Friday, August 21, 2009

Dalam ketakutan..

Pagi semalam, dalam ketakutan, kami melangkah ke SDMC. Keadaan di hospital agak lengang dan tidak seperti selalunya. Awalnya, saya fikirkan mahu membatalkan sahaja temujanji Rayyan Ariff dengan Dr. Sofiah. Tapi bila mengenangkan bekalan ubat dan vitamin yang semakin habis (ubat dan vitamin terkawal yang tidak boleh dibeli sahaja di farmasi), kami bulatkan tekad untuk ke hospital. Lagi pula, terdapat banyak bintik2 merah di muka Rayyan Ariff seakan-akan ruam. Tidak senang duduk dibuatnya apabila ubat dari klinik GP tidak mendatangkan kesan dan bintik-bintik merah itu masih ada di situ.
.
Selesai mendaftar di klinik Dr. Sofiah, saya membawa Rayyan Ariff ke bahagian fisioterapi. Niatnya sekadar mahu menyerahkan GL yang sepatutnya saya serahkan pada dua kunjungan yang lalu dan memaklumkan kepada Ms. Sarjit bahawa Rayyan Ariff akan 'direhatkan' dari fisioterapi di SDMC buat sementara waktu.
.
Keadaan di bahagian fisioterapi juga agak lengang. Kata Ms.Sarjit, banyak ibubapa yang membatalkan temujanji kerana masing2 agak kerisauan dengan wabak penyakit yang melanda. Memandangkan tiada sesiapa waktu itu, Ms Sarjit mempelawa Rayyan Ariff untuk melakukan sedikit senaman. Memandangkan kami sudah berada di sana dan sedang menantikan giliran untuk berjumpa Dr. Sofiah, fikir saya, tiada salahnya untuk Rayyan Ariff melakukan sedikit senaman.
.
Alhamdulillah, perkembangan fizikal dan mental Rayyan Ariff semakin baik. Rayyan sudah mampu menolak badannya sendiri. Creeping and rolling. Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sendirinya.
.
Berehat setelah kepenatan.

'Kanak-kanak' yang sibuk berdiri.

Pertemuan dengan Dr. Sofiah juga membuahkan kegembiraan di hati kami. Dr. Sofiah juga kelihatannya gembira dengan perkembangan Rayyan Ariff. Fokus matanya baik. Perkembangan fizikal juga bagus. Alert dengan persekitarannya. Dan Rayyan Ariff juga menunjukkan kebolehan meniru apa yang kita lakukan kepada Dr. Sofiah. Apabila kita menjerit, dia turut sama menjerit. Apabila kita menyebut Bye.. Bye.. Dia sedaya upaya meniru dan terhasillah bunyi 'babba'.. 'babba'.. Sangat comel!

Rayyan Ariff juga 'sibuk' mahu membaca laporan yang berada di meja Dr. Sofiah. Sifat ingin tahunya adalah selari dengan perkembangan usianya. Dia juga sibuk bertepuk tangan dan mengangguk-angguk apabila Dr. Sofiah bercakap. Seakan-akan memahami butir bicara Dr. Sofiah dan seolah-olah berpuas hati dengan pencapaiannya sendiri. Comel lagi di situ!! :P

Kami juga sempat berbincang tentang tahap pendengaran Rayyan Ariff. Walaupun sebelah telinganya tidak menunjukkan reaksi pada bunyi, kami bersyukur kerana telinga kanannya masih boleh menerima dan memproses bunyi. Gelombang yang tercatat pada hasil ujian yang dibuat sebulan yang lalu juga 'cantik'. InsyaAllah, Rayyan Ariff boleh dibantu melalui penggunaan hearing aid. Asal sahaja ianya tidak mengganggu pertuturan dan perkembangannya, sebelah telinga sudah memadai. Itulah istimewanya Rayyan Ariff. Tuhan pinjamkan hanya sebelah pendengaran padanya sewaktu di dunia, mungkin kerana ada lebih bahagian untuknya di akhirat kelak. =)

Dr. Sofiah juga memaklumkan kepada kami bahawa masih ada peluang untuk pendengaran Rayyan Ariff menjadi lebih baik dan tidak bergantung pada alat bantu pendengaran apabila dia sudah besar kelak. Hanya rangsangan yang berterusan yang harus dilakukan. InsyaAllah, mudah-mudahan.. =)

Saya memaklumkan kepada Dr. Sofiah bahawa kami ingin membawa Rayyan Ariff ke Gedangsa. Kata Dr. Sofiah, perkembangan Rayyan Ariff tidaklah dikategorikan dalam keadaan yang lambat dan sepatutnya, senaman dan fisioterapi yang berterusan sudah mencukupi untuk Rayyan Ariff. Namun seandainya merasakan tidak cukup 'rajin' untuk semua itu, rawatan di Gedangsa bolehlah dianggap sebagai tambahan sahaja.

Melihatkan keadaan terkini Rayyan Ariff, Dr. Sofiah berpendapat, mungkin perkembangan Rayyan terganggu sebelum ini kerana seizures yang tidak dikesan pada awal usianya. Memandangkan seizures sudah terkawal, Rayyan Ariff kembali menunjukkan peningkatan di dalam perkembangan fizikal dan mentalnya. Alhamdulillah..

Oh yea, bintik-bintik merah di bahagian muka Rayyan Ariff adalah kesan gigitan serangga dan bukanlah sesuatu yang merbahaya. Huh, sampai hati gigit Rayyan Ariff!! Shooh! Shooh! Gi main jauh2!! Jangan hampiri Rayyan Ariff lagi.. Kurang handsome Rayyan Ariff dengan 9 bintik merah di muka!

