Monday, August 3, 2009

Hidup untuk dikasihani???

Ini masih cerita tentang hari sabtu sebelumnya, kekangan masa dan ketiadaan kemudahan internet di rumah sememangnya 'memendekkan' langkah saya di alam siber ini.
.
Selesai sahaja sesi fisioterapi Ian Ariff, kami singgah di Endah Parade. Niatnya hanya satu, mahu mengisi perut yang asyik berkeroncong dan mahu mencari beberapa barangan keperluan di Carrefour. Sebetulnya, ini kali pertama saya ke sana. Itu pun, kebetulan mengikuti jalan itu. Kalau tidak, entah bila kami akan sampai ke sana. :P
.
Sewaktu kami di dalam lif untuk naik ke tingkat satu, sepasang suami isteri bersama dua anak lelakinya yang sudah menginjak remaja turut ada bersama di dalamnya. Ian beberapa kali merengek-rengek kerana mengantuk, dan mungkin juga lapar.
.
"Istimewakah?" Tanya sang isteri yang sedang sarat mengandung itu.
"Yea." Saya menjawab sambil tersenyum. Terus melangkah keluar dari lif kerana aras yang mahu dituju sudah tiba.
.
Kerana pertama kali di sini, kami agak terkial-kial dalam menentukan arah yang hendak dituju dan melihat pilihan restauran yang ada untuk mengisi perut yang kelaparan.
.
"Sejak bila?" Saya agak terperanjat apabila menoleh ke belakang. Pasangan suami isteri tadi sudah berada di sebelah saya dan si isteri kembal mengutarakan soalan.
"Sejak dalam kandungan. Tapi Alhamdulillah.. Keadaannya seperti sekarang, tidaklah seperti yang pernah diramalkan doktor." Saya membalas, masih dengan senyuman sebelum meneruskan langkah.
"Tapi, tak nampak sangatlah dik.. Nampak macam budak biasa jer.." Kata si isteri lagi, sambil si suami dan anak-anak sedia mendengar.
"Itulah.. Rezeki tuhan.. Tabiat dan perangai dia juga hampir menyamai anak-anak lain." Saya menjawab. Masih meneruskan langkah.
"Oh, ini mesti bukan kes teruk ni. Mesti ada chance pulih ni. Macam org dekat umah akak tu.. Anak dia punya kes tak teruk. Doktor kata boleh pulih."
"InsyaAllah.. Begitulah kata doktor untuk anak saya." Walau masih tersenyum, kami masih meneruskan langkah. Mungkin kerana perut yang kelaparan membuatkan kaki mahu terus melangkah.
"Ada makan apa2 ubat dan supplement tak?"
"Supplement daripada doktor lah."
"Boleh bagi nombor telefon tak dik?" Tanya si isteri lagi.
"Haaa??" Saya bagaikan tidak mendengar soalan yang dinyatakan. Sebetulnya, hanya inginkan kepastian sama ada saya tersalah dengar atau pun tidak. Waktu ini, langkah saya sudah terhenti.
"Bagi nombor telefon, tak pun, bagi alamat. Nanti akak datang and brief pasal satu produk ni.. Food supplement. Bagus untuk anak2 macam ini." Ohhh.. Mahu berjualan rupanya.
"Takpelah kak.. Lagipun, sudah banyak supplement yang anak saya ambil."
"Eh, yang tu takde testimonial. Yang akak punya ni ada testimonial tau.." Tambah si isteri lagi.
"Oh takpelah kak.." Saya tidak tahu kenapa, mulut saya bersungguh menolak walau dalam hati ada rasa ingin tahu, produk apakah yang sedang dia perkatakan.
"Adik, cubalah dulu. Bagilah anak ni makan supplement ni. Kasihan dia macam ni. Jangan dibiarkan dia begitu sahaja.." Si suami yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara.
.
Saya sudah ingat-ingat lupa ayat penuhnya. Tapi inilah butir utama kata-katanya. Saat ini, hati sudah mula kepanasan. Bukan kerana mereka tidak mahu mengalah, tapi kerana kata-kata yang dilemparkan.
Siapa dia untuk mengatakan saya hanya membiarkan anak yang sedang berada di dalam pangkuan saya ini?
Siapa dia untuk mempertikaikan keadaan anak saya tanpa mengetahui apa yang telah dan sanggup saya lakukan untuk anak ini?
Hidup bukan untuk dikasihani. Kalau diikutkan rasa kasihan, telah lama kami hanyut dengan emosi dalam membesarkan permata yang satu ini.
.
"Eh, takdelah bang.. Anak saya ini sudah boleh dikategorikan cepat progressnya. Baru 4 bulan kami mengikuti fisioterapi secara intensif, dia sudah boleh duduk. Kawalan dan keseimbangan badan juga semakin baik. Kalau dikatakan kes anak saya ini tidak teruk, silaplah.. Dia lahir dalam keadaan hampir tiada sel otak. Doktor meletakkan segala ramalan buruk padanya. Tidak dapat bergerak, tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, terencat akal dan segala kekurangan yang lain. Tapi lihatlah dia sekarang.. Walau ada kelainan dengan anak-anak lain, tapi kami bersyukur dia sudah di tahap ini."
Saya pasti, nada saya agak tinggi sewaktu saya mengutarakan ayat ini. Tidak tahu mengapa, mudah sekali sabar saya hilang.. Mungkin sbb lapar kot.. :P
.
Tapi bukan hanya saya, bibik juga menyatakan ketidakpuasan hatinya selepas itu. Saya kira, adik lelaki saya juga begitu. Cumanya, dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
.

