Thursday, February 4, 2010

~Mama gatal, anak mengada-ngada & Datuk Siti Nurhaliza~

Okeh, ini entri cacamerba..
.
Banyak topic yang mahu saya bicarakan di sini. Tapi serius, saya kehilangan 'nafsu' untuk menulis tentang perkara-perkara itu. *Kali ini, tiada kena mengena dengan PMS yea kawan-kawan*.. Semalam saya ke klinik kerana ruam kemerah-merahan yang menyebabkan saya tergaru-garu. Mungkin kerana food allergy.. So saya diminta menulis setiap apa yang masuk ke dalam mulut saya, hatta seteguk air putih sekalipun. *Bertambah homework*
.
Dengan Dr. semalam, banyak yang saya bicarakan dan kebanyakannya berkisar tentang cerita kehidupan. Dengan nada yang bersahaja, saya bercerita tentang Rayyan Ariff dan dia bercerita tentang pekerjaannya. Ada sedikit rasa bangga bila dia memuji sikap saya yang kelihatan positif. :P
.
Tiada apa yang harus saya sedihkan. Alhamdulillah, dengan rezekiNya, segalanya berjalan lancar. I'm content with my life and with what I have.. Tidak pernah saya jangkakan bahawa kami akan sampai sejauh ini. Terima kasih di atas rahmatMu ya Allah..
.
On another note, manja Rayyan Ariff semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Kalau diikutkan hati, ringan sahaja tangan ini mahu singgah ke badannya. Tidak semena-mena dia akan menangis dengan nada yang sangat mengada-ngada. Hingga bibik mengeluarkan kenyataan, "Kalau anak sulung saya dahulu, pas saya hamilkan adiknya, terus perangai jadik manja kayak gini.." "Oh, tidaklah kak.. Period saya lagi datang, mana mungkin datang adiknya.." *Okeh.. Saye pun terikut ckp Indon okeh*
.
Kalau dia mahukan sesuatu yang ditunjukkannya, harus sahaja diberikan. Kalau tidak, raung tangisnya bagaikan dipukul. Habis tudung atau rambut kita ditariknya. Itu belum dikira dengan tumbukan padu dari tangan kecil itu. Makin membesar, makin banyak akalnya.. Sudah pandai meminta!
.Serius manja dan mengada-ngada!
.
Yang sering menjadi mangsa bulinya adalah saya. Kalau tanpa saya, perangainya sangat tersusun. Tidak banyak kerenah dan tidak banyak bicara. Mahu tidur pun senang sahaja. Kalau dengan saya, aduhhh.. Segalanya susah. Kalau saya sedang berbicara di telefon, di tarik-tariknya muka agar fokus hanya untuknya..
.
Attention span anak ini juga semakin baik. Inilah dua alat permainan yang menjadi kegemarannya. Apabila Rayyan Ariff memasukkan ring ke tempatnya, sering saya memaksanya menghabiskan apa yang dimulakannya. Makanya, kelima-lima rings itu akan dimasukkannya sebelum dia berhenti bermain =)
.
You guys shud see how cute Ian was when he tried to put in Mr. Potato's eyes.. Super cute ok!! ~@Serius saya tak paham, nape tiap kali bibik kemas Mister Potato Head tu, gigi mesti letak kat hidung, hidung letak kat mulut.. Heh@~
.
Oh, ada sesiapa yang menonton rancangan Terjah hari isnin yang lalu?? Hmm.. Rasa tidak puas hati masih membekas di hati ini apabila wanita berbaju ungu ketat itu senang menghamburkan ayat, "Award bersusun, anak?" Dengan merujuk kepada Datuk Siti.
.
Ok, I'm not a big fan of Datuk Siti.. Tapi kata-kata itu cukup menikam kalbu saya, apalagi tuan empunya badan kan?? Sudahlah selepas itu saya berbual dengan rakan lama yang menyatakan kegusaran yang sama setelah dua tahun berkahwin. Makin saya terasa...
.
I have my part of waiting. Maka saya tahu rasa kecewa setiap kali 'teman baik' datang menjengah sedangkan kita amat berharap akan ada nyawa kecil di dalam rahim. Walau tempoh penantian saya kurang dari 5 bulan, namun ianya sudah amat menggusarkan kerana di awal perkahwinan, saya mahu merancang kehamilan. Lantas saya bimbang andai tuhan marah dan saya langsung tidak dikurniakan rezeki olehNya.
.
Waktu itu, sungguh saya benci apabila diajukan dengan soalan "Dah ada isi ke??".. Walau saya membalas dengan senyuman.. Namun di dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu bagaimana rasanya. Lumrah alam, sebelum ada cinta hati, ditanya-tanya sudah berpunya ataupun tidak? Bila sudah berpunya, ditanya-tanya pula bila mahu berkahwin? Bila sudah berkahwin, ditanya-tanya pula bila mahu punya anak? Bila sudah punya anak, ditanya-tanya pula bila giliran anak kedua? Ada rezeki adalah.. Semua inikan di tangan yang kuasa.. *Februari neh, boleh mula berusaha..* :P
.
Pernah saya luahkan rasa itu di dalam entri ini Bila nak dapat baby? Sebetulnya, waktu itu saya sudah beberapa minggu mengandungkan Rayyan Ariff. Dan entri itu hanya sekadar menjawab pertanyaan rakan-rakan secara am. Lagi pula, saya agak konservatif. Tidak mahu mengumumkan kehadiran cahaya cinta kami kerana pada waktu itu, saya masih berada di awal kehamilan dan gusarkan tentang pelbagai perkara yang mungkin terjadi.
.
Namun kini pandangan saya sudah berubah. Mungkin nanti, saya akan terus sahaja berkongsi di sini. Agar ramai rakan-rakan yang dapat mendoakan kesejahteraan kami nanti.. =)
.
Buat sementara waktu ini, saya mahu mengulit Rayyan Ariff sepuas-puasnya dahulu! Cheers!

