Wednesday, August 19, 2009

Ujian imbasan kehamilan..

Semalam, sebelum pulang dari tempat kerja, saya berbual-bual dengan seorang teman sepejabat. Biarlah saya namakan dia sebagai Norish Karman (bukan nama sebenar) sahaja. MommyLyna, okay dop guno namo nih? Tok reti etek nok guno namo2 samaran nih..
.
Norish Karman sedang hamil dan usia kandungannya baru sahaja mencecah minggu ke 20. Sekejap benar masa berlalu. Seakan baru sahaja dia khabarkan berita tentang kehamilannya kepada saya, rupa-rupanya, sudah 5 bulan berlalu.
.
Dengan rasa keterujaan saya bertanya sama ada dia sudah mengetahui jantina bayi yang dikandungnya. Dengan bersahaja Norish Karman menjawab, "Taktau pun, tanak scan.. Malas la.. Biarlah dulu.. Tak pernah scan pun. Tengok la, dah 7 atau 8 bulan nanti baru scan la kot.."
.
Agak terperanjat apabila saya mendengar kata-katanya namun tidak pula saya bertanya alasannya. Mungkin kerana sedikit terkejut membuatkan saya lupa. Kalau mahu jadikan kos sebagai alasan, rasanya kalau di klinik keluarga biasa, kosnya tidak melebihi RM40.00 untuk setiap ujian imbasan yang dilakukan.
.
Kalau hendak dikatakan bisa memudaratkan bayi di dalam kandungan, tidak pula saya menemui di dalam mana-mana pembacaan saya tentang kemungkinan itu. Tapi mungkin ada juga yang berfikiran begini kerana saya sendiri pernah 'dimarahi' kerana melakukan ujian imbasan kehamilan hinggakan menyebabkan 'kecederaan' pada Rayyan Ariff. "Huh, orang dulu2 takde pun scan2 nih, anak lahir elok je.. Itulah, ikutkan sangat kata-kata doktor!" Inilah ayat yang pernah saya terima satu waktu dahulu sewaktu dikhabarkan tentang kelainan Rayyan Ariff.
.
Dengan senyuman saya berkata kepada Norish Karman, "Norish, pergilah scan even you tanak tau jantina anak you.. Takde ruginya pun. At least you boleh make sure yang baby you ok. Bukan I nak celupar mulut cakap benda-benda merapu, tapi takde salahnya kan kalau kita ambik semua precaution method?"
.
Norish Karman memang sedia maklum tentang kisah Rayyan Ariff. Jadi, tidak perlulah saya mengulangi lagi kisah Rayyan Ariff kepadanya untuk mengingatkan.
.
Sungguh. Kalau tidak kerana ujian imbasan kehamilan yang dilakukan, kami tidak akan tahu tentang kondisi Rayyan Ariff. Dan tentunya kami juga tidak akan membuat sebarang persediaan ataupun meneruskan dengan langkah-langkah yang perlu. Mungkin juga, Rayyan Ariff tidak akan berada di sisi kami ketika ini. Rayyan Ariff seorang bayi yang aktif sedari dalam kandungan lagi. Tidak berhenti bergerak dan seakan-akan tidak mempunyai sebarang masalah. Degup jantung Rayyan Ariff juga normal. Dan sehingga sekarang, dia masih seorang yang aktif despite being a special needs child. Semalam Ian sepahkan toys dia satu living room! Siyan nenek kena kemas!!
.
Sewaktu kali pertama kami membawa Rayyan Ariff pulang dari NICU, jiran-jiran di taman kami datang menziarah dan salah seorangnya adalah Kak Norlia Ghani (masih bukan nama sebenar). Bersungguh-sungguh Kak Norlia melihat Rayyan Ariff dan bertanya tentang banyak perkara. Sterusnya, dia bercerita tentang kisah arwah anaknya pula.
.
Rupanya-rupanya, arwah anak Kak Norlia Ghani juga disahkan mempunyai kondisi seperti Rayyan Ariff. Bezanya, dia hanya mengetahui tentang kondisi anaknya sewaktu saat untuk melahirkan tiba dan doktor mengalami kesukaran mengeluarkan anaknya. Kejadian yang berlaku 9 tahun dahulu ini masih segar dalam ingatannya. Dan sehingga saat ini dia menyatakan rasa bersalahnya kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk arwah anaknya.
.
Mana mungkin Kak Norlia Ghani bisa dipersalahkan. 9 Tahun dahulu, rasanya ujian imbasan kehamilan tidaklah dititikberatkan seperti sekarang. Tambahan pula Kak Norlia Ghani melakukan pemeriksaan di klinik desa.
.
Kalau kami juga tidak melakukan ujian imbasan kehamilan, mungkin kami juga terpaksa melakukan perkara yang sama seperti Kak Norlia Ghani. Memilih untuk menyelamatkan nyawa ibu dan mengorbankan si anak. Doktor juga mungkin akan mengesyorkan perkara yang sama kerana kelangsungan hidup si anak masih belum dapat dipastikan sedangkan si ibu adalah manusia yang sudah tentu kondisinya. Malahan, dalam islam juga mengatakan perkara yang sama. Bila mana satu-satu kandungan itu memudaratkan ibu yang mengandung, maka ibulah yang harus didahulukan.
.
Tidak dapat saya bayangkan betapa pedihnya hati Kak Norlia Ghani sewaktu doktor terpaksa memutuskan nyawa anak di dalam kandungannya kerana mahu menyelamatkan si ibu. Betapa waktu itu, Kak Norlia bertarung dengan kesakitan hendak melahirkan dan juga prosedur memutuskan nyawa yang dilakukan ke atas anak yang masih di dalam kandungan. Mendengar ceritanya sahaja sudah menggerunkan, apa lagi kalau berada di tempatnya.
.
Kes kehamilan yang saya dan Kak Norlia Ghani lalui berlaku sekali dalam 1000 kehamilan. 1000 bukanlah angka yang besar kalau diukur berdasarkan jumlah kelahiran yang berlaku di dunia. Jadi, ada kemungkinan untuk ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau saya punya kuasa, memang saya mahu ianya berhenti. Agar tidak ada lagi mereka yang perlu melalui apa yang kami lalui. Sukar. Sedih. Pedih. Sakit. Semuanya bercampur baur. Sejujurnya, saya tidak mahu sesiapa pun menempuh apa yang telah kami tempuhi. Namun apalah daya saya. Dia maha mengetahui dan maha berkuasa bukan?
.
Kesimpulannya di sini, dahulukan apa yang perlu dan pentingkan apa yang penting. =)
.
Rayyan Ariff @ 12W
.
P/s - Dengan berat hati, esok terpaksa ke SDMC, untuk check up dan ambik ubat. Agak2, kalau pki nursing cover kedai chomel tu selamat tak??

