Saya baru tahu tentang kisah ini:-
.
Statement berani mati.. :P |
.
Ketinggalan bukan?? Kerana minggu ini adalah antara waktu yang sangat sibuk dan kesihatan yang agak suam-suam kuku, saya tidak sempat ber'blogwalking'..
.
Entri ini tidak berniat mahu memperbesarkan cerita, apatah lagi individu yang terlibat sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka. Siap dengan sesi cabar mencabar lagi.. *Senyum*
.
Setiap orang ada sebab dan perjalanan mereka yang tersendiri jadi tidak perlulah kita menilai..Sejujurnya, saya juga tergolong dalam golongan ibu yang cacat itu kerna tidak mampu menyusukan anak sendiri. Namun saya tidak boleh melihat ke belakang. Yang penting, anak saya sihat. Cukuplah itu.
.
Saya faham, sesetengah ibu bertindak menyebarkan kebaikan susu ibu dengan niat mahu memberi kesedaran, namun ada waktu, ada yang bagaikan 'terlebih'..
.
Saya sendiri hanya sempat menyusukan Rayyan Ariff sebanyak dua kali sahaja. Bagaimana kisah kami? Sangat biasa jika dibandingkan kisah ibu-ibu lain..
.
Rayyan Ariff dilahirkan di hospital rakan bayi yang menyokong penyusuan susu ibu. Jadi di mana silapnya? Lahir sahaja Rayyan Ariff, dia diberikan bantuan yang sewajarnya.. Bayi pramatang dengan kecacatan otak yang serius. Saya hanya dapat melihatnya dengan sekali imbas dan hari kedua, barulah saya berpeluang menyentuh lembut kulitnya.
.
Pada saat saya meminta agar Rayyan Ariff diberikan susu ibu yang diperah, pakar kanak-kanak Rayyan Ariff tidak menggalakkan. "Your baby is born with serious medical condition and we dont want to take the chance. Sometimes, without knowing, expressed breast milk can contain germs if it is not carefully handle during the transfer or storage. We dont want to take the risk as he can easily be infected. We dont want it to happen because being a premature baby with a serious brain injuries, infection will effect him badly.."
.
Mungkin saya boleh berkeras dengan doktor itu, namun pada saya, itu tidak penting. Yang penting, anak saya sihat dan boleh segera pulang ke rumah. Berpantang tanpa anak di sisi bukanlah perkara yang baik untuk dilalui..
.
Apabila Rayyan Ariff sudah pandai menghisap dan dikeluarkan daripada inkubator, saya memohon untuk menyusukan dia buat kali pertama. Namun sesi itu tidak berjaya kerna dia lebih banyak tidur daripada minum. Memang bayi pramatang banyak tidur!
.
"Ehh sayangnya Rayyan taknak minum, susu mengalir-ngalir banyak tu!!" Tegur seorang jururawat yang bertugas di wad NICU. Betapa dia juga mahu saya menyusukan Rayyan Ariff dengan susu ibu..
.
Kali kedua juga begitu. Lebih banyak tidur daripada minum. Kerna maklum dengan jadual penyusuan adalah setiap 3 jam sekali sahaja, saya redha Rayyan Ariff diberikan susu formula sahaja. Sekurang-kurangnya dia minum di dalam sukatan yang betul dan tidak hanya tidur sahaja. Jumlah yang cukup adalah perlu agar beratnya bisa bertambah dengan baik..
.
Walaupun Rayyan Ariff tidak di sisi saya, namun saya tidak pernah gagal mengepam setiap 3 jam dengan harapan air susu saya akan senantiasa banyak demi menyambut kepulangan Rayyan Ariff. Saya juga pernah demam kerana bengkak susu pada hari ketiga selepas kelahiran, yakni hari yang sama Rayyan Ariff menjalani pembedahan pertamanya..
.
Setelah 45 hari di NICU berlalu, Rayyan Ariff pulang ke rumah.. Namun dia masih menolak susu ibu. Tidak melalui direct feeding, dan tidak juga melalui bottle feeding. Mungkin dia sudah terbiasa dengan susu formula. Pernah sekali, kami ke KL dan saya sengaja tidak membawa bekal susu formula. Dengan niat mahu menyusukan dia dengan susu ibu 'secara paksa'.. Namun dia masih menolak. Bayangkan, dari KL ke Ampang dia menangis kelaparan namun masih tidak mahu menerima susu ibunya. Sampai sahaja di rumah, laju sahaja dia meneguk Similac NeoSure yang bukan sedikit harganya..
.
Setelah berkali-kali gagal, saya mula mengaku kalah. Mungkin ini bukan takdirNya untuk Rayyan Ariff. Tidak sesekali saya menyangkal bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, namun takdir setiap orang adalah tidak sama. Sejauh mana saya mahu berdegil sedangkan Rayyan Ariff perlu minum untuk meningkat berat badannya..
.
Kalau ada yang mencanang bahawa anak yang minum susu ibu adalah lebih bijak daripada mereka yang minum susu formula, saya tidak dapat dan tidak mahu menyangkalnya.
.
