Saya memang maklum bahawa dengan mengambil cuti tanpa gaji selama setengah tahun ini, jadual waktu saya akan sibuk dan padat. Kerana tempoh waktu selama 6 bulan bukanlah satu tempoh yang panjang apabila banyak perkara yang harus diuruskan.
.
Dalam seminggu, kebiasaannya 3 atau 4 hari kami akan ke SDMC untuk segala jenis sesi terapi Rayyan Ariff. Dan apabila ada sebarang temujanji dengan segala mak nenek doktor pakar yang merawat Rayyan Ariff, bertambahlah aktiviti kami. Ampang-Bangsar-Ampang, atau sahaja Ampang-Subang Jaya-Ampang.
.
Dengan adanya sesi terapi dan temujanji ini, hari kami bermula seawal jam 730 atau 800 pagi yang mana ianya didahului dengan memberi sebotol susu, diikuti dengan sarapan bercampur ubat dan vitamin, memandikan dan menyiapkan Rayyan Ariff. Setelah itu, giliran saya pula untuk terkocoh-kocoh bersiap.
.
Perjalanan pergi dan balik sahaja kebiasaannya mengambil masa 2 jam. Sejam pergi. Dan sejam pulang. Susah apabila ke hospital dengan anak kecil adalah apabila mahu mencari parkir. Dan apabila tempat meletak kereta agak jauh jaraknya, bersungguh-sungguhlah saya menolak buggy Rayyan Ariff sambil bahu mengendong diaper bagnya..
.
Dan kebiasaannya juga, kami tiba di rumah menjelang tengahari atau jam satu petang. Tiba di rumah, kelam kabutlah saya memasak untuk Rayyan Ariff sekiranya tidak sempat memasak terlebih dahulu pada waktu paginya. Seterusnya, terus sahaja dengan acara menyuap makan tengahari Rayyan Ariff. Kalau sebelah paginya saya sempat memasak, tidaklah terlalu kelam kabut.
.
Sewaktu Rayyan Ariff tidur siang, saya teruskan dengan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur, melipat kain, menyapu dan lain-lainnya. *Biasanya sempat juga online sekejap*
.
Apabila Rayyan Ariff bangun dari tidurnya, saya mengambil kesempatan bermain-main dengannya. Tentu sahaja bentuk permainan lebih terarah kepada sesi pembelajaran untuk Rayyan Ariff. Bermain dengan activity toys diselangi dengan penggunaan flash cards.
.
Setelah itu, saya akan membawa Rayyan Ariff ke kolam renang untuk sesi berenang. Seboleh mungkin saya cuba membawanya ke kolam renang setiap hari sebagai langkah untuk menguatkan badannya. Kata doktor, tone badan Rayyan Ariff masih lagi low dan tentunya dengan berada di dalam air, ianya sedikit sebanyak membantu.
.
Usai berenang, saya terus memandikan dan mencuci badan Rayyan Ariff berserta mandi untuk saya sekali. Setelah menyiapkan Rayyan Ariff, saya bekalkan dia dengan sebotol susu sebelum saya mengemop dan mengelap lantai yang kebasahan kesan dari titisan air daripada baju mandi kami. =)
.
Seterusnya, saya akan menyuapkan Rayyan Ariff dengan makanan seperti kek dan jus, biskut dan susu ataupun buah-buahan. Setelah itu, saya menghabiskan masa dengan bermain, menyanyi dan menonton TV bersama Rayyan Ariff sambil membalut badannya.
.
Setelah beberapa ketika, saya akan memulakan sesi fisioterapi untuk Rayyan Ariff. Malamnya pula, saya akan membawa Rayyan Ariff ke biliknya yang juga merupakan play area bagi anak ini. Saya gunakan waktu ini untuk merangsang deria rasa Rayyan Ariff dengan menggosok kaki dan tangannya sambil dia pula sibuk bermain dengan mainannya.
.
Setelah itu, saya tidurkan Rayyan Ariff dan barulah ada kelapangan untuk saya melayari internet. :P
.
Sebab itulah, banyak waktu, saya hanya menjenguk 'rumah' teman-teman tanpa sempat meninggalkan komen. Dan kerana itu jugalah ada komen yang tidak berbalas di blog ini. Sungguh saya menghargai setiap komen yang diberi.. *Ada sesetengah komen yang berbentuk kata-kata semangat boleh membuat mokcik bergenang air mata tau*.. Entri2 di blog ini juga kebanyakannya merupakan scheduled entry..
.
