Saturday, April 2, 2011

Trauma yang sangat dalam!

Tuan kecik selsema + batuk. Sudahnya merengek sahaja. Ayahnya kerja, bibik cuti. Penat nak melayan. Bukan hanya penat, kalau boleh tak mahu dekat dengan budak kecik nih.. Bukan apa, takut berjangkit. *sigh*
.
Memang saya berada di dalam trauma yang paling dalam. Cepat2 lah trimester pertama berlalu. Penat! Dulu, sewaktu kami mencari punca tentang hakikat kejadian Rayyan Ariff, tiada apa yang kami temui. Lalui doktor menyenaraikan beberapa kemungkinan mengikut fakta sedia ada.
.
Mungkin jangkitan kuman daripada binatang berbulu seperti burung atau kucing. Walaupun kamu tidak membela kucing, mungkin daripada kucing-kucing yang berkeliaran berhampiran kamu di tepi-tepi jalan.
.
Fine, bila tengok orang pregnant bela kucing anak lahir sihat jer, rasa macam what-the-hell?
.
Mungkin jugak kerana kamu demam di awal kehamilan maka ianya terjadi. Sistem badan kamu lemah tatkala demam, maka mudah diserang virus!
.
Fine, tapi ramai apa yang demam-kebah-demam-kebah masa hamil, anak sehat jer.. rasa macam what-the-hell? lagi sekali..
.
Mungkin juga kerana kamu makan sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih makanya kuman itu mengenai baby..
.
Fine, tapi saya tak makan sayur! So lagi sekali, what-the-hell??
.
Untuk pregnancy kali ni, semua saya cuba elak. Duduk jauh-jauh daripada segala mak nenek binatang. Tak ambil sayur yang jual kat kafe kat office sebab takut dia cuci tak bersih walaupun doktor advised makan sayur hijau banyak-banyak. Tak duduk dekat orang sakit takut berjangkit..
.
Banyak benar pantang larang.
.
Sehinggalah last week, Dr. Sumi sound setepek.. "Rayyan is just one of those unlucky one among all the pregnancies that happened. Do you think that by avoiding lots of things and been overprotective you can actually prevent it from happening?"
.
Entah, saya tak tahu! Saya cuma mencuba. Dah banyak kali saya cuba jadi normal, cuba makan McD, cuba makan benda-benda mengarut macam orang lain makan, tapi saya trauma tahu. Saya tak mahu sakit lagi..

7 comments:

me suya said...

Kak Jie
semoga ALLAH bekalkan kak jie kekuatan extra untuk menjaga kandungan kali ni..Semoga ALLAh tenangkan hati Kak Jie setenang hati RA melihat ibu bapanya.. TAke care Kak Jie

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan.....pada ketika....'rasa' yang pernah 'dirasai'....masih terasa 'perit'nya....bagaimana lagi untuk 'mencongak' kemungkinan....sedang yang 'kelihatan' cuma 'ranjau' yang begitu berliku.....

'liku' yang menyaksikan hakikat suatu keterbatasan....yang pada waktunya....memisahkan hari yang dilalui dengan hari yang mendatang....

yang pada kudratnya....memisahkan kekuatan yang masih bersisa.....dengan kekuatan yang cuba 'dipahatkan'......

yang pada ilmunya....memisahkan yang dilihat....dirasai.....diketahui.......dengan hakikat yang sebenarnya....

batasan demi batasan......hanya menyaksikan....kepercayaan...keyakinan...
kebergantungan makhluk pada Penentu...Pemilik...Pemutus...yang Maha Mengetahui...Maha Menyayangi.....

dan Dia sama sekali tidak akan memungkiri janji....dan sama sekali tidak akan menzalimi......

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Yasmin Nabilah.. said...

jiey..rayyan ngn nabila mmg ada jodoh.nabila pun merengek je arini..demam selsema batuk..huhu

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kesiannya jie. Sabar ya.Cuba enjoy kehamilan kali ini.Buang trauma tu jauh-jauh but at the same time always be careful.Tuhan tak akan menguji hambanya dengan kejadian yang sama 2 kali.Insyaallah semuanya akan sempurna jie.

Fieda said...

..entah la kan, kadangkala bila kita merasa, seolah2nya serik rasanya. Seboleh2nya semua cuba nak dielakkan, tapi ya lah.... Kalau dah namanya takdir nak jadi, jadi juga, Tapi jika tak berusaha elak, ralat lagi hati. Maka, baiknya cuba mengelak,selagi tak memudaratkan...:)

Moga terus tabah ya....:)

Kak Ila said...

Salam Jie,
Akak selalu je follow blog adik2 junior akak...jie n ally...kerna aku juga ingin tahu kehidupan adik2 akak..akak pun ada trauma..trauma bersalin...Tp tgk baby akak rs mcm nak ada baby lagi..bukan akak je trauma.hubby pun trauma tgk akak operate bersalin.anak akak pun kecil lagi...xde apa nasihat...cuma org tua ckp waktu mengandung apa yg terlintas di pkran jgn simpan dihati..Mcm nampak OKU hati simpati...tak mau.just istigfar n minta semuanya selamat....Yg penting ubt klinik makan jgn miss.InsyaAllah sglnya slmt...

Ibu Aqmar said...

ha ah..stuju untuk semua. yang penting doa..Insya Allah, Allah Maha Pengasih kan.. banyak2kan baca al-quran ek. mungkin boleh cuba surah2 amalan mengandung tu. kita usaha je..yang menentukan Allah jua.

Dialah yang menguji hambaNya, sesuai dengan kekuatan hambaNya. Jie memang kuat n tabah.

Kalau takmo makan sayur boleh gak makan vit C or ubat2 yg doc bagi tu. saya dulu makan ubat kaler pink tu..lupa sudah apa namanye..obimin kot.. sebiji sehari..semua khasiat ade dlm tu. tak yah mkn banyak2 ubat cam kat klinik. sebab saya selalu mis makan ubat..hehe