Monday, June 1, 2009

Our saturday..

Hari sabtu, hari agak yang sibuk bagi kami.. Mulanya, kami ke Shah Alam bagi memenuhi undangan sambutan hari jadi Aniq dan Akid.
.
Setibanya kami di sana, agak kagum dengan kemeriahan majlis. 4 buah khemah tersergam indah dan bunting bergambar Aniq dan Akid menyambut ketibaan kami. Kata Na, mereka beruntung kerana esoknya ada majlis perkahwinan rakan mereka lalu membolehkan mereka menggunakan khemah yang sudah siap terpasang. Inilah yang dinamakan rezeki anak.. =)
.
Sewaktu kami tiba, Aniq dan Akid sedang baru hendak memotong kek. Kek Upin dan Ipin. Sesuai dengan temanya. Malahan, the Miezrinas ini juga memakai baju bergambar Upin dan Ipin.

Ian baru lepas kena tarik rambut ngan Akid.. :P

Orang sibuk dok nyanyi nak potong kek, Ian lagi interested ngan kasut dia.. :P

Sedap sungguh hidangan yang disediakan. Nasi dagang dan lauk-lauknya betul-betul kaw. Na, kalau next year invite lagi, kami definitely akan sampai.. Best nasi dagang Na!! Kerana seterusnya kami akan ke rumah parents in-law saya di Rawang, kami makan berpada-pada sahaja kerana Ma sudah siap memasak untuk kami.
.
Ian sepertinya ingin berkawan dengan Akid.. Beberapa kali dia cuba menyentuh muka Akid. Tapi Akid terlebih ekstrem untuk Ian.. :P Cubaan kami untuk emngambil gambar mereka berdua juga gagal kerana Akid lebih 'tertarik' dengan rambut Ian berbanding melihat kamera..
.
Sebelum bergerak pulang, Na meminjamkan kami Fisher Price Take Along Hop 'N Pop Baby. Thanks a million dear!! Really appreciate it!!..
.
Setibanya kami di Rawang, kami hanya berbual-bual kosong sahaja. Kami juga mencuba Hop 'N Pop yang kami perolehi tadi.. (Gelojoh, tak sabar.. :P )
.

Focus Ian hanya pada satu permainan di sebelah kiri itu sahaja, Belum ada tanda2 dia mahu melompat.. Takpe.. Sabar.. Sabar.. =)

Malamnya, kami ke rumah ibu saudara hubby, masih juga di Rawang, hanya berlainan jalan sahaja berbanding dengan rumah ibubapa mertua saya. Dari sana, kami bergerak ke Selayang untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat dan akikah anak teman lama saya, Syila.

Tiada gambar Ian dan Abg Solahuddin.. Abg Solahuddin lasak ke sana dan ke mari.. :P

Sudah lama tidak mengenakan baju melayu kepada Ian. Kali terakhir, sewaktu majlis akikah dan majlis cukur jambul Ian. Handsome pulak anak mama nih.. :P

Kami tiba di rumah jam 11.30pm. Penat! Tapi enjoy.. :P

P/s - Hari ahad, kami usahakan satu projek untuk Ian.. Semoga Ian dpt manfaat dari projek ini.. =)

12 comments:

miezrina said...

hai jiey... tq sudi hadir jugak... hihi

wahhh sudah duduk dlm hop'n'pop yer...

harapan semoga Ian suka mainan tersebut.. yerr

SyahNur said...

wowei... mmg berjalan sakan la Ian, satu hari full dgn aktiviti kenduri2 n makan2.. hehe... mesti Ian seronok dgn gadget baru tu, nmpak excited dia!

Jue @ atanayuiman said...

ian... ooo ian... ;-)

Unknown said...

alalalaaa... tomey nye ian pakai baju melayu... adwan tak da lagi... insya'allah raya ni ada laaa.... heheheh muah ian...

A.I said...

aku mmg suke gi makan free ni..muahahahaha...sonok bawak anak2. leh dowang memain. aku pon leh tompang makan kek..

hihihi..ian lagi suke main kasut dari tengok kek. kasut dia comel dari kek tu kot ye ian cayang?

Farah said...

saya tertarik la dgn Fisher Price Take Along Hop 'N Pop Baby tu..

hensemnye Ian dgn baju melayu..ini baju raya mesti dh siap tempah ni hihi

Pnut said...

ya sungguh kacak Ian dengan baju melayu ittuuu tp lagik sweet sbb ada puting tu..eheheh

Nour El AiN said...

hensemmm nya...... teruna nan seorang nih pakai baju melayu, butang sampai atas lak tu.. kalau dhiyya confirm mengamok..gud boy.....kena lagi ngan pacifier tuh.. kalau dekat auntie gewamm sampai geget tau ;p heheeheh

kamalnzura said...

Jiey, nak jemput dtg rumah weekend ni. Tgk kat blog yer. Boleh jumpa hensem boy, Ian..:D

attyfir said...

salam tuan umah...kalo tak aritu leh jumpa-jumpaan..kenal2..hehehe..

Jiey^Mien said...

Miezriena : Na, thanks for inviting! Oh.. Terbau-bau ns dagang yg sodap itu!!

Dear, thanks for the hop'n'pop

SyahNur : Excited kejap jer.. Pastu buat muka boring.. :P

Jue : Imannn.. OOohh Imannnn..

Adwindaa : Tak sabar nk tgk.. Nnt upload gamba raya cecepat tau.. Tak lama dah raya nih.. =)

Kak Ai : A'ah.. Takde yang plg best melainkan makan free.. Muahahha..

Jiey^Mien said...

Farah : Bleh la beli untuk Afif.. =)

Blom la. Tgh discuss nak kaler ape nih.. :P

Kak Pnut : Puting kaler pink lagi tuh.. :P

Mama Dhiyya : Skrg belom ngamuk lagi.. Later taktau la.. :P

Kamalnzura : Nak sgt pegi tau.. Time2 kenduri kendara gini la bleh jumpakawan2 blogger kan?
Tapi tu la.. Out of coverage la.. Blk kampung.. SOrry sgt2 yea.. Apa2 sekali pun, thanks for the invitation..

=(

atty's : Gi umah Na jugak yea? Itu la.. Tak lama ari tuh.. Kalo berlama-lamaan, mesti dah leh kenal2 kan?

Rugi la pulak rasa..