Wednesday, November 11, 2009

Redhakah hati? Atau sekadar melepaskan seketika?

Semalam hari yang agak sibuk untuk kami. Bermula dengan temujanji audiologi dan diikuti dengan fisioterapi. Pada sesi fisioterapi, Rayyan Ariff seperti kebiasaannya, tidak pernah mengecewakan. Badannya lebih tegak apabila berdiri. Malahan, dia berdiri sambil tersengih-sengih dan menepuk-nepuk tangannya sewaktu diletakkan di atas balance board. Moodnya cukup baik.
.
To make my backbone stronger! =)


I'm standing happily on the balance board.. =)

Nape la dia ni sibuk dok suh aku berdiri kat dinding neh?? Pelik la mokcik neh!
.
Tentang audiologi, kami memang sedia maklum bahawa cepat atau lambat, Rayyan Ariff perlukan alat bantu pendengaran untuk membolehkan dia mendengar dengan lebih baik dan jelas. Dan hari ini, audiologist yang bertugas telah menerangkan tentang alat tersebut , dan pilihan jenama yang ada dengan lebih jelas.
.
Kami juga sudah memperolehi sebut harga untuk alat tersebut. Jumlahnya, RM8600.00. Sejujurnya, jumlah ini agak besar dalam keadaan kami yang baru sahaja membeli dan mengubahsuai rumah. Ditambah pula dengan saya yang masih bercuti tanpa gaji. Namun seperti kebiasaannya, apabila ianya keperluan anak-anak, kita sebagai ibubapa akan sedayanya mencuba yang terbaik bukan? Moga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn.. Selamat tinggal Cherating.. Selamat tinggal Bandung.. :P
.
Kami membincangkan tentang pemakaian dan penjagaan alat tersebut. Sungguh saya runsing. Saya tahu tahap kerjasama anak saya. Memang akan susah pada permulaannya. Tambahan dengan sikap Rayyan Ariff yang suka membaling barang, saya risau jika sesuatu yang mahal itu rosak sebegitu sahaja.
.
Sewaktu tidur, alat itu haruslah dibuka. Begitu juga apabila mandi. Apabila melakukan aktiviti luar yang lasak, alat itu harus ditanggalkan juga. Bateri perlu ditukar dua minggu sekali. Dan acuan pada telinga juga harus ditukar seiring dengan tumbesaran si pemakai. Tidak tahu mengapa, namun saya membayangkan kerumitan dan kos yang bukan sedikit di sini.
.
Kebiasaannya, alat itu akan disangkut pada cuping telinga. Namun bagi kes anak-anak kecil, ianya mungkin tidak semudah itu. Mungkin akan dipasang cangkuk pada bahagian belakang untuk mengelakkan alat itu dari terjatuh.
.
Saya termenung panjang sepanjang perjalanan pulang. Cuba untuk berbual dengan adik lelaki saya yang sedang memandu namun hati tetap tidak keruan. Sudahnya, saya pejamkan mata dan tidur sahaja.
.
Kalau diberikan pilihan, saya rela andai sebelah pendengaran saya diberikan kepada Rayyan Ariff. Biar dia tidak perlu bergantung pada alat itu. Biar pergerakannya tidak terbatas. Lantas hati saya berkata, mungkin selama ini saya tidak pernah redha. Hanya melupakan seketika dan apabila perkara ini dibangkitkan kembali, saya menjadi tidak keruan.
