Sunday, October 10, 2010

Berbicara tentang kifarah dan kesakitan..

Pagi jumaat yang lalu, saya sempat berbicara panjang di telefon tentang kehidupan dengan sepupu yang lebih kepada seorang kakak kepada saya, Kak Nie. Bicara kami berkisar tentang kehidupan masing-masing. Walaupun perbualan terputus kerna telefon bimbit saya kehabisan bateri, namun perbualan itu sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk terus melangkah..
.
Salah satu subjek yang menjadi perbualan adalah tentang kifarah.. Dan kebetulannya pula, menjelang petang, Ayu Mummy Alanna juga mengeluarkan entri yang sama berkenaan kifarah..
.
Sewaktu berbicara dengan Kak Nie, Kak Nie menyampaikan niatnya untuk bersedekah kepada sekolah tahfiz di kampung dan memohon diadakan sembahyang hajat buat Rayyan Ariff. Dan jiwa ini dilanda keterharuan yang bukan sedikit. Sungguh saya tidak keseorangan di sepanjang perjuangan ini..
.
Saya juga memaklumkan kepada Kak Nie tentang niat sama yang sudah lama bersarang di hati namun masih belum terlaksana kerana masih tidak berkesempatan. Satu demi satu perkara yang berlaku bagaikan menutup ruang untuk untuk berfikir dan bertindak. Namun InsyaAllah, niat itu akan saya lunaskan dalam jangkamasa terdekat..
.
Rayyan Ariff? Keadaannya tidak berapa baik.. Setelah episod serangan sawan berlalu, dia kini diserang viral fever pula. Mungkin berjangkit dari ayahnya. Suhu badannya berlegar sekitar 37.7 sehinggalah 39 darjah Celsius sepanjang waktu.. Kerna suhu yang tinggi jugalah membawa satu lagi siri serangan kepada Rayyan Ariff..
.
Dari hari jumaat membawa ke hari ini, keadaannya masih juga sama. Rawan hati seorang ibu apabila tubuh kecil itu terpaksa diberikan pelbagai jenis ubatan untuk memulihkannya.. Pedih hati ini melihatkan tubuh kecilnya yang menggigil-gigil..
.
Untuk sementara waktu ini, kami masih lagi bergantung kepada bekalan ubat-ubatan yang diberikan doktor semalam. Sekiranya ianya berlanjutan sehingga ke hari esok, mungkin kami terpaksa membawanya ke hospital lagi..
.
Ianya bermula pada petang jumaat yang lalu apabila bibik menelefon meminta saya pulang segera kerna keadaan Rayyan Ariff yang menggusarkan.. Sewaktu menerima panggilan itu, saya berada di tempat letak kereta Hospital Ampang Puteri untuk menziarah En.Hubby.. Kelam kabut dibuatnya.. Mujur jugalah En.Hubby sudah dibenarkan pulang semalam..
.
Mata semakin berat kerna tidur yang kurang. Dua malam ini, malam saya dipenuhi dengan keperluan mengelap badan Rayyan Ariff yang terlalu panas. Terima kasih kepada Mama Biey yang sudi membantu.. Dan semoga segala kesembuhan milik Rayyan Ariff.. Aminnnn..
.
.Rakaman episod kesakitan ini biarlah saya simpan sahaja.. Kerna ianya terlalu menyakitkan..

16 comments:

shaliza said...

Salam Jiey,
InsyaAllah Jiey, kalau niat tu baik,Allah Maha Mengetahui...semua rahsia milik DIA.

Ina said...

Moga Allah kurangkan kesakitan Ian. Moga Allah lindungi dia dan dipermudahkan semua urusan berikaitan dengannya, Amin.

Anonymous said...

Rayyan Ariff,

Walaupun aunty ayu hanya mengenali dirimu di Blog ini, tetapi dihati aunty ayu sudah terbit kasih kepadamu nak.

Untuk Jiey,

InsyaALLAH akak akan minta budak2 Tahfiz di Masjid Ulu Kelang utk mengadakan sembahyang hajat untuk anak kecik ini, agar sihat seperti anak2 lain. Oleh itu akak mohon kebenaran drpd Jiey..

**boleh kita berkenalan lebih lanjut tak. Pls accept me kat FB Rayyan.

Tqvm

ayuzafina

ICAZIESYIRA said...

