Friday, December 30, 2011

Segala cinta yang ada.. III

Entry wajib untuk setiap hujung tahun - recap kisah sepanjang tahun. And again, I decided to use the same title as what I've used for year-end-recap-entries.. Kerana masa yang kesuntukan, hanya main things sahaja kita update yea..
.
January
Of course, the biggest thing would be Rayyan Ariff went to school for the first time.. Kali pertama menghantar putera tunggal ini ke sekolah, penuh rasa syahdu di dalam ruang jiwa.. Anak Mama dah besar.. Dulu, most of the doctors predicted that he wont survive after birth, namun dia kini ke sekolah..
.
.
Besar nikmat Allah SWT untuk kita nak..

Dan satu laginya, kami juga mendapat konfirmasi bahawa Rayyan Ariff tidak memerlukan cermin mata kerana hasil pemeriksaan, matanya baik-baik sahaja.. :-)



February
Bulan yang sibuk tanpa bibik yang pulang bercuti ke Indonesia. Bulan yang mana Rayyan Ariff menunjukkan peingkatan yang agak banyak. Berkemahiran menyiapkan puzzle dan sebagainya. Semakin cheeky dan Rayyan Ariff juga berjaya di dalam misi potty training. Tapi hanya di sekolah kerana di rumah, Mama tiada kerajinan itu.. =P

March
Satu berita yang sangat tidak dijangkakan kami terima. Alhamdulillah, syukur Ya Allah di atas rezeki dan kebahagiaan terhebat yang Kau kurniakan untuk kami..
.
Alhamdulillah.. :-)

April
For the very first time, Rayyan Ariff took his first two steps! But that was it.. Takde lagi dah.. Hopefully, with more stimulation, he'll do it again.. ;P

Bulan ini juga, kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang keempat. Alhamdulillah kerna harmoni itu terus bercambah..

Rayyan Ariff dan anak-anak syurga yang lain di majlis sambutan ulangtahun ke 3 Alisya Qaireen yang jatuh pada bulan April.. :-)

May
Encik hubby menjalani pembedahan pada lututnya penangan kecederaan sewaktu bermain futsal, dan di dalam pergelutan antara kepenatan dan morning sickness, saya mengambilalih segala tugasan di rumah. Super penat!
.
Bulan ini juga, kami mendapat pengesahan bahawa Baby RA bebas daripada kondisi yang menyerang Rayyan Ariff sewaktu di dalam kandungan. Syukur Ya Allah!
.
Result Baby RA aka Baby Rifa Aleesya..
.
Paling penting, when May comes, Abang Rayyan is 3!!

June
Pertama kalinya Rayyan Ariff 'bersolat' dengan mengangkat takbir dan mengucapkan Allahuakbar dengan bahasanya yang tersendiri.. Subhanallah.. Super comel!


.
Bulan ini juga menunjukkan Rayyan Ariff menguasai teknik ,merangkak dan dia tidak lagi mengesot seperti kebiasaan yang dilakukannya..


.
Bulan Jun juga menyaksikan kereta comel kesayangan saya rosak teruk kerana kemalangan. Dugaan.. Hubby pula masih lagi bercuti dan mengikuti fisio harian untuk lututnya..

July
Alhamdulillah, rezeki untuk orang baru datang dengan kenaikan pangkat. Pengiktirafan ini tentunya membuatkan saya mahu berusaha lebih di masa akan datang. InsyaAllah..

Mama outstation ke Lumut manakala Ayah dan Rayyan Ariff mengambil peluang bercuti-cuti Malaysia selama 5 hari 4 malam..


Bulan July juga merupakan bulan yang mana kita menyambut Ramadhan.. Subhanallah.. Rindu sungguh pada Ramadhan!
.
August
Hari raya!!


Dan, untuk kali pertamanya, Abang Rayyan pandai lukis bulat-bulat!! Mak banggoo.. :-)


September
Pendaftaran di sekolah baru Rayyan Ariff dan juga sibuk membuat persediaan menyambut ketibaan ahli keluarga baru nanti..
.


October
- Ulang tahun kelahiran saya yang ke 29! Tahun terakhir di siri 20an..
- Percutian singkat ke Cherating
- Pemergian En. Perdana diganti dengan kehadiran Cik Livina
- Paling sakit, Abang Rayyan Ariff diserang demam denggi di saat mama sarat mengandung!

Happy masa cuti-cuti chenta,, Next time bila adik dah besar, mesti lagi happy.. :-)
.
November
Kelahiran sang puteri yang dinanti-nanti, Rifa Aleesya pada 1 November 2011.. Alhamdulillah..

Adik Puteri di hari Aqiqah, 12.11.11

December
- Bulan yang suram kerana masih berpantang.. Hanya bersama keluarga dan anak-anak.. Sebulan di kampung adalah super best! Abang Rayyan, masih dengan akalnya lah.. Pantang mama leka, adik akan dirapatinya.. Pernah, dia mengambil botol minyak yu yi, hujung botol di calit dengan jari telunjuknya dan di sapu pada perut adik.. Super cute!! Apa yang Mama buat, itulah yang dia buat! Spending time with your loved ones are priceless!!
- Dan tentunya cerita bonus akhir tahun dan year-end-sale.. I must admit that I did lots of shopping this time around.. Most of them, online shopping!! :-)

.
Sampai ketemu lagi di tahun hadapan.. Terima kasih kerana setia bersama Kerna Kasih Kita.. Paling penting, terima kasih di atas setiap doa yang dititipkan buat kami sekeluarga.. Sangat-sangat menghargainya!!
.
Untuk 2012, InsyaAllah, saya mahu menjadi insan yang lebih baik di dalam segala aspek dan mahu meningkatkan usaha untuk anak-anak! Semoga segala keindahan terus milik kita.. Aminnnn..
.
Goodbye 2011 and welcome 2012!!

