Ini gambar Rayyan Ariff bersama Rania Ayesha semalam.. Gambar ini saya ambil dari blog teman lama saya, Alyyani.. Niat di hati, ingin memberikan update bahawa Rayyan Ariff sudah beransur pulih.. Ingin memaklumkan bahawa Rayyan Ariff sudah kembali kepada keadaan asalnya.. Ceria, gembira, penuh dengan senyuman dan tiada kesakitan..
.
3.10.2010 - Asyik bermain.. |
Namun realitinya tidak begitu.
Realiti masih lagi menyakitkan kami. Realiti menyakitkan fizikal anak kecil ini.. Realiti menyakitkan jiwa ibu ini.. Realiti menyakitkan hati ayah ini.. Realiti memakan kami!
Rayyan Ariff yang terlena kesakitan.. Tidak memberikan reaksi apabila namanya dipanggil.. |
Mungkin, doa kami masih belum cukup kuat.. Mungkin, usaha kami masih belum cukup lengkap.. Mungkin, kami masih belum cukup teruji..
Pedih yang melingkari hati tatkala menyaksikan kesakitan demi kesakitan yang singgah pada tubuh kecil Rayyan Ariff, melebihi pedihnya tatkala doktor menyatakan bahawa anak kami ini tidak bisa mendengar dan melihat sewaktu usianya sebulan..
Sakit yang menggigit jiwa tatkala menyaksikan keperitan yang ditanggung Rayyan Ariff, melebihi kesakitan yang dirasakan tatkala doktor memaklumkan anak yang baru berusia 23 minggu di dalam kandungan ini tidak mungkin akan hidup setelah dilahirkan..
.
Kerna kesakitan, kepedihan dan keperitan ini lebih nyata..
.
Ya Allah, Kau kuatkanlah kaki kami untuk terus melangkah.. Ya Allah, Kau berikanlah rahmat kesembuhanMu buat anakku ini Ya Allah.. Aminnnn..
.
~Hilang punca~
12 comments:
salam sis.tabahkan hati,kuatkan semangat and jgn ptus usaha dan doa utk adik rayyan ye.semoga adik rayyan cpt sembuh.ameen.
Amin. Besar sungguh ujian utk Jiey dan keluarga. Allah menguji hamba2-NYA yg disayangi.
Ya Allah,
Berilah kekuatan pada kedua iba bapa ini
Berilah kekuatan pada anak kecil ini
Berikanlah mereka kenikmatanMU
Berikanlah mereka doaMU
Berikanlah segalanya pada keluarga ini
doa akak untuk Ian Jiey, sedih la baca kisah Ian sejak akhir-akhir ni...
akak tumpang risau, tak senang hati dan resah..
Ya ALlah mudah-mudahan tiada yang tidak elok untuk Ian, kau berilah yang baik-baik saja untuk anak ini.. aminnnn
Sabarlah Jiey,
walaupun tidak mengalaminya sendiri tetapi tiap kali membaca luahan Jiey, hati ini terasa pilu sekali.
diri seperti terpanggil2 setiap hari untuk mengetahui perkembangan Rayyan Ariff membuatkan saya menjengah setiap hari. ingin melihat Rayyan Ariff dijauhkan kesakitan. ingin melihat senyum dan ketawa Rayyan Ariff, walaupun hanyalah sekadar gambar dan luahan Jiey.
Semoga Rayyan Ariff akan kembali sihat dan Allah mengabulkan doa kita semua.
Ya Allah.....dengan rahmatMu Ya Allah, hambamu memohon agar anak kecil ini sihat...sembuhkanlah rayyan ariff dr segala kesakitan....sesungguhnya padaMu shj ya Allah tempat kami memohon....
rayyan ariff syg...kuat ye syg....auntie sentiasa doakan kesihatan ian...auntie nk tgk senyuman yg manis dr ian...teringin sekali untk bertemu mu syg....insyaAllah satu ari nnti...
jiey...
berat mata ni memandang, lebih berat lg pe yg jiey lalui sekarang...hanya doa padaNya kami titipkan untuk jiey sekeluarga...semoga ian sihat seperi selalu....aminnnnn.....
rayyan..sihat la anak...
be tough..
kakyong singgah membaca luahan hati seorang ibu... tiada ayat keramat yg dpt menyejukkan hati.. tapi Allah menguji kerana Allah sayang... bertuah jiey terpilih diantara yg lain..
Ya Allah yg maha mengetahui....Kau hilangkanlah kesakitan anak ini & berilah kekuatan serta ketabahan kpd ibu bapanya...sesungguhnya Kaulah yang maha berkuasa atas segalanya...amin Ya Rabbal Alamin..
owh rayyan, kuatlah.
rayyan, sembuhlah.
rayyan, kembalilah brmain seperti biasa..
aminn
Jiey, He chose you because He knows you can take it. if He takes you to it, He'll get you through it.
jangan putus asa, Jiey. every cloud has a silver lining. sooner or later.
salam.. to akak n family bnyak2 sabar yea.. mnitis air mata baca.. shiqa doakn kesejahteraan untuk akak sekeluarga.. semoga rayyan sembuh.. give ummi smile
Post a Comment