Monday, October 4, 2010

Mungkinkah dia trauma??

Sepulangnya kami dari hospital, Rayyan Ariff masih belum seceria biasa..Namun semalam, dia kembali melemparkan senyumnya kepada mereka yang datang menziarah.. Alhamdulillah..
.
Saya sekadar berbual dengan mommy, mungkinkah Rayyan Ariff trauma semenjak dimasukkan ke SDMC tempoh hari? Masakan tidak, lebih setengah jam anak ini 'dikerjakan' semata-mata mahu dipasangkan line pada tangannya.. Kasihan sungguh..
.
Raungannya yang kuat menyebabkan suaranya serak.. Setelah tiga kali dicucuk, barulah ianya berjaya.. Sepanjang usia 2 tahun 4 bulan, sudah tidak terkira berapa kali anak ini dicucuk sebegitu.. Terutamanya di awal kelahiran setelah dia menghabiskan 45 hari di wad NICU, PMC..
.
Tapi saya percaya, dia anak yang kuat.. Kerna ini janjinya dengan tuhan yang maha mencipta..

Jumlah yang memegang? 5 orang!
Dibungkus agar sukar bergerak..

He's loosing weight.. Poor child.. =(

Dalam dua hari ini, beberapa kali Rayyan Ariff mendapat 'serangan'.. Namun syukurlah, ianya hanya untuk beberapa saat dan setelah itu dia kembali bermain seadanya.. Dalam masa terdekat ini, kami memerhatikan tingkah Rayyan Ariff sepenuhnya.. Dan sekiranya serangan itu semakin berkurang, bermakna preskripsi yang diberikan membawa kesan yang sewajarnya..
.
Mudah-mudahan..

16 comments:

EvisuKyme said...

oh rayyan...sehat cepat ye sayang...

EvisuKyme said...

oh rayyan...sehat cepat ye sayang...

aSmiDar said...

Ya Allah..kecianya Rayyan..
Tabah yer sayang..Acik eda sayang kamu..:)

normi said...

Rayyan.. berat mata kami memandang berat lagi bahu Rayyan memikul.. tidak dapat di gambarkan betapa rayyan menderita.. namun doa dari kami semua mengiringi mu Rayyan..

Intan and The Boys said...

oh dear. sayu lihat tubuh Ian yang semakin kecil. harap2 lepas ni Ian punya selera makan ye. makan banyak2 tau sayang. biar bam2.

ICAZIESYIRA said...

owh.memang tak sampai hati bila nengok anak kecil "dikerjakan" oleh doc. tapi takpela.. untuk kebaikan.. insyaallah, ian pasti kuat!

yatie chomeyl said...

titik ai rmato ore tengok gmbr abe Ian yg last tu..dale hati x putus2 doa moga abe ian , jiey dan hubby terus di beri kekuatan..dan smeoga lepas ni takdop lg episod duka utk abe Ian..Amin Ya Rabb

Anonymous said...

meski punyai pilihan...yang saling membezakan adalah kekangan...keadaan...matlamat...

dalam usaha memulihkan...kekangan menjadi semakin ketara yang memungkinkan pilihan semakin terbatas...
walau apapun...yang pasti rasa kasih...rasa sayang akan semakin mekar di segenap ruangan rasa si ibu...di segenap ruangan hati si bapa...

dalam meniti hari yang pasti penuh dengan ketidakpastian...ketidaktentuan..masih ada terselit rahmat-Nya disana sini...
namun yang dipohon pada-Nya...semoga masih diberikan peluang dan ruang untuk bersama mengapai impian...bersama membina keluarga...

Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam..

Bukan Bidadari said...

tak sanggup melihat anak2 kita dikerjakan demi memasang drip.. tapi menjadi ibu kene lebih kuat daripada anak.....

semoga Ian cepat kembali ceria

ummi said...

cekal sungguh anak istimewa ini...teringin sangat nak melawat rayyan

ummi said...

cekal sungguh anak istimewa ini...teringin sangat nak melawat rayyan

Tutup Blog said...

ya ALLAh, bantu la hamba mu ini...
kasihanilah anak kecil ini...

sabar yer dear...

Mama Naveed said...

Salam Jiey..

Memang nampak Ian kurus, moga Ian cepat sembuh ye.. Nanti boleh kita g jalan-jalan ngan Naveed.. :)

Lynn Abd Latib said...

jiey

really wanted to pay you a visit but deep in my heart im afraid will disturbing you & family as well.as Ian just discharged from hospital..anyhow always pray for him..im show this blog to my daughter..she sd" kesian kat adik nih"..jomlah kita tgk dia mama..
im told her,we need time to see him as he just discharged.u need to fully recover from ur cough then we will pay him a visit..(i dont want her cough virus transmitted to ur son..so worries)
anyhow jiey,t,care for ur health too..

Mamapinkie said...

Jiey, bukan dr sofiah yang masukkan IV line tu ke? Akak dah banyak kali bad experience kat ER, akak insists dr sofiah gak buat, walaupun kul 2 pagi! ehhee...jahat akak sian kat dr kena datang gak spital tapi cause camtu lah, 3-4 kali dia orang cucuk tapi tak jugak jumpa line, akak dah give up dah ngan ER sejak a few years ago..unless critical sangat nak kena masukkan line tu gak, akak kasi gak orang ER buat, but nowdays akak cakap, tak yah susah2x lah, akak nak jugak Dr. Sofiah....sometimes as parents we have to put our foot down with them or not they take us for granted...tu pendapat akak lah kan...also kesian anak yang kecik dan berdosa tu kena dicucuk banyak kali cause dia orang tak reti sangat cari line kan, so akak feel tak mau ridhwan go thru all that pain and better wait for someone who knows him best kan..wallahualam...

Unknown said...

semoga cepat sembuh nak.. sayu nya tgk gambor last tu...