20 comments:

Leen Die said...

aahh lah jiey kalu Rayyan duk ngada2 lebih tue alamatnya nak adik tue..rayo cina tak kelik kb ko?

mummy_adam said...

i suka sgt bila tgk anak2 nie mengada2.. cute :) n suka sgt bila diorg dh pandai mtk2..sengaja biar diorg mtk byk kali.. hehehe

jiey, kat mana u beli mr potato tu? cute lah.. mcm berminat :)

Pnut said...

Jiey-anak memang lemak ngan kita
si Abang, kalau balik sekolah, akak hantar dia, masuk rumah, lepak, solat dulu ke hapa,perangainya mengada-ngada walau dah darjah 3

masa tu la ngantuk, penat.... nak air sirap, nak makan dulu, tanak mandi lagi... ngada2 gila, padahal sampai umah kekadang dah 1.45, kang 2.20 van nak mai amek pi sekolah agama.

tapi kata bibik, kalau akak tader, pandai je dia atur, bukak baju, mandi..makan, solat...

tu sebab kekadang malas tunggu, balik hntr dia, masuk kejap, kiss-kiss alesya, minum, terus keluar, malas tunggu lelama.

izzahazfar said...

risau pulak bile baca entry akak pasal bibik kata tu..huhuhu..saya bulan ini mudah letih...kalah pms dan naik keta pun rasa pening2...sama rasa mcm pregggy kan akmal dulu..tp entahla..tunggu bulan ni py time..kalo tak mai..mungkin akmal akan beradik lagi..tp saya takut bila akmal beradik lg saya lg tak terurus...dan mungkin semakin kurus..hahahha...

*saya ibu yg tak cukup tido smlm..akmal takmo tido dan asyik merengek..

Liana Manjaku said...

Jiey...sama dengan my Husna ler... Kadang2 kan dia sengaja jer buat yang tak betul untuk menangis. Ada jer yang tak kena... Apa yang dia minta mesti dapat! Dan kalo tak dapat menangis cam kena pukul! huhuhu...

