Thursday, April 21, 2011

Setiap kehamilan punya dugaan yang tersendiri.. =)

Beberapa hari menyepi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Terima kasih buat teman-teman yang sudi bertanya khabar.. *Mama dan Baby RA sangat2 menghargainya*
.
Sewaktu awal kehamilan pertama dulu, saya diuji dengan morning sickness yang boleh tahan teruknya. Kali ini, loya-loya tidak seberapa namun keletihan melampau menghalang saya daripada melakukan banyak aktiviti dan hanya mampu berbaring. 
.
Namun rupanya ia tidak terhenti di situ. Semenjak dari hari Isnin yang lalu, sakit gigi datang bertandang. Sakit yang bukan sedikit! Sumpah, kali ini, saya sangat-sangat percaya bahawa sakit gigi bukanlah sesuatu yang bisa dipandang enteng. Ini kali pertama saya merasainya dan sakit yang bertandang ini bukanlah sedikit, berdenyut-denyut hingga ke telinga!!
.
Subhanallah. Tak tertanggung rasanya. 3 malam tidak dapat tidur lena.. Doktor tidak dapat memberikan antibiotik kerana saya sedang hamil. Walaupun antibiotik dengan dos yang rendah seperti Augmentin kerna menurutnya, jangan ambil apa-apa risiko. Dan saya sama sekali akur. Tiada juga ponstan sebagai ubat penahan sakit. Yang ada hanyalah Panadol yang mana setiap kali diambil, hanya melegakan kesakitan untuk tempoh kurang daripada dua jam sahaja.
.
Kerana takut dan tidak mahu mengambil sebarang risiko, saya meminta agar rawatan tampalan hanya dilakukan apabila kandungan memasuki trimester kedua, yakni dua minggu lagi dan Dr hanya bersetuju.
.
Namun menjelang hari kelima iaitu hari ini, sakit ini benar-benar tidak tertanggung lagi. Lantas saya menelefon Gyne saya dan bertanyakan beberapa perkara. Setelah diyakinkan bahawa rawatan tampalan dan sesetengah jenis local adalah selamat untuk kandungan, saya terus sahaja ke klinik gigi.
.
Nahhh.. 3 lubang pada jarak deretan gigi yang sama! Satu lubang sahaja sudah menyakitkan, apa lagi 3! Sungguh dramatik apabila seorang wanita berusia 28 tahun hampir menangis apabila Dr mahu memberikan suntikan bius! Hahhaaha.. Drama Queen kan?
.
Saya memang fobia dengan doktor gigi. Takut! Takut yang bukan sedikit!! Kalaulah gyne saya, Dr. Raman tahu bahawa saya menangis sewaktu mahu disuntik ubat bius, pasti dia ketawa tergolek-golek. Seringnya dia memuji saya sebagai "a strong lady", yang kelihatan bersahaja sewaktu perutnya dicucuk untuk mengambil air ketuban sebagai sampel ujian, yang masih lagi pulang ke pejabat selepas diberikan 2 suntikan dexxa untuk menguatkan paru-paru bayi di dalam kandungan, yang kelihatan tenang sewaktu kelahiran bayinya yang dikatakan tidak mungkin akan panjang hayatnya..
.
Rupa-rupanya "a strong lady" ini tewas di tangan doktor gigi!!! Oh, that's very typical of me actually!! Masa form  3 ke form 4 dulu, pun nangis gak masa nurse klinik kerajaan datang check gigi kat sekolah.. Hehehhe.. I can face lots of things in life but not dental problem.. Dek kerana lama tidak melalui pemeriksaan gigi, sampai 3 lubanglah ada!! Muahahaa.. Ok, noted. Pasni gi check every 6 months!! :P
.
Rayyan Ariff? Masih seperti kebiasaannya dia. Lasak dan suka bermain! Mahu berkawan namun limitasi pertuturan membuatkan agak susah untuk anak-anak lain bermain dengannya. Kasihankan? So, I've chose signing time DVD as a method of communication for him. Biar dia berkomunikasi dengan bahawa isyarat sebelum Allah SWT memberikan kebolehan bertutur kepadanya. InsyaAllah.. =)
.
Ini muka teruja Rayyan Ariff apabila Ayah Chik datang semalam. Beberapa kali dicuit-cuit Ayah Chik dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Agaknya mahu menyatakan kegembiraannya dengan kunjungan Ayah Chik.
.
 Wahhh.. Mama keluarkan bumbo chair! Ni mesti nak bagi Ian main.. =)

Ayah Chik kata, high five dulu.. Baru leh main.. *Rimas tengok rambut Bieber Ayah Chik*
Bagi la Ayah Chik, kan dah high five tadi..