Sunday, December 25, 2011

Al-Fatihah.. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan berita seorang teman lama sewaktu persekolahan dahulu, sedang koma dek kerana pendarahan yang teruk selepas bersalin.. Ramai teman-teman lain mula memuatnaik status berkenaan dengan teman ini di FB dan meminta sesiapa sahaja untuk ke HRPZ II untuk menderma darah dalam usaha menyelamatkan beliau..
.
Dari kejauhan, hanya doa yang mampu saya kirimkan. Keadaan terkini sahabat ini hanya dapat saya ketahui melalui SMS, BBM dan FB sahaja kerana dia jauh di Kota Bharu. Agak mustahil untuk saya sendiri pulang dalam keadaan sekarang.
.
Setelah beberapa hari bertarung nyawa, akhirnya, dia kembali kepada penciptaNya.. Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
Dan mohon doa dari teman-teman sekalian untuk mendoakan bayinya yang masih lagi belum stabil.. Semoga kesembuhan milik si anak untuk menemani ayahnya sebagai pengubat rindu dan hadiah terindah dari si ibu yang telah pergi.. Aminnn..

Thursday, December 22, 2011

Dalam linangan air mata.. Al-Fatihah

Pagi ini, dengan penuh bersemangat saya menonton Malaysia Hari Ini.. Kisah anak-anak cerebral palsy yang mana Adik Annisa dan Adik Annur ditampilkan di dalam rancangan tersebut. Mereka sedang mengutip dana RM500k bagi membiayai rawatan pemulihan dan persekolahan anak-anak ini. Dan saya cukup terkesan dengan kata-kata si pengacara, Wardina Safiyyah, "Sekiranya 28juta rakyat Malaysia menderma RM1 seorang, pasti ianya dapat direalisasikan.."
.
Namun sebentar tadi, saya benar-benar terperanjat dengan berita kepulangan Adik Annisa ke rahmatullah.. Al-Fatihah untuk Adik Annisa dan salam takziah untuk Kak Sham dan Abg Fendi. Menyaksikan satu-persatu komen yang ada di FB amat menyentuh jiwa.. Dan saya cukup pasti, kami ibubapa anak-anak istimewa punya jiwa yang serupa dan rasa yang sama..  
.
Dalam linangan air mata, saya mengerling Rayyan Ariff yang asyik bermain dan menyepah segenap ruang rumah.. Subhanallah, walau seribu kekurangan tertancap, merekalah jiwa raga kami! Al-Fatihah..
.


Monday, December 19, 2011

Bercerita tentang kewajipan..

Ok, saya tahu isu ni cukup sensitif.. So ada disclaimer di sini.. *Sila baca dengan minda dan jiwa yang terbuka dan jangan judge sesuka hati yea..*
.
Saya memang failed breastfeed Rayyan Ariff suatu masa dulu di atas sebab-sebab yang pernah saya ceritakan di dalam entri-entri lama saya. Walaupun beria pumped every 3 hours to maintain milk production when he was in NICU, tp my journey of breastfeeding Rayyan Ariff tak pergi jauh pun..
.
Untuk Puteri Rifa macam mana pula? Honestly, I failed to exclusively breastfeed her as well. 
.
Selepas beberapa jam dilahirkan, Puteri Rifa dibawa kepada saya untuk disusukan. Seperti yang saya ceritakan di dalam beberapa entri yang lalu, pengalaman melalui pembedahan kali ini adalah sangat-sangat menyakitkan. Dan kali pertama menyusukan Puteri Rifa, saya dibantu oleh jururawat sepenuhnya..
.
"Kita tengok dia pandai hisap ke tak.. Eh pandailahh.." Ceria sekali suara jururawat itu kerana dengan hanya sekali letak, Puteri Rifa terus sahaja menghisap dengan kuat. Dan kala itu, bermulalah perjalanan saya menyusukan sang puteri..
.
Dengan keperitan dan kesakitan pada luka pembedahan, sememangnya pada malam pertama kami bersama, saya meyusukan Puteri Rifa dalam seribu kepayahan..
.
Pada mulanya, hanya ada cecair jernih yang dikenali sebagai colostrum dan sang puteri masih menghisap dengan gagah. Setelah sehari berlalu, saya mila gusar kerana susu masih belum keluar dan pastinya sang puteri akan kelaparan. Mulalah saya bertanya-tanya kepada teman-teman dan jururawat di hospital. Menurut mereka, bayi mampu bertahan selama 48jam tanpa makanan sebaik dilahirkan. Makanya, colostrum itu sudah cukup untuk menjadi santapannya..
.
Namun malam kedua, saya mula merasakan tidak sampai hati kerana risau Puteri Rifa akan kelaparan dan meminta ibu saya memberikannya susu formula. Itulah kali pertama Puteri Rifa diberikan susu formula. Dan keesokan harinya iaitu hari ketiga, saya mula merasakan bengkak susu dan bermula dari situ, tiada lagi susu formula untuk sang puteri..
.
Menyesal? Memang ada rasa kesal kerna bertindak memberikan formula kepadanya hanya berdasarkan kebimbangan yang tidak bertepi. Namun setelah itu, Puteri Rifa hanya menyusu badan sahaja.. Di tambah pula bacaan jaundice yang agak tinggi, saya menyusukan Puteri Rifa dengan kerap dan hanya susu badan sahaja.. Dan syukurlah, berkat susu ibu, bacaan jaundice Puteri Rifa menurun dan dia tidak perlu dimasukkan ke wad.
.
Namun kerna terbiasa dengan susu formula untuk Rayyan Ariff, sekali lagi saya tewas dalam kegusaran. Bimbang benar rasa di hati kerna saya tidak tahu kuantiti susu yang masuk ke dalam badan Puteri Rifa berbanding Rayyan Ariff yang minum 60ml setiap 3 jam. Sering saya merasakan dia tidak cukup minum kerana dia hanya menyusu sekejap-sekejap sahaja. Sementelah pula, setiap kali di pam, maksimum hanya 2oz sahaja yang terhasill.. Maka makin yakinlah saya bahawa susu badan saya tidak banyak.. Tetapi kali ini saya tidak memberikan formula kepada Puteri Rifa kerana dihalang oleh ibu saya.
.
Itu tidak termasuk dengan episod puting yang luka kerana hisapan sang puteri yang terlalu kuat. Mujur ada krim Bephanthen!
.
Selain itu, saya juga merasakan badan Puteri Rifa juga seakan semakin susut. Namun ibu dan teman-teman saya meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu khuatir. Andainya dia kelaparan, tidak mungkin dia tidur lena.. 20 hari usianya, Puteri Rifa ditimbang dan beratnya ialah 3.6kg. Dengan berat lahir sebanyak 2,9kg, tentu sahaja kenaikan itu menggembirakan saya dan saya mula menerima bahawa susu saya cukup untuknya.. 
.
Namun episod memberikan susu formula tidak terhenti di situ. Seperti  yang saya nyatakan di dalam Entri Pada Saat Kita Diberikan Kesakitan, saya diserang migrain dan tension headache sewaktu di dalam pantang. Natijahnya, saya tidak mampu bangun untuk tempoh 3 hari! 3 hari yang dahsyat.. Hanya berbaring sahaja.. Kepala bagaikan mahu meletup setiap kali saya cuba bangun. 
.
Makan minum sendiri pun ke laut, apa lagi mahu menjaga seorang anak kecil. Mujur ada ibu saya. Untuk menyusu sambil berbaring / mengiring adalah sesuatu yang sukar kerana masih ada rasa pedih pada luka pembedahan.. Untuk tempoh 3 hari itu, beberapa kali Puteri Rifa diberikan susu formula.. Hanya pada waktu yang benar-benar bisa sahaja saya gagahkan diri untuk bangun dan menyusukan.. 
.
Setelah melalui pengalaman itu, saya mula mengepam dan membuat stok untuk kegunaan waktu kecemasan.. Sementelah pula, waktu itu, pam elektrik yang saya beli dari Izzah baru sahaja sampai..
.
Dalam tempoh kurang 15 hari dari sekarang, saya akan kembali bekerja.. Jumlah susu di dalam simpanan saya hanyalah 90oz sahaja.. Jumlah yang sangat sedikit dan saya tahu saya perlu bekerja lebih untuk membuat stok dan tidak boleh malas-malas lagi.. 
.
Melalui pengalaman ini, saya akur bahawa pemberian susu ibu adalah tergantung kepada rezeki anak itu sendiri.. Semuanya sudah tertulis.. Berjuta kesungguhan yang kita berikan sekalipun, andai sudah tersurat bahawa bukan rezeki anak itu, apalah daya kita.. Jadi tiada istilah ibu yang memberikan susu lembu kepada anaknya adalah ibu yang tidak baik..
.
Dan saya bersyukur, sesekali, kakak sepupu saya akan bertanya dan mengingatkan saya tentang penyusuan susu ibu.. Walaupun dengan hanya soalan sependek, "Enjoy breasfeed?" Itu sudah cukup untuk mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya kepada Puteri Rifa.
.
Selagi termampu, saya akan memberikan Puteri Rifa susu ibu.. Namun seandainya perjalanan ini tidak panjang, saya tetap redha kerana semuanya adalah ketentuan rezeki. No preassure yea!! :-)
.