Mrs. Simplicity said...

ulitla ian puas- puas jiey. itu je nasihat aku... :)

wah, abang nas ke yg cakap award besusun2, tapi anak? adoi.. terjah habis tuh..

p/s : dah tgk m/s 64 magazine perempuan tadi. ;p dari sisi da tau ko dgn alimin. heheeh..

kak zue said...

jiey..bdk mmg ngada kalau dgn ibu..akak pun sama.paling letih bab nak siapkan dia lepas mandi..kita pakaikan pampers dia buka..sorok pampers,panty sumer kat bawah kepala pas tu gelak mengekek2..geram betul.

BabyIntan said...

Weee samalah ngan arissa nie jiey. Lately nie aduiii dia mula dah perangai kalu tak dpt apa dia nak...mulalah riau dan amuks.

Byk betul nak kena sabar..then intan buat tak layan dia and bgtau dia kalo dia nanes mcm tu dia tak kan dpt apa dia nak. Berkesan gaklah cara nie.

Emmm tak patutlah pompuan tu ckp mcm tu...semua nie urusan Tuhan cepat atau lambat atau takde langsung, semuanya ada hikmah di situ.

P/s: Ehem ehem...jiey pon nak "try balik" ye dis feb! Jom kita try sesama :D

Intan and The Boys said...

Ian buat muka manja memang boleh cairrrr......
auntie intan dah cair ni nak. camne nak bekukan semula neh? hehehehe~

nsazwa said...

salam ziarah...
seronokla baca karenah anak u..serius i ckap..anak u comel la...

yatie chomeyl said...

abe Ian sajo jah nok manjo2 lebih dgn mama..nanti bilo mama dh start kijo semula, x leh nok manjo2 supo lo ni doh

Yasmin Nabilah.. said...

hahaha..jiey, ina tergelak besar tgk patung Mr. Potato tuh..kelakar giler seh..napa dia buat camtu..hidung ngan mulut tu dah terbalik..hehe..agaknya yang mulut tu dia ingat misai kot..hehe

Takpe Jiey..usaha lagi untuk adik Ian..Insyaallah..mesti lekat cepat2 tuh..hehe.. Ian dah besar Jiey..dah nak 2 tahun dah..dah pandai..takpe..layankan aje sementara adiknya belum ada lagi.. Manjakan puas2..betul tak?

Angah said...

salam.. lompat dari blog KakPnut

Anak sulung angah lebih manja dari adiknya walaupun beza umur cuma 3 thn. balik sekolah sibuk nak itu ini. siap mintak mandikan..

part announce pregnancy tu angah setuju. Kita announce lambat kata tak ingat member/sedara. kita announce cepat kata tak elok/riak/menunjuk. last2 angah ambil pendekatan "ada aku kesah!" haha. suka hati kita la kehidupan kita kan

goodluck in trying for the second one ya..

Watie Aziz said...

Jiey, nak tergelak tgk Bibik salah letak gigi & hidung tuh.. hahaha...

Ian bagus gak at stacking kan? i think better than Q sebab Q baru jugak start to stack things, all this wile dia suka baling2 jer , kasik sepah, hahaa...maybe i bg mender tuh terlalu awal, hover semangat katakan..dia patutnya around 18 mths kalau ikut suggestion yg ditulis kat mainan tuh..:)

now bila dah start stack, i tgk dia leka sampai berejam ngadap stacking block tuh.. terus semangat i belikan dia foam building block sebab its very gud for brain..:) nantilah i wat entry dia ..:) member geram tgk menara tinggi2, habis dia robohkan semua! hahaha..

i pun masa dah ready nak ada anak, tapi bila lambat dapat, jadi cuak jugak tau ..terasa lah "tuhan marah" ,...hu hu ..syukur sgt penantian tak begitu lama .. mmg tense jer bila org tanya2 padahal awal2 kita merancang dulu ... :)

Jiey Mien said...

