Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kota Bharu pada jam 4 pagi setelah mengharungi perjalanan selama 10 jam. Mujurlah Rayyan Ariff baik2 sahaja sewaktu di dalam kereta. Tidak meragam.
.
Cuma sayalah yang lenguh-lenguh kerana terpaksa memangku tubuh kecil itu selama sepuluh jam. Kerana ibubapa mertua saya mahu mengikut kami beraya di sini, carseat Rayyan Ariff terpaksa ditinggalkan. Aduhhh.. Memang penat! Sudahlah dia hanya mahu dipangkuan mamanya sahaja, memang tidak boleh bergilirlah jawabnya..
.
Aidil Adha kali ini disambut meriah. Tetamu memenuhi rumah hingga ke malam hari. Sate yang dihidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang hanya tinggal kuahnya sahaja. Spagetti bolognaise dan pasta carbonara juga tidak bersisa. Bihun dan mee goreng serta buah-buahan juga sama.
.
Namun baju raya saya dan Rayyan Ariff masih elok tergantung. Hanya hubby sahaja berbaju melayu maroon semalam. Tidak sedondonlah kami kali ini kerana Rayyan Ariff muntah-muntah dek penangan batuk dan selsema yang kuat. Mujur tiada demam. Semalam, hampir jam tiga pagi barulah Rayyan Ariff dapat melelapkan mata. Mungkin kerana sukar bernafas atau mungkin sahaja badan masih lenguh kerana perjalanan yang jauh.
.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya mengambil tiket kapal terbang untuk pulang nanti agar Rayyan Ariff tidak kepenatan, namun abah menghalang. Sudah saya terangkan, mengikut doktor, InsyaAllah alat yang terpasang pada Rayyan Ariff tidak akan berhenti berfungsi hanya kerana tekanan menaiki pesawat, namun abah tidak mahu kami mengambil sebarang risiko. Akur sahaja. Lagipun, kata-kata orang tua..
.
Hubby dan PIL akan pulang pada hari esok manakala saya dan Rayyan Ariff akan menyusul bersama abang saya pada hari rabu nanti. Memberi lebih masa untuk Rayyan Ariff berehat. Lagi pula, hanya kami bertiga.. Selesalah Rayyan Ariff berada di dalam carseatnya nanti.. =)
.
Saya sendiri sudah kepenatan kerana tidak cukup tidur. Hidung pula mula selsema, berjangkit dari Rayyan Ariff. Sekejap lagi, abah akan pulang membawa daging korban. Tahun ini mommy dan abah yang sepatutnya korban tetapi abah memberikan bahagiannya kepada saya dan mommy. Petang semalam, sepatutnya kami ke tempat akad jual beli namun saya dan mommy hanya wakilkan kepada abah sahaja. Penat.
.
Encik hubby dan adik beradik saya yang lain terpaksalah turun padang mencuci daging nanti.. Sebelah petang pula, kenduri akikah anak sepupu saya. Namun saya dan Rayyan ARiff akan berada di rumah sahaja.. Tidak mahu membawa Rayyan Ariff keluar selagi dia belum benar-benar pulih. Lagi pun, semalam sudah tiga kali anak ini muntah. Dengan batuk2 yang masih belum reda, bimbang dia akan muntah lagi.. Jalan terbaik, tunggu sahaja tetamu di rumah.. =)
.
P/s - Banyak blog yang turut 'bercuti' sempena hari raya.. :P

8 comments:
selamat hari raya jie..
sian rayyan batuk + selsema.. musimlah sekarg.. moga rayyan cepat sembuh.. sian budak kalau asik muntah je.. sakit dada dia..
mmg meriah la raya kat kelantan. jeles je dgr sebab dah macam raya puasa kan?
tp seronok bila dpt berkumpul. aku dgr budak batuk selsema ni mmf fobia skit. nia kalau batuk gitu la gak. sampai muntah2. tu yg aku pantau makan minum dia.
yela, blog sunyi, tp kite ni tetap jalankan tugas ber-blog tak kira dimana. heheh..
sape yg xpenat raya
;)
ku xcuti berblog
liana:
sallam aidil adiha buat liana sekeluarga juga.. =)
harap2 aqil pun cepat sehat..
=)
*****************************************************************************************
aly :
kita kan blogger tegar.. harus takleh off.. muahahhaha.. :P
tahun ni cam meriah banget gitu dalam2 ian tak sehat pun..
ian kalo nangis, mesti nk teran smpi muntah.. nia buat gak ke? adoyaiii...
lotih!!
**********************************************************************************************************************
joegrimjow:
ni bukan letih sbb raya, tp letih sbb anak tak sehat..
:P
**************************************************************************************************************
maksudkan org lain
;)
salam kak jiey..
lama saya tak tinggalkan jejak..
hati tak keruan kak...
entahla..
apapun..semoga ian sihat ya!akak pun sama..
Harapnya masih tak terlmbt utk wish Selamat Hari Raya Eidul Adha...and get well soon yer Ian!
*Mmg byk blog yg cuti...huhuhu
jiey...ian dah sehat ker??erni raya haji ni pun budak2 x sehat mana..mak budak plak sakit gigi..hampeh...tp blog x cuti pun..sbb nnyer erni dah autopublish...huhuhuhuhuh...
Post a Comment