.
Saya mahu Rayyan Ariff seperti anak-anak lain. Walaupun Rayyan Ariff tergolong dalam golongan anak istimewa, namun fizikal dan tingkah lakunya membuatkan dia hampir tiada beza dengan anak-anak lain. Ke mana sahaja dia pergi, senyuman dan raut wajah comelnya pasti menarik perhatian.
.
Hari ini, sewaktu di hospital sahaja, banyak mulut memuji-muji Rayyan Ariff. Banyak tangan yang mengusap-usap pipi mulus Rayyan Ariff. Dan Rayyan Ariff mengundang tawa beberapa lelaki dan wanita di dalam lif apabila dia memandang mereka dengan senyuman, dan menganggukkan-anggukkan kepala tanda menegur mereka. Comel.
.
Sebolehnya saya mahu keadaan ini kekal. Walau tahu wajah comelnya tidak akan berubah, namun tidak perlu menafikan hakikat.. Kerana saya cukup pasti apabila adanya alat asing pada telinga dan kepala Rayyan Ariff, tiada lagi senyuman dan teguran ikhlas untuknya. Hanya akan ada simpati. Hanya akan ada kasihan.
.
Kenapa saya katakan sebegini? Kerana ini adalah kenyataannya. Selagi mereka tidak tahu tentang Rayyan Ariff, mereka melihatnya dengan pandangan biasa. Namun sebaik mengetahui kisah Rayyan Ariff, yang sering terpacul dari mulut mereka, “Kasihannn.. Tuan empunya badan bukan main handsome..” Ini kenyataan yang sering saya terima.
.
Saya tidak pernah malu dengan hakikat ini. Saya tidak pernah mahu menyorokkan keistimewaan Rayyan Ariff. Cuma saya ralat apabila teringatkan hakikat Rayyan Ariff yang terpaksa menghadapi pandangan mata masyarakat yang mungkin melukakannya.. Ralat kerana saya sebagai seorang ibu tidak dapat melindungi anak ini!
.
Setelah direnung sedalam-dalamnya, saya tahu.. Apa yang ada di dalam hati saya bukan tidak redha. Saya hanya manusia biasa. Usai perbincangan, saya hanya perlu sedikit masa untuk menerima. Dan hari ini, saya kembali seperti sedia kala. Gerimis di hati sudah berlalu. Membandingkan segala perkhabaran buruk yang diberikan kepada kami dahulu, Rayyan Ariff yang ada dengan kami pada hari ini adalah satu bonus. Satu rahmat yang sepatutnya tidak menjadi milik kami namun tetap dianugerahkanNya. Syukur.
.
Dan saya mengingatkan hati, agar jangan terlalu merenung bulan di langit sehingga terlupa pada rumput menghijau yang dipijak! Mungkin, dengan sabar, suatu hari nanti Allah SWT akan menghadiahkan kami dengan keupayaan mendengar tanpa bantuan buat Rayyan Ariff.. Siapa tahu bukan? =)
.
P/s – Kata dia : Kamu kuat. Saya kagum dengan kamu. Kalau saya ditempat kamu, belum tentu saya akan mampu lakukan apa yang kamu lakukan.
.
Kata saya : Tiada apa yang saya lakukan. Saya hanya berjalan di atas landasan takdir yang ditentukanNya. *Senyum*
.
Kata hati : Saya tidak pernah ingin menjadi kuat. Andai diberi pilihan, saya hanya mahukan hidup yang biasa.. Di atas jalan yang rata..
Biarlah.. Kerana nyatanya, jalan ini tetap memberi bahagia.. *Masih senyum*

