Beberapa hari ini, Ian sering memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang menegur dan bergurau dengannya.. Bercakap bahasa bayinya.. Dan itu sudah cukup melengkapkan hati seorang ibu..
.
Dan saya terima itu sebagai petanda, bahawa dia mahu saya gembira.. Mungkin dia mahu mengatakan bahawa saya tidak membuat apa2 kesalahan padanya.. Mungkin dia mahu melegakan hati dan perasaan saya..
.
Memang sukar. Sungguh. Melihat matanya yang jernih, melihat halus tangannya mengelus rambutnya sendiri, melihat setiap kesungguhannya, membuat jiwa saya meruntun.. Membuat saya rasa bersalah padanya..
.
Mungkin kerana, situasi saya sedikit berbeza.. Mungkin kerana, saya pernah ada peluang membuat pilihan.. Sudah saya membuat timbang tara tentang segala hukum hakam yang dibentangkan kepada saya.. Dan saya rasa, kononnya saya telah membuat pilihan yang tepat.
.
Tetapi tidak. Saya salah sama sekali. Saya tidak membuat apa2 pilihan. Saya hanya meneruskan kehidupan di atas landasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kami bukan memilih, tetapi kami adalah yang terpilih. Ini perjanjian antara kami dan tuhan. Perjanjian sedari Loh Mahfuz lagi, bahawa inilah yang perlu kami lalui. Inilah kesanggupan kami. Dan Rayyan Ariff, kamu sendiri juga telah berjanji denganNya utk mengharungi segala apa yang tersurat untuk kamu.
.
Dan Mama yakin. Yakin sekali bahawa kamu anak yang kuat. Yakin sekali kamu pasti melalui segalanya dengan kejayaan.. Seperti mana kamu pernah menidakkan kata-kata mereka. Seperti mana perjanjianmu dengan tuhanmu.. InsyaAllah.
.P/s - Saya sudah pulih. Terima kasih buat Kak Suealeen..
Photo from theblackcordelias.wordpress
No comments:
Post a Comment