Friday, August 7, 2009

Menemukan makna sebuah kesabaran..

Hari rabu, kami sekali lagi mengunjungi SDMC. Kali ini, kunjungan kami lebih bermakna kerana dapat bertemu dengan seorang ibu yang cukup saya kagumi. Kak Reenaz datang bersama suami dan anak mereka yang handsome, Abang Ridhwan.. =)
.
Walau ianya hanya pertemuan yang singkat, kesannya masih terasa hingga ke saat ini. Kak Reenaz membawa Ridhwan untuk sesi fisioterapi pada jam 930am dan sesi Rayyan Ariff pula bermula pada 1030am. Kami sempat bercerita tentang beberapa perkara dan menetapkan tarikh untuk playdate Abang Ridhwan dan Adik Rayyan (lebihnya Kak Reenaz lah yang banyak bercerita kerana dia seorang yang cukup berpengalaman..).
.
Melihat Ridhwan pada hari ini, bagaikan melihat kejayaan Kak Reenaz. Seawal saya diberitahu agar cuba berbicara dengan Kak Reenaz tentang special needs child oleh Dr. Sofiah dan Ms Sarjit, sudah terdetik di hati saya, pasti banyak kelebihan yang ada padanya sehingga namanya menjadi sebutan.
.
Telahan saya tepat. Dengan sifatnya yang tidak lokek ilmu, dia juga seorang yang senang didekati. Kali pertama berbual dengannya dulu, saya sudah mengagumi dirinya. Serasakan, tiada separuh pun 'Kak Reenaz' dalam diri saya. Masih terlalu jauh untuk dijangkau.
.
Tatkala saya bercerita tentang pendengaran Rayyan Ariff dan betapa tersentuh hati saya apabila mendengar Ridhwan bertutur, Kak Reenaz hanya mengingatkan agar terus bercakap, bercerita dan menyanyi kepada Rayyan. Dulunya, dia menghabiskan masa selama dua tahun melakukan perkara yang sama. Tanpa sedar, Ridhwan mengikuti segala yang diperdengarkan kepadanya dan kini, dia cukup rajin bercerita.
.
Sekali lagi, terasa betapa kerdilnya saya sebagai seorang ibu. Dua tahun bukan jangka waktu yang sekejap. Terasa Rayyan lebih layak berada di sisi Kak Reenaz daripada saya. Ada waktu, saya terasa 'kepenatan' apabila mahu berbicara dengan Rayyan. Walaupun dia memandang penuh minat, ada kalanya, saya tidak bersungguh kerana merasakan tiada kepastian sama ada dia mendengar butir bicara saya ataupun tidak. Sungguh, ada waktu apabila keadaan menekan, saya rasakan terlalu letih untuk melayan Rayyan.
.
Mendengar nasihat Kak Reenaz, saya tanamkan tekad. InsyaAllah, penat saya ini hanya untuk sementara waktu. Apabila Rayyan mampu memanggil saya mama suatu masa nanti, pasti segalanya akan terbayar. Moga ditetapkan hati untuk terus sabar dan tabah. Seperti Ridhwan's mother.. =)
.
Mengambil kata-kata Ms Sarjit apabila merujuk kepada Ridhwan, he's what he is because of his mother, saya juga bersetuju dengan ungkapan itu. Sememangnya Allah is above all, tapi usaha tanpa jemu itukan sesuatu yang perlu. Dan saya temukan sabar dan tabah itu di dalam kisah Ridhwan dan ibunya. Semoga saya juga dapat mendidik Rayyan Ariff seperti mana Kak Reenaz mendidik Ridhwan, InsyaAllah..
.

Tuhan, terima kasih kerana 'mengingatkan'.. =)

P/s - Pertemuan yang singkat tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Kak Reenaz, maaf kerana menulis tentang akak tanpa keizinan. Sekadar berkongsi dengan ibu-ibu lain yang memiliki anak istimewa. Cerita Ridhwan, terlalu istimewa untuk hanya di simpan sendiri.. Masih ada rasa keterharuan sewaktu entri ini ditulis. Akak betul2 'menyentuh' jiwa saya.. =)

17 comments:

tini said...

salam.. Sesuatu yg sgt melegakan bl btemu seseorg yg senasib, buat kt rs x keseorangan menempuh ujian. Pkenalan dgn mama ridhwan mb satu hadiah Allah utk mama rayyan yg x knl jemu berusaha. Best of luck buat ian n mama!

Marsha~ said...

mendengar cerita ibu Ian ni rasa mcm teringin pulak nak berjumpa kak reenaz tu.. tk dpt bayangkan betabah hebatnye wanita bergelar ibu itu kan?? berdiri bulu roma bila baca entry ni tau.. kamu berdua sesungguhnya ibu yg sgt kuat dan tabah..