23 comments:

Bukan Bidadari said...

Aah scan tu perlu.... x semestinyer jantina.... kedudukan uri..... pun penting utk diketahui...

M@y said...

uhuk..uhuk..tertipu!!ingatkan Jiey tunjuk gambar de berita gembira bakal adik Ian heheheh..;p

Cikpid said...

kahkahkah...jiey..setiap kali jiey sebut psl norish karman atau norlia ghani..sy mmbaca smbil mmbygkan mereka..hahahha..sy terbyg norlia ghani agak tua n mulut becok2 sikit..hahahaha.

Jiey cakap kat norish karman..kalo pon die xnk tau psl jantina baby..just scan utk tgk keadaan baby ajelaa..biasa kan dr tanye..awak nk tau jantina baby??ckp jeklaa xnak..

Ape yg penting size jantung die..ok ke tak...brain die..ok ke tak..brape estimation brt die..n etc..

izzahazfar said...

ingat ian nak dapat adik...
hahaah
suspend sungguh!

Syaz said...

jiey..smlm kita mimpi rayyan utk kali ke 2..

tini said...

mmg btl jiey,ada yg take for granted benda2 cam ni. 1st thing tiap kl +ve upt, i mesti x sbr2 gi klinik scan sbb :
1. nak percaya btl2 ada bb inside, buatnya molar ke cyst ke (i dah kn cyst buat upt jd +ve)
2. pastikan d pregnancy doing fine
perkara nk tau jantina going d last.. w/pun kami seronok mn teka2 dgn doktor :)

Intan and The Boys said...

betul2. kite pon tak faham nape org tak mahu scan. scan tu bukan nak tgk jantina je, nak tgk kondisi baby, kesihatan, berat, tinggi, jumlah air ketuban..macam2 la.

bagus kan jiey scan ni? sebab tu la kite wat every month. biarla org kata membazir duit. asalkan kite senang hati bila tau semua ok2 je.

Ina said...

ingatkan ian nk dpt adik td hehe. org dolu2 mmg la xkisahkan scan ni ramai je yg lahir n hidup sihat walafiat n skrg dh tua pn. tp ada pentingnya kenapa org bangunkan n majukan teknologi. mestila sbb lebih byk kebaikan yg dpt kan. elok scan jela. lgpn scan tu xmemudaratkan langsung kan.

Mrs. Simplicity said...

mmg penting la scan sekarang ni. sape2 yg pregnant tu jgn la tak scan, sebab kite leh tau ape2 problem (mintak dijauhkan) pada baby kite dr dalam lg. sian lak kat kak norlia ghani tu.

