Friday, August 28, 2009

Silap perhitungan!

Posisi Rayyan Ariff sewaktu duduk semakin baik. Kelihatan lebih tegak dari biasa. Mungkin juga tulang belakangnya sedikit mengeras berbanding sebelumnya.
.
Kerana yakin anak saya semakin pandai duduk, semalam, saya telah melakukan satu kesilapan besar. Sedang Rayyan Ariff duduk dan bermain dengan alat mainannya, saya tinggalkan dia seketika. Di belakang badannya, saya letakkan sebiji bantal untuk dijadikan alas sekiranya dia terlentang ke belakang.
.
Sudah beberapa kali saya tinggalkan dia seketika begitu. Dan malam semalam juga tidak terkecuali, baru sahaja beberapa minit berlalu, saya terdengar jeritan hubby dan diikuti dengan bunyi hentakan yang kuat berserta tangisan dan laungan Rayyan Ariff.
.
"Ian jatuh!!" Ya Allah.. Kuat sekali bunyi hentakan itu. Dalam hati saya cuma mampu berdoa dan meminta agar tiada kesan dari hentakan itu. Agak lama juga dia menangis. Kasihan Rayyan Ariff! Salah hitungan mama dan kamu yang menjadi mangsa. Bantal yang sepatutnya menjadi alas tertolak ke belakang membuatkan Rayyan Ariff terlentang di lantai.. =(
.
Setelah memberikan air putih dan susu, Rayyan Ariff kelihatannya semakin baik. Setelah itu, beberapa kali dia menggosok-gosokkan matanya. Risau juga saya seandainya kesan hentakan itu memberi kesan pada penglihatannya. Segalanya mungkin untuk anak seperti Rayyan Ariff. Tapi mungkin juga Rayyan Ariff cuma mengantuk dan kerana itulah dia menggosok-gosokkan matanya. Entahlah.. Saya tiada jawapannya. Pertemuan dengan ophtalmologist hanya akan berlangsung pada bulan April tahun hadapan. Saya mula berkira-kira di dalam hari untuk mempercepatkan temujanji.
.
Tapi nampaknya, Rayyan Ariff baik-baik sahaja. Mudah-mudahan tiada kesan kepadanya. Aminnn.. Selepas itu juga dia masih boleh bermain-main dan tiada apa yang luar biasa padanya.
.
Muka syahdu budak yang jatuh semalam.. =(
.
Video ini dirakam selepas kejadian. Nampak elok sahaja bukan? Masih suka meniru apa yang kita lakukan.. Asalnya Rayyan Ariff sibuk bermain, tapi terganggu dengan digicam mama.. Budak gadget.. :P
Saya perhatikan, Rayyan Ariff tiada muntah2.. Harap2nya, dia terus ok.. =(
.
P/s - Wont be doing early blog-walk today. We're off to SDMC for Ian's therapy.. I'll tell the therapist of what happened last nite and also, to discuss on Kak Raw's 'findings' during our visit to Gedangsa last week. =)

23 comments:

3740Journal said...

harap Ian takde apa2. saya pun pernah airyll jatuh atas kecuaian saya. memang berderau bile dgr dia nagis dengan kuat. takut betul if ade effect kat mane2. lain kali jiey kene double hati-hati. takpela. kali ini kite anggap sebagai pengajaran. semlm tidak sengaja.. take care..:)

Eliss said...

alahai..kalo dah start jatuh sorang, semua jatuh..sian Ian..tak per, Ian kan kuat..moga semua baik2 sajer..

izzahazfar said...

kak akmal pun dah jatuh sekali masa percubaan utk merangkak...saya marah hubby sebab tinggalkan akmal..sebab masa tu saya sibuk utk prepare berbuka..

p/s:kita ibukan memang takut klu jd mcm2 kat anak anak kita...hihihi..

wanie md zain said...

alhamdulillah ian takde apa2...najla dulu penah jatuh jugak..katil..tinggi jugak...doc ckp monitor jugak 24 jam...

semoga ian takde apa2...

yaya said...

insyallah semuanya pasti selamat, baby kuatkan...

