Wednesday, August 12, 2009

Rasa itu

Sudah beberapa kali entri ini tentang hari sabtu lalu tertangguh. Mungkin kerana kesibukan yang mengejar. Dan mungkin juga kerana kepenatan yang semakin terasa. Sibuk mengejar kerja. Sibuk mengejar anak. Sibuk mengejar puasa ganti (I know, bad me!). Sibuk mengejar ruang untuk mengemaskini dua blog. Sebenarnya, lebih kepada, SIBUK MENGEJAR MASA YANG BERLARI PANTAS. =)
.
Hari sabtu yang lalu, saya dan hubby meninggalkan Ian kepada bibik dan abang saya kerana kami sibuk mendapatkan barang jualan untuk Kerna Kasih Collection. Kerna itu, saya meminta abang saya membawa Ian Ariff ke sesi fisioterapinya di SDMC.
.
Sedang saya di dalam kereta, telefon bimbit saya berbunyi. Rupa-rupanya kiriman MMS daripada abang saya berserta dengan mesej, "Ryan is doing fine standing. For the next session, her mother will be chased out of the room."
.
Saya tertawa membaca kiriman SMS itu. Itulah Rayyan Ariff. Adanya saya, sama sekali dia tidak mahu berdiri. Dia juga akan merengek-rengek kecil seakan-akan meminta simpati. Manja sungguh anak ini dengan saya. Kalau tiada saya, tahulah dia bagaimana cara untuk membawa diri. Kelakuannya cukup terjaga. Untuk mendengar dia menangis adalah sesuatu yang sukar. =)
.
Standing with support while playing with his favourite toy hanging at the wood.
.
Kiriman MMS abang saya membuatkan saya tersenyum panjang. Sambil menunjukkan gambar itu kepada ahli keluarga yang lain, termasuk hubby.
.
Seterusnya, telefon bimbit saya berbunyi lagi. "Nah, takde protes pun!"
.
Rayyan standing against the wall with very minimal support from Auntie Sarjit.
.
Saya menjerit kecil tatkala kiriman MMS itu dibuka. Agaknya memang betul teori Ms. Sarjit selama ini, Rayyan manja apabila saya di sisi!! Senyum saya semakin melebar. Kagum dengan Rayyan Ariff. Sambil turut memuji kecomelan wajahnya. Hehehhe..
.
Telefon bimbit berbunyi lagi. Masih ada sesuatu yang barukah? Hati saya tertanya-tanya dengan senyuman yang masih belum hilang di muka.
.
"Amazing!! Ryan was standing by himself for over 2 minutes. Totally with no support!!" Teks yang turut serta bersama gambar Rayyan.
.
Standing alone, leaning against the wall for over 2 minutes!!

Ya Allah.. Betapa besar kuasaMu ya Allah.. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Hanya itu yang terucap di bibir saya.

Rasa itu. Satu rasa yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ada rasa keterharuan yang memenuhi ruang hati saya. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. Berkali-kali saya menatap gambar di skrin telefon bimbit saya. Anak ini, yang pernah dikhabarkan, mungkin akan lumpuh untuk seluruh hidupnya, sedang berdiri dengan sendirinya. Terasa penat kami berbayar. Terasa lelah kami hilang.

Air mata duka suatu waktu dahulu, berganti dengan air mata keterharuan. Kuat sungguh kamu anak. Dan terima kasih kerana terus-terusan menjadi sumber kekuatan mama dan ayah. Dan teruskan eksplorasimu duhai anak. Jangan pernah mengalah pada kesusahan yang ada. Jangan pernah mengalah pada kata-kata manusia. Ini peringatan untuk dirimu dan juga buat kami yang ada waktunya terleka.

Masih terbayang, betapa sukarnya untuk membuatkan Rayyan berdiri. Sungguh saya tidak menyangka semua ini datang secepat ini. Semoga impian saya untuk melihat Rayyan berjalan sebelum usia menginjak ke dua tahun akan tercapai. InsyaAllah.. (Aminkan yea kawan2)..

"Ya Allah, terima kasih di atas kurniaanMu. Semoga kemanisan ini berkekalan Ya Allah. Walau ini semua hanya pinjaman dariMu, janganlah diambil nikmat ini Ya Allah. Sekurang-kurangnya, bukan sekarang. Amin Ya Rabbal Alamin"

Apabila melihat gambar Rayyan tegak berdiri, bagaikan melihat seorang 'kanak-kanak' di dalam bayi saya. Cepat sungguh waktu berlari.