Friday, December 16, 2011

Wish list yang ada untuk bertahun-tahun???

Di dalam blog yang dikhususkan untuk bloglist saya, terdapat juga beberapa info lain seperti ticker, reminder dan wishlist.. Sewaktu saya menyenaraikan setiap satunya keinginan hati itu pada awal tahun 2011, tiada had masa yang saya berikan kerana senarainya panjang! *NanHadoDuitNyaaa!!*
.
Namun Alhamdulillah, kebanyakan perkara di dalam wishlist tersebut sudah pun menjadi milik kami, termasuklah my ultimate wish.
.
Apa yang saya senaraikan? Actually agak dramatik kerana senarai yang ada diletakkan termasuk dengan gambar impian untuk setiap satu barang yang saya inginkan.. Hahaha.. Hoverrr.. So tak perlulah saya copy paste gambar2 tu kan.. :-)
.
My Wishlist..
1. My ultimate wish - done!

2. A landed property - Still looking around and keeping my option opens.. Reason being? Yang ni kena make sure we have a perfect location. By saying perfect, bukan la rumah skrg lokasi tak bagus, tapi kena dahulukan  keperluan sekolah Rayyan Ariff.. Bila mana kami bertemu sekolah yang sempurna untuknya, InsyaAllah, di situlah kami akan meneruskan kehidupan.. Masih mencari dan berdoa agar ditemukan tempat yang baik untuk Rayyan Ariff.. Sasaran waktu untuk landed property ini? InsyaAllah, 2-3 tahun dari sekarang..

3. An MPV - done! And of course, as per the husband's wish la kan.. Mak kempunan lagi, tak dapat yang dihajatkan.. Dah la masa tu tengah pregnant.. So kalau pasni mulut adik Rifa berair je, kita tau la apa yang tak dapat eh?? Hehehhe

4. TV cabinet - Done! And it's even better than what I wished for.. Thanks to Syarul n Ayu, Mummy Daddy Nadime Alanna..
A TV wallboard.. Ayu, suka giler pattern pd kayu yang Ayu pilih.. Mak Jiey pun sookaaa!! *polok*
5. A new handphone - Done! Thanks to Mr. Hubby for the BB.. :-)

6. English style display cabinet - Done! But again, it's even better than what I've wished for:- An english style display rack and also, a built in cabinet in the living room by Syarul n Ayu to keep all Rayyan Ariff's toys.. :-)

7. A DSLR camera - Done!

8. Full settlement of loans - credit cards & PTPTN - Done on the cards and other loans, just need to focus on PTPTN.. :-)

9. A new sofa - Done! Black leather it is. :-)

10. A new dining set - OTW

11. A new bedroom set - Done!

What was my ultimate wish in the list actually??

I wish for Tuan RA / Puteri RA!!

Alhamdulillah, He granted this one great wish and now, I'm a mother of two! Syukur Ya Allah..

