Inilah di antara wajah-wajah mereka yang mempunyai jiwa yang kental.. Wajah-wajah mereka yang bersemangat juang yang tinggi.. Mereka yang diberikan peluang untuk menjaga anak-anak syurga, InsyaAllah..
Bersama mereka, jiwa meruntun sayu.. Bersama mereka, ada rasa dimiliki.. Bersama mereka, tiada diskriminasi, tiada rendah diri..
.
Yang ada hanya kami, dan anak-anak yang terlalu sempurna kejadiannya.. Anak-anak yang terlalu indah keadaannya..
Abi, Ummi dan Sarra..
.
Setiap kali bertemu, pasti saya tidak akan melepaskan peluang memangku, memeluk dan mencium Alisya Qaireen aka Sarra. Begitulah juga pada pertemuan pada hari sabtu yang lalu.. Sesekali, badannya mengeras sewaktu dia di dalam pangkuan saya.. Sekaligus, mata hitamnya tertolak ke atas untuk beberapa ketika. Persis keadaan Rayyan Ariff sewaktu diserang mild seizures yang singgah untuk beberapa saat.. Terbeliak di dalam kadar yang singkat.
.
Ummi Alisya berbisik lembut pada anaknya, memujuk agar melembutkan badan putih gebu itu. Dan setelah itu, badan Alisya Qaireen kembali seperti biasa.. Umminya kembali meneruskan perbualan sambil menjamu selera bagaikan tiada apa yang berlaku. Mungkin pandangan ini biasa baginya lantas tiada rasa cemas..
.
Sungguh kuat. Hati besi.
..
Mummy, Daddy dan Abg Nadime
.
Pastinya sang bidadari syurga, Alanna Qish mewarisi kekuatan daripada mereka-mereka ini. Mummy yang tidak pernah jemu berbakti di setiap ruang kegembiraan dan kesakitan si anak. Daddy yang tidak pernah jemu menabur kasih dan cinta yang terlalu mendalam buat puteri tercinta. Dan abang yang cukup matang menerima erti kesakitan dan kehilangan seawal usia 2 tahun.
.
Syafil Nadime punya ramai ibubapa. Dan hati saya dicuit kegelian apabila dia menghafal dan menyebut satu persatu nama panggilan kami sambil jari kecilnya menuding ke arah kami. "Ibu, Ummi, Mama, Ayah, Abi.." Separuh berbisik.
.
Sungguh dia anak yang bijak. Kesakitan sang bidadari syurga memberi ruang kepada si abang untuk berdikari. Dia terpisah dari mummy, daddy dan adiknya di saat-saat Alanna Qish menjadi penghuni setia HKL. Dia membesar sebelum usia.
Sungguh kuat. Hati besi.
.
Ibu dan Nabila. Ayah menjadi photographer..
.
Sebagai anak kecil, Yasmin Nabila melalui trauma yang bukan sedikit. Tubuh itu sering diuli pelbagai therapist namun hidup adalah satu perjuangan yang memerlukan dia untuk terus kuat.
.
Ibunya bersemangat waja, setiap hari tanpa jemu membelah dingin pagi dari Bukit Sentosa ke Ampang untuk memastikan si anak dapat bersekolah. Setiap minggu si ibu dan ayah memastikan segala keperluan si anak dipenuhi.. Ke PDK, Tasputra dan temujanji di hospital tanpa ada rasa jemu. Dan hari minggu pula diisi dengan rawatan Kak Raw di Gedangsa.
.
Melihatkan Yasmin Nabilah pada hari ini bagaikan melihat pada pengorbanan dan titik peluh ayah dan ibu. Hasil yang bukan sedikit. Subhanallah..
.
Sungguh kuat. Hati besi.
.
Babah dan Aiman si Batman..
.
Kedua-dua Mama dan Babah Aiman ataupun Ammar Nazheef ini masih muda. Ayahnya sebaya saya dan ibunya beberapa tahun lebih muda. Namun usia bukan pengukur kebolehan menjadi ibubapa kerna apa yang ada pada mereka melebihi gambaran fizikal.
.
Dan sepertimana saya mengambil peluang memeluk Alisya Qaireen, Ammar Nazheef juga tidak terlepas menjadi 'mangsa' peluk cium saya.. Sewaktu rancak berbual dengan ibunya sambil tangan saya setia memangku Aiman, kedengaran tangisan kuat yang tercetus secara tiba-tiba. Bagai gunung berapi yang meletup!
.
Saya terperanjat dan cuba memujuk. Lantas tubuh comel milik Ammar Nazheef bertukar tangan kepada mama dan babahnya. Ammar Nazheef tergigit bibirnya sehingga berdarah.. Babah dan mamanya tidak henti-henti memujuk untuk meredakan tangis si kecil itu. Setelah beberapa detik, Ammar Nazheef terdiam..
.
"Ni sawan ni. Dia tak sedar bila attack tu datang. Bila kena, dia jadi tergigit bibir.. Habis bibir dia.. Bila dia sedar terus la nangis sakit.. Memang jadi spontan so susah nak control. Bila dah jadi, buatlah apa pun susah nak stop. Paling lama penah dia gigit bibir sampai 15 saat. Darah menitik-nitik.."
.
Terang babah.
.
Subhanallah.. Kental sungguh keluarga ini. Saya sendiri menahan titis air mata sewaktu mengimbas kembali ayat di atas. Namun mereka tenang.. Tenang setenang tenangnya..
.
Sungguh kuat. Hati besi.
