Wednesday, January 12, 2011

Memarahi diri sendiri untuk sesuatu yang bukan satu kesalahan!

OK, kali ini adalah kisah Rayyan Ariff ke sekolah.
.
Sesi persekolahan adalah dari jam 8am hingga ke jam 12pm. Hari pertama, Rayyan Ariff bertahan sehingga jam 11am sebelum dia mengamuk mahu pulang. Hari kedua, dia hanya bertahan sehingga jam 10.30am dan bibik segera menelefon En.Hubby untuk menjemput mereka pulang.
.
Hari esok masih belum tahu bagaimana. Saya tidak dapat menemaninya lagi. Esok, saya hanya menghantar Rayyan Ariff dan bibik ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Dan mereka berdua akan pulang dengan dihantar oleh bas sekolah yang disediakan. Runsing juga apabila memikirkan sama ada Rayyan Ariff mampu bertahan sehingga jam 12pm atau tidak. Harap-harap dia mampu kerna esok hari, tiada lagi saya ataupun En.Hubby yang boleh membawa mereka pulang awal lagi..
.
Hari pertama, sewaktu saya menemani Rayyan Ariff dari luar, sumpah mahu gugur air mata ini tatkala melihat anak saya duduk di kerusi dengan tertib sambil bermain dengan bead toys. Matanya melilau memandang sekeliling termasuk anak-anak lain yang sibuk dengan aktiviti mereka sendiri. Melihatkan Rayyan Ariff yang tidak dilayan sesiapa membuatkan hati saya meronta-ronta ingin mendapatkannya, namun minda menghalang.
.
Sehinggalah selepas kejadian Rayyan Ariff terjatuh dan menangis tidak berhenti, barulah saya dibenarkan berada di dalam kelas tersebut iaitu bersebelahan cinta hati saya itu.
.
Dalam pada saya sibuk melayan kerenah Rayyan Ariff, mata saya tidak lepas memandang anak-anak lain di dalam kelas itu. Ada anak cerebral palsy dan ada juga anak autisme di  dalam kelas itu. Dan Rayyan Ariff adalah yang termuda di antara mereka.. Sungguh hebat asuhan cikgu itu apabila anak autistic yang asalnya hanya berada di dalam dunia mereka sendiri berjaya dilatih untuk menguruskan diri sendiri. Berpakaian sendiri, ke tandas sendiri, makan sendiri dengan tertib, dan juga bisa melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan. Namun yang nyata, mereka tidak 'berhubung' dengan rakan-rakan yang lain. Kemahiran sosial masih lagi perlukan ruang untuk dipertingkatkan.
.
Waktu itu saya terfikir, bukan ini yang saya mahukan untuk Rayyan Ariff. Saya mahukan dia bersosial agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Namun senario ini menunjukkan bahawa Rayyan Ariff masih lagi terasing. Namun saya tidak mahu terlalu cepat menilai kerna ini hanyalah hari pertama persekolahan.
.
Waktu sesi rehat untuk minum pagi, saya dihampiri 'seseorang'.. Dan dia yang berhati mulia ini memaklumkan sesuatu kepada saya setelah puas memerhati tingkahlaku Rayyan Ariff sedari awal kehadiran Rayyan Ariff.
.
"Honestly, he's not suppose to be here. He's too focus and too alert to be in this place. He seems so restless because things that we've here is not to his standard. He can do the activity easily though there're still  some room for improvement. Why dont you go and find a better place for him to develop. He's hunger for stimulation and he needs one to one teacher so that he can feed his  learning needs.. And he needs the stimulation right now, dont wait until it's too late.."
.
Saat itu, rasa panas menyerbu ke muka saya. Apa yang sudah aku buat untuk Rayyan Ariff?? Saya mula mencongak kesalahan diri. 
"Did I overstimulate him?"
"Or maybe I've not done enough for him that he doesnt belong to any category?"
.
Kesedihan datang menerpa kerana Rayyan Ariff bagaikan golongan 'tersisih'. Dia dikategorikan sebagai 'advance' apabila diletakkan di kalangan kanak-kanak istimewa. Namun jika diletakkan di kalangan anak-anak tipikal, dia memang sedikit ketinggalan dan pastinya tidak dapat untuk segera menerima pembelajaran seperti mereka.
.
Tatkala itu, saya cukup kecewa dan marah pada diri sendiri kerana mengeluarkan Rayyan Ariff dari kepompong anak istimewa. Hati menjerit mengatakan kalau benar saya mahu berusaha untuk dia, seharusnya saya membawa dia ke satu tahap yang mana dia tidak tersisih. Istimewa atau tipikal, selagi ada tempat untuknya, bermakna dia tidak tersisih.
.
Beberapa nama sekolah dicadangkan kepada saya dan minda terus berkira-kira. Apabila sekolah antarabangsa yang dicadangkan, pasti yurannya bukan sedikit!
.
Setelah meninggalkan sekolah tersebut, saya mula membuat panggilan telefon. Pertamanya, kepada 'kakak' saya untuk melepaskan rasa yang terbuku. Dan barulah jiwa ini mendapat sedikit kelegaan.. Seperti kata kakak saya, sememangnya penat mahu memulakan kembali pencarian, namun kami harus bersyukur. Someone acknowledged that Rayyan Ariff is smart and we should be thankful for that.
.
Betul. Saya terlupa. Benar-benar terlupa. Ini anugerah tuhan buat seorang anak kecil yang dilahirkan di dalam keadaan hampir tiada sel otak! Pernyataan syukur yang harus kami berikan di atas kurniaanNya bukan?? Terus sahaja mulut saya tidak henti-henti mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada tuhan yang maha memberi...
.
Dan hati ini semakin kelegaan apabila saya selesai berbicara dengan Ina, ibu Nabila.. Mungkin kami terpaksa meneruskan pencarian kembali, namun bukankah ini sesuatu yang baik?? =)
.
Untuk hari kedua, saya meminta Rayyan Ariff diletakkan di lantai sahaja kerna bimbang dia akan jatuh lagi..
.
Saya tahu, ibubapa adalah guru terbaik buat anak-anak dan alangkah indahnya kalau saya mampu mengajarnya sendiri sepanjang waktu. Namun kekangan kewangan sangat tidak mengizinkan. 
.

