Sunday, August 30, 2009

Tinggi..

Semalam, kami berbuka puasa di rumah ibu bapa mertua saya di Rawang. Jarang sekali dapat berkumpul adik-beradik seperti ini walaupun adik beradik yang ikut serta belum cukup jumlahnya. Sesekali bertemu, tentunya banyak yang hendak dibicarakan.
.
Malam itu, sewaktu kami berehat-rehat di ruang tamu, salah seorang sepupu Rayyan, si kecil Effa yang bakal memasuki usia 4 tahun bertanya ibunya. "Ummi, kenapa kepala Rayyan tinggi?"
.
Saya tersenyum kecil tatkala mendengar pertanyaan tulus dari seorang anak kecil. "Kepala Rayyan bukan tinggi, kepala Rayyan panjang.."
.
Effa tersenyum malu. Ibunya tidak memberikan jawapan kepadanya. Saya juga hilang kata-kata untuk menerangkan. Tidak tahu bagaimana.
.
Bukan sekali ini bentuk kepala Rayyan diperkatakan. Sungguh saya penat untuk menerangkan. Ada waktu, fikiran kanak-kanak saya akan berkata, "Andai aku ada kuasa, andai aku ada tangan ajaib, akan ku bentuk kepala Rayyan supaya menjadi bulat dan cantik seperti orang-orang lain.."
.
Tapi sayangnya, itu hanya kalau.. Itu hanya fikiran tidak matang seorang manusia yang masih mengharap kepada kesempurnaan fizikal.
.
Jelas; bentuk kepala Ian yang leper dan panjang..
.
Hati pula terdetik, apa rasa Rayyan jika suatu hari nanti ada yang memperkotak-katikkan bentuk kepalanya yang berlainan?
.
P/s - Kalo ank pompuan, leh pki tudung.. :P
.
P/s (2) - Ina, bilo2 maso, bleh la buko skali.. Nk return meney Akid nih..

22 comments:

m@y said...

Jiey,
xpe..dh besar Ian bleh pakai cap.Stylo gitu! Kalo Ian dh bagi senyum mahal dia aweks nanti dh x pandang pale Ian..tergoda auwww!! ;p

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Salam...Tak pe jiey..Bagi intan, ian tetap comel dan handsome,terpikat sangat2 dengan senyuman manis ian,so cute laa..Kalau ian senyum mata dia nampak menggoda.Hehe.

fieza said...

Kalau dah suka, orang cakap dari mata turun ke hati...Mata Ian mahal tu...

Merdeka! Merdeka! Merdeka ...vote my baby http://mamafc.com/index.php?option=com_datsogallery&Itemid=28&func=detail&catid=13&id=300

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

takpa..Ian kan ccomeelll

azzamoro said...

haah. dah besar boleh pakai cap, hat or scarf (macam orang hip hop tu)...takpela... insyallah mane tau dah besar nanti perlahan2 jadik bulat sikit..

izzahazfar said...

CANTIK @ HENSEM ITU SUBJEKTIF...

YANG PENTING DIDIKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA YG MEMBENTUK ANAK2...

P/S: SALAM MERDEKA KAK JIEY..SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN...AMIN...

izan ishak said...

it's okay jiey...
setiap kejadian Allah ada hikmah tersembunyi disebaliknya kan?

ita zakaria said...

Ian, xper sayang. kepala panjang ke...tinggi ke, leper ker, semua tuh ciptaan Allah kan. ade sebab nape Allah pilih Ian utk semua nih. sarra juga dianugerahkan kepala panjang dek kerana vacum. puas jugak dilurut masa beby, tapi tak berapa nak membulat. takpelah, mane tau... kepala yang panjang nih lah 'tempat' menyimpan ilmu... menyimpan segala kepandaian dan hikmah nanti...InsyaAllah. janji hemcem!

Marsha~ said...

takpe Ian, janji Ian sihat.. kepala cantik ke ape ke, tak penting... yg penting Ian sihat dan kuar serta bertambah bijak! syukur pada semua pemberian Allah s.w.t utk Ian ye sayang????

alyyani said...

jiey, bole diurut2 tak kepala ian tu? tak leh ek? ala, aku pnh tgk live tak la obvious pun. kalau pakai cap mmg tak nmpk langsung la.

ni gmbr ian latest ke gmbr lama? kalau latest cepat nye rambut dia panjang!

Elyn said...

janji sihat jiey.... kepala wafiq pun x rate gak bonjol sane sini...

~Puteri-Nuur~ said...

To:Ian

Takpelah. kepala Ian macam tu la yang buat Ian nampak sangat comel.. Lope suka.

From: Idris

AdwanEncem said...

alaa auntie jiey... nnt sekalik ian senyum meleret ilang la soklan pasal kepala dia tu... biar pun leper n panjang,,ian tetap bijak pandai... encem lagik... chaiyoookkkk ian encem...

[I][T][A] said...

Tak semestinya manusia yang kelihatan sempurna adalah sempurna... setiap manusia ada kelebihan tersendiri..

ian ada kelebihan itu, comel, bijak dan segalanya..

tini said...

i percaya kepala ian panjang cam tu salah satu sebabnya ialah dia byk berbaring sblm ni kan. i also believe slowly kepala ian akan jd lbh bulat.tp, kl x pun, ian ada byk kelebihan lain. aunty percaya ramai yg x akan kisah dgn sedikit kelainan tu :)

Drama Mama said...

oh my nepew pun macam tu. i know how it feels like coz my biras jgk sometimes tension bila orang asyik bertanya2.(bukan budak kecik ye yang tanya)

apa pun tu semua anugerah Allah. but Ian is still so very cute! the smile can melt any heart ;-)

Nina said...

janji ian sehat waalfiat dan membesar bagai johan syukur..

Nina said...

janji ian sehat waalfiat dan membesar bagai johan syukur..

Nina said...

janji ian sehat waalfiat dan membesar bagai johan syukur..

miezrina said...

SALAM JIEY...

LORRR ADO PESANE UTK NA GHUPONYO... BULEH BULEH... X DO HAAA... ROGER ROGER LA BEBILO PUNG...

nyyzza said...

takpe la mama Ian..tu sume ciptaan Allah,,ade hikmah sume tu,,yg penting Ian sihat and comel..

~~~Luv Harraz~~~ said...

salam kenal... saya follower blog nie...

jie... x kisah la kepala tinggi ke ape ke.. yang penting Ian sihat dan yang paling penting... Ian dapat tersenyum tuk mama ngan ayah...