Rayyan Ariff sudah menerima adiknya sebaik mungkin. Ciuman sering singgah pada dahi Adik Rifa.. Bila mana Adik Rifa di dalam rocker, dialah yang sibuk mahu membuai adik.. Siap berlagu.. Cuma seringnya, agak kasar Abang Rayyan kita ni.. Sangat tidak boleh dibiarkan kerana bisa menyakitkan sang puteri..
.
Till then! *Nak siapkan satu post ni pun bercinta! *sigh*

Friday, December 9, 2011

Bagai gula-gula kapas di dalam mulut~

Status di FB beberapa hari yang lalu:
.
"Berbaring di sebelah anak perempuan berbaju merah jambu, bagai ada gula-gula kapas di dalam mulut.. *manissss*"
.
Enough said. Truly blessed to have you little princess!! Adik Rifa @ 1 month++

And not to forget, you too tuan kecik!! ~Abang Rayyan @1 month++
.
*Smiling ear to ear*

Monday, December 5, 2011

Cerita tentang kelahiran, berpantang dan pemilihan nama..

Kita rangkumkan semua. Senang, sebab taktau bila lagi boleh online balik.. Nak update blog pakai BB? Ampun mak tak reti.. Boleh bukak FB, Maybank2u and Email tu pun dah kira hokayyy.. :P
.
First sekali, tentang kelahiran.. Tiada yang extraordinary tentang kelahiran Adik.. 31 Oktober merupakan check up mingguan yang menjadi rutin setelah memasuki bulan ke 9 kehamilan.. Kerana kesakitan yang saya rasai pada parut pembedahan terdahulu, Doktor memaklumkan luka lama dan dinding uterus agak nipis dan sekaligus agak berisiko untuk saya mencuba melahirkan secara normal kerana sekiranya rahim pecah sewaktu meneran, bukan hanya akan memberi kesan kepada si ibu, malahan pada bayi juga..
.
Pelikkan? Jarak pembedahan terdahulu dengan kehamilan yang ini sudah menjejak 3 tahun setengah. Sepatutnya selamat untuk saya mencuba normal delivery.. Tiada jawapan daripada Dr saya, dan di pihak saya pula, hanya ada cerita di entry INI yang saya bisa kaitkan. Wallahualam.. Mungkin inilah takdir..
.
Memandangkan saya sendiri sudah merasa pelbagai kesakitan, maka saya meminta dipercepatkan tarikh pembedahan iaitu pada keesokan harinya, 1 November. Pada pagi 1 November, saya masih ke pejabat seperti biasa.. Menyambung kerja-kerja yang tidak pernah berhabisan dan menyiapkan appraisal form untuk tahun 2011. Sepatutnya saya mendaftar di hospital pada jam 1.00 petang kerana pembedahan dijadualkan pada jam 4.00 petang. Namun kerana terleka dengan kerja pejabat, saya hanya meninggalkan pejabat pada jam 1.30petang.
.
Sementara mendaftar dan bersiap sedia ke dewan pembedahan, saya masih sempat berSMS dengan gynea saya. Sejujurnya, saya sebetulnya tidak rela dibedah lagi.. Pelbagai persoalan saya utarakan kepadanya dan akhirnya, dia mengakhiri SMS dengan bertanya, "Have you checked in at the hospital?".. Hahahha.. Mungkin dia bimbang saya tidak akan muncul.. :P
.
Sebelum di bawa ke dewan bedah..
Seperti dahulunya, saya diberikan epidural. Sakit? Ya, sakit!! Mungkin kerana badan yang gemuk dengan lemak yang tebal.. :P
.
Dan Puteri Rifa Aleesya lahir pada jam 4.50 petang.. She was very loud!! Tangisan dan jeritan yang sangat panjang sehingga saya bertanya pada Dr, "Is there something wrong with her? She's sooo loud!!".. Runsing, itulah kata yang paling tepat.. Kali pertama Adik di bawa kepada saya untuk menyusu, pandai sahaja dia terus menghisap.. Dan hisapannya juga kuat dan gagah..
.
Detik-detik awal ketibaan sang puteri..
Selesai pembedahan sejam kemudiannya, sudah terasa pedih dan sakit di tempat pembedahan yang mana ia memaksa saya meminta ubat bius itu ditambah.. Hanya pada petang hari ketiga barulah saya benar-benar OK untuk bangun dan berjalan walaupun masih ada seribu kepayahan..
.
Saat yang paling melegakan apabila Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang sama merawat Rayyan Ariff tempoh hari mengatakan Rifa Aleesya baik-baik sahaja.. Tiada yang perlu dikhuatiri.. Alhamdulillah.. Lega benar hati seorang ibu.. 
.
"Hi Alimin, Wan.. First I saw Wan's name and I was thinking that she could be Rayyan's sister.. The moment I saw Alimin's name, then I just knew that she is Rayyan's sister.." Doktor yang peramah ini masih mengingati kami walau sudah bertahun kami tidak bertemunya.. Semenjak Rayyan Ariff di bawah jagaan Dr. Sofiah, terus sahaja kami tidak ke sana lagi..=)
.
Jumlah bil untuk pembedahan ini termasuk bil tuan puteri adalah lebih kurang RM9.5K.. Yang mana RM4.5K adalah dibiayai oleh majikan saya dan selebihnya, wang kami sendiri.. Sayang juga sebenarnya, namun di dalam kesakitan, saya inginkan keselesaan dan itulah harga yang perlu kami bayar..  
.
Tentang berpantang? Biasa-biasa sahaja.. Santapan wajib adalah ikan bakar di makan bersama lada hitam.. Sesekali saya memaksa juga diri menelan sup ikan haruan. Stokin tidak pernah ditanggal dan mengurut hanya 4 kali.. Tidak terlalu serius bukan?? Berbanding Rayyan Ariff dahulu, hampir setiap hari saya memakan sup ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat..
.
Padahnya, pada hari ke-30, ada darah pada tempat luka! Takut tak usah ceritalah.. Tambahan pula Doktor mengatakan ada jangkitan.. Maka dengan penuh tekun, haruan dan gamat mula bertukar menjadi menu utama.. Di samping tugas tambahan mencuci luka, menyapu krim khas dan memakan antibiotik.. Takut okkkk.. Selepas 4 ke 5 hari, luka mula sembuh dengan cantik.. Yea, salah saya kerana ambil mudah perihal makan! =P
.
Murung jugalah seketika apabila mengingatkan luka yang masih tidak baik walau sudah sebulan berlalu. Tambahan pula, hanya ada sebulan lagi untuk saya mula bekerja.. Lagi pula, berpantang kali ini sedikit lasaklah dengan 2 orang anak.. Yang abangnya, sibuk mahu mencuri perhatian.. Yang adiknya, sibuk berjaga malam! Stressss!!!
.
Tentang pemilihan nama pula, Puteri Rifa Aleesya adalah nama yang dipersetujui bersama dengan En.Hubby.. Puteri bagi mencerminkan anak perempuan dan sementelah pula, kesemua cucu-cucu perempuan di sebelah En.Hubby mempunyai Puteri di pangkal nama bagi menggantikan Tuan..
.
Rifa pada saya adalah satu nama yang unik dan masih jarang dipakai.. Paling penting, ianya membawa maksud muafakat.. Satu sifat yang sangat ingin saya lihat di dalam diri adik kepada Rayyan Ariff.. Semoga ianya menjadi ciri utama puteri tercinta.. Paling penting, bermuafakat dengan abangnya di dalam segala segi dan tidak sesekali melihat abangnya sebagai individu yang punya kekurangan..
.
Aleesya pula menjadi pilihan En. Hubby walau saya turut mencadangkan nama Aryana kepadanya.. Kata En.Hubby, Aleesya dan namanya, Alimin rhymes nicely.. Memandang nama Aleesya itu sendiri membawa maksud yang indah iaitu Yang Dilindungi Allah, saya menurut sahaja.. Dari sini, lahirlah nama Puteri Rifa Aleesya untuk sang puteri.. Semoga keperibadiannya mencerminkan namanya dan semoga kamu sentiasa dilindungi Allah wahai sang puteri.. Aminnn..
.
Puteri Rifa Aleesya @ 1 month old dengan berat 4.25kg.. Quite a  gain from her  birth weight of just 2.9kg.. Berkat susu  ibu.. =)
Ok, till then.. :-)  

