Monday, July 13, 2009

It was his birthday and it was supposed to be his birthday..

Cerita tentang weekend, hari sabtu, ke SDMC lagi. Alhamdulillah, Ian sekali lagi mengejutkan kami dengan menunjukkan peningkatan di dalam beberapa perkara. Badannya semakin kuat apabila diletakkan di dalam posisi merangkak dan Ms. Sarjit hanya memberikan sokongan yang minima. Ian juga sudah mahu meletakkan kakinya ke lantai dan mahu berdiri. =)
.
Di rumah, sewaktu saya sedang membersihkan badannya, sekali lagi dia merapatkan kakinya, berdiri dan menampung berat badannya sendiri. Alhamdulillah.. Manis sekali buah kejayaan apabila diiringi dengan usaha kan? Ian Ariff memang semakin alert dengan 'kewujudan' kakinya. Jika sebelum ini dia hanya akan menghisap ibu kakinya jika berada di dalam posisi duduk, sekarang, dia sedang bersungguh-sungguh mencuba untuk menghisap ibu jari kakinya apabila dia sedang berbaring juga. Comel sekali.. Teruskan eksplorasimu nak..
.
Hari ahad, kami ke Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada teman baik saya. Ini kali pertama Ian Ariff menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di rumah. Sebelum ini, kami tidak pernah membawa Ian kerana khuatir dia akan kepanasan. Tapi memandangkan bibik bercuti, terpaksalah kami membawa Ian bersama. Alhamdulillah, Ian baik-baik sahaja dan tidak meragam. Pasni bleh gi lagi Ian.. =)
.
Ni senyum control ni.. Terliur tengok mama minum.. :P
.
Penat la duduk kat buggy tu Ma.. Tak nampak dunia!
.
Oh yea, hari ahad, 12 Julai merupakan hari ulang tahun hubby. Ia juga sepatutnya menjadi hari ulang tahun Ian. Ian was supposed to be born on 12 July yang seterusnya akan menjadikan dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ayahnya. Tapi Allah SWT telah menetapkan Ian Ariff untuk lahir pada 12 May. =)
.
Kiranya, officially, Ian sudah physically one year old. Saya sudah memperkenalkan telur pada Ian dan Alhamdulillah, tiada alahan. Esok, bolehlah Ian diberi suntikan imunisasi untuk bayi berumur setahun. =)
.
Untuk meraikan mereka berdua, kami keluar makan. Mulanya hubby mahu makan steamboat. Tapi akhirnya, hubby menukar fikiran dan teringinkan siakap stim. Sudahnya, kami ke Kadir Tomyam di Ampang Jaya. Ini memang restoran kegemaran hubby dan kami sering ke sini sedari masa bercinta lagi.. Semenjak ada Ian, kami sudah tidak ke sini lagi.. Kali terakhir kami ke sini, sehari sebelum Ian Ariff lahir.. See how old we are? We've stopped mostly all of our activities since we have Ian.. :P
.
Siakap stim yang memang best! Ian pun suka.. Mama suap sikit2 jer.. :P
.
Ian Ariff sekarang, asyik mahu melasak.. Semua benda mahu disentuh, semua benda mahu dipegang. Sudahnya, terhantuk pada skrin TV sewaktu di dalam kereta ayah. Ayah membebel konon2nya mama tak pegang Ian kuat2. Walhal, Ian sudah lama 'berkenankan' TV ayah!
.
Mula2 didudukkan, masih tersengih2..
.
Sudah mula bosan.. Ketuk2 meja dulu.. :P
.
Pastu 'makan' meja! Kotor la nak haii..
.
Sudahnya, Mama terpaksa makan sebelah tangan sahaja. Terpaksa menggunakan tangan gemuk mama sebagai penghadang.
.
Apabila Ian sudah terlalu bosan, tidak senang duduklah dia.. Akhirnya, sekali lagi kepalanya terhantuk pada kerusi besi ini. Dalam satu malam, dua kali terhantuk.. Kasihan anak mama.. =(
.
Siap makan, bibik pegang Ian, baru la mama bleh makan dengan aman! :P
.
P/s - Hadiah untuk mereka berdua, dalam entry seterusnya nanti.. =)

23 comments:

Puan ApasH said...

good progress Ian..U surely make ur mummy proud!!

