Thursday, August 13, 2009

Akur pada keadaan..

Semalam, sewaktu sedang bersiap-siap mahu keluar dari rumah untuk ke SDMC bagi sesi fisioterpai Rayyan Ariff, telefon di rumah berbunyi. Mommy rupanya yang menelefon. Setelah berbual untuk seketika, gagang telefon kembali diletakkan.
.
Mommy memohon agar sesi fisioterapi Rayyan dihentikan buat sementara waktu. Mommy memberikan hujah-hujah betapa hospital bukanlah satu tempat yang selamat pada waktu ini. Waktu yang mana semua umat manusia sedang kalut tentang H1N1.
.
Saya pula, beberapa kali mengutarakan pendirian saya. Sehingga pada satu point, saya berhenti.. "Kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi, berbaloikah segala sesi fisio yang dilakukan?"
.
Saya terdiam. Terdiam kerana mengakui kebenaran kata-kata mommy. Seterusnya, saya menelefon Kak Reenaz, bertanya sama ada dia juga masih membawa Ridhwan ke SDMC untuk fisioterapi. Kak Reenaz mengatakan Ridhwan juga akan 'bercuti' buat sementara waktu daripada menghadiri fisioterapi.
.
Aduhh.. Saya benar2 rasa terperangkap. Antara keterujaan tentang pencapaian Rayyan dan perasaan untuk melindunginya. Akhirnya, saya akur pada keadaan. Ada waktunya, banyak perkara yang berada di luar kawalan kita.
.
Sewaktu saya menelefon Ms Sarjit untuk menyatakan ketidakhadiran kami, nada suaranya masih berbaur keterujaan dan kegembiran mengenai pencapaian Rayyan. Namun apalah daya kami. Saya cuma mampu berharap Rayyan sudi 'bekerjasama' dengan saya untuk sesi fisioterpai di rumah sahaja. Walau maklum, tangisnya akan berhamburan dan rengekannya akan berpanjangan.
.
Semoga segala wabak penyakit yang berleluasa ini akan cepat berlalu pergi. Aminnnn..
.
P/s - Mama Put, Boss tak approve la gi Gedangsa hari sabtu ni.. Boss tak bagi Ian kuar rumah.. Too risky to be in crowded place.. So sad.. Huhuhu.. Nak ikut.. Nak Ikut..

23 comments:

Reena said...

ya that better..for time being...just avoid going this type of places....not safe at all

Mama Qaseh said...

betul tu jiey..better just stay at home for a while.sampai H1N1 ni dh reda skit..Sy pon x bwk Qaseh kuar sgt..kalo nk shopping barang2 keperluan..Sy je gi sorg2 tu pon pakai mask..takut kita plak yg bwk virus tu pada family kita..

puterikurekure said...

betul la jiey. skang kan tgh kalut2 H1N1. dok diam2 kat umah je ok?

tini said...

too bad. tp x po la, wat dumoh jah. w/pun ian mb x nak bg kerjasama, kuatkan semangat walau sket, tp konsisten. kita pun risau nak kuar pg mall n crouded places. sama2 kita berdoa spy negara kembali bersih dr wabak2 ni semua.

Cikpid said...

sy pon rase jgn g hosp buat ms sekarang ni..sbb my cousin yg keje kat hosp cakap..skang..hosp adalah tmpt yg ,erbahaya juga sbb byk kes H1N1 kat hosp..

xperlaa.mungkin ade hikmah..

kamalnzura said...

risau kan pasal H1N1 nih...
Danish dulu penah kena pneumonia...
lagi lah merisaukan takut 'lagi mudah' terkena..

risau..risau...

iBu ZulFaQar RayYaN said...

betol better bagi ur ian rehat dulu...saya pun tak bawa my ayern g public...mmg kesian dia duduk rumah...tapi makin risau bila ader yg umur 10 bulan dan setahun dah jadi mangsa kematian....semoga semua ini berakhir...amin........

mamamiera said...

stuju ngan mommy jiey.. xpe biar lmbat asal Ian selamat sihat walafiat.. lg p0n zai nmpk Ian kuat n semangat utk belajar..

AdwanEncem said...

hmmm... setuju ngan mama jiey... tp ian still buleh buat fisio di rumah, tp cuba jiey nyorok n minta en somi or bibik yg handle... insya'allah lau ian berehat dari ke SDMC gak still dia leh improve dgn bantuan mama tercinta...

Pnut said...