Thursday, November 24, 2011

Pada saat kita diberikan kesakitan..

Barulah terasa betapa berharganya nikmat sihat!
.
Berpantang kali ini benar-benar menduga saya dari segenap segi..Pengalaman yang sangat berbeza sewaktu berpantang setelah melahirkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu.. Bersama Rayyan Ariff, lebih kepada cabaran mental dan pengurusan emosi. Seorang ibu muda yang sering dikejutkan dengan pelbagai berita yang menakutkan yakni, anak yang dilahirkan tidak dapat melihat, anak yang dilahirkan tidak dapat mendengar, anak yang dilahirkan kaku tubuh badannya.. Dan pelbagai perkhabaran yang menekan benteng kesabaran..
.
Pada saat ini, bersama Rifa Aleesya, sang puteri yang dinanti-nanti membawa bersama cabaran fizikal untuk si ibu. Karenah si puteri yang hampir setiap malamnya berjaga dan mahu mengempeng hingga ke pagi adalah sangat memenatkan. Ditambah pula dengan si abang yang cuba mencuri perhatian dengan cara yang mencabar kesabaran, menjadikan bukan sahaja fizikal yang keletihan.. Malahan emosi juga!
.
Kesudahannya, saya hanya terbaring tanpa bisa bangun untuk beberapa hari lamanya.. Migrain dan tension headache menurut doktor.. Maklumlah, berjaga dari jam 1.00am sehingga ke jam 8.00am bukanlah satu perkara yang enteng..
.
Lebih memeritkan, apabila urat leher terkehel mungkin kerana posisi tidur-tidur ayam yang tidak kena. Ialah, apabila si puteri mengempeng sahaja, hampir keseluruhan malam saya tertidur di dalam posisi duduk sebelum tersedar dikejutkan dengan tangisan si kecil itu..
.
Subhanallah.. Sakit yang memeritkan sehingga hampir menitiskan air mata.. Syukurlah, saya semakin pulih kini..
.
Rayyan Ariff, usah ditanya.. Pantang ditinggalkan bersama adiknya, ada sahaja karenahnya.. Rambut adik ditarik, telinga adik cuba dikoreknya, dan pelbagai lagi kerenah yang mencuit rasa sabar yang menipis.. Kalau dilarang, rajuknya bukan sedikit.. Habis rambut bibik ditarik-tariknya sehingga ada yang gugur bertaburan! Bibiklah yang menjadi mangsa tempat dia melepaskan amarah!
.
Cabaran. Namun saya percaya ini hanyalah satu fasa dan pasti segalanya akan pulih di kemudiannya.. InsyaAllah.. 
.

Abang kena sayang adik, sebab adik pun sayang abang!

Sampai di sini dahulu.. :-)
*Rindu mahu berblogwalking!!

Monday, November 14, 2011

The importance of good nutrition during pregnancy!!

Being pregnant again after the first one is really something that we’re looking forward to. This time around, the feeling is all mixed up since we went through quite a difficult pregnancy last time. Despite celebrating the joy of being pregnant again, scared and nervous are the two feeling that accompanied hubby and I most of the time.

Soon after we discovered about the pregnancy (yup, it was unplanned but most welcomed in all angle!), I straight away consumed folic acid and started taking milk. During the 6th weeks++, we went to the same old gynea that was handling Rayyan Ariff’s case for check up and consultation, so I took the opportunity to ask him about the milk that I’m taking. He’s not too keen with the milk product as he claimed that the sugar in the milk can caused unnecessary weight gain. Mind you, I’m on the big side of the scale so weight is definitely a major concern!

