Friday, October 8, 2010

Andai badan dan minda ini bisa dibahagikan..

Penat. Badan bagaikan merayu mahu berehat namun hal itu agak mustahil untuk sehari dua ini. Kalau minggu lalu cerita Rayyan Ariff, minggu ini ceritanya ayahnya pula. Pulang sahaja dari pejabat, terus ke hospital menjenguk Mr.Hubby. Mujurlah keadaannya tidak teruk dan seterusnya membolehkan saya bekerja seperti biasa. Bronchitis and viral fever.
.
Apabila tiba di rumah lewat malam, badan sudah tidak mampu untuk 'bekerja' lagi.. Seringkali saya yang tertidur lebih dahulu sedangkan Rayyan Ariff masih rancak bermain. Kebelakangan ini, Rayyan Ariff tidur agak lewat.. Mungkin membalas dendam kerna sudah lama tidak melasak semenjak dibelenggu kesakitan. 
.
Segenap ceruk mahu diteroka. Dan apabila sahaja saya terlelap seketika, pantas gigi nan kecil itu menggigit kaki saya. Kalau bukan kaki yang digigit, lutut pula yang menjadi pilihan.. Apabila saya terkejut dari tidur, mengekeklah tawanya..
.
Dan kerana badan dan minda yang kepenatan, timbul juga rasa marah apabila melayan kenakalannya.. Namun apabila melihatkan senyumannya, hati jadi tenang kembali kerna saya tahu, senyuman itu menunjukkan bahawa dia tidak sakit lagi.. Senyuman itu adalah penanda aras yang menjadi petunjuk bahawa Rayyan Ariff di dalam keadaan baik-baik sahaja..
.
 Diam seketika apabila diberikan remote control
.
Kembali dengan percubaan merampas tiang drip ayah.. :P
.

Fikiran agak berkecamuk kebelakangan ini, bagaikan terlalu banyak yang berlaku dan segalanya tidak terkejar.. Segala jenis terapi Rayyan Ariff juga sudah lama terhenti, baik di rumah mahupun di hospital. Dan sekali lagi, saya perlu menarik nafas panjang bagi mencari momentum yang hilang.. Hmm.. Kalaulah kami berkemampuan dari segi kewangan, sudah pasti mahu saya tinggalkan segalanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Rayyan Ariff.
.
Dengan bebanan kerja yang tidak berkurang, cuti tahunan yang hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi, peel pembantu rumah, masalah kesakitan, bicara kehidupan bagaikan agak getir di saat ini. Namun saya yakin, Allah SWT pastinya akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kami semua..InsyaAllah, jiwa ini mahu terus kuat.
.
Dan perkara pertama yang harus saya selesaikan untuk Rayyan Ariff dalam waktu yang terdekat ini ialah membawanya ke Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan, HUKM. Dengan usianya yang semakin bertambah, saya tidak punya banyak waktu lagi..
.
Untuk kesekian kalinya, hati ini memohon agar terus dipermudahkan jalan olehNya.. Aminnn..

16 comments:

yatie chomeyl said...

bibik buat perangai gapo pulop jiey?

Anonymous said...

salam Jiey,

Inilah dinamakan liku2 kehidupan seorang hambaNYA dimuka bumi ini. Semoga kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran..InsyaALLAH..AMIN


Ayuzafina Omar

jie said...

Jiey,
Semalam petang waktu memandu pulang seorang diri tetiba teringat ian. Huhu rasa rindu sangat walaupun tak pernah jumpa. Mmmm sampaikan peluk cium saya ye pada dia, moga dia terus sihat amin...

Aisya said...

Semoga jiey trs tabah menghadapi dugaan ini.Semoga hubby jiey cepat sembuh.

noorshafila said...

Alhamdulillah dengan perubahan kesihatan Rayyan Ariff.
Semoga hubby Jiey cepat sembuh.
Semoga Jiey terus diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh hari-hari yang memenatkan.
Tapi saya percaya, segala kepenatan akan hilang bila melihat senyuman dari orang kesayangan kita.

Eray Majid said...

jiey, eray berdoa agar Allah permudahkan segala urusan jiey. tumpang happy sebab ian dah sihat kembali. alhamdulillah.

Nieja said...

bersabarlah kak atas setiap ujian.. akan ade ganjarannye nanti.. im proud of u!!

mrs. hisham said...

jiey,teruskan kekuatan dan ketabahan itu.ALLAH pasti ada perancanganNYA dan for sure ia yang terbaik.

mrs. hisham said...

jiey,teruskan kekuatan dan ketabahan itu.ALLAH pasti ada perancanganNYA dan for sure ia yang terbaik.

linda said...

aminnnnn...
insyaAllah jiey...mg Allah sentiasa permudahkan segala2nya bt jiey & ian syg....Allah akan sentiasa bersama hambanya...

*jaga diri ye jiey...ian syg mg sentiasa sihat & dilindungi olehNya...ian ank yg kuat....auntie syggg ian....mmmuuuaaahhhh....

Azma said...

Semoga semuanya dipermudahkan buat Jiey sekeluarga. Salam peluk cium buat Ian ye..Syukur tengok dia lasak semula..

Mamanurin said...

Salam Jiey,

Moga segalanya dipermudahkan ALLAH..segala yang berlaku tanda kasihNYA pada kita sebagai hambaNYA yang kerdil. Moga Rayyan terus bertambah sihat..begitu juga hubby..yang penting Jiey pun kena sihat.

incik said...

slm..akak nak dtg clinic speech naudio hukm cheras or yg kat clinic di jalan termeloh under ukm ni?klw jln temerloh..hope dpt jumpe ian...sbb clinic tu dlm kolej kediaman student ukm jugak..tp..bile ye?nk kna pegi posting kat johor..sdihnye klw x dpt jumpe ian...

Unknown said...

Ya Allah.. berat mata memandang berat bahu Jiey memikulnya.. moga Jiey terus tabah, Ian n ur hubby makin sihat ye..

Bukan Bidadari said...

semoga kekal tabah

Shiqa Nawar said...

aminnn semoga semua baik2 saja.. sabar bnyak2 ea mama rayyan :)