P/s - Kerna Kasih Collection sudah di update. Banyak lagi yang mahu di post terutamanya baju melayu kanak2. Tapi entah mengapa, gambar tidak dapat di upload. Blogspot oh blogspot.

45 comments:

Liyana Shuib said...

Tahniah Rayyan..Rayyan kena kuat tau..Ammar doakan Rayyan yang terbaik..aminn...

Jiey..kekuatan awak yang menjadikan segalanya tak mustahil..i'm adore you babe..

Marsha~ said...

bravo Ian.. Ian boleh sebenarnye... cuma dia manja sikit dgn mama dia.. next time, u kena tunggu kt luar bilik jugakle gamaknye.. congrats Ian!! auntie bangga dgn Ian... :)

Leen Die said...

tahniah Ian..so amazing dan tak terkata bila auntie tgk gmbr2 Ian..tahniha kerana membuat family Ian bangga ngan Ian..Auntie leen pun happy dan bangga ngan Ian..moga cepat2 jalan deh..

Jiey usaha tangga kejayaan..Ian pun sama usaha tangga kejayaan..

sayang Ian..muahhhhh

ME said...

Congratulations Rayyan .. & Jie too.

M@y said...

Jiey,

Try guna Windows Live Writer..senang nk upload gambar2 sume.

Ian mmg miracle!!! So proud of u Ian..

AppleCrux said...

Congrats Ian dear...auntie ni ratu ayaq mata..rasa nak nangis tgk gamba Ian berdiri..insya-Allah hajat Jiey nak tgk Ian berjln akan tercapai tak lama lagi..

Cikpid said...

Aunty Pid yg jauh kat selatan ni turut terharu n kagum n rase bergenang air mata tgk pencapaian Ian..

Maybe bile mama Ian ade sama..Ian manja2..tapi sebenarnye Ian seorang yg kuat..bile mama tak ade..Ian x protes n x meragam pon.sbb Ian x nk susahkan orang yg jaga die..

Ian sayang..semoga terus berjuang and mnjadi khalifah di muka bumi Allah ni..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

tak lama lagi kurus la mama ian coz nak kejar ian belari pulak..
InsyaAllah..

yatie chomeyl said...

"Ya Allah, terima kasih di atas kurniaanMu. Semoga kemanisan ini berkekalan Ya Allah. Walau ini semua hanya pinjaman dariMu, janganlah diambil nikmat ini Ya Allah. Sekurang-kurangnya, bukan sekarang. Amin Ya Rabbal Alamin"

ore doa sokmo ko Ian...harap2 rayo ni leh jupo dgn Ian...:)

Watie Aziz said...

wah ..ryan is soo sooo amazing ...tahniah rayyan & Jiey .. happy for u .. amin ..amin ...

Unknown said...

alhamdulillah..
bestnye jie..
akhirnye Ian berjaya.. sukenye saye.. pasni bleh la belajar ta tih.. hmm jiey skrg biznez ek.. tu ke yg jiey mntk cuti xbegaji..

KLMari said...

Congrats to Ryan !!! He's such a fighter...Teringat waktu session Dina standing against the wall...How time flies...:)

Puan ApasH said...

good boy Ian..chaiyok..chaiyok..make ur mom proud!!

Intan and The Boys said...

jiey, bergenang2 air mata kite tau. seronok sungguh hati kite tgk Ian berdiri selama itu.

(ni baru orang yang ntah sape2 ni yang tgk. apa lagi hati jiey, ibunya kan?)

kan kite dah kata, Ian anak yang kuat dan tak putus asa.
:)

Manjaku said...

Jiey... ummi tumpang menangis yer... Terharu kegembiraan! Tahniah buat Jiey dan Ian!

Unknown said...

yeay yeay...

ian, nanti leh la kita men kejar2 ek... tak lama lagi ian leh la berjalan terus tau, tak yah la merangkak.. jalan trus n berlari tau.. kita buli mama2 kita biar dorang kejar2 kita...

hehehehehe

eiNa said...

Alhamdulillahh....
gud boy...

Cikja said...

Tahniah jiey n Ian..
usaha yang tak penah jemu...
kagum sungguh.

amin.amin.amin

Elyn Sani said...

wow chaiyok2 rayyan..... muah muah tuk rayyan!!!