Having to hear that, I stopped taking the milk and was only relying on all the supplement pills. Then, I was introduced to Mamil Mama by a friend through a function.. At that point of time, I’m already in my 20th week.. After giving it a thought and browsed through Dumex’s website, I’m really satisfied that this maternal milk contains no sucrose!
.
The new packaging~ NICE!@!
.
Having to know that this milk product is sugar free formulated, I asked my husband to get me one. Since Rayyan Ariff is also taking Mamil Gold which is from the same line of Mamil Mama, hubby was totally okay with my request since we can obviously see the benefit that Mamil Gold has given to Rayyan Ariff.

Like Mamil Gold, Mamil Mama also contains IMMUNOFORCE that can help maintain a good intestinal environment that will help to support your immune system.  Mamil Mama also provides high folic acid, calcium and irons which can help contribute to the development of our unborn child. Having all these vitamins, Mamil Gold is not just perfect for pregnant mother, it also caters the need of someone who’s trying to conceive.

And when I was in my 3rd trimester, I still took my Mamil Mama and I’m currently still taking it even after I gave birth as I am breastfeeding my child.. If you’re breastfeeding, Mamil Mama is definitely one milk brand that you should consider as it has vitamins and minerals that can help to refill your body’s nutrient.
Being a chocolate lover, I would totally recommend you to try Fine Cocoa flavor!! It’s not just about the taste, but I truly believe that a healthy mother can lead to a healthy child.. :-)
.
Little princess has safely and healthily arrived.. :-)

Sunday, November 13, 2011

Tentang Rayyan, Tentang Rifa dan Tentang Mati~

Tajuk sangat dramatik.. Tapi itulah realiti yang saya rasakan beberapa hari yang lalu..
.
Sewaktu Rayyan Ariff tempoh hari, segalanya bagai dipermudahkan di pihak saya. Hari Isnin tanggal 12 Mei 2008, saya dibedah. Hari Selasa merupakan hari saya diletakkan di bawah pemerhatian doktor dan sudah bisa bangun berjalan.. Hari Rabu, terus sahaja saya dibenarkan pulang..
.
Sakit? Langsung tidak ada. Pelik pula bila ada yang bercerita czer itu sakit dan menyakitkan. Semenjak dibenarkan pulang, tidak pernah saya gagal melawat Rayyan Ariff di NICU setiap 2 hari.. Betapa tiada kesakitan.. :-)
.
Berlainan dengan kelahiran Rifa Aleesya. Sakitnya, Subhanallah.. Hanya Dia yang tahu.. Hari Selasa pembedahan dilakukan, sebaik keluar dari dewan pembedahan, terus minta ditambah dos epidural kerana sudah mula terasa perit dan pedih di luka pembedahan..
.
Hari Rabu, bangun berjalan dengan seribu kepayahan dan kesakitan. Menjelang petang khamis barulah kesakitan mula reda.. Lantas dibenarkan pulang pada hari jumaat.. Pada hari ke-enam barulah rasa benar-benar OK. Urat-urat pun banyak yang sakit.. Sebab kali ini saya berpantang bersama-sama bayi yang berjaga pada malam hari dan hampir keseluruhan malam saya tidur-tidur ayam dalam keadaan duduk kerana sang puteri hanya mahu mengempeng.. breastfeed baby..
.
Bila sakit yang amat, hanya kata mati yang ada di minda.. Ada yang berkata, "Oh sudah sepasang. lepas ni boleh la rehat lama sikit yea.." Dalam hati saya menjawab, errr.. cukup la kot.. Mintak yang ada ni panjang umur cukup la.. =P
.
Serik. Itu kata yang tepat. Namun setiap kali mencium bau Puteri Rifa Aleesya pasti ada rasa mahu melengkapkan 3 ahli kecil untuk keluarga saya.. Tapi bila memikirkan kesakitan, perit!! Huhuhu.. Serahkan sahaja pada yang maha Esa.. Wallahualam.. 
.
Sang puteri pada detik awal kelahiran..

Wednesday, November 9, 2011

Abang Rayyan & Adik Rifa~

First time dapat dekat dengan Adik Rifa, bila Adik menggeliat dan keluarkan tangan, Abang Rayyan angkat tangan dia dan tepuk tangan Adik.. High five.. Next thing, dia calit ibu jari adik pulak.. Pastu, dia bagi belon dia kat adik.. Ajak main..
.
We were quite relieved. Looks like Rayyan Ariff boleh terima Adik Rifa Aleesya..
.





Tapi sayangnya tak lama.. The next day, Abang Rayyan Ariff dah tunjuk riak-riak cemburu.. Every time ada adik, dia pun datang melekat dengan Mama.. Sampai Mama takleh buat apa-apa.. 
.
Sampai satu tahap, last night, dia peluk Mama sambil nangis.. Tangisan takde suara.. Cuma air mata mengalir.. Badan teresak.. Syahdu sangat-sangat.. Bila Mama letak Adik Rifa dalam baby cot, baru dia berhenti menangis.. 
.
Hari ni pulak, dia tarik rambut bibik bila bibik pegang Adik Rifa.. Dia gigit kaki nenek bila nenek pegang adik.. Luckily, bila Mama breastfeedadik, tak pulak dia kacau.. Kasihan sangat bila tengok anak bujang yang dah terbiasa jadi anak tunggal ni.. How I wish that Adik Rifa was born 2 years ago.. Masa Abang Rayyan masih tak tahu erti cemburu.. Tapi Allah knows best..
.
Whatever it is, kami tahu abang sayang adik bila mana abang Rayyan tak pernah gagal cium adik Rifa bila Mama pangku adik.. Dan Abang Rayyan tak pernah kasar2 dengan Adik Rifa.. :-)
.


Whatever it is, Mama dan Ayah sayang Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya.. Takde lebih takde kurang.. Abang jangan nakal-nakal eh.. :-)

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah.. Di atas rahmatNya..

The arrival of..
.


Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin
01.11.11
2.9kg
51cm
Pantai Medical Centre, Bangsar
Elective LSCS
...
Assalamualaikum world!