Di sekolah Rayyan Ariff juga terdapat kepingan wood puzzle seperti ini, namun bilangannya adalah sedikit berbanding jumlah kepingan puzzle ini. Mungkin 3-5 keping. Dan apabila my so-called severely brain injured baby sudah mampu menyesuaikan kesemua 16 keping puzzle di atas, mungkinnya dia merasakan tugasan di sekolahnya adalah tidak mencabar.. Mungkin. Wallahualam.
.
Saya sudah mengambil keputusan untuk membiarkan Rayyan Ariff meneruskan pembelajaran di sekolah ini untuk tempoh sebulan kerna sayang pula dengan segala yuran yang telah dibayar. Dalam waktu yang sama, saya akan meneruskan pencarian tempat terbaik buat Rayyan Ariff.. Semoga dipermudahkan segala urusan  anak ini dan semoga anak ini akan 'diterima' kelak.. Aminnn..
.
P/s - Puzzle di atas adalah pemberian boss di pejabat. Kali pertama melihatnya, hati berkata, entah bilalah Rayyan Ariff boleh buat semua. Biasanya begitulah, sesuatu yang kita tidak jangka itulah yang anak-anak kita akan tunjukkan.. Right? =)

9 comments:

teacher bonda said...

jiey, jgn sedeh2 k.
alhamdulillah sy bc bl ckg tu kata ian too focus n too alert..means ian is too good 2 be there..kuatkn semangat n teruskn wat yg terbaik utk cinta hati jiey tu k..:p

Bicara hati ibu aisya said...

Rayyan Ariff memang anak yang bijak.Teruskanlah pencarian jiey..insyaallah,tempat ian pasti ada.

yatie chomeyl said...

abe Ian meme budok bijok, hope jiey dpt jupo skoloh yg sesuai tu untuk abe Ian..cayangg abe Ian

Mayyonnizz said...

slm..jiey actually im thingking the same too..tp perkiraan ayu..jiey mesti buat dan inginkan yang terbaik untuk dia...

itu semua pengalaman...kalau jiey tak hantar sini dulu jiey takkan tahu keupayaan Rayyan... what ever u've done for him so far is more than good enough... :))

menjaga anak2 istimewa ini mcam main tresure hunt..kdg kita tak tahu apa yang kita buat tuh betul atau tidak... sangat suspen dan menyeronokkan.... take care jiey!!

ieda said...

sementara jiey mencari sekolah yg lebih baik elok juga rayyan di situ..sekurang2nya dia dibiasakan bersendirian dgn org lain selain ahli keluarganya.
bila anak2 istimewa ni berada dipertengahan mmg pening kepala kan jiey..tambahan plk dgn kewangan yg terhad.akak jg dlm situasi yg sama.mlm tadi dok menerawang berfikir nak hantar nabila ke mana utk lebih merangsang otaknya.di PDK nampak very basic & nabila pun macam tak minat nak berkawan.kalau kami keluar dgn keluarga NARC bukan main seronok lg dia bermain dgn anak2 lain yg normal.very friendly..sedih hati bila kenangkan nasib dia.

Yasmin Nabilah.. said...

Moga segalanya dipermudahkan untuk Rayyan dan Jiey.. Amin..

MaMaNuRiN said...

his too smart! wow!! kan mama dah kata, Rayyan anak yang bijak..dia pasti akan berjaya,doa mama moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Amin Amin

linda said...

alhamdulillah...syukur....ian mmg ank yg bijak...insyaAllah pasti akn ade sek yg sesuai untuk ian....smg sgala usaha jiey dipermudahkan olehNya.....aminnnn.....

Min said...

alhamdulillah! that's a good news my dear, nothing to blame yourself. u done your part... Rayyan mmg anak yg bijak!