Sebenarnya Ian taktau yang Ayah Chik nak 'dera' dia.. Menggelupur member nak kuar.. :P
Lepas tu Ayah Chik pujuk balik.. Member tak caya dah.. :P
Semalam keluarkan bumbo chair ni untuk dipinjamkan kepada anak seorang teman, tapi tuan kecik ni pulak excited.. =)
.
OK la kawan-kawan, sebelum kesan bius ni hilang, nak gi smayang asar dulu.. =)

13 comments:

Lynn Abd Latib said...

jiey

lailahaillah..sakit rupanya..lyn tertanya2 kemana menghilangnya jiey..awal bulan hr tuh lyn pun mengadap dentist tampal gigi di klinik azura..sakitnya tuhan aje yg tau!!

apapun smg menghilang dah sakit jiey tuh..cepat2 sembuh!!

dan ian..happynya dia yek!!

uncle ian rock lah :)

me suya said...

tp kan kak Jie..
setuju sangat dgn skit gigi tu.. tak tertahan.. sem lepas sakit gigi masa exam.. nangis sambil jawab exam..hahahhaa

mama akid said...

laa tercari2 jgak entry baru dr k.ji...sakit gg rupanya..moga cpat sembuh eh kak..suke tgk ian comel sgt.dengn keletah yg semakin membesar

Kakmim said...

sabar la ek kak jiey... jaga diri tau... suka tgk muka rayyan yg makin happy... nk dpt adik ler katakan... seronok la die nnt berteman

Farah said...

tahniah jiey! sori lama dah tak jenguk sini baru tahu awak pregnant..take care ok.

transformed housewife said...

knur pun 4 thn doh ni tok gi jupo dr gigi. mesti ado lube jugok. ore2 lainn pun ado hok fobia dgn dr gigi.

BERMASALAH said...

salam. pertama kali saya berkunjung ke sini. saya membaca ttg Rayyan Arif.Pintu Syurga yang arif,bijaksana.

MasyaAllah moga baby dan anda sekeluarga diberikan kekuatan dan diberkati ilahi sentiasa. Ameen :)

wanie_kashfi said...

jiey...

sayo pun x berapo segar pregnancy kali ni...3 kali doh pitam (plus 1 kali pengsan). Pressure kat ofis lagi...tension sungguh...ni hok braso nok breti kijo ni...mujo x kayo, kalu kayo, breti lamo doh...

take care...hopefully cepat la kito semo sihat smula

Intan and The Boys said...

jiey jaga diri ye sayang. aduhai...saket gigi pula ye. nasib baik tak bawa ke demam pulak.

rindu pada Ian juga ni. :)

Rizziela said...

Tentu sakit sangat kan bila sakit gigi waktu pregnant...tak boleh ambil ubat penahan sakit plak tu

Semoga Jie akan bertambah sihat

Fysa Ismail said...

sakit sangat kak kan..masa sha cabut gigi hari tu, rasa nak tendang je doktor tu. hehehe..
wah ian suke nye die..

ummihana said...

salam kak jiey...
lama acik tunggu mama ian nak update ttg ian..last dpt gak tatap muka budak syomel tuh...
kak jiey sowi arrrrr...saya nak ketawe kat kak jiey....hahahahah penakut dentist upanya...btw sama la kita....muaaaahhhhhhhh tuk ian....

NOte utk ian:jaga mama baik2 tau...

Kauthar said...

ya Allah..rindunya dengan ian...dah besar anak teruna sorang ni :)