Friday, November 13, 2009

Hari yang tenang..

Hari ahad yang lalu, merupakan hari yang biasa bagi kami sekeluarga.. Kami sepatutnya ke kelas ganti Rayyan Ariff namun hubby bagaikan keberatan kerana sudah lama kami tidak berehat-rehat sahaja di rumah. Memandangkan kami telah menghadiri kelas pada hari sabtu, saya mengikut sahaja. Kasihan juga pada hubby. Bekerja pada hari biasa dan sibuk dengan permintaan kami pada hari minggu.
.
Makanya, kami bermalas-malasan sahaja di rumah. Paginya, saya menyediakan sarapan sementara hubby menjaga Rayyan Ariff. Lebar sahaja senyum di wajah hubby walaupun hidangannya cuma nasi goreng, telur mata dan ulam-ulaman. Mungkin kerana sudah agak lama kami tidak bersarapan dengan tenang sebegini. Maklumlah, terkejar-kejar dengan banyak perkara.
.
Seharian di rumah, petangnya kami keluar sekadar untuk mengisi perut. Kami ke Kenny Rogers berdekatan Ampang Point. Hmm.. Perkhidmatan yang sungguh mengecewakan! Sudahlah makanannya sejuk, sos cili tiada, air suam pun tiada.. Terpaksa Ian minum susu dengan air mineral sebab mama tak bawak air panas.. Ingatkan nak gi tempat makan takyah la bawak segala mak nenek!
.

Hidangan yang 'dingin' :P
.
Sewaktu Rayyan Ariff belum kuat untuk duduk sendiri, saya sering ternanti-nanti tibanya saat untuk dia duduk di high chair setiap kali kami di mana-mana restaurant. Sering berdoa dan meminta kepadaNya..
.
Dan kini, walaupun sudah bisa duduk sendiri, anak manja saya tetap mahu duduk dipangkuan mamanya!! *sigh*
.
Apabila diletakkan di high chair, tahannya hanya seminit dua. Selepas itu, berhamburanlah tangisannya minta diangkat!
.

Agak lama dipangkuan, Rayyan saya pindahkan ke stroller.. Rattle pada strollernya mampu membuatkan dia 'sibuk' seketika..
.
Diupah dengan sebotol susu, terus terlena.. Dapatlah kami makan dengan tenang.. =)
.
Rasanya, hal yang sama mungkin juga berlaku apabila Rayyan Ariff bisa berjalan nanti. Masih tetap mahu didukung dan dipeluk.. Sungguh anak ini manja.. Bak kata teman sepejabat saya minggu lalu, Rayyan Ariff cukup pandai menunjukkan sifat-sifat memanjakan dan ingin dimanjakan. Gerak lakunya mencerminkan segalanya..
.
Namun harus saya akui, seiring dengan peningkatan usia Rayyan Ariff, kemajuan yang ditunjukkannya sedikit sebanyak membantu. Contohnya, sewaktu mahu mengunci pintu. Saya hanya perlu meletakkan dia berdiri di bawah sementara kedua tangan saya sibuk mengunci pintu.
.
Sebelum Rayyan mampu berdiri sendiri, saya seringnya terkial-kial membuka atau mengunci pintu dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi mendukung Rayyan Ariff yang seberat 9kg. Penat.
.
Begitu juga apabila mahu membuat susu untuknya. Kalau dulu, tidak mungkin untuk membuat susu sambil mendukung anak itu. Kedua-dua belah tangan diperlukan untuk menyokong badan dan lehernya yang belum kuat. Dan kini, sebelah tangan saya mendukung Rayyan ARiff sementara sebelah tangan lagi, membancuh susu untuknya.. =)
.
Tidak sabar rasanya mahu menunggu Rayyan Ariff boleh berjalan walaupun tidak pasti bilakah masanya akan tiba. Pastinya lebih mudah dengan hanya perlu memimpin tangannya ke sana dan ke mari.. Walau banyak waktu, anak ini mungkin tetap mahu didukung mama! =)
.
P/s - Ayah ada, tapi tetap pilih mama..=P

11 comments:

ibu_umairah said...

sedapnya...makaroni!!!yummmy........sory
dah lama tak jengah ke sini

Puan ApasH said...

std le..anak akan more attached ngn mama dia..sbb kita yg byk melayan dia..

izzahazfar said...

setiap masa dengan anak buat kita ternanti2 perkembangan dia kan kak jiey...

wah abg Ian pun tahu erti manja ya...huhuhu..nanti agaknya bagaimana ya bila ada adik..?kak jiey pasti akan fikir 2 kali...

kak...sometimes kenny roger tu ok..kena tengok cawangan yg mana jugak kot..

Marsha~ said...

anak laki mmg manja dgn ibu.. baru sejuk gitu... Rayyan mmglah manja, anak sulung, tunggal lagi.. nanti kalau ade adik, mesti kuat jeles ni.. hehehe

[I][T][A] said...

Sabar jiey.. tak lama jer lagi tu.. ian pasti bleh berjalan..

Ian memang anak mama ni.. manja sangat dengan mama dia...

kak zue said...

jiey..tak sabar kan nk tgk anak2 buat something new.
bila ian bleh jln nti lagi letih jiey oii...nk kena kejar dia plk.

Erni Aziz said...

huhuhu..x per jieyy...dukung ian tu ibarat exercise utk mama skali la...wekekekek...comey jer dier duk tido dlm stroller..hihihih..anak erni si yusuf tu..dah 5 bln tp baru nak meniarap..pii masih belum meniarap ngan jaya nyer..tgh berusaha ni...hahaha

yatie chomeyl said...

anak mama :)

incik said...

comelnye ian....suke sgt tgk die..sejuk mata memandang...

Ina said...

lengan mama lg sedap kot sbb tu nk mama je yg dukung hehe :D

lel said...

bosan kot dok dalam highchair tu sorg2
hee :p