LinCute said...

insya'allah jiey... ian seorang anak yang bijak n pasti dia akan bercakap, berlari, menyanyi, menari...dan semua yang menjadi impian jiey n hubby....

Liana said...

Menbaca cerita Jiey nie membuatkan bulu roma ummi meremang! Aduhai...tentu insan yg bernama reenaz tu terlalu istimewa! Terlalu penyabar sehingga berjaya! Sehingga dia menjadi sebutan! Betaga Ridhwan beruntung mempunyai ibu seperti dia... InsyaAllah, apa yg kita harapkan akan termakbul...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

jgn penah jemu melayan Ian yer jiey..aku pun kadang2 penat jugak melayan nuha bila badan rasa penat sangat tapi bila tido terasa sunyi plak....teruskan usaha!!

ME said...

Coretan ini seolah2 peringatan semula untuk saya. Thanks a lot.

Anasfadilah said...

he's what he is because of his mother

saya suka kata-kata Ms SArjit

teruskan usaha mu Jiey,InsyaAllah penat mu berbalas

p/s::tersentuh jiwa setiap kali baca entry jiey,macam membaca sebuah coretan novel,cuma ini realiti dan penuh makna

Reena said...

hansemnyer ian gan topi tu....akak believe in urself n dont worry n im sure if u bagi semangat n galakan kat ian..one day he will n sure call u mama...i know u can do it..

alyyani said...

nak tgk muka kak reenaz dgn abg ridhwan tu.. umo bape anak dia tu jiey?

setuju aku part yang kak reenaz tu cakap keep talking dgn anak kite. sebab setiap kali aku dgn nia, mesti aku dok becakap dak henti2. kalau tipikal baby mcm nia dia respon mcm nak join bcakap jugak. ian pun mesti mcm tu jugak kan?

walau penat, selagi aku tak tido, aku mesti sembang2 dgn dia mcm aku sembang dgn wan smpi wan cakap "mama nia buang tebiat" :D

caiyok2!

~Puteri-Nuur~ said...

Yep Jiey, keep talking dengan anak kita. Cik (Mak) Put pernah sekali royat 'anak dengan mok samo 'gong' [macam tak betul la] bila tengok Put dok kecek, nyanyi dengan idris, Put anggap Idris faham apa yang Put royat. tapi, itulah kita, kan?

Keep on talking, dan hari ni Idris sudah mampu menyebut Mama. Abah tanpa pelat pun.

puterikurekure said...

:)
usaha jiey ye. jangan jemu dan putus asa. Ian sendiri tak putus asa.masih jauh langkah yang perlu ditatih. kite kat sini mendoakan Ian dan Jiey kuat semangat dan sentiasa diberkati Allah.
InsyaAllah.

*hugs*

oMMy fiRuz said...

salam jiey..mmbesarkan anak2 istimewa bkn mudah..kdg2 kite sbg ibu yg mengandungkan mereka 9 bln pun hilang sabar dgn kerenah mereka, apatah lg org luar..
akak pun adakalanye temper bile melayan kerenah akim..walaupun akim dah menginjak 6 thn, tp perangainye mcm bdak 3-4 thn..selalu mengamuk kalo ape yg die nak kite x penuhi..walau kite menjerit sekuat hati pdnye pun..lagi kuat die akan membalas balik..kdg2 tertangan jugak..lps tu baru rase nk menyesal..akim plak mcm tiada perasaan..rase sedih plak bile diingat2kan..rase2nye akak ni masih kurang kesabaran dlm membentuk peribadi akim..
bersabarlah ye jiey..

yatie chomeyl said...

untung jiey jupo denge ore mace Kak reenaz tu key? selain dr kongsi tips dio pong kongsi kekuate dgn kiey....semoga semangat hok kak reenaz hembus tu, membara2 dalam diri mu ;)

Adinina said...

i like that part too..

"he is what he is because of his mother".

Mesti mak dia bangga.
Mcm boleh dpt anugerah ibu mithali sempena maal hijrah. :)

Come on Jiey, you can do it too :)

siti nurbaiya said...

u already a very good mother to rayyan .. a very good one, and i belief u will improve to be much better.
i always impressed when read ur determination, keep up the good work!

kamalnzura said...

insyaAllah,,jiey pun boleh...

Ian pekabar? lama x singgah sini

Aleyn said...

Sangat tersentuh membaca coretan u..Allah made us a Mother for a reason....May everything goes well with your beloved son....

Salam Perkenalan