Sungguh jadual saya padat. Kalau bibik pulang nanti mungkin boleh bernafas sedikit.. Memang ada waktu saya rasakan begitu malas sekali untuk melakukan semua ini, namun akal akan segerakan mengingatkan hati bahawa tujuan saya bercuti adalah untuk memenuhi tuntutan keperluan Rayyan Ariff.
.
Namun tidaklah saya seperti robot sahaja mengulangi rutin ini tanpa jemu. Ada harinya, yang mana kami keletihan dan saya akan memberi rehat buat kami berdua dengan hanya duduk menonton TV dengan memangku Rayyan Ariff.
.
Hari minggu pula, hari untuk ke kelas Rayyan Ariff di Musikhaus.. Dan juga hari untuk bersosial dengan teman-teman dan keluarga. Hari untuk bermalam di rumah mertua juga walau hanya sekali sebulan.. Sila rujuk kepada En.Hubby.. :P
.
.
..

Dan hari ahad juga, kami menerima kunjungan baby Mega Muzafar..Comel!!
.
Begitulah rutin harian saya. Padat, letih namun menyeronokkan.. Namun sayangnya, rutin ini akan berakhir dalam masa 3 bulan sahaja lagi.. =(
.
P/s - Sudah lama tidak menonton wayang. Mahu menonton christmas carol.. Hari ini Rayyan Ariff tiada terapi, bolehkah kalau kami pergi berdua?? :P
.
P/s (2) - Entri yang panjang kerana semalam, Rayyan Ariff tidur awal. Hehehhee..

22 comments:
even sepadat mana pon..seorang ibu sanggup harungi nye hanya utk anak tersayang...
besarnye pengorbanan seorang ibu..
Jiey,
rutin yg padat!!tp yg penting dpt spend time dgn Ian setiap masa ;p xtau la cane me nk wat routine baru nk fit in baby hana dlm routine tu hehehe..konfem chaos sementara nk biasa tuh..
alangkah baiknya jika zah juga boleh bercuti kak...huhuhu...tp cuti yg berbaloi kan...
nak tengok wayang ngan Ian ke..?kalau di budak baik oklah...bagus jugak..kenalkan dia dgn persekitaran...
Jiey..hamboi..setiap wktu padat..kagum..kagum!!
Tapi takpelaa..tu pengorbanan utk anak..walaupon penat tapi berbaloi baloi..
pack!even penat tp best sbb sentiasa ngan Ian kan?!
cubelaa bwk Ian masuk movie.. bekalkan dia mcm2 toys n botol dia..agak2 dia meragam chow...
ps:hikss tpi saya pun x penah bwk Aira lagi p tgk movie..
hmm... padat betul jadual harian mama rayyan ni. kagum saya. kalau masak untuk ian waktu malam takleh ke jiey? siang nanti panaskan balik. kurang-kurangnya taklah terkejar2 sangat waktu siang nanti. saya buat gitu untuk anak2 saya.
just my 2 cents :)
Apash :
Padat campur penat jadik senang nak marah kalo Ian buat pangai..
Mmg kena byk saba la..
***************************************************************************************************
May :
Mintak kak Yaya tlg tgk2kan hana..
nampak syg sungguh kak yaya ngan bb hana..
=)
*******************************************************************************************************************
cikpid :
bila tgk achievement ian, mmg rasa berbaloi2.. =)
****************************************************************************************************************
izzah :
jom la zah.. join the club.. :P
biasanya well-behaved, tatau la nnt camne.. :P
*****************************************************************************************
Eina :
Nak try.. tapi takut nk drive sensorang coz nak naik ram parking kat galaxy ampang tu cam scary jer..:P
************************************************************************************************************************
zety zin:
thanks for the tips dear.. really appreciate it..
=)
dulu masa keje jiey buat camtu gak.. tp ian tak gain any weight.. since i bagi dia freshly cooked meal, baru ada weight gain..
maybe it doesnt really fit ian kot kalo letak dalam fridge.. so that's why jiey masak siang plak..
******************************************************************************************
syabasla sis..sbnyer ur great mom wlpn jdual padat stil bole managed ur time..!~
Itula pengorbanan seorg ibu..~!