Jiey-bukan takat hospital je..
itu hari akak nengok Jiey bawak Ian ke swimming pool pun rasa tak sedap je...

bahaya, tapi akak tak menegur sebab takut Jiey tersinggung pulak...

buat now Jiey ada buat entry berkenaan ini, akak pun sebutlah, buat seketika tak payah bawa anak kecil ke swimming pool..

si abang dulu masa umur setahun lebih kena coxaskie (betul ke eja ni) mujur kami dpt detect awal, kena admit berhari-hari di wad dan kena kuarantin... ini semua berpunca dari kami bawa dia masuk swimming pool, maklumlah fisrt time parent masa tu, teringin nak tengok anak berendam, tak fikirkan risiko...

Jiey^Mien said...

Reena : True la.. Better avoid all this crowded places.. Not safe especially hospital where sick ppl come n go.. =(

******************************************

Mama Qaseh : Itu la, kitorg pun gi mana2 wat camtu pastu smpi umah make sure mandi bersih2 ngan dettol baru la amik ian.. risky.. =(

**********************************************

puterikurekure : Okeh.. Okeh.. Dok umah je takde gi mana2..

******************************************

tini : betul la kan? nak gi carrefour beli ayam sekor pun takut.. huhuhuhu...

*********************************************

cikpid : itu la.. cousin jiey yang keje hospital la yang bgtau tuh.. tu yang mak jiey freaked out tuh..

*******************************************

Jiey^Mien said...

kamalnzura : ish lagi cuak tuh.. danish kena bebetul kuarantin nih.. Rayyan pun sama. Before this dgn asma la.. huhuhu..
nama pun born premature.. resistance tu lain la sket...

******************************************

ibu zulfaqar rayyan : itu la kan.. cepat2 la berakhir.. =(

*******************************************

mamamiera : kalo ngan mama dia, terus jadik lembik liuk lentok.. *sigh*

******************************************

adwanencem : skrg ni bibik yang dok buat fisio ian.. tapi tu la.. still tak sama.. kalo ngan therapist elok2 bleh abis sejam.. ni baru 15min dah meraung dah.. ayah dia tatau la bleh harap ke tak..

*********************************************

kak pinut : takpe kak.. lenkali tegur jer.. jiey tak kisah..

actually, masa gi family day ari tu jiey realize pasal ni tau. my fren yg bgtau H1N1 ni lagi mudah berjangkit dalam2 air mandi camnih.. since ari tu dah takde dah bwk ian gi swimming..

actually, dah dua minggu ian kena kurung. kuar gi SDMC jer last week. jalan2 takde dah.. =)

Elyn said...

sabar dulu la jiey.... bahaya gak kalo slau pi sana.... jiey pun dh nak cuti kan?? dh bule buat sendiri ngan ian buat sementara waktu...

azzamoro said...

yerp..i punrase better u stay kt umah for a while. nanti bile dah reda sikit, boleh sambung fisio. in the meantime, u buatla kat rumah ngan ian oke..

izzahazfar said...

zah pun sama kak...
la ni dah berapa lama tak jalan2 tau..hujung minggu aje zah,hubby n raziq dok umah..
p hospital lagi takut..last month masa raziq sakit teruk tu..terpaksa bawa tapi tak tunggu sampai turn bile nampak budak2 u mai..kang tak pasai2 ajer...

take care ya!

Liana said...

betul tu jiey... ummi pun tengah risau cam ner lah nak cari bahan2 rumah dan kedai. Coz, hari ahad taska cuti. Keaddan sekarang memang tak mengizinkan semua untuk keluar.

~Puteri-Nuur~ said...

Mama Jiey,
Idris pun 'bercuti' juga untuk sementara, hospital sarang segala penyakit. Not safe at all.

Pasal Gedangsa, kami masih akan terus ke sana. Dah janji dengan Mama Ina (Nabila) nak ke sana. Takpe, Idris pergi dulu, kita tengok macam mana keadaan Idris 'berperang' yer.. Nanti Mama Put upload cerita, jadi Ian ada tips la nak 'protect' diri nanti ;)

Farah said...

haah la jiey..takyah la kuar sgt..saya pon pk byk kali nak bawak kuar afif shopping ni.

MamaTiaMia said...

salam perkenalan for mama and cute ian:)

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..moga akk sefamily sht n ceria2 selalu..

Betul lah kak...baik smntara ni tak selalu kluar rumh,lagi2 bawk ian.Risau mslh skrg...nnt akk blh cuba fisio yg ringn2 kat rumh..

Moga Allah mudahkn urusan akk.

yatie chomeyl said...

xpo lah jiey, nok wta gano....mugo mem ekeadae lo ni x brp selamat 2 be in crowd.

wat di rumoh la deh..harap2 Ian coop kali ni..:)

alyyani said...

aku jiey akur.. aku pun da mula akur ni tak nak kua ke tempat awam seberangan kalau takde hal penting.. sebab aku sendiri kategori yg berisiko tinggi..

ai said...

Yelah..cam betol lak kata mommy kau tu..