Monday, October 31, 2011

Ada sedikit kecewa, namun redha adalah jalan terindah.. :-)

InsyaAllah, if everything goes as planned, adik will arrive tomorrow afternoon.. And as clearly as it states, after tomorrow, I will no longer be a pregnant women.. How I'm gonna miss it so much!! As I've always said, feeling a baby's movement is definitely miraculous in its own way.. But seeing your tummy moves because of your baby's movement is even better! :-)
.
It will be another planned c-section and we've selected 1st November for Baby RA's birth date. Honestly, I'm a bit frustrated as I really hope to try for VBAC.. But maybe it's just something that is not meant for me.. Today, my gynea checked the thickness of my old c-section scar after I complained about some pain there and the result is not good.. For fear of uterine rupture, my gynea wont let me try for normal delivery..
.
I''ve consulted another doctor for 2nd opinion and I totally understand where both of them are coming from and I'm Ok with it already.. Really want to share it here but with my all-mixed-up-emotion at the moment, I just cant do it..
.
Well, when it comes to giving birth to a precious life, the method of delivery is just one simple episode right? The bigger chapter would be the survival of the mother and the baby.. So whatever it is, I truly believe that Allah has great plan and His plan is always the best.. :-) 
.
So friends, pls pray for us.. And pls forgive me for everything that I've written or done that might hurt you in whatever way..
.
Hopefully, I'll be back here to proudly introduce our second edition; Puteri R A Binti Tuan Alimin.. ;-)


Friday, October 28, 2011

Ada lagi ke???

Ada. Tersangat la ada. Bukan takde cerita nak update, tapi semua cerita simpan as a draft dalam kepala. Cerita pasal birthday celebration, cerita pasal wishlist, cerita pasal Rayyan Ariff, cerita pasal Baby RA (btw, Baby RA dah 2.7kg as per last monday punya check up).. Cerita pasal kerja, cerita pasal bibik dan semua la..
.
Owh yea, ini penting..

I'm letting this Wing Chair go.. It's a newly purchased item.. Color velvet black  with white pearl on it.. It's very new as it just arrived yesterday.. It's selling at RM699 at Cavenzi and I'm letting it go at a wayyyyy cheaper price.. Email me at freaky_gurlz@yahoo.com for details. And yes, you need to arrange for your own transportation..
.
Reason for selling? Ni la masalah orang yang tak reti ukur baju di badan sendiri.. The size is soooo huge for our kiut crib.. Memang tak muat nak letak dalam rumahhh.. :-(
.
So pls, kalau ada yang interested pls email me.

Saturday, October 22, 2011

Alhamdulillah..


Status FB sebentar tadi.. Enough said right??
Good nite!!

Friday, October 21, 2011

Mama takkan tinggalkan Rayyan!!



20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."


Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥


Ini sebuah cerita yang saya ambil dari laman fb seorang teman.. Saya tidak tahu bagaimana reaksi kawan-kawan apabila membaca cerita ini.. Dan saya juga tidak tahu apakah jalan ceritanya lojik di mata kawan-kawan apabila seorang ibu yang melahirkan tega meninggalkan anaknya begitu sahaja.. Hanya kerana sebuah kekurangan.. Mungkin cerita ini tidak mustahil kerana saban waktu, kita masih disogok dengan pelbagai kisah pembuangan bayi dan pembunuhan anak kecil.. Wallahualam.. Siapalah kita untuk menghukum dan mengata..
.
Rayyan Ariff, sebelum kamu lahir, Mama dan ayah sudah tahu bahawa kamu tidak akan secomel bayi-bayi baru lahir yang lain..
.
Rayyan Ariff, sebelum kamu lahir, Mama dan Ayah sudah tahu bahawa kamu akan terkebelakang berbanding anak-anak yang lain..
.
Namun Mama dan Ayah tidak punya alasan untuk tinggalkan kamu.. Kerana kamu adalah amanah dan anugerah buat kami..
.
Menjadi tanggungjawab kami untuk merawat kamu.. Menjadi tanggungjawab kami untuk membimbing kamu..
.
Selagi kemampuan itu ada, kami akan tetap belikan kamu pakaian baru dan memberikan segalanya yang terbaik..
.
Tidak mungkin sesekali kami tinggalkan kamu, kerana kamu adalah cinta terindah di dalam hidup kami.. InsyaAllah, hanya Allah SWT shj yang mampu pisahkan kita..

Tuesday, October 18, 2011

The day he looked so normal~

Rayyan Ariff, melalui satu fasa tumbesaran tanpa memerlukan penjagaan yang merumitkan. Segalanya tentang dia adalah mudah kerana dia anak yang tidak banyak ragam.. Sepanjang usia bayinya juga, dia menarik banyak mata yang memandang.. Bukan kerana kelainannya, namun kerana kecomelan yang ada pada wajahnya..  Dan juga kerana senyuman yang tidak pernah henti terukir pada bibirnya..
.