Aku Bukan Bidadari said...

Wahh... kalo IAN lahir 12/july..
satu hari different ngan ayra.. 11/July.. hiks..

so selain bw hubby pi makan? jiey bagi spesel hadiaj per lagi??
wink wink.. hiksssss

Mrs. Simplicity said...

tunjuak hadiah ape ko bg kat alimin ek, might give aku some ideas pada 10 aug nanti. letih fikir, hari nak dkt dah...

Ummi Salsabila said...

oo..spttnye beday Ian ek..
good progress Ian!
and a strong mummy!

yatie chomeyl said...

ian meme budok bertuah Jiey deh..sokmo surprise u & ur hubby in a good way..*tepuk2 tangan ko Ian..sambil lompat2 nyanyi I to the A to the N hehehehe*.

btw, sedaknyo siakap stim..terliur titik tak tak air liur ore hhuhuhuh

Unknown said...

yeayyy ian dh nak berjalan yeay..... teruskan usahamu ian... muah nanti leh lari2 ngan adwan...

Farah said...

hahaha kelakar btul tgk ian makan meja tu..bosan sgt la tu..

byk dah perkara ian dah boleh buat ni kan jiey..mmg berbaloi segala usaha jiey selama ni..keep up the good work ian!

yanadzul said...

good b0y Ian..selamat melangkah satu tahun..

MeL said...

clever boy Ian! edd Ian patutnye sm ngn birthday ur hubby ye..

Sue.Aleen said...

alhamdulillah... prestasi Ian makin menyamai kanak² normal... :D

Jiey^Mien said...

Mama Qaseh : Mama sengih2 smpi telinga.. :P

***********************************

Tiara : Itu la.. Ian da tak saba nk tgk dunia.. Kalo tak, bleh celebrate ngan Ayra.. =)

Tungguuuu... Hadiah lom smpi.. :P

***********************************

Aly : Hadiah untuk alimin biasa jer.. Hadiah untuk Ian plak yang berlebih.. :P

***********************************

UmmiSalsabila : Itu la.. Kalau sama, senang jer.. Skali harung.. Takpe la.. Nak wat camne... =)

***********************************

yatiey : Meh kelik mesia meh.. Kito pakak2 gi kadir tomyam.. :P

***********************************

lel said...

Ian comel!!
Good boy!
Jgn gigit2 meja lagi :)

Eliss said...

alahai, comelnya..ish, nape awak makan kusi?saya dulu pun suka mkn kusi,tp skang suka makan apa yang ummi makan :D

xoxo,
Nuha

izzahazfar said...

mcm spesel jer hadiah tu...?..
meh kongsi kat zah n raziq..leh tiru utk hadiah kat ayah tahun depan

Watie Aziz said...

alahai bijaknya Ian ..aunty is so proud of u boy!! u go Ian ..!! muahs...

leadleedeea said...

alolo time geget meja tuh cute sesangat~!! Ian cayang, be agood boy tau...hehehehe~!!

Pnut said...

Ian kan hebat, bravo Ian...
mama Ian teruskan beri semangat kat Ian occay...

baru dpt anak buah baru hari Sabtu lepas, nama Muhammad Rayyan Hakimi, dan-dan tu teringat kat Ian...eheheh

Unknown said...

yeaa.. ian budak pandai.. truskan usaha jiey.. ian boleh.!!

kamalnzura said...

Ian pun gantung puting ekkk...
sebijik sama dgn Danish...bergayut aja..:D
tp dulu la...skang dah x hisap dah..

M@y said...

Good boy!!dh makin pandai melasak..penat la mommy lepas ni..hakhak!!!

Intan and The Boys said...

yeayyy!!!!!!!
Ian dah bertambah terer!!

:)
tak lama lagi Ian nak dapat geng lagi.
seronok ye jiey. nanti2 bila2 boleh kite bawak hero kite jumpa hero jiey pulak kan?
bila hero kite dah kuar la...
:)

[I][T][A] said...

Ian makin bijak dan menunjukkan peningkatan yang bgus... Usaha lagi ian...

ME said...

Alhamdulillah & congratulations on Ian's progress