Tuesday, November 3, 2009

My smart little boy.. =)

Being the first grandchild in the family, Rayyan Ariff memang dimanjakan Atuk dan Nenek. Ada sahaja bahagian untuk Rayyan Ariff setiap kali Atuk dan Nenek keluar. Baju, mainan dan berjenis makanan pasti dibawa pulang untuk Rayyan Ariff. Mungkin juga kerana sudah lama tiada anak kecil di dalam keluarga kami. =)
.
Selama 2 minggu di kampung, tidur Rayyan Ariff juga di dalam pelukan Atuk. Didukung, diulit dan didodoi sehinggalah anak kecil ini terlena. Sudahnya, sekembalinya kami ke Ampang, Rayyan Ariff agar sukar untuk tidur sendiri kerana masih mahu didodoi. Namun kami biarkan sahaja dia lena sendiri di katil kerana tidak mahu memanjakannya sebegitu rupa.
.


Ini adalah rakaman Rayyan Ariff bersama belon-belon yang dibeli Atuk untuknya. Sampai lunyai belon-belon ini dikerjakan Rayyan Ariff. Apa yang mencuit hati kami ialah cara Rayyan Ariff mendapatkan belon yang terapung di udara. Menyedari Rayyan Ariff yang masih belum mampu untuk bangun sendiri bagi mendapatkan belon tersebut, kami kira, pasti sukar untuknya bermain dengan belon-belon ini.
.
Namun kemampuan berfikir anak ini ternyata tinggi. Apa yang dia lakukan hanyalah menarik-narik benang yang mengikat belon tersebut dan seterusnya membolehkan dia memegang belon-belon yang terapung itu.. Amazing! He's really one smart little boy right? =)
.
Kenapa saya katakan dia bijak? Kerana kemahiran berfikir yang dia ada bukannya datang dari otak yang sempurna seperti kita. Kali terakhir ujian imbasan yang dilakukan untuk mengetahui keadaan otak Rayyan Ariff adalah bulan November tahun lalu. Dan pada ujian tersebut, bacaan keluasan sel otak Rayyan Ariff hanyalah sebanyak 3cm di bahagian belakang dan 1.7cm di bahagian hadapan!
.
I dont think I'm wrong to say that he's a genius after giving a consideration of his brain condition.. Walaupun kami tiada bacaan terkini sel otak Rayyan Ariff, we do feel that he's doing great!
.

Segala puji di atas kekuasaanMu ya Allah.. Alhamdulillah..
.
Rayyan Ariff is sleeping.. Need to stop now before he wakes up.. Byk kerja rumah yang perlu dibereskan. =)
.
P/s - Penat atuk belikan belon, kipas jugak yang jadi pojaan hati Ian! :P

23 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

teruskan usaha ye ian..

Leen Die said...

lamo tak tinggal jejak tp selalu bc blog jiey..banyak dah progress Ian kan..Allah tue Maha Berkuasa jiey..leh jadi nanti Ian akan jadi pelajar cemerlang suatu hari nanti..who knows kan..Rayyan pun sama..heheheh ermm..syukurlah..jgn putus asa jiey deh..chumel tgk dia duk main belon..tpkan boleh bg sikit tak bulu mata Ian yg panjang tue ko ambo..ermm..

Marsha~ said...

sudah kubilang, Rayyan anak yg bijak... kan rayyan kan??

nyza said...

jiey..happy to hear that..go Ian..u can do it kiddo!

Farah said...

uishh lengan ian taf la!

Cik Tudung Merah said...

keep the good works ian..

Cikpid said...

hahahha..comel laa video tu

die mmg anak yg bijak.. :)

Unknown said...

bijak bijak!

Liana Manjaku said...

wa... tahniah Ian... Ian memang smart boy... Teruskan usaha! :)

Mrs. Simplicity said...

ahmad kipas la ian ni. suka kipas je. heheh... mmg la, baya2 anak2 kite, mmg kagum kalau dia buat benda yg kita rasa 'tak tercapai akalmu' to ian, jgn putus asa ok!

untung kite kan dapat lahirkan cucu sulung ni. ramai yg ingat kat diorg, tu yg gi mana2 mesti dapat apa2. heheh..

zali azali said...

bestnya la tengok ian pandai dodokk....bila la aiman nak pandai duduk & main....doakan aiman pun jadi budak bijak tau....

zali azali said...

bestnya la tengok ian pandai dodokk....bila la aiman nak pandai duduk & main....doakan aiman pun jadi budak bijak tau....

lel said...

sy xpenah tau pun pasai keluasan sel otak tu
itu menunjukkan kemampuan kita ke?

tapi Ian memang selalu bijak
buat semua org rasa kagum
good boy Ian!

Puan ApasH said...

sama le ngn Qaseh..suke benor ngn kipas..Qaseh mmg bleh geng ngn abg Ian..Go..Go..kipas!!

izzahazfar said...

akmal pun dgn belon2 tu dia minat..masa p convo adik..mulut dia bising tegur belon2 tu...tp tak belipun..

kak..zah rasa..ian ni bijak orgnya..Allah mesti akan ciptakan sesuatu yg istimewa dlm diri ian buat kita semua teruja nanti..akak tunggu ajelah..hehhee...btw..ian nampak comel bila tido..huhuhu...cute sgt..!

Anonymous said...

chaiyok! chaiyok!
ian boleh.. ian bijak..
he's amazing baby..

A.I said...

Kan aku dah ckp dia mmg budak cerdik!!! GO Ryan GO!!!

Ina said...

Comelnya gmbr Ian tdo. Bulu mata lebat mcm pakai maskara je plak dlm gmbr ni hehe :D

[I][T][A] said...

perkembangan ian semakin bagus... ian seorang yang bijak... teruskan usaha... pasti lebih dari itu yang ian dapat lakukan..

mamaelly said...

hehehe comel..kisskan ian utk elly ye..sbb setiap kali melihat ian mengingatkan elly pada arwah anak2...

tini said...

tu lah!! dok pikir naper ian x tgk belon.. tgk kipas upanya :)

yatie chomeyl said...

belon chomeyl gitumo atuk beli..patut pong Ian kene sangat..Ian meme cerdik ;)

adianiez AIDA said...

very clever boy !
sihat selalu yer ian...