Monday, October 25, 2010

Solat sunat hajat dan kenduri kesyukuran..

Alhamdulillah.. Putera tercinta kembali pulih seperti sedia kala..Semakin lasak dan akalnya juga semakin panjang.. Dan kerana episod kesakitan yang berlarutan ini telah berlalu pergi, kami melunaskan hasrat untuk mengadakan solat sunat hajat dan kenduri doa selamat, tanda kesyukuran di atas nikmatNya..
.
Maaf kerana tidak memanjangkan jemputan kepada semua kerna hanya ibubapa, orang surau, adik-beradik dan sepupu-sepupu sahaja yang diundang. Tidak ketinggalan, hubby mengajak beberapa orang teman sepejabatnya dan meminta agar keluarga superkids turut serta.. itu sahajalah jemputan yang ada. Maklumlah hanya kecil-kecilan sahaja..
.
Majlis dimulakan dengan solat zohor berjemaah, solat sunat hajat, bacaan yassin dan doa selamat sebelum diakhiri dengan acara menjamu selera..
.
Hubby's side of the family..

The food: Nasi daging+kari ayam+acar timun+sambal belacan, spaghetti bolognese, samosa,cake, betik, pisang, duku, rambutan..
L-R, Ian with Nabila, family superkids, Ian with Tok, My BIL, cousin and hubby's godmother..
Itu sahaja. Majlis yang ringkas namun saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat yang sudi hadir.. =)

11 comments:

Kak Rose said...

Jiey, happy to see Ian at his self again dan semuga berterusan...

ArshSabila said...

Eiiihh..ian buat ape tu...flirting nabila eeeiih..cheeky boy..hehe..

Alhamdulillah..ian makin terserlah kebijaksanaannya..tahniah jie..

Ya Allah,engkau lindungi dia sebaiknya...selamanya..hingga ke akhirnya..ameen..

☾SHiemaCMa786☾ said...

الحمد لله..smga ian btmbah sihat:)

Min said...

hope i was there...

ieda said...

alhamdulillah...moga semuanya selamat & sihat2 saja selepas ni.

Anonymous said...

alhamdulilah..
everything back to the normal..

and hope ur kid akan terus membesar dengan sihat..iallah..

Norhanafizah Husain said...

Semoga dengan keberkatan majlis ni ian terus sembuh dari segala kesakitan

P/s: Thanx Jiey coz sudi singgah my blog..insyaallah,mungkin ada rezeki kita terjumpa di mana2 coz selalu pergi tempat jiey selalu pergi

noorshafila said...

Alhamdulillah,

gembira dengar kesihatan Rayyan Ariff semakin baik.

linda said...

alhamdulillah...
smg ian bertambah sihat & ceria selalu...smg jiey skluarga jg sihat ye..:)
mmmuaahhh..syg ian...

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah..semoga ian semakin sihat dan trs sihat.Jadi budak bijak ye ian.
jiey : bila aisya nak dapat jmpa ian nih?

A.I said...

Syuku Alhamdullilah (^_^)