Friday, October 22, 2010

Kalau bukan kita, siapa lagi?? Kalau bukan sekarang, bila lagi??

Semalam, lama saya berbicara dengan rakan seperjuangan saya di telefon iaitu Ina, Ibu Yasmin Nabilah. Sekadar bertanya khabar dan bercerita tentang kehidupan dan tentunya, tentang stimulasi untuk anak-anak tercinta.
.
Perkenalan saya dan Ina bermula di dunia blog dan di atas dasar matlamat yang sama iaitu membangunkan anak-anak kami, perkenalan di dunia siber di sambut dengan pertemuan pertama pada majlis ulangtahun pertama Yasmin Nabila dan Alisya Qaireen, seorang lagi anak yang cukup istimewa di dalam keluarga superkids kami.
.
Di setiap pertemuan, kami seringnya berbicara tentang hati dan perasaan, tentang bicara dan persepsi manusia yang kurang peka dengan keadaan anak istimewa, tentang cerita dan peel anak-anak, dan yang paling penting, tentang stimulasi dan rawatan untuk anak-anak ini. Kami berkongsi minat dan kemahuan di situ kerana di hati kami ada persamaan untuk memulih dan membantu anak-anak kami.

Ina yang baru sahaja menghabiskan cuti separuh gaji selama sebulan bercerita tentang perkembangan Yasmin Nabilah. Alhamdulillah.. Sungguh tidak disangka ini adalah anak yang sama yang saya temui lebih setahun yang lalu. Sekarang ini, mulutnya lebih bising.. Dan mindanya lebih peka  kepada keadaan sekelilingnya. Syukur Ya Allah!

Panjang bicara kami. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Dan sungguh saya bangga dengan sahabat saya yang ini.

Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Jangan diukur kejayaan dengan melihat kepada kesembuhan si anak secara seratus peratus. Kerna pada saya, kejayaan itu sebolehnya dinilai pada usaha yang diberikan dan kemajuan yang ditunjukkan, walaupun sedikit. Bersama anak-anak ini, usaha tidak akan pernah mencukupi. Makanya, kita sebagai ibu dan bapalah yang perlu menolak diri untuk anak-anak ini lebih maju.

Ada ibubapa kepada anak-anak istimewa yang bertanyakan apa jenis rangsangan dan rawatan yang kami lakukan untuk Rayyan Ariff. Dan saya tidak pernah ingkar untuk berkongsi kerana apa salahnya anak-anak ini membangun bersama? *Sharing is sexy bak kata Jiji Triplecolourlife..*

Namun yang sedikit menyentuh hati saya ialah apabila perkongsian itu berakhir dengan sia-sia kerana ianya tidak dimanfaatkan ke atas si anak. Alasan biasa yang saya terima adalah kekangan masa. Sungguh saya akui perkara yang satu ini kerna saya juga bergelut dengan masa kerna saya sering pulang lewat dari pejabat. Mungkin ada kelebihan di pihak saya kerna kami punya pembantu rumah makanya setelah pulang dari kerja, tumpuan saya hanyalah pada Rayyan Ariff dan ayahnya yang seringkali meminta saya memasak.

Contohnya semalam, saya tiba di rumah setelah jam 10 malam. Usai mandi dan solat isyak, saya mendapatkan Rayyan Ariff yang leka bermain dengan bibik. Terus sahaja saya memakaikan hearing aid padanya, dan melakukan beberapa senaman – pushing himself from sitting position to standing, and cruising. Ragam si anak anak, apabila dipaksa, meraunglah dia. Beberapa kali saya lakukan perkara itu sebelum saya beralih kepada permainannya pula. Kereta, jigsaw puzzle, shape sorter dan apa sahaja mainan kegemarannya.

Penat? Memang saya penat kerana kerenah anak kecil sukar diterbak. Ditambah pula mata yang mengantuk namun momen-momen sebegini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Cukup sejam bermain dan bersenam, saya membawa Rayyan Ariff ke bilik untuk ditidurkan sebelum saya sendiri terlelap. Di sini minda saya memujuk, biarlah hanya sejam daripada tidak ada langsung.

Dan paling penting, stimulasi bukan hanya terhad di satu tempat sahaja kerna ia boleh dilakukan di mana-mana. Sebagai contoh, setiap kali saya membawa Rayyan Ariff keluar dari kereta, saya akan menyuruh dia menutup pintu kereta itu sendiri. Walaupun tidak kuat dan saya perlu mengulangi perbuatannya namun saya tidak kisah. Kerna saya sebenarnya sedang mengajar, pintu kereta itu perlu ditutup dan ini adalah perkara asas dan Alhamdulillah, sudah lama perbuatan ini menjadi tabiat Rayyan Ariff setiap kali turun dari kereta.
.
Rayyan Ariff di usia 11 bulan. Sementara menantikan giliran bertemu doktor kerana dia cirit birit, saya meletakkan dia di dalam keadaan meniarap agar dia berusaha mengangkat lehernya. An effort to have a better head control..

Di Taman Indera Putra.. 1 year plus.. Permulaan belajar berdiri.. Berdiri pun senget coz he was trying to hold his upper body up..