Eliss said...

wowiey..awak hebatlah..dah sama macam saya buleh berdiri :) saya masih takot nak jalan..ntah2 awak lagi advance dari saya :)
keep it up ok!muachss pp awak :*

xoxo,
Nuha

Love... said...

dear ian...
congrats on ur achievement...
ur mom must be proud of u...
u such a strong guy...

dear jiey...
tahniah atas kesabaran jiey...
setelah renyai hujan.. pelangi pasti muncul ...

biler la dpt jumper jiey..

tini said...

rayyan!! aunty nak nangis nih.. apa lg mama rayyan. bangga, gembira. aunty tumpang happy. moga mama rayyan tambah bersemangat brusaha untuk ian lps ni. bravo! bravo!

MamaSyazmina said...

alhamdulillah..amiin

yaya said...

congratulation jiey and rayyan. Alhamdulillah!

Farah said...

besssnyee...alhamdulillah jiey! mmg besar kuasa tuhan..berkat usaha jiey dan keluarga selama ni..

izzahazfar said...

saya wemosi kak...!

rayyan...ur ar amazing boy!

Cik Tudung Merah said...

Salam Kak,

Saya ni umpama silent reader blog akak ni,mengikuti perkembangan Rayyan dan air mata tumpah tatkala membaca entry kali ni.
semoga akak dan suami terus cekal dan doa2 kan saya agar dapat baby secomel Rayyan juga.


From Port Dickson with love

A.I said...

Siap kau!!! Esok lusa dah ready main kejar-kejar ngan Ryian! :P

Pnut said...

clap...clap...clap...
tahniah Ian muaaahhsss

Alesya pun dah boleh berdiri sekarang... kalau kita pegang tepis-tepis tangan tak mau dipegang, sekalik, gedebuk jatuh...

kalau duk dalam walker usah kira le segala pelosok dia jelajah...laju kemain, siap drift lagik...

best nya tgk perkembangan Ian..aminnn moga Ian seperti mama Ian harapkan, iaitu sebelum 2 tahun... amazing la..budak ni

Mrs. Simplicity said...

amin jiey, insyaAllah rayyan akan cepat bejalan. clap2 tuk rayyan! bagus nye dia aku tgk, dia tak malas & tak cepat putus asa kan?

p/s : baju melayu lelaki? stock for girls please!

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..seronoknya tgk Ian dah boleh berdiri..nanti ajar Nabila pulak yek.. :)

Jiey^Mien said...

BabyIbu : Thanks a lot Ammar. Rayyan appreciate sangat2.. Byk2 doa untuk Rayyan yea..

Jiey rasa macam Rayyan yang bagi kekuatan tu kat Jiey.. =)

Thanks a lot dear..

*****************************************

Marsha : Itu la kan.. Maknanya, budak ni dah lama bleh buat la tuh. Takkan tetiba jer boleh. Saje je dia tanak buat.

Nanti mama dia kena jadi posmen jer la.. Bawak Ian masuk pastu kuar balik. Tunggu kat luar jer.. Huhuhu..

******************************************

Leen : Thanks a lot. Thanks a lot for all the support that you have given. It really means a lot. =)

******************************************

ME : Thanks kak.. =)

******************************************

Mayra : Okeh noted. Nnt nak try.. =)

Thanks for the support dear..

******************************************

* HeeBum and HaeBi * said...

amin.... =)
smoga sgala doa2 akak dimakbulkn..

Jiey^Mien said...

AppleCrux : Agaknya, bila dah jadi mommy2 nih, semua dok pakat2 jadi ratu ayaq mata.. :P

******************************************

Cikpid : Memang confirm, kalo jadik mommy mesti jadi ratu air mata.. Cikpid menguatkan lagi teori di atas. :P

********************************************

Mrs. K : Aminnn.. InsyaAllah..

********************************************

Yatiey : Bulih bulih.. Tiey kapung mano?? Ry keduo la.. InsyaAllah kelik klate.. =)

********************************************

Watie : Thanks dear.. Amin banyak2.. =)

*********************************************

Jiey^Mien said...

mamamiera : thanks dear.. =)
Takde la.. Start bisnes tu sbb nak cuti la..
Amik unpaid leave sbb nak focus kat Ian.. Tak terkejar la keje ngan family nih. Kena drop satu.. :P

********************************************

KLMari : Hehehe.. Few years down the road, jiey plak ulang ayat akak.. =)

***********************************************

Mama Qaseh : He already did from the day he was born until now.. =)

***********************************************

Puterikurekure : Ian memang kuat,sekali dia lepuk sakit jugak. Suka benar lepuk muka org kalo tak puas hati.. Hadoii la..