Cool mama.. Cool.. See, I'm still smiling!! =)

Saya rasa, dengan mana-mana ibubapa kepada anak-anak istimewa sekalipun, kita haruslah lebih peka dan tutur kata haruslah dijaga. Serasa saya, mana2 ibubapa pun pasti akan ada satu rasa 'halus' yang sukar digambarkan apabila diberi peluang menjaga amanah Allah SWT yang cukup istimewa ini.

Bukan hanya tutur kata, perlakuan juga harus dijaga. Tidak perlulah dilontarkan pandangan 'luarbiasa' setiap kali melihat anak-anak istimewa ini. Mereka juga seperti kita, hanya menjalani hidup di atas landasan yang telah ditetapkan oleh tuhan yang satu.

P/s - Uh, emo lagi di pagi hari.. Happy monday all!!

28 comments:

Adinina said...

Hi Jiey.
Lama tak drop comment. Bz sket lately. Tp entry ni menarik. Sbb:

1. Sy tak tau kakak tu ikhlas atau tidak. Bg org yg sceptical ttg penjualan product atau MLM etc, kita mmg rs mereka ni opportunist. Asal ada peluang, mesti nak promote. Tp mungkin jg niat dia baik dan mmg ikhlas nk membantu,bukan menjual semata2. Cuma nasib tak baik kakak ni telah menyinggung Jiey.

2. Sy jg akan respond spt Jiey kalau berada dlm situasi yg sama. Kdg2 org lain kurang sensitif dlm percakapan.

3. Mmg Ian utk dibanggakan, bukan dikasihani. Sape ckp mcm tu,mmg tak bleh blah.

*Ian, nape rambut pendek sgt tu?? Hehe.

Intan and The Boys said...

sabar jiey.
benda2 camni, memang tak leh lari. sentiasa ada orang akan approach gaya camni.

tak tau la nak kata camne. kengkadang org2 ni nak buat produk diorang laku, sanggup cakap apa je tanpa fikir dulu.

kite tgk senyuman Ian tu, terus hati sejuk tau. :)

Jiey^Mien said...

Adinina : Itulah.. Agak2nya niat dia mmg baik kot.. Hati mmg nak tanya produk apa, tapi mulut laju jer menjawab.. :P

Part yang "jgn biar macam ni jer" tu yang tak tahan tu.. "macam ni" tu macam mana agaknya? Tak sempurna? Hadoii la.. Kalo nak kata "biar" tu, lagiii salah.. Kalau biar, buat tatau jer.. Takyah dok sibuk2 nk turun naik spital.. Wat tatau jer.. :P

Hehheheh.. Emo seorang ibu.. Thanks for the comment dear.. Really appreciate it..

*******************************************

Puterikurekure : A'ah.. Tu baru sket jer kot.. Agaknya perut lapor.. Tu yang melatah tu...

