Monday, November 30, 2009

Bulan terakhir di tahun 2009..

Sekejap sahaja kita sudah hampir memasuki bulan Disember. Terasa sekejap benar masa berlalu.. Seakan baru sahaja Januari menjenguk kita semalam.. Bagaikan baru sahaja saya menaip entry "Segala cinta yang ada" sebagai recap tahun 2008, dalam masa 30 hari sahaja lagi, saya akan membuat recap untuk tahun 2009 pula. Pantas benar masa berlalu! *Salah satu tanda kiamat hampir tiba*
.
Hari yang berlalu pastinya terasa pantas apabila kita bersama keluarga dan teman-teman yang tersayang. Kalau di dalam sehari bisa punya lebih dari 24 jam, saya mahu!! Agar saya punya lebih masa untuk bersama dengan wajah-wajah yang seringnya membuat jiwa saya tersenyum..
.
Aidil Adha 1430 Hijrah @ Kota Bharu..
.
Ini juga bermakna, tidak lama lagi saya akan kembali ke pejabat. Otak sudah terasa berat memikirkan hakikat mahu meninggalkan Rayyan Ariff di bawah jagaan dan asuhan orang lain. Namun apakan daya, inilah harga yang terpaksa kami bayar untuk sebuah keselesaan.
.
Melihatkan setiap satunya pencapaian Rayyan Ariff, saya tahu tangan sayalah yang paling sesuai untuk terus mendidik dan membimbing dirinya. Semoga saki baki cuti yang ada ini dapat saya manfaatkan semaksima yang mungkin untuk pejuang kecil yang sungguh istimewa ini..
.

Rayyan Ariff agak moody kerana baru sahaja bangun dari tidur.. :P.. Kebiasaannya, tidak susah untuk mendapat kerjasama darinya menyusun gelung itu satu persatu! Inilah anak bijak saya! Sudah pandai.. =)
.
Memikirkan kehidupan hectic yang bakal kami tempuhi sekali lagi apabila saya kembali bekerja nanti, hati terdetik.. Alangkah bagusnya kalau saya dapat menyaksikan anak ini berjalan dengan sendirinya sebelum saya mula bekerja. Namun apakan daya, perjalanan anak ini masih jauh. Dan kami hanya mampu bersandar pada usaha dan tawakal kepadaNya. InsyaAllah, mohon terus dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
P/s - Kot tetiba Allah SWT murahkan rezeki, takyah mama keje lagi, kan best Ian? Cam Kak Pinut kata, dapat cabutan bertuah sijil simpanan premium.. Hahahhaa.. Tapi sure tak cukup gak utk cover medical cost kan? :P

6 comments:

Intan and The Boys said...

cerdik sungguh Ian ni!
gerammm....

yatie chomeyl said...

masuk power root la jiey, mano tau dpt sejuta tu hik3x.

takpo tu, abe Ian bijok doh lo ni..insya Allah klu mama gi kijo pong, dio tpp jd semakin bijok tiap2 hari :)

zuri3389 said...

Tunggu je lah puan Jiey miey....mana suatu hari nanti rezeki datang bergolek tanpa diduga.... ha ha... jangan lupa hantarkan separuh dana tu dirumah penjagaan anak-anak istimewa..biar hidup mereka yang penuh ranjau itu kita hargai mereka. "Hidup puan Jiey Miey".

Mrs. Simplicity said...

hai cepatnye masa berlalu. rasa mcm baru je lalu audit 2008. ni dah nak audit 2009. betulla dunia nak kiamat. tak sedar gak anak2 kita dah membesar sekelip mata.

ian moody pun muka tetap cool. betul la dia ni jenis yg behave.

Farah said...

memang saya pon rasa cepat sangat masa berlalu jiey..takpela kite gunakanla masa yang ada ni sebaik mungkin k!

Liana Manjaku said...

Jiey...kita tak tau rezeki masing2 kan... mana ler tahu dapat durian runtuh!
Ian bijak... InsyaAllah, kalo DIA lebih maha mengetahui!
Masa sekarang ni memang pantas berlalu. Pejam celik dah nak akhir tahun...
Esok dah masuk Dec...huhuhu