Thursday, January 15, 2009

Wajah tidurmu..

Pagi ini, bangun sahaja dari tidur, hati terasa sayu.. Saya tatap wajah tidur Ian yang cukup tenang.. Sesekali, Ian berbicara bahasa bayi di dalam tidurnya.. Anak mama mengigau yea? Hati terdetik, apa yang kau mimpikan wahai anak..
.
Ingin sekali saya berada di tempatnya. Menyelami jiwanya, merasai kesakitannya, mengetahui perasaannya, dan meneroka fikirannya.. Apa yang ada dibenakmu duhai anak?
.
Mama doakan segala yang terbaik untukmu. Andai diberi pilihan, mama tidak mahu menggantikan tempatmu. Bukan kerana tidak sanggup, tapi kerana mama mahu terus menjagamu, mendidikmu, membelaimu, dan memberi segala yang terbaik selagi termampu..
.
Air mata bergenangan. ”Kenapa?” Ayah bertanya..
.
”Takde apa-apa..” Ringkas sahaja. Saya terus mencapai beg tangan dan keluar. Sepanjang perjalanan, fikiran menerawang jauh. Rasa syahdu belum pergi.. Oh tuhan, berikanlah aku kekuatan!

P/s – Sesuatu yang sedia ada, biarlah ia di situ..

1 comment:

Sue.Aleen said...

akak faham perasaan itu.... tiba² saja air mata gugur bila memandang wajah polos si anak...

betapa kuatnya determination mereka...