masih ada yg memandang rendah oku ni. Mirah sejak mengenali kwn2 di alam maya nivyg ada anak2 special ni, rasa insaf sangat. Sebenarnya kita ini masih belum cukup terbuka. Belum terbuka pemikiran utk menerima anak2 special ini. Mentaliti ini yg patut diubah dulu.

Moga jiey tabah dan tak putus harap utk Rayyan. InsyaAllah moga ditemukan dgn taska yg baik utk Rayyan nnt..

Hamizah said...

sedih bila bc kisah ni..
harap jie tabah..
dah byk terbukti ramai autisme yg berjaya..

Watie Aziz said...

meh bak sini alamat smart reader tuh, meh aku bakar kindy dia! ahhahaha.bunguk!