Alisya Qaireen si putih gebu.. |
Yasmin Nabilah yang diserang demam.. Syukur Alhamdulillah kerna dia kembali pulih.. |
Syafil Nadime, Abg Long yang penuh dengan kasih sayang.. |
Mama dan Ammar Nazheef aka Aiman.. |
Yours truly.. =) |
Foto-foto ini dirakam oleh Ina ibu Yasmin Nabilah pada kenduri kesyukuran di rumah kami tempoh hari.. Walaupun kekurangan 3 keluarga lagi, pertemuan kami pada kali ini cukup memberikan seribu satu rasa buat saya dan tidak ketinggalan buat kaum keluarga saya yang tidak pernah mengenali mereka.
.
Sungguh saya bersyukur di atas jalinan persahabatan ini!! Anak-anak ini membuka mata kami untuk terus kuat melangkah.. Terus kuat.. InsyaAllah.
.
Semoga doa kalian juga senantiasa mengiringi kami.. =)
.
.
Semoga doa kalian juga senantiasa mengiringi kami.. =)
.
P/s - Ayue mama Aisya, next time memang kena join the club! Icazisyira, maybe next time kita fix date upfront.. :P
26 comments:
ada jugak gambar rayyan last
thumbs up for those families n uur, jiey..
xtau np tiap kali baca cite jiey, ian, hati jd sgt sayu n bersyukur dgn setiap pemberian draipadaNya..
hugs, kisses 4 ian..mmmmuuuuaaahh..:)
tak sangka kan jiey, dengan diorg la yang paling kita rapat sekarang ni. sebab berada di situasi yang sama. diorg = kenal kat blog :) korang semua kuat!
owh. saya di rural area.hehe. tapi K; cuma around 4 hours je dari sini :D
seronok ye dapat berkumpul...
Salam Jiey.
Kebahagian jelas terpancar di setiap wajah family2 ini.
Ruginya rasa tak dapat bertemu dengan family2 superkids ni..
Jiey,
Kalau ada majlis2 camni, jgn lupa include nama akak lagi ya...hehehe
kak ayuzafina
(salute)
jiey dan Ian juga berhati besi dan berjiwa kental. :)
nakla join jugak..tp malu..heheh
kak jiey tiada kata sy nak bg untuk kak jiey...SUBHANALLAH....kak jiey dan semua ibu2 tersebut mmg IBU YANG TERPILIH....
jiey..sungguh, airmata ni xsedar turun di saat ayu baca entry dan menatap wajah-wajah indah anak yang mempunyai semangat juang yang tinggi ini.Rasa nak sangat peluk cium mereka. Kalian memang parents yang sungguh KUAT.BERHATI BESI.
p.s : terima kasih sudi invite join your club.mmg nak sgt2 jmpa kalian.
insya Allah, doa ore tetap sentiasa untuk anak2 comel ini :)
bila berada bersama2 dgn kumpulan yg senasib kita menjadi lebih kuat kerana saling memahami.bukan mudah utk membesarkan anak2 ini.tahniah kepada ibubapa anak2 mulia ini.
jiey
this entry make my tear drop one by one..
may ALLAH blessing all of you!!
Rayyan Ariff dikelilingi oleh ibu2 bapa2 yang sungguh KUAT !!
Semoga Rahmat Allah swt sentiasa bersama insan2 kuat berhati waja ini..Amin..Saya pinjam kekuatan anda untuk diri saya pula..
p/s: Sentiasa mengikuti perkembangan anda semua dan mendoakan dari jauh..
subhanaallah....sesungguhnya sy amat mengkagumi ibu2 dan anak2 ini....wlalupun sy masih bujang tp ianya amat berbekas dihati...
alamak..pg td br jer post comment..tgk2 xda la plak kt sni.
nway best of luck to all..u guys are d choosen one..hope all of u guys always b strong..tp mmg strong kn..:)
alhamdulillah semua ibu2 n bapa2 ini kuat.saya percaya parents utk anak normal pun tidak sekuat anda semua.saya akan sentiasa mendoakan Rayyan Arif dan anak2 yg lain semoga sentiasa sihat insyaallah..
alhamdulillah semua ibu2 n bapa2 ini kuat.saya percaya parents utk anak normal pun tidak sekuat anda semua.saya akan sentiasa mendoakan Rayyan Arif dan anak2 yg lain semoga sentiasa sihat insyaallah..
huhuhu..besi ker.. ?? kdg2 mencair jugak..:P
dan kerana keluarga ini, kita terus bersemangat!
anak-anak adalah kekuatan kita!
cayam semua!
salamss jiey.......tersentuh membaca@melihat coretan jiey...alangkah bertuahnya kalau kak mieja dpt peluk cium anak2 istimewa ini....semoga allah memberi ganjaran yang tak terhingga buat jiey dan rakan2 utk anak-anak yg comel ini:):)....
moga kekuatan dan kasih sayangNya akan sentiasa bersama semua ibu bapa superkids tersayang sekalian~~ insyaAllah..
salam sayang,
~~mama aerynn~~
tersentuh hati bace entry ni...mmg jiey & yg lain berhati besi & berjiwa kental...seronok tgk smua family ni...
insyaAllah, auntie sntiasa doakan ian & kwn2 ian yg lain...smg sntiasa sihat ye syg....mmmuuuahhh...
menitik air mata akak baca... kuatnya ikatan yang ada kan... kerana anak-anak istimewa ini...
akak doakan yang terbaik untuk kalian semua... teruskan berjuang... akak sentiasa doakan dari kejauhan...
Post a Comment