Sunday, January 18, 2009

Betapa

Ian sekarang semakin kerap meniarap.. Pantang di letak terlentang. Rajin sungguh dia. Itulah anak Mama. Pantang mengalah yea sayang.. Dalam klip ini, anda boleh saksikan betapa Ian cuba untuk menegakkan kepalanya.. Agak susah, dan mungkin dia kepenatan..

Di hujung rakaman, anda bisa mendengar keluhan saya. Saya amat kesal kerana melepaskan keluhan itu.. Bukan Ian tidak mencuba. Dia sudah bersungguh-sungguh. Lupakah saya bahawa pahlawan kecil saya ini sedang berperang di medannya sendiri. Medan yang saya kira hanya mereka yang senasib dengannya sahaja yang memahami.. Klip inilah yang saya ulang berkali-kali sewaktu tidak disamping Ian..

Rakaman ini hanya di hujung aksi Ian. Hanya di saat Ian telah kepenatan.. Kerana saya menghabiskan masa dengan kelam kabut mencari di mana letaknya kamera. Rupa-rupanya di celah longgokan mainan Ian.. :P

Akhir-akhir ini, saya lihat wajah Ian agak sugul dari kebiasaannya. Saya tanya mommy, "Tidak gembirakah dia?" Tapi mommy tiada jawapan yang pasti.. "Mungkin dia merajuk dengan Mamanya. Mungkin dia rindu.." Kata Mommy..

Telah 4 hari saya menahan diri dari mendekati Ian. Ayahlah yang menidurkan Ian di waktu malam. Neneklah yang menyuap Ian makan. Neneklah menguruskan segala keperluan Ian. Walau rengekan Ian cukup memilukan, saya hanya memandang dari jauh..

Setelah 4 hari, semalam saya dakap tubuh kecil itu seerat-eratnya.. Kucupan bertalu-talu pada dahi dan pipinya.. Ada senyum darinya. Ada tawa darinya.. Itulah rindu. Maafkan Mama sayang. Mama demam. Kerna itu Mama harus menjauh.. Demam bukanlah sesuatu yang biasa bagimu anakku.. Kerna kau istimewa..

Maafkan Mama kerana tidak bersamamu sepanjang minggu ini. Bebanan kerja memaksa Mama pulang lewat sayang. Bebanan kerja juga memaksa Mama meninggalkanmu di hari minggu. Bebanan kerja mencuri masa yang sepatutnya Mama habiskan bersamamu. Maafkan Mama kerana terlepas detik waktu yang berharga dalam hidupmu. Maafkan..

P/S - IA hanya 3. Betapa sedikit bukan?? Namun ia tetap memberi impak yang besar. Semoga IA akan terus berkembang. Atas izin Allah SWT.. Kawan2, tolong doakan Ian.. *Sigh*

4 comments:

Intan and The Boys said...

Ian kuat kan?
kagum sangat ngan dia.

Pnut said...

Ian, sangat hebat...
kagum ni..
Go Ian, good boy..
buktikan pada mama Ian, Ian hebat..
yes...Auntie pun happy dengan Ian...
Ian hencem tau..

eiNa said...

be strong Ian.. caiyokk caiyokk...

fadia said...

saya rasa gelihati mendengar ade suara yg memanggil rayyan dr belakang, sungguh kelakar, tak penat toklaki memanggil rayyan dengan nada yg paling kelakar..hahhhah sementara mama rayyan tak sudah2 mengeluh, fed up ke mama??? ngeh ngeh ngeh, gud boy rayyan. pandai ayah buat kelakar kan..hehehe