Di atas hanyalah beberapa contoh yang saya praktikkan. Mungkin saya tidak dapat bercuti lama untuk membangunkan Rayyan Ariff seperti tahun lalu, namun saya tidak akan berhenti berusaha untuk anak ini.

Usaha yang kita curahkan kepada anak-anak ini pada waktu sekarang adalah bekalan mereka di kemudian hari. Mungkin saya tidak layak untuk berbicara tentang ini kerna anak saya masih jauh dari matlamat yang disasarkan, namun sekurang-kurangnya dia sudah sampai sejauh ini.

Saya tahu, setiap anak berbeza pencapaiannya dan mereka tidak boleh sesekali dibanding-bandingkan. Saya sendiri sudah lama berhenti membandingkan pencapaian Rayyan Ariff dengan anak-anak yang mempunyai diagnosis yang sama dengannya. Dan setiap kali saya melihat anak yang lebih maju dari Rayyan Ariff, saya tanamkan azam untuk lebih berusaha agar satu masa nanti Rayyan Ariff juga akan dapat mencapai perkara yang sama..

Kalau anda merasakan kondisi anak anda teruk, ingatlah bahawa anak saya dilahirkan di dalam keadaan hampir tiada sel otak. Anak saya dikatakan tidak dapat melihat dan mendengar sewaktu usianya sebulan. Anak saya mendapat serangan sawan dan masih di dalam rawatan semenjak usianya 10 bulan lagi. Anak saya sudah di sorong ke dewan pembedahan sebanyak 5 kali sepanjang usianya.
.
Sel otak adalah yang berwarna putih..
Dan kalau saya rasakan kondisi anak saya teruk, ramai lagi anak-anak diluar sana yang lebih teruk duduknya daripada Rayyan Ariff. Makanya, jangan melihat perkara yang lalu dan teruslah memandang ke hadapan. Yang penting kita teruskan berusaha kerna yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang!

Saya sudah banyak kali menangis dan saya tidak boleh berjanji untuk berhenti menangis kerna tangisan adalah terapi yang cukup melegakan untuk saya. Namun tangisan bukan bermakna saya lemah, tangisanlah yang membentuk saya sepertimana saya di saat ini! Kuat, kuat dan terus kuat.

P/s – Ina, *angkat kening*.. Ingatan untuk kita bersama yea.. Untuk Jiey, untuk Ina.. =)

13 comments:

leya_zaini said...

great! thats d spirit..... keep it up. semoga Allah terus memberkati usaha anda.... n for ian.... dont give up baby....u r a fighter

yatie chomeyl said...

mokcik ti akn sentaiasa sokong perjuangan abe ian dan Sara...kuat,kuat,kuat dan terus kuat Jiey & Ina :)

Pnut said...

betul Jiey, akak baca buku kembara atiq wazif tu.. mengalir air mata part bila ayah atiq kata, pertama kali melihat atiq menghisap minuman dari straw, dia gembira sesangat gembira, lebih gembira dari mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit... betapa berharganya pencapaian anak-anak itu..

orang malaysia kurang kesedaran tentang sensitiviti terhadap anak-anak dan parent yang ada anak istemewa ni...

Anonymous said...

Yup, that's the gud spirit...InsyaAllah, perkembanga Ian dan anak2 superkids lain dipermudahkan....

produk ococ said...

sedang stimulate aisyah utk kuatkan bhgn pinggang. utk ian yg dah pandai duduk sendiri, jiey stimulate mcm mana ye..

tini said...

Allah Maha Berkuasa. moga jiey n Ian trs kuat. tabah selalu!

* as i really need ur srength to keep me inspired..

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey...ingatan ini utk saya juga.saya akan igt kata2 jiey tuh.thank's my friend.you are my inspiration jiey.ian, go2 dear.may ALLAH bless you.

Anonymous said...

dun give up...lets trust power of spirits n may allah bless u n ur child

ICAZIESYIRA said...

owh.. mintak sikit spirit ni. :D

Anonymous said...

... " Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari seketika, lalu DIA datangkan guruh & kilat.. Puas kita menangis mencari di mana matahari, rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI ..." Be strong Jiey... InsyaAllah segala usaha mu akan berjaya dengan izin dari Nya...@NiNaMie@

Yasmin Nabilah.. said...

yeah..terasa bersemangat..!! Klu jiey nak tau..ina slalu jadikan Rayyan sebagai sumber inspirasi untuk ina buat yang terbaik pada Nabila. Dan sememangnya ina bersyukur sangat dapat berkawan dengan Jiey..yang banyak membantu ina..:) Thanks Jiey.. *huhu..cam nak nanes..terharu*

Mamanurin said...

Congratulations!!! ibu yangpenuh semangat, ibu yang penuh pengharapan, ibu yang tabah..muahhhhhh sikit kat pipi ibu..beruntung Rayyan mempunyai ibu yg bernama Jiey..ya, menangis adalah terapi untuk kiter menajdi semakin kuat, tak bermakna menangis itu kiter lemah!! teruskan usaha demi anak yang comel itu..go rayyan!!

Min said...

thanks jugak jiey for sharing... keep updating ye jiey! you inspired me a lot!