Xper sis, truskan usaha demi Rayyan dont give up ok..!!~
Rayyan ank yg baik sb tue xpenah wat sis lg terbeban dgn jdual yg padat everydays..~!
owoh busy gitu mo jadual mokcik...ambo baco pong letih retek..hohoho..
mujur Ian tidur awal male deh, leh taip panje2, ambo pong wpon panje baco jugop sungguh2 hehe
hai dear..long time tk catch up ngn u. slalu emel kt opis je kan.
glad to know that everythg's cool. glad to see that rayyan is getting bigger and stronger each day.
miss u so much! wish to catch up and have a cuppa ngn u but i know both been busy.
papehal nnti i text u k. definitely 2010 kene meetup jugak! muaxxxx
doakan yang terbaik untuk kak jiey.. tabahlah...moga2 keikhlasan kak jiey akan berbalas dengan senyuman
padat sungguh masa jiey walaupun sebagai suri rumahtangga...
Dan setiap perkara yang jiey korbankan wat ian pasti ada hikmahnya.. teruskan usaha..
Comeylah pic ian dengan unclenya itu..
Padatnya jadual Jiey...Kalo ummi belum tentu terbuat tu semua! Pengorbanan seorang ibu tu terlalu besar. Bila dah ada anak sdn, masa itu adalah emas! Jika boleh setiap saat perlu ada pengisian!
Jiey ada ambil apa2 supplement ker? Bukan apa, ummi tengok Jiey larat nak buat tu semua... Jeles ler...
rutin yg padat..mama yang kuat...tabik springlah haha..
cubalah bawa ian tgk wayang..new environment utk dia..
akak penah bawa nabila tgk the geng..tp dia tak selesa.dia takut dgn bunyi yg kuat..siap panjat bdn abah dia lg.
jiey dah tgk christmas carol ke?
salam...
kak.. i'm new here.. hehehe... lya baru 1st time bace blog akak n tadi lya pg carefour kat wangsa maju...
lya ngan family kat foodcourt n suddenly i saw u with ur hubby n rayyan if i'm not mistaken lorr...
akak ade pg carefour tak mlm tadi?? nak tego segan takot lya salah org...
kalau lya salah org lya mintak maaf.. huhuhu...
tu yg balik ni trus nak drop comment kat blog akak...
hehehe...
yer lorrrr....cekap pasal wayang memang dah lama tak menjenguk dalam tu...almaklumla....anak is the first...yg lain lain tak sempat pun tak per....kira ok la ian mau tido lena, aiman....paling lama 2 jam je dia tido...siang malam sama jer....setiap hari tukar shift jaga dia...tapi aiman tetap di sayangi sepenuh hati
Dahlia :
Thanks for dropping by.. =)
Owh, suddenly rs cam celebrity plak.. *blushing*
Yup, we were at C4 wangsa maju last night.. thot of having dinner there, tp takde rezeki.. food abes.. =(
Next time kalo jumpelg, do say hi k dik.. =)
*******************************************************************************************************************
sye :
Owwwhhhh!! Miss u like crazy toooo!! *hugs*
owh how i wish we can go back to the good old treasure hunting days..
=)
K..let's meet up.. be it 2009 or 2010, just let me know k..
*mn la tau, out of the sudden u amik mc n dtg lepak2 umah i ke*
:P
bear hugsss!!!!
*********************************************************************************************************************************************************************
ita :
ada gak time malas dokgoyang kaki jer..
:P
*********************************************************************************************************************************************
ummi husna:
terpaksa.. nk wat camne.. =)
tak amik apa2 pun ummi..
mkn byk ada la.. :P
ari tu beli bidadari.. tak luak pun..
***************************************************************************************************************************************************
orangorang :
aminnnnn..
awak tu tgh darah manis..
take care yea..
semoga segalanya berjalan lancar yea dik.. =)
*************************************************************************************************************************************************************
kak zue :
takleh gi la smlm kak zue..
ian selsema plak..
kang dok dlm aircond, bertambah teruk plak..
********************************************************************************************************************************************************************
IEM :
byk gak hari yang malas..
:P
*******************************************************************************************
intan :
tak sempat tgk pun..
budak ian ni demam selsema la plak..
huhuhu..
**********************************************************************************************************
loveaqsha:
ye la sgt bleh managed time.. kdg2 umah cam tongkang pecah gak..
tp terpaksa la kemas kang tuan besar blk, membebel plak..
:P
************************************************************************************************************************************
mokcik tiey:
ari ni ian tok sihat.. nok depek jah..
ado la maso reply komen..
:P
************************************************************************************************************************************************
zali:
betul2 dua jam ke? patut la mama n abah aiman ni slim melim.. ada ubat kurus semulajadi ropenya..
jom la pakat gi tgk movie ramai2.. =)
memang padat btul jadual jiey ni..makcik sungguh kagum!
Jiey, bile bace entri ni satu perkataan terlintas di minda ku = KAGUM GILLER!! (Ok, itu 2 perkataan yer). :P
Post a Comment