P/s - Ingatkan nak pakai nursing cover Kedai Chomel untuk cover Ian kat SDMC.. Bukannya boleh nak letak mask kat muka Ian, cap pun tanak pakai, apa lagi mask... Ok tak idea nih? :P
.
P/s (2) - Selamat menyambut ramadhan to all. Ampun dan maaf dipinta andai ada tersilap bicara dan terkasar budi bahasa.. Hopefully banyak manfaat yang akan kita dapat sepanjang bulan yang mulia ini.. =)

19 comments:

niza said...

ian...rindunye nak jumpe ian...

Nieza Ishak said...

alhamdullilah ... seronok nieza baca ...

Mama Qaseh said...

Selamat berpuasa dari kami sekeluarga..

yatie chomeyl said...

sini ado jual mask utk budok2 gmbr kartun2..agok2 Ian nok pakai dop kalu mask tu gmbr kartun?. kalu nok. leh mokcik yatie beli ko Ian...:)

Cikpid said...

hehehe..msti comel jek ms tepuk tgn angguk2 tu..

Bahaya ek hosp skang sbb lg mudah dpt jangkitan kat hosp dr kat tmpt lain

Selamat berpuasa jiey n family

AppleCrux said...

Sukanya baca Ian dah pandai..yeay Bravo tu Ian dan Mummy die..! Selamat Berpuasa Jiey!

Farah said...

hahha ian manis sangat sampai serangga pon nak gigi...selamat berpuasa jiey!!

puterikurekure said...

:)
senyummm je kita baca perkembangan Ian kali ni.sangat2 memberangsangkan!
go Ian go!

jiey, selamat berpuasa ye. 0-0 ok!
;)

AdwanEncem said...

alhamdulillah...nnt berlari lak tau ian...cain ne gigit serangga... adwan kat pipi ade bintik merah gak, ne gigit nyamukk.. dah rupe jerawat lak... hehehehe

miela77 said...

Salam Jiey...moga Ian sihat selalu.. dan terhindar dari wabak yg sedang melanda...k.iela nak share sesuatu...klu Jiey berminat leh email ye..x pun tolong hebahkan.. Formula mmg dari Pakar Penyelidik Clinical (Saintis) yg before this work out tuk JE, SARS..cuma skrg beliau da bersara n nak set up biz sendiri.. actually di buat minyak pelincir sendiri.. tapi memandangkan virus makin menular, beliau gunakan balik Antivirus yang sebelum nie digunakan tuk prevent JE, Sars, tuk H1N1...K.iela dah guna tuk Baby Qis..sepanjang 2 minggu ulangalik klinik..lps seminggu guna alhamdulillah...semakin baik. just nak share.

UK ANTI-VIRUS FORMULA BIO-HERBAL (QD2363-1)
MENCEGAH H1N1

Botol Kecil 5ml (RM20 termasuk pos)
Botol besar 100ml (RM150 termasuk pos)

Berikut adalah kandungan UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal (Lab Testing No: QD2363-1 - Dijamin Suci)
- Abstract Herbal, Bio Antivirus Catalysis, Multi-Oil Abstract and Synthesis, Seagrass-Citranella
UK Anti-Virus Formula Bio-Herbal ini dirumuskan pada tahun 1988 dengan proses "r-DNA (Recombinant DeoxyriboNucliec Acid method) & Fused Cell Technique, bahan serai wangi (Natural Peptide) diusahakan oleh DR. WAN MAHANI ZAINAL ABIDIN (Ex Research Development Petronas PRSS dan kini menjadi Penyelidik Chemicals Serologist serta Senior Business Advisor Dunita Corporate World.
Rumusan Monoclonal antibodies dengan Interferon (a-b-g), Anti-Virus & Anti-Tumor ini memenuhi keperluan keadaan kecemasan, kecederaan & keadaan apabila telah dihinggap penyakit (wabak) yang serius kerana ini mencegah penyakit dari merebak dan memulihkan penyakit dengan cepat.
Bagaimana ia bertindak?
Ia membantu untuk melegakan dan melapangkan sistem pernafasan untuk memudahkan pernafasan, menghilangkan batuk, sakit tekak, dan untuk menyahkan toksik dalam badan. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan juga sistem penghadaman. Ia juga boleh membetul dan mengaturkan sel2 didalam badan bagi menguatkan imunisasi.
Product research and developed in Australia, Germany, Saudi and Malaysia since 1988
Kepada sesiapa yang berminat boleh email daku di Miela.77@gmail.com
016-5431481 (SMS)

Reena said...

good progress....ian...

selamat berpuasa..

Liana said...

Ummi tumpang gembira atas perkembangan Ian... Yes! Ian boleh!

alyyani said...

aku baru tau Gedangsa tu mcm tmpt utk fisio bila tgk kat blog put. ingat tmpt nak gi holiday. ade extra special ek kat situ banding dgn fisioterapi biasa kat hospital?

p/s : kalau aku nak pakai kan nia nursing cover, bukan dia punye je dia tarik, aku punye pun dia tarik. so aku tekup mulut dia pakai tangan je bila perlu. heheh..

p/s2 : selamat berpuasa utk ko & alimin...

nieza said...

Jiey..
i'm very happy baca perkembangan Ian... dia memang Hero.. insyallah akan bertambah baik nanti..Amin. yang penting rajin2 usaha.. buat fisio dan berdoa..insyallah

Marsha~ said...

Rayyan Ariff dan keluarga.. selamat menyambut ramadhan al mubarak ye.. :)

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

slamat bpuasa jiey sekeluarga..
g0od boy Ian..

miezrina said...

alhamdulillah... :)


selamat berpuasa jiey

kamalnzura said...

selamat berposa Jiey..:d

ummuabdullahsyaakir said...

Selamt mymabut bulan ramdahan utk akk sefamily..Alhmdulillah ada pnigkatan pda Ian ^_^