Bukan sejuk jer.. Kadang2 meleleh cam air.. :P

******************************************

Cikpid said...

hoh..marah btol...sy mmg benci tau kalo org approach kite konon2 mcm simpati..padahal nk jual barang..

lps tu siap ckp jgn biar camni..

kalo sy sy herdik dah..ingat kite ni bengap sgt ke nk biar jek anak camni..dh tentulaaa anak kite..xde nk biar2 jek..kalo die tau camne usaha Jiey utk Ian..sy rase msti die akan lempang diri sendiri laju2 sbb ckp camtu..

Jiey^Mien said...

Cikpid : Hahahhahaha.. Lawak betul.. Tergelak2 depan PC nih bila baca part lempang diri sdr laju2 tuh..

Muahahahhaha.. Mmg betul2 joke of the day la.. Hahhahaha...

Bertambah ceria hidup! :P

******************************************

Mrs. Simplicity said...

bersemangat waja nye akak tuh nak cari customer. pakai redah je ek. lepas tu cakap lepas je tak cover2. mane produk nak laku kan?da la tgh lapar, bikin hati lg panas je.

tini said...

jiey, kl i rasanya pedas lg dr tu org tu kena. senang2 bg ayat "biar..". tapi kan tu mmg cara dorg bt bizz. dl i pernah terpaksa g dgr ceramah dorg. tips salah satunya adalah usha org2 yg sama.bl ikan kt org yg sama, make friends dgn org yg ada kesempatan (mcm kes ian ni lah kot).eii.. tp sgt skt hati tau dgn org2 yg mcm ni.selamba badak je..

Anasfadilah said...

mungkin lapar kot

tapi memang muka tebal betul la kalau berniaga macam tu

nak berniaga pun mulut jaga boleh,suka hati sedap mulut aje ye

hahha..Ian..comel je,cool kan mama dia :D

Yasmin Nabilah.. said...

salam Jiey..Ina dgr pun bukan setakat sakit hatii..dah masuk sakit jiwa dah nih..ina pun penah kena camnih..tapi ni sedara mara sendiri plak tuh..huh..geram..!

3740Journal said...

salam.

sabarla. kadang2 org macam ni mereka ingin menjual prduk tanpa memikirkan perassan orang lain. main lepas cakap jek.

sebab tu saya kurang gemar dengan orang mlm especially yang suka paksa2 ni.even tak semuala.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,
Put juga akan buat benda yang sama. Terasa sangat dia bukan ikhlas bertanya tapi nak kaut keuntungan semata. Menci rasa bila ada orang macam tu.

Memang ibubapa kepada anak istimewa memang sangat sensitif orangnya. Sabar ye Jiey.

Pnut said...

Jiey-akak kalo umat cenggitu,
akak kasi je no tipon agar dia diam..

tapi kasi no tipon tipu-tipu..putar belit sikit no tipon asal kita..
asal dia diam udah le..
eheheheh

ME said...

Jiey, I've been in both party situation, the MLM person & also m a mom of special son.
Pendapat peribadi saya, caranya MLM person terlalu kasar dan tidak sensitif wpun mungkin niatnya betul(ini hanya dia yg tahu). Kalau betul nak membantu atau bersimpati, kenali dulu yg kita hampiri. Kdg2 kawan2 yg betul2 mengenali kita pun menjadi terlalu direct dan tidak prihatin dlm hal ini tanpa mengambilkira persahabatan dan sensitiviti kita.
Be strong on this.

Eliss said...

sabar laa Jiey, orang meniaga nak untung memang macam tu kot..ada sifat yang di luar kawalan..harap dier ikhlas nak membantu dan bukan nak amik untung semata2..

nway, ko tatap wanita tabah yang aku tabik spring :)

Liana Manjaku said...

Salam Jiey... Memang ada sesetengah orang yang buat sale akan macam tu! Macam mana pun dia akan berusaha untuk memujuk kita. Betul macam kata kak Pnut tu! Beri jer no tipu2... Geram dengan kata2 yang di keluarkan! Dia tak faham dan tak pernah tahu kesusahan ini semua!

yatie chomeyl said...

jiey lapar bekali, sbb tu jadi emo tuh deh? dop pong meme kakok tu jenis x pehe baso, ore oyat banyok kali dopsey pong, x reti..dio x baco blog ni jiey..sbb tu dio x tahu gapo effort2 hok jiey dh buat utk ian..

x soh caro ko dio la...wat lapar perut jah mikir..hehhe ko guano?

yaya said...