***********************************************

Manjaku : Thanks a lot Ummi.. =)

**********************************************

Adinina said...

Rayyan, auntie baru baca entry ni.
Wah wah. Nafisa pun tepuk tangan. Hebat sungguh!!!! :) (auntie rasa terharu ni).
Continue to surprise your parents, with your miracles. :)
Tahniah Jiey.

Jiey^Mien said...

AdwanEncem : Ala.. Takmo la gitu Adwan.. Mama kita suh merangkak dulu baru berjalan.. =)

***********************************************

Eina : Alhamdulillah..

P/s - bab gud boy tu, dengan therapist dia jer kot.. Ngan mama takde la...

*********************************************

Ijah@Fariza : Thanks a million dear..
Thanks for all the support from the beginning.. =)


******************************************

Elyn : Tenkiu.. Tenkiu.. Muahhh Muahh untuk wafiq balik.. =)

*******************************************

elissmie jr : saya rasa mesti la awak dulu.. saya ni jenis steady sket.. hero takleh kalut2.. bg org lain dulu.. :P

******************************************

Love live : Thanks a lot dear..

Itu la kan.. Asyik tak berkesempatan jer.. *sigh*

******************************************

Jiey^Mien said...

Tini : Terima kasih auntie.. Rayyan nak main lari2 ngan abang Umar.. Tu yang kena jalan cepat tu..

******************************************

Mazlan/Iza : Alhamdulillah.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih.. =)

*******************************************

Yaya : Thanks a lot dear.. =)

******************************************

Farah : Alhamdulillah.. Rasa berbaloi segala penat lelah.. =)

**********************************************

izzahazfar : akak pun tak abis lagi emo nih.. =)

*********************************************

Jiey^Mien said...

IntanHeartSyahmie : Oh ye ke? Thanks coz sudi mengikuti kisah Rayyan.. Pasni bleh la exchange link..

okeh2.. cepat2 doa you and your hubby to be given the cutest baby of all as soon as possble.. aminnnn..

balik ni, nak suh ian aminkan sekali.. =)

*******************************************

Kak Ai : Okeh apa Kak Ai, pasnih kuruslah mak n bapak Rayyan nih.. :P

*******************************************

Kak Pinut : Thanks a lot kak..

Rayyan memang tak terkejar dah Alesya.. =)

*******************************************

Alyyani : Thanks ly.. Meh kita pakat amin ramai2.. =)

Stock girls? Aku nih tak brp pandai beli brg utk girl.. Takpe.. Nnt aku cuba try tengok.. =)

*******************************************

Yongnoina : Alhamdulillah.. InsyaAllah, next nih Nabila plak.. Tak lama dah Nabila tuh.. Tambah2 dengan projek atuk Nabila tuh..
=)

*********************************************

see-niesot : aminnnn.. thanks dik.. =)

*******************************************

kamalnzura said...

bergenang air mata baca entry ni..:D

nieza said...

WOW ian.. tahniah... teruskan usaha.. isnyallah Ian boleh berjalan before 2 yrs... i will pray for him. always...

Haiza said...

Alhamdulillah Jiey...Ian memang anak yang tabah dan kuat...sekuat dan setabah ibu dia...rasanya baru saja kita semua gembira bila dapat tengok Ian boleh duduk...dan sekarang dengan kekuasaan Allah telah menambahkan kegembiraan hati seorang ibu seperti Jiey tatkala melihat Ian boleh berdiri...tak sabar kan nak tunggu Ian boleh berjalan... :)

ummuabdullahsyaakir said...

Alhmdulillah...tahniah utk Ian..Ian blh,syg..

smuanya berkat sabar n doa akk juga,kan?

Belly-Button said...

cogratz kak jiey... meremang bulu roma ble baca entry ni.. ;)

Unknown said...

wah,ian hebat.Maha kuasa tuhan!! itulah ian.segala kemungkinan pasti ada. pasni pak cik nk tgk ian boleh berjalan sendiri pulak