Namun kalau dengan hanya menyusu tanpa mengajar, mendidik dan membimbing, seseorang itu tidak akan menjadi pandai.. Kalau saya hanya menyusu tanpa mengajar Rayyan Ariff di mana letaknya hidung, mata dan mulut, bolehkah dia mengenalinya? Kalau saya hanya memberikan susu ibu kepada Rayyan Ariff tanpa mengajarnya makan sendiri, bolehkah dia berdikari?
.
*Senyum*
.
Berilah susu apa sekalipun, tanpa stimulasi yang betul, anak-anak kita takkan ke mana.. Saya sendiri adalah produk susu formula. Dan saya mendapat 8A dlm SPM, mendapat kepujian kelas kedua atas di Universiti dengan dua kali kepujian dekan.
.
Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan pekerjaan yang memberi pendapatan bulanan yang baik di samping kemudahan dan faedah yang sangat memuaskan terutamanya dari segi perubatan. Kalau ada rezeki dan kelapangan waktu dan setelah Rayyan Ariff berdikari nanti, mungkin anak susu formula ini perlu memikirkan tentang keperluan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pula. Siapa tahu kan???
.
Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan pekerjaan yang memberi pendapatan bulanan yang baik di samping kemudahan dan faedah yang sangat memuaskan terutamanya dari segi perubatan. Kalau ada rezeki dan kelapangan waktu dan setelah Rayyan Ariff berdikari nanti, mungkin anak susu formula ini perlu memikirkan tentang keperluan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pula. Siapa tahu kan???
20 comments:
salam, ibu rayyan, saya menyokong kenyataan ibu rayyan. semoga sentiasa tabah dan sihat selalu k.
Saya juga sorang Ibu yang menyokong penuh utk memberi anak dgn susu Ibu. Tapi mengeluarkan statement "Ibu Cacat" tu melampau la.
sgt suka dgn n3 ini....honestly!! krn sya juga sudah b'kali2 b'usaha memberi susu ibu kpd anak2 tp k'tiga2 mereka menolak...dan sya akur dgn kehendak mereka yg lebih memilih susu formula...
sbgi s'org ibu sudah pastinya saya sgt sedih dgn situasi ini tp perlukah sya memaksa sekiranya mereka ttp menolak slps sya b'usaha sedaya upaya???
Agar harsh word cacat tu kan...sy setuju psl stimulus juga panting..just look at yr boy! Insya Allah mb this time Jiey Ada peluang utk BF
entah kenapa yer...seorang ibu boleh menilai ibu yang lain...dengan kenyataan yang amat2 -ve sekali....
anak pertama zai pun tidak disusukan sepenuhnya dengan susu ibu... dan dia bijak... dia petah... dan dia sihat alhamdulillah....
anak kedua breastfeed sepenuhnya... tapi, siapalah saya nak menelah masa depan dia....
seorang ibu akan sentiasa mahukan yang terbaik.....selagi kita tidak diuji, jgn kita menjatuhkan hukum....
...erm....saya adalah produk susu formula yang total kerana tak pernah seteguk pun susu ibu melalui kerongkong ini. Ibu saya tak sebeertuah org lain dapat menyusukan bayinya kerana bayi saya yang pada ketika itu memang menolak susu ibu. Dia tak cacat tapi apa nak buat bila itu kehendak ilahi....:), dan saya terlalu kecil untuk faham apa itu khasiat susu ibu...gheghegheghe
sedih kn org kuarkn statement cam tu..anah pn alami masalah yg sama..anak menolak susu ibu walaupn through bottle feeding..huhuhu
huhuhuhu, sangat2 tidak baik mengeluarkan kata2 kesat begitu.. dia patut berasa bersyukur kerana Allah beri dia anugerah tidak ternilai menikmati saat2 menyusukan bayi dengan air susunya, namun tidak sewenang2nya mengata org yg tidak berjaya kerana kebanyakkan ibu yg tak berjaya bukan kerana tidak mahu meyusukan bayi dengan susu ibu tetapi bukan dari izin Allah dan rezeki anak itu sendiri.. Moga Allah membukakan hatinya utk sentiasa bersyukur dan menjaga hati org lain.. sape tahu kelebihan nya dapat menyusu kan anak tapi dia kekurangan yang mb dalam mendidik anak-anak berjaya.. sabarlah yer,
Habib xpernah walau sekali pun hisap susu badan sy secara direct sbb sedia maklum dia duduk dalam inkubator selama 9 hari dan hanya minum susu yg sy pam melaliu tiub..kuar dari inkubator sy cuba berkali2 nka dia hisap direct dari saya tp dia xde kekuatan nak hisap...sebulan lebih sy pam susu dah akhirnya susu tu kering sendiri...sy x cacat...sy lahir sempurna fizikal...
*si ibu tu terlalu bangga dgn BF dia yg baru 4 bulan tuh...mmg kelaka...glemer sekejap ibu tak cacat tu di alam maya nie...