Unknown said...

hmmm.... sokong better scan than regret... cheh...heheheheh..

ian sepahkan mainan ek... hmmmm ni lau ltk adwan kat sebelah ian ni mahu huru hara tonggang terbalik umah ni di kerjakan 2 hero ni kan jiey.... hehehehe

Jue @ atanayuiman said...

jue dulu, tiap2 bulan pie scan..
rasa makin rapat dengan baby kita if kita kerap scan..
dari situ dah mula wujudnya perasaan kasih sayang kita dengan anak kita.. :-)

Anasfadilah said...

selamat selamat...heheheh :D

tulah kat sini,mereka mendapati lebih baik tak ah scan pun tak pe,surprise jantina gitu kekdahnya

tapi tulah saya nasihatkan (pandai plak nasihat org ek..hahah) scan bukna nak tahu jantina saja,kita nak tau kondisi baby macam mana

:D

Marsha~ said...

omg.. sy pun rasa bersalah ni.. sbb 2nd baby ni baru scan sekali dua je ms di awal2 kehamilan dulu.. skrg ni takde masa nak scan sbb sy prefer gi scan kat klinik pakar, bukan hospital.. tp doktor selalu takde dan selalu fully booked... sgt tensyen tp nak buat mcm mana... :(

yaya said...

saya biasanya akan buat scan biasa tapi belum ade minat nak buat 3d scan...

KLMari said...

Yeah agree!!! Scan bukan hanya untuk tengok jantina..tapi kondisi bayi banyak yg dapat dilihat dan diterangkan oleh dr....Semestinya kita berharap bayi akan sihat dan sempurna..tapi kita jugak boleh bersedia fizikal dan mental bila sebarang kondisi yang tidak normal dapat dikesan melalui scan. KLM sendiri, walaupun tak pernah miss scan every time check-up, my second girl yang Down Syndrome tu pun dr tak dapat detect...so we weren't prepared for it. But we quickly accepted the fact...Inilah bahagian kami..:)

Anonymous said...

dahsyat la name kwn2 jiey tu..glamer u...hehehehe..
akak dulu wat scan last minit, anak 1st mmg x penah scan..alhamdulilah sihat..yg 2nd & last akim baru scan..bkn sebab nk tau jantina(1st scan akim, doc ckp girl..tp my 6th sense ckp boy)tp lebih pada kesihatan kandungan..skrg teknologi dan canggih-manggih..

yatie chomeyl said...

ore ingat ko jiey dh boyot smula, sbb tu nok scan ...hehhe..ruponyo cito norish karman :p

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..dah nak excited saya..ingtkn akk yg buat test tu...eem apa yg Docc kata Scan ni tak membahayakan cuma kekerapan tu je yang kena atas nasiaht Doc(bergantung pada mesin scan)

Macam saya,saya scan disni tiap2 2minggu mula dari saya mengandung sampai skrg sbb msin scan Doc disini cuma 2D je,tapi klu di msia mgkn ada masa2 tertntu sbb msin nya dari jnis 3D,4D

Yg pntg smpi skrg kajian blm dapt nk pastikn kesahihan nya

ibu_Arifa said...

betul tu. saya pun selalu cam tak puas hati jer bila dgr ada org tak mau scan sbb tak mau tau jantina baby..bagi saya kalo tak mau tau, kita ckp awal2 lah kat doktor sblm nak scan tu..just scan nak tgk kesihatan/perkembangan baby kt dlm tu jer.

ada pernah terjadi, pada adik kpd kakak ipar saya...saya dok pesan "gi lah scan" dia dan suami dok bg alasan tak mau tau jantina jgk..last2 bila lahir anak cuma dapat hidup 3jam jer..doktor ckp jantung prob. kesian sgt..pastu dia berpantang tanpa baby lah.

kadang2 kita tak mampu nak ubah pandangan org/persepsi org..kita hanya boleh nasihat saja..semua terpulang pd diorg tu jgk.

ida@kak zue said...

alahai...aku jg tertipu...
ingatkan ian nak dapat adik..
pandai ngko buat tajuk jiey..hehehe

Unknown said...

zai igt jiey pegnen.. huhuu.. rupenye kwn jiey da..

mummy_adam said...

ingat kan jiey pregnant td :)

dulu tiap2 kali chk up mesti scan.. excited.. hehehe

nursing cover kedai chomel confirmed selamat, sya dah ada 1 :)

Haiza said...

ekeke...ingat Ian nak dapat kawan baru tadi...tipah tertipu..tertipu...tipu tertipah...tipah tertipu lagi...hihihi...semoga takda apa2 yang berlaku pada Jiey n Ian sepanjang di SDMC ni ye..