Thursday, July 23, 2009

Hal-hal yang rumit

Hal-hal yang rumit dan bukan dalam kekuasaan kita, biarkanlah ia begitu. Walau berjuta kali difikirkan, ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Resah hanya sebentar, mungkin kerana sudah lali dengan banyak duka dan kekecewaan yang menjenguk. Namun yang pasti, wira hati kami ini akan terus gagah berjuang.
.
Sebelum ini, khabar yang diterima agak baik dan kami juga membawa harapan yang menggunung. Tapi kisah semalam, lain pula fakta yang dibentangkan. Biarlah.. Selagi ada harapan, selagi itu kita akan terus mencuba. =)
.
Semalam hanya satu permulaan. Banyak lagi episod ujian yang akan wira kami lalui. Walau ujian menunjukkan ada tindakbalas terhadap bunyi, namun ianya masih tidak mencukupi. Kalau terpaksa, mungkin dia juga harus melalui implan koklear. Hmm.. Handsome lagikah anak mama sekiranya telinga kiri dan kanannya di hiasi dengan 'bluetooth' yang diperbuat daripada plastik dan berwarna coklat itu nanti? Pasti tetap handsome kan? =)
.
Dah ready nak gi spital.. Handsome woo saya ni.. Rambut belah tepi nih.. :P
.
For the very first time, semalam saya berdiri tegak dengan minimal support.. Itu pun setelah diumpan dengan mainan kegemaran saya. :P
.

Saya yang kebosanan. Nasib baik ada Mr. Clown Tolo nih.. Lambatnya nak tgg timing yang sesuai utk BAEP test nih..

Kemungkinan ini telah dimaklumkan pada saya lebih setahun yang lalu. Sewaktu Rayyan masih di dalam kandungan. Mungkin benar, yang kita tidak boleh terlalu tamak kan? Namun selagi ada harapan, selagi itulah kita akan terus mencuba..

Saya yang terlena kepenatan. Penat woo 'berperang' sewaktu saya diberikan sedatif

P/s : Apa sahaja, walau bagaimana caranya, mama yakin, ianya pasti menjadi nyata.. Biar berputar utara dan selatan, takkan putus harapan di hati.. Biar beribu tahun lamanya.. =)

14 comments:

Reena said...

ian tetap handsome...tapi akak baby at this age memang cant hear nicely right...only when they 3years hearing better right...

tini said...

salam.
biar apa pun, hati ibu ttp +ve utk anaknya kan? teruskan bersama impian, spy terus semangat berusaha. best of luck for ian

M@y said...

Jiey,
be extra strong..sblm ni Jiey dh cukup tabah ngadap semua dugaan. Just remember that Jiey sumber kekuatan Ian!!

Intan and The Boys said...

:)
Ian anak yang kuat.
mamanya pon kena kuat tau!

Unknown said...

jiey... ian tetap encem tau... walau pakai bluetooth nanti tgk la akan ada anak2 dara yg ngorat ian... muuaahhhhhhh.....

SyahNur said...

insyaallah.. selagi ade peluang dan harapan, selagi itu kite kene terus berusaha.. jgn putus asa k! berkorban apa saja, harta atau nyawa!

yatie chomeyl said...

jiey, ore kagum dgn ketabahan jiey sbb tu doa ore x pernah putus2 utk Ian. dio anak bertuah punyai jiey sbg mama dio. insya Allah jiey,Ian akan terus kuat denge sokongan jiey

3740Journal said...

jiey, i rase macam nak jumpe u & ur baby sgt2.. hmm

Jiey^Mien said...

Reena : handsome ke? leh la geng ngan kelvin gi ngorat anak dara org.. =)

Dalam case ian ni, complicated sket nak citer.. Takpe.. Slow and steady.. :P

************************************

tini : thank you.. =)

p/s - Umar handsome la..

************************************

May : Rasa cam Ian sumber kekuatan jiey.. =)

p/s - May, tak saba la nak tau baby pink ke blue.. buat la 3D.. :P

************************************

puterikurekure : kena bgtau ian suh makan byk2 nih.. biar lagi kuat.. =)

************************************

Adwindaa : Kena test nih.. Betul ke tak ada yang ngorat nih.. :P

************************************

SyahNur : Huhuhu.. Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa.. **Satu bluetooth tu harga RM3K++, dua dah almost RM7K**
Harussssss... Nyesal renovate umah beria.. Takpe.. Takpe.. Duit leh cari.. :P

************************************

yatiey : debba nok tgg ian besar.. takut tok well-prepared nok jwb soaley2 ian pasal kelainan dio nati.. sobsobsob..

aci dop jawab gini, Ian lain sbb Ian power ranger!! :P

************************************

azza : jom la dtg umah.. any time pun bley.. nnt i masak utk you guys.. jom la.. ni invitation serious nih..

************************************

Ina said...

hi jiey sori byk hari xsempat nk comment. lately ni slalu penat je. jiey dh pindah ye. bestnya tgk katil Ian huhu. semoga suasana baru di rumah baru akan bg lebih semangat. semoga jiey tabah slalu ye.

Pnut said...

Insya-Allah, buatlah yang terbaik untuk Ian Jiey, betul, selagi ada harapan kita mencuba, sudah mencuba biarlah Allah menentukannya..

Ehhh akak hendak menitis air mata tengok Ian berdiri..entah terasa macam sebak tengok Ian sangat kuat, mampu berdiri tegak begitu, walau masih perlu support..

Mesti comel dia dia berjalan nanti... pasti mama dia shopping kasut lagi..

Watie Aziz said...

Jiey, sabar & tabah ok yang ..insya allah harapan itu tetap ada...adik i yg bongsu pun doktor kata kena pakai that bluettooh thing ..tapi dia takmo pakai, sebab dia kan lasak, mender tu mahal dan bila berpeluh, dia tak selesa... lepas buat pembedahan, nampak dah ada perubahan, dia leh dgr tapi sebab dia asyik lah menjerit bila bercakap (dr dia kecik lagik, sebab maybe that time dia tak dgr suara sendiri, so he tend to speak very loud, we all ingat dia suka menjerit2 ..rupanya tak dgr ..pity my adik..hu hu..)

rajin2 lah u bisik & borak2 kat sebelah dia selalu, time dia tidur2 ayam tuh, cam teknik schihida, banyakkan berborak supaya leh stimulate deria dia ..

i doakan yg terbaik utk family u especially Ian ..:)

Jiey^Mien said...

Ina : Takpe.. Takpe.. 3rd trimester kan.. Mesti la penat.. =)
Balik Mesia, dtg la umah, nnt leh baring ngan adik kat bilik Ian.. Bleh main2 ngan abg Ian.. =)

*************************************

Kak pinut, sebak plak bila Jiey baca komen akak.. Baru Jiey perasan, 'kuat' betul anak bujang Jiey nih.. Alhamdulillah...

Kak, mama Ian dah takde duit dah nk shopping bila dengar rege 'bluetooth' Ian.. =(

*************************************

Watie : Thanks for sharing the story dear... Lega rasa hati.. I'm not alone and it's not just me who need to face all of this kan? Moga semuanya pun baik2 shj utk Ian nanti..

*************************************

adex-aieda said...

jiey...
insyaallah...segala doa akan dimakbulkan...
masih ada harapankan...jgn putus asa..
sama2 kita berdoa eik...