Apabila diajukan dengan persoalan tentang Rayyan, sejujurnya, saya tidak dapat memberikan jawapan yang definitive. Seandainya soalan yang diajukan adalah dari segi kesihatan, Alhamdulillah, Rayyan sama sahaja dengan anak-anak lain. Ada waktu dia diserang demam dan ada waktu didatangi selsema. Tapi keseluruhannya, daya ketahanan badan Rayyan boleh dikategorikan sebagai baik. Dan untuk seizures pula, InsyaAllah, EEG test untuk mengesan kehadiran seizures akan diulang dalam sedikit waktu lagi.
.
Dan seandainya soalan yang diajukan adalah dari segi perkembangan pula, yang mampu saya katakan berdasarkan permerhatian saya ialah, Alhamdulillah.. He’s doing well for a child that has been diagnosed with a serious brain injury. Tapi seandainya mahu dibandingkan Rayyan dengan anak-anak seusia dengannya, tentunya Rayyan agak ketinggalan baik dari segi fizikal ataupun mental.

Bagi tahun-tahun pertama hidupnya, selain daripada memberikan lebih tumpuan kepada perkembangan fizikalnya, kami juga turut memberi fokus kepada perkembangan mentalnya. Tidak ketinggalan, stimulasi ke atas pancainderanya.

Bercerita tentang pancaindera, sesuatu yang masih menjadi persoalan bagi kami adalah tahap pendengaran Rayyan. Kami sendiri tidak pasti sejauh mana Rayyan mampu mendengar. Ada waktu, dia terkejut dengan bunyi yang kuat namun kebanyakan waktu,bunyi itu bagaikan tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Tetapi melihat kesungguhan Rayyan untuk meniru bunyi yang dihasilkan dari mulut kami, membuatkan kami menolak kemungkinan bahawa Rayyan tidak dapat mendengar sama sekali. Bunyi-bunyian yang agak berirama yang terhasil dari mulutnya juga menguatkan lagi andaian kami.

Tatkala dinyanyikan lagu kegemarannya juga, Rayyan akan mengalihkan pandangannya kepada kami dan mendengar dan memerhatikan gerak mulut kami dengan bersungguh-sungguh. Seandainya deria pendengarannya tidak berfungsi, bagaimana mungkin dia bisa menoleh apabila kami mula menyanyi.

Rumit bukan? Lebih banyak ujian yang akan dilakukan pada masa akan datang sebelum menentukan alat bantuan pendengaran yang bersesuaian. Andai benar ditakdirkan Rayyan perlu bergantung pada alat itu untuk mendengar, kami redha. Asalkan saja hidupnya tidak sunyi. Asalkan saja pertuturannya tidak terganggu dan dia bisa memanggil kami mama dan ayah.

InsyaAllah, dengan izinNya, saya cukup pasti Rayyan akan berjalan dan berlari suatu masa nanti. Hanya masa yang menentukan bila detik itu akan tiba. Namun saya akur, itu semua hanyalah satu permulaan. Seperti kata Mama Ridhwan sewaktu sibuk ber 'ym', perjalanan masih jauh..

Kerana itu saya katakan tiada jawapan yang pasti untuk setiap soalan berkenaan Rayyan. Kerana yang saya inginkan bukan hanya melihat dia berjalan dan berlari. Lebih daripada itu. Saya bukan hanya terpaksa berdepan dengan cabaran berkenaan dengan pendidikan untuk Rayyan pada suatu masa nanti, malahan juga untuk mempersiapkan dirinya bagi menguruskan kehidupan sendiri secara total. InsyaAllah.. Pasti ada jalannya.. =)

P/s – Sedang dalam proses untuk mengajar Rayyan makan sendiri.. Susah, kerana dia agak sensitive pada bahagian tangannya dan dia bagaikan 'kegelian' dengan sesetengah tekstur makanan.. It’s ok. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.
17 comments:
setiap anak ada rezeki masing2 .. insyaallah .. kita hanya berdoa utk yang terbaik.
Go Ian go!! Auntie confident je Ian bley buat apapun..xoxo..
dengan bantuan, sokongan da tunjuk ajar ibu dn ayah..x mustahil dengan izin tuhan..Ian akan dpt menguruskan diri nya sendiri satu masa nanti..
mulo2 susoh kot jiey nok bui Ian make sendiri, lamo2 mesti Ian xsey doh ore suap..stended la deh, budok2 lain pon gitu jugop ....go go Ian... ;)
:)
takpe jiey. sikit2, lama2 jadi bukit.
kan?
tak sabar nak tengok gelagat Ian sedang makan pula lepas ni.
:)
Takpe..rayyan boleh blajar lagi. Ni pon kau mmg patut bersyukur sbb dah banyak perkembangan Rayyan yg boleh kau banggakan..
LANGKAH lagik!! :P
dont worry...slowly teach him..maybe him will take time..but sure he can do it..try ur best...rayyan cepat makan sendiri..nanti senang mama
semoga berjaya ajar rayyan makan sendiri yeee
it's true...perjalanan memang jauh tapi penuh dengan suka duka serta pengalaman yang tak dapat kiter lupakan...saya sokong sangat...
jiey, trs beruasaha! pencapaian ian hr ni jauh lebih bk dr jangkaan, jd, mengapa tidak untuk harapan lain? berusaha, berdoa, insyaAllah, Dia maha mengetahui. Go ian!!
sure Ian can do it.. kita sama2 doa k..:)
Nieza Ishak : Doa dan usaha.. =)
*****************************************
Mrs Syams : Tenkiu Auntie.. Mama pun confident.. =)
*****************************************
Mama Qaseh : InsyaAllah.. Silap2 jadi doktor ian neh.. Hehhehe..
******************************************
Yatiey : Tu la.. Koho2 ajar.. Tok sabar nok cuti.. Macey2 nok ajar nih.. =)
*******************************************
puterikurekure : skrg ni byk membaling pinggan dari makanan masuk mulut sdr.. =)
*******************************************
Kak Ai : Orait bebeh.. Langkah lagi besau2.. =)
**********************************************
Reena : Definitely can.. Just a lil bit later than others.. =)
**********************************************
Ibu Umairah : Tenkiu.. =)
**********************************************
Fazmila : Hopefully jalan tu nanti takde la berliku2 sgt kan? =)
*********************************************
mummy adam : thanks dear.. get well soon yea.. =)
*********************************************
auntie jiey>>> nnti ian ngan adwan leh men kejar2 sesama la... don wori the time will come... nnt auntie tak larat lak nak kejar ian lari2 keliling umah....
Jiey... setiap anak mempunyai rezeki masing2. Macam ian...Jiey sdn pun dah tau betapa ajaibnya Ian. So, tak mustahil jika keajaiban itu berlaku satu demi satu! Apa yang penting, teruskan usaha jiey dengan penuh kesabaran dan ketekunan. Berdoa dan bertawakal untuk mengecapi keindahan keajaiban Ian :)
awak ibu yang hebat!!!
demi anak-anak kita segalanya mungkin kan?
jemput ke rumah saya ya...
www.myangels-love.blogspot.com
salam jiey..rayyan will be fine, can feel it from his smile..you are such a wonderful mother with your kesabaran insyallah Allah beri kenikmatan tak kira bila.sempena puasa moga diberkati sekeluarga ya.
Post a Comment