Leen Die : Apo kato kito samo2 wi adik ko duo2 Rayyan? :P
InsyaAllah balik..
kelik jgk ko??

*******************************************************************************************

mummy adam:
time cute tu ok la.. time melalak tu, huuu geramnya!
kat tesco kot.. takpun carrefour..
ntah la.. tak sure gak..

*************************************************************************************

kak pnut:
betul kak.. agaknya mmg dah zahir seorang emak neh utk dibuli.. hehehhe..

**********************************************************************************************

izzah:
hehhehe..
mesti izzah cuak neh..
:P

****************************************************************************************************

manjakusayang:
itu la budak2 skrg..
rasanya masa kita kecik2 dulu cool je kan?
:P

*******************************************************************************************************************************

aly:
tgh ulit la neh.. :P

bkn abg nas.. ala, pompuan yang pki baju sendat tak hengat donia tuh..

hehhehe.. banggo pokcik limin muka dia nmpk muko aku takdak.. chett..

****************************************************************************************************************

kak zue:
itu la.. kalo ngan org lain bleh plak berdisiplin ek..

******************************************************************************************************************************

Jiey Mien said...

Intan:
itu la kan?
sesetengah org ni kalobercakap tak cover2..

baru planning tu, taktau la jadik ke tak.. macam nk kena tunda je dulu..
:P

*************************************************************************************

puterikurekure:
hah sudah..
ni yg bahaya neh..
kang balik umah lagi cair bila tgk khalish..
kang menitis-nitis kang..
:P

*************************************************************************************************

nsazwa:
thanks for dropping by..
budak semua pon comel kan?
lg2 kalo yg tembam tuh..
*ketuk jari ~@nape la rayyan tak tembam@~*

***************************************************************************************************************

yatiey:
ingt hok tu gak, sejuk semeta..
:P

*******************************************************************************************************

noina:
itu la ina,jiey masa mula2 tgk tuh pun gelak tak hengat..
tapi takde la ajar dia suh letak bebetul..
segan la plak..
agaknya betul cam ina kata.. dia nampak menda alah tu misai kot..
:P

hehhehe.. baru planning je ina, bleh ubah lagi..

****************************************************************************************************************************

angah:
setuju angah..
pendekatan yang memang boleh buat kita hidup selesa..
selagi dgr mulut org, selagi tu la susah nk bernafas..
:p

**************************************************************************************************************************************

watie:
jiey pun start yg stacking toys tuh masa ian 15 months kot.. at first macam Q jugak la.. dia campak jer..
nampak cam tak interested langsung..
lps sebulan baru ok.. mmg lambat la sket..
tu pun masukkan 2 jer.. lately ni la baru excited masukkan semua skali..
yg building tu ian tak pandai susun lagi.. robohkan ada la..
:P

cuakkan? jiey pun takut gak coz kononnya nak planning dulu..

*************************************************************************************************************************************************

zura_habibhaariz said...

kak jiey..comel mr potato tuh...rayyan yg cute dah ready nk adik eh? bestnya..gud luck eh..usaha kena kuat hehe...

Izan Ishak said...

jiey...InsyaAllah, izan doakan ada rezki buat jiey tahun ni, Ian nak adik...yay!!
**aik...bibik nih salah gigi n hidung laaa...

Farah said...

hahaha nampak sangat muka ian manja dalam gambar tu...alahai cair menengoknye.

Haiza said...

tengok gelagat manja n ngengada Ian ni,teringat Damia yang skang ni pun sangat over mengada,asal nampak muka saya jek sure menjerit2 sambil tarik tangan ajak keluar...sehari sampai 3-4 kali kena bawak dia pusing2 kawasan umah naik kete..

betul Jiey,saya pun ada tengok terjah yang ada pompuan baju ketat yang ketawa cam pontianak harum sundal malam tu duk kata pasal Datuk Siti...apadaaa

p/s:ramai plak yang start nak planning 2nd baby this month ye...bulan penuh kasih sayang...chitt