Wednesday, January 21, 2009

[EmPty DeCOraTIoN]

Saya masih di dalam stage 'perang emosi'. Beribu persoalan menerjah, namun tiada jawapan yang saya temui.. Serasa sanggup berjalan hingga ke hujung dunia andai jawapannya ada di sana..
.
Saya tahu, sabar itu iman.. Saya tahu, tabah itu benteng.. Tapi adakalanya, ia terlampau jauh utk saya gapai..
.
Semasa melangkah keluar dari NICU utk membawa Ian pulang, seorang dari jururawat yang bertanggungjawab menjaga Ian, pernah memegang lembut bahu saya sambil berkata, "Be strong.." Matanya memancar sinar keibuan.. Kini, saya mengerti maksudnya..
.
Saya tahu, andai saya terus mempersoalkan, bermakna saya tidak redha.. Tapi adakalanya, saya ingin tahu dari hatinya sendiri, apa yang KAMU inginkan???
.
P/s - Satu tidak cukup. Seribu pun belum tentu. Itulah manusia.

3 comments:

Sue.Aleen said...

it's a norm, jiey... one day can be harder to any other days. sometimes tak tahu apa sebab pun... tu yang orang tua pesan, kalo ikutkan hati mati...

bagi akak, itu penanda aras bahawa iman akak masih lemah.

Intan and The Boys said...

kuat k!

Pnut said...

apa pun yang berlaku stay strong..
bila kita rasa teruji, sentiasa ingat, ada orang lebih dashyat ujianNya...

Insya-Allah kita kita redha, Allah akan beri yang terbaik untuk kita...

tabah ye dik...