16 comments:

A.I said...

Kita Serupa (naluri keibuan).

SUMPAH, DEMI ALLAH aku rela telinga aku ni diberi pada anak aku, Angah. Tp peluang tu takde :(

m@m@yAyA said...

sis ur great moms for me.!~!
sis tbah nk haapi sume nie,truskan perjuangan demi Rayyan..!~

Yes,sis klau kita xpernah tersasar dr landasan Allah swt insyallah kta akn sntiasa dapat petunjuk dn keredhaan!~!

Rayyan adlh kurniaan istimewa utk sis~! sis yg perlu jg kurniaan tue tnpa ada rs mengalah..~!

Xmustahil 1ari nti Rayyan akn blas sgla pengorbanan ibu ayhnyer!!~

Naddiea said...

jiey,betul kata dia..kalau nadia di tempat jiey pun mungkin nadia tidak sekuat jiey.kekuatan n ketabahan jiey pun sebenarnya adalah kekuatan utk Rayyan jugak.Semoga Rayyan diberikan kekuatan dan semangat yg tinggi.Buat jiey n keluarga jugak semoga jangan cepat putus asa n bersedih hati ye..take care..

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey, I feel you. Perkataan sabar sahaja mampu Put kata. Put doakan hati-hati kita akan tetap cekal dan sentiasa bersemangat demi anak-anak. Walau seberapa pahit pun harus kita telan, kita cuba.

Tak tahu nak kata apa and I cried. I wish to talk to you. Nanti Put call ye.

mirah said...

Be strong always jiey..

eiNa said...

jiey: terus tabah,kuat dan cekalkan hati ok.. series klu eina di tempat jiey mesti x sekuat Jiey..

Go Ian Go!!! ramai penyokong di belakang Ian.. :)

wanie md zain said...

hai jie...lama tak komen dlm blog ni...just mengikuti je..rindula kat ian...ian mengingatkan wanie pada seseorg dlm famili wanie...kdg2 bergenang air mata tgk ian.masa dia happy atau apa keaddan dia pun..teringin sgt nak jumpa ian tau...kiss utk ian dari mama wanie...

yatie chomeyl said...

jolor doh jiey, being a mom..meme akan sggup korban gapo2 ko anak. insya Allah doa jiey akan termakbul sbb ramai hok duk tulong doa sekali retek..

Kuazue Mohamad said...

Salam...

Tiap kali membaca coretan mummy.. tiap kali tu la hati nie tersentuh n air mata mengalir... "andai itu terjadi pada diri ku... setabah die tak aku nie.." Insya Allah.. jika Tuhan Izin kan.. Insya Allah.. nanti adalah sesuatu untuk mu Rayyan..

Mummy.. u can alwiz call me if really need something from me... I'll try my best to ease ur paint..- ikhlas dari kuazue...

Pnut said...

Mungkin, dengan sabar, suatu hari nanti Allah SWT akan menghadiahkan kami dengan keupayaan mendengar tanpa bantuan buat Rayyan Ariff.. Siapa tahu bukan? =)

aminnnn moga makbul doa ibu ini buat anak dia..aminnnn

kak zue said...

jiey..mmg susah nk pasang gadget2 kt budak2..but we won't know till we try it right?jgn risau bg pihak ian..akak percaya ian boleh terima pandangan org yg kita rasa berbeza tu..people like him usually can adapt well.
btw..perasan tak most kids/adult yg ada masalah pendengaran punya wajah yg menarik.

Farah said...

ian mmg comel! makin lama tgk dah sebijik muka jiey.

Mommy2H said...

jie, takyah panggil akak pon takper hehe..nak perasan muda la tuh..haha
itu la wat a small world kan..terkejut aritu tgk pic rayyan kat fb OD :)
nnt direct email ek mommy2h{@}gmail{dot}com or u can add me kat fb Nor Zill

Marsha~ said...

Jiey, dh mcm2 jiey lalui demi utk Rayyan.. rasanya, Jiey lebih arif dan tahu tentang rayyan, perangai dia... hanya jiey yg memahami dia, bukan org lain.. klau jiey rasa alat tu amat diperlukan rayyan, teruskanlah.. begitu juga sebaliknya.. Allah selalu disisi Jiwey dna rayyan, mohonlah petunjuk drNya.. ;)

Unknown said...

abaikan ckp2 org, perasaan org ttg anak kita, kita lebih tau anak kita camna, kita lebih syg anak kita, kita lebih berkorban, kita yg sakit... org tau apa...
mulut tempayan buleh kita tutup jiey, mulut, perasaan, hati, mata org kita tak leh nak tutup...
biarlah mereka.. asalkaaannnn...
ian mmg tetap macho......

muahhh kat ian skit...

Erni Aziz said...

jiey..pk positif...jgn pk negatif dulu..mana la tau biler dah beli alat tu..elok jer ian pakai..tak mcm yg jiey bayangkan sblm ni..pk positif k??