Masih lagi belum berkesempatan berbincang secara terperinci tentang hasil keputusan ujian EEG semalam. Perbandingan masih belum dilakukan dengan keputusan ujian lebih setahun yang lalu.. Namun secara keseluruhan, Dr.Sofiah meletakkan kesakitan demi kesakitan yang menyerang Rayyan Ariff sebelum ini adalah seizures atau pun sawan..
.
"Err.. Rubbing nose, eyes, toleh-toleh kepala pun sawan ke doctor?"
"There are many type of seizures. Being different, we need to expect the difference la.. Tak semestinya normal type of jerking tu.. I rasa memang sawan. I takleh nak kata confirm sebab masa kita buat EEG semalam tak jadi pun.. Kalau jadi masa EEG tu, memang la dapat confirm sawan ke tidak. You tak record last night attack?"
"Record. Tapi handphone I takde bateri la pulak nk tunjukk.. Semalam, mama Zidane kata memang yea.. Sebab lepas jadi jer, he'll fall into deep sleep.."
"Haa tau pun.. Banyak belajar dengan Mama Zidane. She's very good at this.." Kata Dr.Sofiah sambil merujuk kepada ibu pesakit di katil bersebelahan..
.
Keadaan Rayyan Ariff? Masih belum pulih sepenuhnya. Serangan itu masih lagi mengganggu.. dan banyak waktu, matanya kelihatan sukar untuk dibuka. Badannya bagaikan lemah dan kurang keseimbangan. Namun selayaknya seorang anak kecil, dia cuba melasak setiap kalinya dia rasakan boleh.. Dan apabila badannya penat, dia akan berhenti seketika dengan menyandarkan badannya pada kami atau sekurang-kurangnya melentokkan kepala.
.
Kasihan. Untuk setiap sawan yang menyerang, aktiviti otaknya terganggu teruk. Dan bukan hanya itu, terdapat juga sawan yang menyerang untuk beberapa saat sahaja, yang mana kami sama sekali tidak dapat mengesan bilakah ianya terjadi.. Kalaulah saya punya daya untuk menghentikan segalanya..
Saya kegusaran sebenarnya.. Melihatkan tahap kesakitan anak kecil di katil bersebelahan menimbulkan resah di hati.. Kecerdasan fizikalnya bagaikan terhenti seketika kesan daripada ubat yang kuat bagi mengawal sawannya.. Keupayaan bertuturnya terganggu kerana serangan sawan yang terlalu kerap..
.
Rasa takut menyelinap ke setiap ruang hati.. Gusar sekiranya setiap pencapaian Rayyan Ariff diragut satu persatu. Bimbang andai setiap yang kami usahakan untuk Rayyan Ariff hilang satu persatu. Sedangkan segala yang ada padanya hari ini adalah berkat usaha dan kerja kerasnya sendiri dengan izin dariNya. Sungguh saya risau untuk memandang ke hadapan.
.
Namun kami akan tetap cuba untuk melakukannya yang terbaik untuk anak ini.. InsyaAllah.. Semoga anak kecil ini akan terus berada di dalam rahmatNya.. Aminnnnn..
.
Dan pagi ini, sepertimana semalam, ada waktu Rayyan Ariff masih kelihatan berlainan. Seketika matanya digosok-gosok. Seketika yang lain, kepalanya dipukul perlahan.. Mungkin benar, dia masih belum pulih.. Namun kerana tiada lagi serangan major yang berlaku selepas tempoh 24jam, mungkin kami akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.. Mungkin..
.
Abang saya menasihatkan untuk terus berada di hospital kerana gusarkan tentang Rayyan Ariff. Namun hati ini berat mengatakan dia akan lebih baik di rumah.. Wallahualam..
11 comments:
rayyan..sihat la anak...
sebagai seorang ibu...atas kasih sayang yang tidak bertepi...sedayanya berusaha berserta solat dan doa...memohon diberikan petunjuk...panduan dalam membuat pilihan yang terbaik...meski dalam keterbatasan ilmu...tetap sedaya mungkin mempergunakan sebaik mungkin hemat seorang ibu..
sebagai seorang bapa...atas kasih dan perhatian dalam membentengi keluarganya..memohon diberikan kekuatan...ketabahan..dan sedaya mungkin kembali kepada fitrah sebagai seorang hamba-Nya agar dapat terusan membentengi keluarga nya...
sebagai hamba-Nya..kita percaya dan yakin...hanya Dia yang Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya...
dan sebagai hamba-Nya...istighfar..istikharah...istiqamah.....hanya itu yang terdaya agar masih punyai peluang dan ruang untuk bersama menggapai impian bersama...sebagai satu keluarga...dalam menuju keredhaan-Nya...
Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...
Wallahu'alam...
Tiada kata2 untuk musibah yg menimpa Rayyan melainkan sabar dan tawakkal padaNya. Be strong.
"Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”
Muslim 2/233
Ian sayang,
Terus kuat nak, kerana kekuatan mamamu sebahagiannya terletak pada kamu. Moga Allah terus memlihara kamu sekeluarga amin..
Doa yang tidak putus utk rayyan arif. Moga dirimu cepat sembuh, nak..
Ya allah, kau pulihkan la Rayyan Ariff seperti sedia kala..
semoga cepat sembuh, insyaAllah
Rayyan yang sekecil itu sangat tabah menghadapi segala cabaran.Be strong . Aunty sentiasa doakan Rayyan. Be strong & semoga cepat sembuh.
semoga rayyan kuat dan tabah nak...!
tiada ucapan yg mampu mengambarkan perasaan saya tahkala membaca blog ini. Tidak sabar melihat rayyan pulih.
cepat sembuh ye sayang ian....doa auntie utk ian sentiasa ada.....
sayang ian sgt2.....
Post a Comment