Intan and The Boys said...

hoih. buat kite takut tau jiey.
Ian anak kuat! kan Ian kan?

:)

Anasfadilah said...

Ian strong boy!

Bukan Bidadari said...

Harap Ian x ape2.... tapi kalau bole cepatkan appoiment tu lagi baik kan? tenang skit jiwa.... tp untie pasti Ian kuat

Belly-Button said...

ian so cute dlm video ni pndai dia tiru.. ;)

Liana Manjaku said...

InsyaAllah, Ian tak apa2. Pernah tanya pead pasal benda nie... Dia kata dalam masa 24 jam kalo tak muntah2, demam dan sesuatu yg ganjil pada anak tu...insyaAllah tak apa2...

Nina said...

tak pe kot ngn ian tu.hepi ajer die.harap die ok.comel la ian.geram lak tengok die

Nina said...

tak pe kot ngn ian tu.hepi ajer die.harap die ok.comel la ian.geram lak tengok die

Mamapinkie said...

Lahai siannya Ian jatuh..mesti hati Jiey jatuh lagi kuat masa tu kan...Ridhwan pernah jatuh dari katil masa kecik dulu, tu akak lah cuai, tidur sama ngan dia and akak terlelap kejap aje and tak expect dia leh roll ke tepi katil, alih2x dengar 'gedebab'! nasib baik jatuh atas pillow yang sebelah dia..tapi kaki and badan atas lantai lah...tapi yang kelakarnya akak yang nangis lebih2x, ridhwan buat tak tahu aje macam nothing happened...hahahaa...so, moralnya, as a special needs child, never underestimate your child's ability and sudden progress ;) ..Jiey gie therapy alik yea? ..

MeL said...

aduhai..cian Ian. hope ian baik2 je ye. mmg risau klu anak jatuh tersembam/terlentang t'hantuk kepala ni. tp benda nk jd, next time kn extra careful. mika pn br tersembam semlm, kuat bunyi dia. insyaallah xde pape..

kak zue said...

hi jiey..
nmpak ian ok jer..
if within 24 hours ian active & takde muntah2 then he should be fine.

iBu ZulFaQar RayYaN said...

kesian ian....tapi bb boy mmg lasak la jie...:)

'atiqah said...

budak chumil!! geram tengok muka dia nih =)

moga Ian baik2 aja ya =)

u have many supporters, besides ur great parents..kuat! ^_^

Mrs. Simplicity said...

ok jiey, ian takde ape aku tgk. insyaAllah. bukan kata ko, aku ni kalau nia jatuh, mcm2 dlm kepala ni pk. kita kan over advance skit kalau pk tuh. nia da mcm2 kena. terhantuk kedepan, kebelakang, kat bucu, mcm2 la. hai.. bak kata ko, silap perhitungan.

mummy_adam said...

cian ian, xpelah big boy kuat kan..
adam pun pernah jatuh yg bunyi kuat gilos.. mmg takut sgt, next day terus bawak p doctor tp doctor cakap xpe,budak2 biasa lah.. just monitor kalau dia ada muntah2.. so take yer ian :)

Haiza said...

InsyaAllah takda apa-apa Ian tu.tengok ok je...kalau dalam masa 24 jam Ian takda muntah2.....InsyaAllah takda apa

yanadzul said...

jiey jgn tinggal ian camtu lg..cian dia

payarumput21 said...

Allah... terkejut membaca cerita.. terasa macam terhenti seketika jantung.. mudah2an tak ada apa2 and Rayyan sihat sekarang.. Insya Allah..

p/s - my son aiman, was born @ 27 weeks premature.. however.. sekalipun penuh dengan dugaan Allah.. kurniaan yang diberi nama Aiman ~ "Yang Bertuah" sihat.. Alhamdulillah..

Mendoakan yang sama juga buat Rayyan..

lel said...

menten je ian
good boy
sangat kuat
ian kan hero kan kan?