Thursday, August 27, 2009

Majlis berbuka puasa..

Semalam, kami berbuka puasa di Restoran Nelayan bersama-sama dengan teman2 lama saya sewaktu belajar dulu. Ini merupakan acara tahunan kami sedari kami mula-mula habis belajar hinggalah sekarang. Bezanya, ada ahli yang sudah berkurang, dan ada juga tambahan ahli-ahli junior yang memeriahkan suasana. =)
.
Alhamdulillah, 4 orang ahli tetap ini masih bisa menghadirkan diri. Harap2, di masa akan datang, gathering kecil seperti ini akan tetap diteruskan.
.
Tiada banyak gambar yang dapat saya kongsikan. Maklumlah, putera saya juga sibuk mahu menjadi 'jurugambar'.. Merengek-rengek meminta telefon bimbit yang ada di tangan saya. Pantang betul dia dengan telefon bimbit. :P
.

Mama : Ian, jangan kacau mama amik gambar tau.. Mama nk upload kat blog nih..

Ian : Tak janji la mama.. Ian suka hp mama.. - *Hati berbisik*Apa la mama aku nih.. Sibuk nk hapdet blog dia tuh! Lama2, org pun bosan nk baca..

Sebelum acara rampas-merampas telefon.. Gambar masih ok..

Budak tak makan saman.. Sibuk nk hp mama..

Shot selepas tangan sibuk 'mengejar' handphone.. Sudahnya, mama give up! :P

Tapi bagusnya Rayyan, sewaktu masuk sahaja azan maghrib, dia tertidur.. Dan membolehkan mama dan ayahnya menjamu selera dengan tenang.. =)
.
Telatah Rayyan Ariff dan Salahuddin benar2 mencuit hati. Salahuddin sudah pun berumur dua tahun dan mulutnya juga semakin banyak bercerita. Comel. Akan saya nantikan saat-saat untuk melihat Rayyan Ariff bercerita seperti Salahuddin dengan sabar. Moga dipermudahkan segalanya buat Rayyan Ariff.. =)
.

Ian and Abg Iddin.. It's good that Ian is showing interest to play with other kids.. Sengih2 je kat Abg Iddin.. =)

Di hujung waktu, sebelum masing2 berangkat pulang, kami bersalaman dan berpelukan. Salahuddin pula patuh apabila diminta mencium auntie - auntie yang kecoh ini. Rayyan Ariff belum bisa memberikan ciuman kepada orang -orang yang tidak biasa dengannya. Dia hanya akan memberikan ciuman sewaktu di pangkuan orang-orang yang dia selesa bersama. Semoga dipertemuan yang mendatang, Rayyan Ariff sudah mampu memberikan ciuman kepada kawan2 mama.. Ian kan romeo! =)
.
P/s - Satu hutang emel sudah langsai. 2 more to go.. 3 hutang, 3 isu.. Kalo tak, bleh copy n paste jer.. Mmg lama betul kan? Maklumlah.. surirumah kan busy.. Ni pun curik2 masa coz Ian tgh tido.. :P

13 comments:

puterikurekure said...

hehehe. busy ek?
:)

Ian sangat keletah la. geram je tkg!

tini said...

suka tau g gathering cam tu. bagus btl ian, dan2 time mama nak mkn, dia tido. btw, masanya akan tiba jiey :)

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

nanti Ian bleh cakap.. jenuh mama dia nak layan..:)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

teringin nak berbuka puasa di luar bersama kwn tapi encik suami tak berapa gemar..katanya nanti tergopoh2 nak solat..leceh katanya :(

Marsha~ said...

seronoknye Ian berbuka kat luar... Qial belum ade kesempatan nak berbuka kat luar lagi.. huhuhu.. :(

eiNa said...

syiok nye bebuka kat luar...
Jiey..enjoy x jadi suri rumah? mesti best kan.. tp bz ttp bz :P

mummy_adam said...

hahahaaa... Ian sama cam Adam suka sgt berebut hp mummy.. sibuk nak amik gambar, dia pun sibuk nak.. hehe

izzahazfar said...

kak kalau ian suka hp..anak zah si akmalpun sama..hp,laptop ke..kalau mouse lg suka..budak2 zaman skrg camtu kot...

Cik Tudung Merah said...

nampak nye mama nye dah kene belikan rayyan hp jugak..dah pandai demand tu..

:)

Mama Qaseh said...

syok dpt berbuka ngn member2 lama..bila le nk merasa..member sume jauh2..

alyyani said...

ala, da bape ari puasa belum pnh buka kat lua lg. poyo je aku, pdhl tak pnh masak pun time bebuka. heheh..

ian friendly. jumpe nia gaknya mesti best sebab nia ni minat kt org lelaki je. ikut sape aku tak tau la. huhu..

isabelle said...

wah...kecik2 jadi romeo tuuu...
hehehe.

time kecik ni la nak cium/gomol diorg puas2.esok2 dah besar, harus x dpt dah.

Elyn said...

swonok dpt jumpe kwn2 lama kan.... lelagi berbuka sama. i ni pose br 2 ari jiey penangan virus ni ha!!