Wednesday, July 29, 2009

Maafkan keterlanjuran kami selaku ibubapamu..

Masih mengenai aktiviti hujung minggu yang lalu. Seperti yang saya katakan, ianya satu hujung minggu yang padat.. :P
.
Kejadian ini berlaku pada hari ahad malam. Kami ke sebuah salon yang baru dibuka dengan niat ingin memotong rambut Ian Ariff yang semakin panjang. Cepatkan? Walhal baru sahaja di potong!
.
Kata nenek, bila rambut Ian panjang jer, nampak macam muka baru kebah demam.. :P
.
Sewaktu mahu diletakkan di tempat duduk berbentuk kereta itu, tukang gunting itu bertanya, "Boleh duduk ke?" Dengan ragu-ragu saya menjawab, "Boleh kot.."
.
Pada asalnya, saya tidak yakin Ian bisa duduk sendiri di dalam tempat duduk berbentuk kereta itu kerana tiada tempat untuk bersandar pada bahagian belakangnya. Tapi lihatlah gambar di atas, he can really sit on his own.
.
Tapi at the end, memang harus pegang juga kerana dia asyik memusingkan badannya dan menggerakkan kepalanya. Ian tidak duduk diam kerana sibuk melihat wajah tukang gunting dan asyik 'mengkaji' mesin yang digunakan untuk menggondolkan rambutnya!
.
Anak botak saya..
.
Dearest Rayyan Ariff,
.
Maafkan kami kerana membotakkan kamu secara tidak sengaja. Maafkan kami kerana mengurangkan handsome kamu! Kalau kami tidak termakan kata-kata amoi itu, pastinya handsome kamu tidak akan berkurang. Malah semakin bertambah! Huhuhu..
.
Inilah kali pertama Ian tampil dengan fesyen "Upin & Ipin" bak kata abang Aniq. Sepanjang hidupnya, kami seboleh mungkin tidak mahu rambutnya menjadi terlalu pendek atau botak kerana bentuk kepalanya yang rata di bahagian belakang, dan juga kerana parut pembedahan yang jelas menonjol. Sungguh saya tidak puas hati! =(
.
Ohh.. Org ni la yang cakap kat mama no.2 tu tak pendek sangat nih.. Siap dia!!
.
Sudahlah minggu ini banyak jemputan ke banyak majlis, kasihan Ian.. Terpaksalah Ian menjadi rapper sementara menantikan rambut kembali panjang.. Huhuhu..
.
Ian, jangan bukak2 topi ni ek.. Kang byk plak mulut yang 'bertanya' dan mengomel.. :P
.
P/s - Bosan gila kat offc skrg nih, blogspot kena ban. Ari tu leh baca tp takleh tggl komen, skrg nih takleh bukak terus dah.. Kena ban! Huhuhu.. Cepatla re-connect wahai streamyx.. Rindu blog kawan2.. =(

28 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

Suka tengok imej terbaru Ian. Handsome la Jiey, cute macam Upin dan Ipin.

misz_nierah said...

hye kak! sihat? how's Ian? rindu bangat same akak dan Ian. huhu...kepala ian, sudah tidak ada rambut. ouh, but still cute ^_^

eiNa said...

xpe Ian.. leh jadi Ian mawi.. :)
tetap ensem wlupun butak..

Intan and The Boys said...

tu la..baru nak tanya nape jiey pototng rambut Ian pendek bebenor.
takpe jiey, rambut je pon. nanti2 panjang le tu.
:)

Unknown said...

alalalalaaaa... tomey n encem pe ian berambut botak gitu... leh la geng adwan. mak tok adwan selalu je nak botakkan adwan bila tgk rambut panjang skit.. adwan lau botak pasti tinggal jambul didepan.. elok la tu, ian upin n adwan ipin... heheheh leh la jd geng sehidup semati... tp ian tetap encem tau...muahhh

Cikpid said...

alaa..botaak pon comel..hahahha

n pakai topi jgn cabut2 ok kalo g mana2..hahahahha...

Bukan Bidadari said...

Tak pe Jiey.... rambut Ian cepat panjang...hehehe.

AiYa said...

adeh! ni kes mama tertipu la nih. :)

redha jek muka Ian

Anasfadilah said...

botak pun hensem la Ian :D,siap jadi rapper lagi

geng botak
Ziyyad :)

Elyn Sani said...

it's ok jiey botak sekali sekala..... so nnt tumbuh rambut baru ian yg cantik..... heheheh die ttp cute di mata saya yg rabun nih!!

Mrs. Simplicity said...

HHAHAH COMEL IAN WEH. COMEL PADA MATA AKU. BETUL KATA NENEK IAN, KALAU ORG RAMBUT BANYAK NI, RUPE NYE MACAM BARU KEBAH DEMAM. DGN KITE SEKALI SERABUT TGK NYE. TAKDE SAPE LAGI YG BENARKAN RAMBUT NIA DIPOTONG. HUHU..

Anonymous said...

hi jiey...
blade no 2 mmg pendek laa...
tapi cute pulak tgk ian mcm ni..
takper..rambut budak cepat panjang..jgn risau.

Yangg said...

I think he looks cute though.....Muahhhhh!

MeL said...

xpe rambut Ian cpt pjg kn jiey..Ian ttp encemtau wpun botak ala2 upin & ipin. betul..betul..betul! :)

Reena said...

iye la...ian ada rambut handsome...tapi pakai topi tu cute sgt..dont worry..nanti cepat la tumbuh..

leadleedeea said...

comel je Ian botak...heheheeee...nnti the hair'll grow..dun worry..hehe~!!

yatie chomeyl said...

xpo la, stylo sket pakai topi hip hop gitu..yaaa aaa auuww..yo yo Ian in da house hehehehe

Nina said...

ian botak pon tetap comeiila..seksi..heheheh

Eliss said...

walopun awak botak, tapi awak tetap ensem di mata saya :)

xoxo,
Nuha

3740Journal said...

cute la.. pakai topi lagi cute. ala takpe yer ian,..sure cepat jerk panjang tu..

Liana Manjaku said...

Jiey, encem ler ian! Walo pun kepala ian dan botak, tp senyum ian tetap menawan...

Anonymous said...

comelnya baju tidur rayyan,,huhuhuhu
-kakak-

Farah said...

masih encem lagi laa ian ni...takpela rambut ian cepat tumbuh kan..kena la jadi rapper buat sementara waktu yer ian hahaha

Yasmin Nabilah.. said...

ala..Ian dah botak ker..hurmm..salah potong yekk..ala siannya..tak patut tul la org tuh..tapi nak wat camner..dah potong..Jiey bawak potong kat ner?Kat Cheeky monkey ke?

Haiza said...

botak pon cute apa...budak encem mcm Ian ni buat la apa fesyen pun....tetap kiut miut gak....

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak,moga akk n family sht n ceria selalu

akk,xpelah rmbut Ian kna potng,ian pun cepat pnjgkn rambutnya.

kamalnzura said...

ok apa botak camni..
Danish kalau potong rambut..ini aje lah fesyen yg sesuai...
baru bleh geng ngan Danish..:D

miezrina said...

alolololoololooooo tomeyyyyy... nak join geng upin&ipin eh ryan... ihiksss

soooo cute this new style... cayalah!

tp rapper pun cute gilerrrrr....