Friday, October 15, 2010

Niat yang menjadi hutang.. hutang yang lama tertangguh..

Hari ini kami akan ke SDMC lagi.. Follow up untuk kisah seizures Rayyan Ariff.. Saya masih belum punya rasa untuk berkongsi tentang keadaan terkini Rayyan Ariff.. Cukuplah saya katakan, dia sudah kembali tersenyum dan meneroka.. Namun kesan serangan itu agak jelas pada tubuh kecil itu... Biarlah, akan kami teruskan segala usaha selagi termampu.. Walau ianya bermakna kami perlu kembali ke petak asal..
.
Melihatkan satu persatu kejadian yang menimpa Rayyan Ariff dan juga En.Hubby, Kakak sepupu saya telah bertanyakan tentang apakah kami punya hajat yang tertangguh.. Dan pertanyaan itu benar-benar mengingatkan saya tentang hakikat sebuah hutang yang masih belum berbayar..

Subhanallah.. Sungguh saya terlupa.. Sungguh saya terleka.. Apabila dia bertanya tentang hajat dan niat, barulah saya teringatkan tentang nazar yang satu ini.. Niat yang saya ungkapkan sebaik sahaja Rayyan Ariff selamat pulang ke rumah setelah 45 hari berada di hospital sebaik dilahirkan.. Hajat yang saya sebut-sebutkan sebaik Rayyan Ariff berjaya melalui keempat-empat siri pembedahan di awal usianya!
.
Ya Allah.. Betapa alpanya diri ini.. Bukankah hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut? InsyaAllah.. Akan saya tunaikan niat yang tertangguh sekian lama itu pada hari sabtu yang bakal menjenguk nanti. 
.
Mungkin episod kesakitan ini diberikan kepada kami sebagai peringatan tentang sebuah hutang lapuk.. Wallahua'lam.. 
.
Hari ke 45 di NICU.. Hari terakhir di sana dan hari pertama menyarungkan baju ke badan..

3 comments:

Rizziela said...

Mak saya pun pernah cakap..kalau kita bernazar tentang sesuatu perkara....kita kena tunaikan. Insyallah...semuanya akan berjalan lancar

Saya doakan semoga Rayyan kembali pulih seperti sedia kala

Intan and The Boys said...

masa nak pakaikan baju ke Ian hari pertama tu mesti rasa terharu sangat2 kan? kita yang tengok gambar ni je pon dah rasa sayu2 dah....

Pnut said...

akak ada terfikir nak tanya Jiey camtu, tapi takut Jiey kecik dan tak leh terima pulak.

Mak akak memang pesan sungguh2 benda nazar ni mesti bayar. masa Alesya kritikal dulu pernah bernazar 3 benda, bila dia balik rumah, akak segerakan nazar tu.. takut terlupa, kekadang tu bukan tak nak buat, tapi terlupa kan?