Kadang2 kalau byk mulut pun payah sebab boleh tersalah atau mengguris hati orang, tapi kalau byk mulut bercakap ringan2kan lah mulut meminta maaf kalau buat salah...

Sue.Aleen said...

Jiey... ambil ni dan paste kat blog. Moga jadi inspirasi pada kita dan pada orang yang kononnya 'NORMAL' tu supaya treat anak² ini sama seperti anak yang lain. Tak yah pandang dan ucap apa²pun kalo jumpa kita ni.

Kalo bleh setiap kali jumpa orang yang camtu, paskan satu copy untuk dia...

Farah said...

isk sabar jela jiey..saya yg baca ni pon panas hati..tahula nak jual produk tp nak judge jiey biarkan anak tu sgt tak patut..kenal pon tak nak ckp mcm tu plak..lempang kang!

Mommy Lyna said...

"biar macam tu je"????

hello.

kalu biar macam tu je tak bawakla pegi spital hokeh!

miemiey said...

berbyk bersabar ye..mmg kita x dpt lari dgn org macam2 ragam n tanggapn negatif ni..hrp2 bila dah jumpa org gini x membkar semgt jiey membesarkan ank..

miemiey said...

sabar ye jiey...biasa nye perniaga ni nk kaut untng je..x pk perasaan org lain..kl laa die ikhlas sekurg2 nye tya pasal rawtn n perkembgan ian,ni bila dah jiey tak setuju ngn produk die main kata je, kita bior ank..x patut3!!!selama ni jiey n family yg ssh ada ke dia tau????

nieza said...

hi Jiey..
eee geramnya dengan org cam tu. kalau sekalipun nak menjual tak payah le cakap cam tu... haih.. anyway tak payah peduli org cam tuh.. menyakitkan hati je. manusia ni macam2 ragam

Marsha~ said...

sy mmg benci dgn org yg carik duit mcm ni.. paksa2 org beli produk yg dia jual dan cakap produk dia tulah terbaik, sampai sanggup lukakan hati org lain..

ye tahu, diorg tu nak cepat kaya, nak untung, konon kalau malu nak approach customer, takkan berjaya.. tapi agak2 lah sket kan??

masa sy kat hospital ade je makcik2 jual supplement.. bila kita cakap takpe, laaaaaaaaagggii dia cakap begitu begini.. mcmle kita tak jaga anak kita, tak sayang anak kita.. tensyen kan??

sabar ye mummy Ian.. jgn fikir mcm tu.. biarkan jelah mereka yg cakap2 mcm tu.. hanya u aje yg tahu betapa besar pengorbanan dan usaha yg u lakukan ke atas Ian selama ni.. Dan kita semua pun tahu.. sabar ye..pompuan tu aje yg lorat nak jual sgt produk dia.. nak carik duit sgt.. benci betul

Haiza said...

wah cam panas hati jek bila baca cerita Jiey ni..apa la 'sang' kakak sekeluarga tu dapat dengan menjual produk dengan cara macam tu...mungkin keluarga kakak tu patut baca blog Jiey ni...baru dorang semua bukak mata n tau apa saja pengorbanan Jiey tuk Ian tu..anyway Jiey teruskan ketabahan diri Jiey tu tuk membesarkan Ian...saya tau dari semua apa yang Jiey dah lalui dengan Ian tu...memang semua orang dapat agak yang Ian tu anak yang bijak yang akan membanggakan Jiey sebagai ibunya suatu hari nanti...

hanya mampu berdoa dari jauh tuk kesihatan Ian

adex-aieda said...

ada ke dia ckp macam tuh...
lau kene kat adex...mau kene herdik tuh....

dah kita xmau...nak dipaksa plak...

Rose Nieza said...

apola org tu.mule2 nampak cm baik je.gupenye ade udang di sebalik mee.kalo betul2 nak tolong..x yah la nak ckp benda yang sakitkan hati.depa tu kena pi training how to approach people la.

Rose Nieza said...

apola org tu.mule2 nampak cm baik je.gupenye ade udang di sebalik mee.kalo betul2 nak tolong..x yah la nak ckp benda yang sakitkan hati.depa tu kena pi training how to approach people la.