Wednesday, October 20, 2010

"Saya jumpa belog ibu yang kuat!" And so I said..

Saya terjumpa satu blog yang diagnosis anaknya lebih kurang sama dengan anak saya.
Belog milik seorang wanita berkulit putih. Minah saleh bahasa pasarnya.
.
Masa anak itu masih dalam kandungan - Doktor kata, anak itu takkan survive. Tapi anak itu masih ada sehingga ke hari ini. Malah  usianya beberapa bulan lebih tua dari Rayyan Ariff..
Masa anak itu sudah lahir - Doktor kata, mata anak itu tidak nampak. Tapi anak itu masih punya deria penglihatan cuma agak delay.
Masa usia anak itu dua bulan - Doktor kata, kerosakan otak anak itu terlampau teruk dan sel-sel otak itu tak mungkin tumbuh lagi..Tapi malangnya dalam kes anak itu, ramalan doktor kali ini betul berdasarkan ujian yang dilakukan beberapa hari yang lalu.
.
Tapi ibu itu tetap positif dan terus percaya dengan kekuasaan tuhannya..
Maka saya juga harus terus positf.
Kerana Allah SWT telah mengurniakan banyak rahmatNya buat Rayyan Ariff..
Dari  sebesar-besar ramalan hinggalah ke sekecil-kecil perkembangan..

.
Semalam, pulang dari pejabat, saya disambut oleh sapaan Rayyan Ariff yang sedang duduk bermain puzzle ABC nya..
Pagi tadi pula, tidur saya dikejutkan oleh gelak tawa Rayyan Ariff yang asyik menekan butang on dan off pada alat kawalan jauh penghawa dingin..
Dan pagi tadi juga, saya meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja dengan dihantar oleh senyuman dan lambaian tangan Rayyan Ariff..
Ya Allah, besarnya nikmat sihat yang Engkau berikan..
Episod kesakitan membuatkan kami lebih menghargai kurniaan sihat yang Dia berikan..
Syukur Alhamdulillah..

13 comments:

suealeen said...

Selalunya blog minah saleha ni memberikan kita lebih semangat. Cara susunan ayat, info yang diberi sangat-sangat uplifting walau pun adakalanya entry sangat pendek.

Tu sebab akak selalu tanam dalam diri, jika orang bukan Muslim boleh bersikap sedemikian, akak yang Muslim ni kena lebih lagi kerana seorang Muslim perlu lebih tahan diuji.

produk ococ said...

ye...syukur alhamdulillah...

ICAZIESYIRA said...

share the link pls :D

kasihibu said...

salam
semoga akan mendapat panduan
dan dapat berkongsi ilmu

mrs.krie :O) said...

salam kak..kita selalu baca blog akak....ermm..kita dapat dari kawan rasanya link akak ni...n i luv to read urs..ni ada satu link..pun kita slalu baca...http://dinoor.blogspot.com/ akak ni pun ada anak yang sangat istimewa...bila kita baca blog akak n blog kak min, kita dapat kekuatan.bukan kerana kita seistimewa akak n kak min yang diuji Allah, tp kerana kita pon seorang ibu juga....kita sentiasa doakan ian sentiasa sihat dan dipanjangkan pinjamannya buat akak n husband.... -wahida-

alinalan said...

Alhamdulillah. Syukurnya. Semoga Rayyan sihat & ceria2 selalu. Amin!!

noorshafila said...

Alhamdulillah.
Semoga akan sentiasa berita baik Rayyan Ariff.

☾SHiemaCMa786☾ said...

الحمد لله
syukur..

Ummimusa said...

Salam,

Saya ingin tanya pendapat Jiey..I was a breastfeeding mother..and masa saya breastfeed masa bulan2 awal, ada banyak "masalah" dengan paed, kerana mereka semua kata ada masalah dgn Musa kerana slow weight gain. Sblm tu saya ada baca pasal kebodohan isu slow weight gain untuk breastfed baby di website Dr jack newman, tapi bila dah bertubi2 doctor dok bising kat saya, saya pun akhir nya akur untuk test Musa macam2, walaupun development dia 100% ok dan dia 100% sihat. There was nothing wrong with him at all!

Dari entry Jiey yg ni...membuatkan saya teringat pada perasaan saya masa tu.

We need doctors, paeds, etc...but they're not always right and they don't know everything. But the prevalent culture and behaviour seems to be as if, they know absolutely everything....

Bukan maksud saya nak 'menjahatkan' doctor2...cuma kadang2 tu, technology and science isn't always correct kerana Allah yg paling berkuasa. Kuasa Allah jauh jauh jauh lebih maju dari technology and technology sudah terbukti sangat2 terbatas dgn banyak pembuktian...

Sama je macam dalam kes yg Jiey tulis tu, dan dalam Rayyan sendiri, because he proved the doctors to be wrong!!

...

(ops mcm sesi meluahkan perasaan pulak)

Mamanurin said...

Alhamdulillah,

Moga hari-hari yang mendatang, akan lebih mengembirakan Jiey dan suami..Ian lebih sihat go cergas..bestnya perasaan bila ibu dan ayah dihantar keluar rumah dengan lambaian kasih seorang anak...go rayyan go..

MadianiMamat said...

salam akaq...

I'm ur silent reader tp 1st time nak bg komen sbb nak gtau Rayyan comel sgt!! :)

Semoga terus kuat utk hadapi hari2 seterusnya..

MadianiMamat said...

salam,
akaq, minta kebenaran nk share link akaq kat blog sy blh?

tq

kmieja said...

salamss jiey

alhamdullilah, seronoknya dgr perkembangan/berita baik rayyan...moga-moga allah terus memberi sinar bahagia utk rayyan :)