Akak Rs Nak LemPANG! n Doakan bila dia bersalin dia takdpt susu dia! aci tak mcm tu akak ckp. Stupid!Akak geram n marah sbb org tu terlampau. Mana ada ibu Yg xnak susukan anak dia. Dn akak juga xdpt susu anak akak. Smpai Akak jumpa tukang urut n bomoh. Bodoh tak akak.semata2 nak bagi baby susu.Tp mmg susu akak kuat sikit.n baby tak nak langsung mnyusu yg sebelah...org yg tak merasa blh leh ckp sewenang2nya...
di dunia yang fana ini....'mutiara' sering dikaitkan sebagai suatu yang begitu bernilai....sehinggakan dimana sekali pun ianya 'terletak'....tidak akan menurunkan pun 'darjat'nya...
namun keadaan begitu berbeza....pabila sesuatu yang baik.....diletakkan pada suatu keadaan yang tidak baik.....dikhuatiri ianya tidak kekal seperti asalnya.....kerana 'matlamat tidak menghalalkan cara'.....
pabila bicara mengambil alih...seharusnya hadir kerana hati dan minda....menginginkan kebaikan.....namun sekiranya perkara sedemikian tidak berlaku....memperlihatkan hanya kelemahan serta kekurangan makhluk bernama manusia....
sehingga lah terjadi lagi sedemikian....dan 'kekesalan' tidak lagi hadir......menyaksikan petanda sifat 'keakuan' makhluk...terhadap Penentu...Pemilik...yang Maha Mengetahui.....
kerana Allah S.W.T makhluk di sini.....dan kepada-Nya jua makhluk pasti akan kembali....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
sama la saya jie.kawen2 terus lekat ayern.tak reti apa pasal BF,memang menyesal.tapi past is past.tak dpt bg susu ibu,bagi susu formula utk ayern.insyallah ada rejeki no.2 nak usaha.terpulang pada rezeki jua..:D
sabar jiey..
untuk anak kedua ni jiey usaha utk bg susu ibu ye..
semoga pjalanan jiey lepas ni dipermudahkan Allah
klu begitu saya pun tergolong dlm ibu cacat(*sigh)...x per la, hanya 'ibu cacat' je memahami kehendak anak & kuasa Allah. Klu dah anak x nak mcm mana? dah anak ada masaalah...masuk inkubator la,..cucuk sana sini...hari pertama lihat dunia dah disusukan dgn susu formula...apalah daya kiter nak menolak takdir sebegitu?
Saya dah melalui masa-masa menjadi breastfeeding dan pumping mom. Saya akui yang proses breastfeeding adalah masa-masa yang sangat melelahkan dan membosankan. Saya juga akui yang masa-masa menjadi pumping mom adalah masa-masa yang jauh lebih melelahkan dan membosankan. Akan tetapi proses yang melelahkan dan membosankan tersebut pada akhirnya bisa kita jalani dan nikmati. Breasfeeding dan pumping selama 2 tahun adalah proses yang lama, memerlukan perjuangan besar, dorongan dan motivasi dan memerlukan berbagai kemudahan/fasiliti dan yang penting duit. Ibu-ibu yang tak dapat menyusui anak dan pumping (jika bekerja), tentunya mempunyai alasan masing-masing, yang orang lain belum tentu memahami. Jadi, tak payahlah menjudge orang, memberi dorongan sudahlah cukup, tak payah nak cakap harsh words dan memaksa kehendak diri terhadap orang lain.
one of my passion is breastfeeding...tapi menggunakan perkataan cacat, tuh agak keterlaluan....
setuju dgn jiey, walaupun minum susu ibu, tapi, tiada didikan, tiada asuhan yang sepatutnye, anak tuh takkan ke mana....
yati doakan jiey dpt fully bf adik RA pada masa akan dtg...AMIN>..:)
-haryati yaacob-
yeay! setuju dengan kak jiey!!
Sabor jiey...semua orang punya persepsi sendiri.
Boleh menyatakan pandangan dan ia tak salah.Tapi m'LABEL'kan org lain, itu satu perkara yg tidak boleh diterima. Semua ibu mahu memberikan anak2 mereka dengan susu sendiri.
Sy sendiri pon tak dpt full BF untuk kedua2 anak saya. Masih campur2. Bermcm2 ubat diambil n susu mmg sikit.
Ms anak sulong ditahan di NICU Serdang, sy sendiri berdepan dgn Dr n staff nurse yg ada sambil mereka sendiri tgk keadaan breast sy yg mmg x keluar susu. Akhirnya mereka pon akur. Ms tu hanya Allah yg tahu betapa sy sangat stress dgn anak yg sedang sakit ttp saya x mampu nk susukannya.
Orang lain, bersalin je, breast dh bengkak, sy sampai anak dua sekarang nih, lom pernah nk bengkak lg. Skang nih pon tgh preagnant anak ke-3 n mmg mengharap kali ni boleh full BF. Itu doa saya....
InsyaAllah...
tiada sifat sensitif didalam jiwa orang itu
mmg statement brani mati lah org tu..
saya pon cacat jugak..
setiap hari FB frens ghairah cerita pasal susu ibu which sometimes diorang lupe pada sensitiviti org lain..
saya salute ketabahan awk & rayyan..rayyan sgt strong & betuah dpt ibu mcm awak
Post a Comment