Jiey,
bila dugaan Allah turunkan untuk Jiey, maknanya dia sayangkan Jiey.. Ingat yang tu je. Sabar banyak-banyak.

Kerana itu je yang mampu Ica katakan. Kalau dekat, mesti ica datang and give u a tight hug!. Tenang, sabar. Insyaallah, ada sinar kebahagiaan..

Kami disini doakan untuk Jiey sekeluarga.

mamakembar3 said...

sian Ian, moga dia cpt sembuh

myaishahhafiz said...

terlalu berat dugaan yg awak sekeluarga tanggung.

semoga awak sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,

tiada apa yg dapat saya berikan cuma sekelumit doa semoga semuanya dipermudahkan oleh yg maha esa

aminnnn....

Pnut said...

aduh tengok wajah Ian camni je pun dah sayu, kalau Jiey upload kesakitan Ian, tumpah lagi air mata akak..

doa buat Ian sebaik-baik doa, agar dijauhkan dari segala kesakitan semua..

akak phobia dan trauma la tengok budak kena sawan, budak demam panas... dua-dua anak pernah kena, seriau... minta dijauhkan, jangan kena lagi..

Mamapinkie said...

Alahai siannya Rayyan...Jiey, masa Rayyan demam panas nie make sure temp distabilise kan yea, cause masa nie lah sawan lagi senang datang and often lak tu...akak kalau ridhwan demam panas memang tak tidur lah cause asyik make sure temp below 38 or very near 37.5 or even better below that kan...anak yang ada seizures nie kita kena monitor lebih skit cause bila dia terlalu penat, tak cukup tidur, stress up or demam, lagi senang seizures nak datang....take care dear Rayyan and auntie doakan Rayyan cepat sembuh yea my dear...mama Rayyan pun jaga diri baik2x yea!..sesungguhnya segala ujian yang datang dari Allah ada hikmah disebaliknya yea Jiey, Insya-Allah..

eiNa said...

semoga Ian cepat sembuh ye nak...

transformed housewife said...

sedih baco Ian masih tok sihat. Jiey keno jago diri jugok sbb Ian perlukn mamanya.

noorshafila said...

Tak terungkap kata2.

Menitis air mata.

Rayyan Ariff yang kuat dan tabah: Aunty doakan semoga Rayyan cepat sembuh.

Aisya said...

Ian demam???
"Ya Allah..Kau sembuhkanlah Rayyan Ariff.Sihatkanlah dia..berilah dia peluang utk trs bergembira seperti anak2 kecil yang lain dan menjalani hari2 yang indah bersama keluarganya.Berilah dia kekuatan utk mengharungi ujianMu ini Ya Allah" Jiey, bykkan bersabar yer.Insyaallah ian anak yg kuat..xpernah saya terlupa utk trs mendoakan ian dalam setiap doa saya selepas solat.Saya juga ingin meminta izin dari jiey utk turut memasukkan nama ian dalam kifarah yg bakal saya buat utk anak saya nnti.

produk ococ said...

salam jiey,

kadang - kadang kita rasa mcm x sudah2 ujian tuhan utk kita ni kan, sabarlah..lagu bgkground ni pun sedih jugak..huhu..

MamaAimy said...

semoga cpt sembuh syg...
aunty sentiasa mendoakan yg trbaik utk rayyan.

semoga mama rayyan terus tabah menempuh dugaan Allah ini.

jie said...

Salam jiey..Happy birthday. Semoga dikurniakan kesihatan yang elok. Besar peranan jiey waktu ni, moga ian cepat sembuh.
Jiey dah cuba jaram air asam jawa ngan daun bunga raya (ramas-ramas masuk dalam air asam jawa tu)boleh kurangkan panas ian.

linda said...

salam jiey...salam ian syg...
ya Allah, sedihnye tgk ian...menangis autie tgk ian cmni..:(
doa autie sntiasa utk ian...mg ian terus sihat...cepat sembuh ye syg...
smg Allah sentiasa melindungi ian...
Allah sygkan ian...kami semua sygkan ian...cepat sihat ye encem boy auntie ni...

semoga mama ian diberi segala kekuatan & ketabahan olehNya dlm menghadapi semua yg berlaku...kami semua sentiasa mdoakan yg terbaik utk ian...insyaAllah...aminnnn...