Thursday, November 26, 2009

Jika kau tiada..

Rayyan Ariff is down with flu again.. Sudah agak lama dia bebas dari selsema dan batuk, namun hari ini, anak bujang saya tewas lagi.. =(
.
Rasa bersalah membuak-buak di hati.. Saya tahu kenapa Rayyan Ariff selsema. Sebelah pagi semalam, saya membawa dia berenang. Lebih awal dari biasa iaitu jam sepuluh pagi. Air masih sejuk dan setelah beberapa ketika, bibir Rayyan Ariff membiru kesejukan.. Kasihan..
.
Usai berenang, ada seorang pakcik berbangsa cina yang memangku cucunya menegur kami, "Tidak sejukkah? Saya membalas dengan senyuman, "Sebab sejuklah kami berhenti.."
.
Seharusnya saya menunggu sehingga keadaan agak panas sedikit sebelum membawa Rayyan Ariff berenang. Tambahan pula, sekarang ini musim sejuk. Mentang-mentanglah cuaca semalam agak cerah dan terang, saya mula mengambil mudah tentang kesan yang bakal ditinggalkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
.
Sungguh saya sedih. Ibaratnya, saya terlalu menekan anak ini. Mahu segalanya berjalan lancar.. Mahu terus berlari tanpa henti.. Mahu mengejar segala-galanya. Malah sewaktu melihat Rayyan Ariff yang tidak berhenti-henti bersin, saya berikannya ubat sambil berkata, "Get well soon son, we have physio tomorrow.." Ahhh fikiran! Dangkal sekali kamu!!
.
Sudahnya, hati diselaputi rasa bersalah yang mendalam. Setiap kali tangan kecil itu menggosok-gosok hidung yang berair, timbul rasa kasihan yang menggunung. Maaf kerana mama kurang bijak berfikir. Rehatlah anak.. Mama mengerti kesakitanmu..
.
Dan semalam juga saya bertanya pada hubby, "Bagaimana hidup kita kalau tanpa Rayyan Ariff?" Hubby terlebih dahulu tersenyum sebelum menjawab, "Adiklah yang teruk.." Dan saya membalas, "Abang pun teruk gak.." Sungguh, baru sahaja anak ini terhantuk sedikit, sudah berkerut seribu muka hubby menahan marah. Inikan pula kalau lebih dari itu.. Nauzubillah...
.
Saya tidak sanggup menghadapi kekosongan yang ditinggalkan Rayyan Ariff. Telatah siapa yang akan mencuit hati kami jika dia tiada? Ciuman bertalu-talu siapa yang akan singgah di pipi kami jika dia tiada? Tangan kecil mana yang akan mengusap-usap pipi kami jika dia tiada? Tangisan siapa yang akan mengejutkan kami dari tidur andai dia tiada? Sungguh kami tidak sanggup.
.
Ya Allah, semoga kami terus diberi peluang menjaga anugerah terindah yang Engkau pinjamkan buat penyeri hidup kami ini.. Dan semoga kami sentiasa diberi peluang untuk terus memberikan yang terbaik buat cinta hati kami ini Ya Allah.. Moga pelukan kecil ini selamanya milik kami. Dunia dan akhirat.. Aminnn..
..
P/s - Masih dihambat rasa bersalah.. Dah rasa diri ni cam trainer rancangan the biggest looser la plak.. Strictly strict! :P

*Selamat hari raya Aidil Adha buat semua*

11 comments:

Unknown said...

huhuuuu... adwan lak demam la ian.... sok raya ni.... semoga ian cepat sembuh.. ian doa adwan cepat sembuh gak ek.... muah kat ian tuh...

Puan ApasH said...

Selamat Hri raya aidiladha..

Get well soon Ian..Cian mama rasa bersalah lama2...

A.I said...

sabo la. jgn le salahkan diri kau tu sgt. kau pon pikir nk buat yg terbaek utk dia kan? apa2 pon aku doakan rayyan cepat2 sembuh ye..take care & samat ari raye aji (^_^)

Elyn Sani said...

tak pe jiey kdg2 kite sbg ibu ni excited nk buat aktiviti same2 ngan anak, sampai lupe padahnyer. so lepas ni jiey dh bule igt apa yg tersilap heheeh

Farah said...

hahaha jiey mmg trainer yang berjaya..get well soon ian!

Anonymous said...

salam aidil adha my dear..
mmg sedih kal0 tng0k ank x sihat.. bile dia selsema.. bygkan kite p0n xselesa bile hidung tersumbat.. dia..?
alah aggap je jiey nak ajar ian mandimanda kat kolam okeh..

joegrimjow said...

slamat beraya rayyan
sembuh demam cepat2 yee

yatie chomeyl said...

cepat2 sembuh deh abe Ian..slmt hr raya to mokcik jiey

zali azali said...

kak jiey, sedih sgt soalan tu. sy sendiri pernah bertanya soalan yg hampir sama pada wife " kalau kita pergi dulu sapa nak jaga aiman" tak sanggup rasanya nak memikirkannya, dan kalau aiman pergi dulu, lagilah kami tak sanggup rasanya...air mata laju ke keluar klu soalan tu berlegar2 dalam otak ni..mudah2an kita semua di beri kekuatan oleh Nya yg maha pengasih dan penyayang...amin..

Puteri Nuur At-Terawis said...

Get well soon Ian.

Jiey, insya Allah. Ian will be OK. Kadang2, kita terlalu menekan, terlepas pandang kemampuan si kecil yang terbatas. Kita berusaha merubah apa yang ada padanya, tapi semuanya dengan izin Allah.

Rileks Jiey, insya Allah, Ian akan OK. Allah jadikan semua kejadiannya dengan penuh hikmah, dan lahirnya Ian ke dunia selain menjadi penyeri kat Mama Abahnya, Ian juga menjadi penyeri kepada kami.

*hugs*

Rose Nieza said...

Sedih bace entry ni..Rose pun everytime nyusukan Mierzan mesti doa moga dipanjangkan umur Mierzan agar kami berdua dapat melihat anak ini membesar..Tak sanggup kehilangan..
To Ian : Nanti Auntie Rose babab Mama sebab rendam Ian lame2 dlm pool tu. Nak kena Mama nih. Pok..Pok.. (bunyi babab ler tu). :P