Raut wajah dan perlakuannnya adalah tersangat biasa.. Tidak membezakan dia dengan anak-anak seusianya yang lain.. Dia comel dengan senyumannya.. Dia bertindak balas selayak anak seusianya apabila ditegur.. Lantas tiada yang menyangka bahawa dia adalah anugerah Allah SWT yang tersangat istimewa.. Tiada yang menduga bahawa lahirnya dia adalah berserta dengan seribu satu kekurangan..
.
Seiring dengan pertambahan usia, dia juga perlu terus berkembang dan segalanya bagaikan tidak terkejar oleh batas kebolehannya.. Pada usia 3 tahun 5 bulan, dia masih belum bisa bertutur dan masih belum mampu berjalan sendiri.. Lantas, perbezaannya berbanding anak-anak normal semakin jelas ketara..
.
Di mana sahaja dia berada, pasti akan ada mata yang mencuri pandang.. Banyak waktu, dia juga menjadi mangsa renungan yang sangat tidak menyelesakan.. Namun dia tidak mengerti dan masih lagi dengan senyuman. Dan kami, bagaikan sudah lali dengan renungan yang tidak berbudi bahasa itu.. Bagaikan sudah terbiasa dengan pandangan yang berserta rasa ingin tahu dan mungkin juga terisi simpati itu..
.
Itu pandangan orang padanya. Namun kami melihat syurga di dalam anak matanya.. Kami melihat satu anugerah di dalam senyumannya.. Dan bagaikan mengerti, dia pasti akan merenung kami dengan anak mata yang tersenyum.. Bukan hanya senyuman di bibirnya..
.
Keterbatasan fizikal saya membuatkan saya tidak dapat menemani dia ke sesi terapinya lagi.. Hanya bibik yang membawanya kepada Sarjit sementara saya hanya mampu duduk di tempat menunggu di lobi hospital.. Setelah sesinya tamat, Sarjit memilih untuk membawa anak kecil itu turun sendiri ke lobi.. Dengan hanya dipimpin sebelah tangan, Rayyan Ariff mengatur langkah dengan cantik sekali.. Di dalam lif, dia masih berdiri dengan sokongan minima daripada Sarjit..
.
Dari kejauhan, saya melihat seorang anak kecil berjalan sambil sebelah tangannya dipimpin ringan.. Tinggi, comel dan normal. Itulah garis fizikal yang tuhan anugerahkan kepada anak itu.. Saya hanya melontar sekilas pandang sebelum mendengar suara Sarjit memanggil..
.
Ya Allah, itu Rayyan Ariff saya rupanya! Langsung saya tidak mengenalinya kerna tubuhnya kelihatan tegap sewaktu berdiri.. Langkahnya tersusun kemas walau dengan hanya sokongan minima daripada Sarjit.. Jalanannya cantik dan teratur..
.
"He's getting there Wan.. I'd only give him minimal support.. In fact, he was balancing himself well in the lift just now.. He was cruising nice and fast against the wall as well.. I guess, next time, just let him be with me because he's the type that can do better without his mother.. Hahahha.." Ujar Sarjit dalam nada berseloroh diiringi satu tawa kecil..
.
Saya tersenyum sendirian apabila mengingatkan adegan itu.. The irony of the scene is that, he always looks normal to me.. Hahahha.. :P

Monday, October 17, 2011

Signs of labor from pregnancy.about.com & babycenter.com

1. Mucus plug
2. Bloody show
3. Loose stools
4. Contractions
5. Back Ache
6. Your cervix starts to ripen

4 daripada signs di atas dah ada. Based on these websites jugak, labor could be from hours to weeks.. Berdebar? Sangattt!!
.
Even tho this is my 2nd pregnancy, tapi sebab takde pengalaman menunggu reaching full term pregnancy and labor signs, so memang taktau camne rasanya.. Dulu, by 31wks dah kena pushed to the OT with no labor pain and whatnot.. Gaya orang sehat check in kat spital for no reason.. Hehhehe..
.
This time around, bila ada rasa apa2, cepat2 telefon my mom or SMS a few friends that have experienced labor pain before.. Lately, selalu sangat dapat back ache yang memulas-mulas sampai seram sejuk kaki.. Bila datang sakit tu, Ya Allah, apa pun takleh buat.. Baring je la.. Huhuhu.. Cuak ni.. Harap-harap sempat la settle kerja office dulu.. (^_^)
.
BTW, my EDD is on 12th Nov 2011. Tp my gynea dah booked a date on 4.11.11 for a c-section ops should there be no signs of labor by then.. Entahlah.. Cam tak berapa agreeable to the fact that c-zer just because takde labor signs.. Rasanya, it's better if we just let nature take its course kan??
.
Adik, Mama harap la dapat go through normal delivery with minimal pain.. And please, come out before the planned c-zer.. Boleh???
.
Google image : Penat bawak peruttt.. Tiap2 pagi, rasa cervix tu cam nak pecah!! Huhuhu.. Besarnya sacrifice sorang ibu kan??

Saturday, October 15, 2011

Bukan taknak update belog~

Ada yang SMS bertanya, nape blog updates dah tak sekencang dulu? 
.
Jawapannya simple.. Hati memang la teringin nak post 1 entry sehari cam dulu.. Tapi keadaan fizikal tak mengizinkan.. Sebabnya, masih yang sama.. Yakni;
.
 Walau pun meja konsol putih yang jenuh dicari ini & kerusi murah ikea dah ada sebagai tempat beronline, namun masih belum dapat digunakan..
.
 Sebabnya, wireless modem yang baru dibeli ini masih belum berfungsi.. Installation failed! Kena cari CD ape benda ntah.. Dan orang yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan, asyik sibukkkk jerr.. *geram pun ada*
.
Sudahnya, masih la menumpang meja kecik tuan kecik ni.. So memang tak dapat nak online la.. Sakit pinggang, sakit bontot ko!!
.
Nak google itu ini, susah..
Nak bukak maybank2u susah..
Nak shopping online, jangan haraplah!
So itulah sebab musababnya!!
.
BTW, tuan kecik ni pun masih sama jugak melasak.. Janji dengan orang yang nak pasang built in cabinet nak simpan barang-barang tuan kecik yang banyak ni pun sampai sudah tak nampak batang hidung.. Penat tunggu!! Silap-silap ada yang terberanak dulu!! 
.
 Niat dihati nak pasang wall board TV skali.. Sebab budak ni asyik la tengok TV dekat-dekat.. Risau takut rosak mata.. 
.
 And then, bila dah lekat TV kat dinding, selamat la TV mama.. Ni tak, penuh ngan cap jari, cap tangan, cap lidah Ian kat skrin tu.. Semua ada.. Pakej ko.. Lagi satu, bila dah ada wall board, leh la get rid of this TV cabinet.. Jual kat mudah ke apa.. Sebabnya, pakcik kecik ni dah start jadi hero nak memanjat.. Runsing takut jatuh!!
.
Tengok jumlah mainan and tahap 'mengemas' Rayyan Ariff.. Mata ni dah serabut tengok.. Bila la nak settle projek built-in cabinet & wall board TV ni.. 
.
Kalau korang tau mana-mana kontraktor yang bleh offer reasonable price, hasil kerja OK and yang penting, bleh buat cepat sebelum makcik deliver, pls let me know yea.. Kontraktor skrg, call dh.. SMS dh.. Email dh.. Tp diam jer.. Sedihhhhhh tauuuu!!!