Friday, October 29, 2010

Disebalik setiap kesakitan dan perjuangan yang panjang..


Disebalik setiap kisah kesakitan dan perjuangan yang panjang ini, kami sangat bersyukur di atas setiap huluran persahabatan.. Kami sangat berterima kasih di atas setiap kalungan doa.. Sangat-sangat berterima kasih..

Terima kasih,
Pada yang menghantar email dan message untuk menyatakan sokongan..
Pada yang meninggalkan komen dengan kata-kata yang membina..
Pada yang memanjangkan tali silaturrahim dengan memulakan perkenalan menggunakan Internet sebagai medium..
Pada yang mengadakan solat sunat hajat..
Pada yang menderma kepada yang memerlukan di atas nama Rayyan Ariff..
Pada yang sudi mengikuti kisah kami..
Pada yang sudi datang menziarah..
Pada yang sudi bertanya khabar..
dan..
Pada yang TIDAK PERNAH PUTUS MENDOAKAN KAMI..
.
Rayyan Ariff ada abang dan kawan baru.. Terima kasih Kak Ayuzafina..
Terima kasih di atas persahabatan..
Jujurnya, ada rasa malu dan segan apabila ada beberapa orang yang mengikuti kisah Rayyan Ariff meminta kebenaran saya untuk mengadakan solat sunat hajat untuk Rayyan Ariff sewaktu episod kesakitan yang lalu. Tidak mahu dikatakan meminta-minta. Namun kerana ikhlasnya niat untuk melihat kesembuhan pada tubuh kecil yang kesakitan, saya redha.. 
.
Mungkin inilah rezeki.. Dan Alhamdulillah, menyaksikan kesihatan yang dikembalikanNya, hanya ucap syukur yang mampu terlafaz.. Terima kasih di atas doa yang diutuskan.. Terima kasih..
.
P/s - Kak Nie, thanks air.. :-)

8 comments:

Unknown said...

Cute nye dia senyum tomey ...

Unknown said...

Cute nye dia senyum tomey ...

noorshafila said...

Salam Jiey,

Hanya persahabatan dan doa yang dapat dihulurkan untuk Rayyan Ariff yang comel.

Walaupun tidak pernah bersua muka, namun dengan coretan Jiey, terasa Rayyan Ariff benar-benar dekat di hati.

Semoga Allah mengurniakan Rayyan Ariff kesihatan yang baik dan kekuatan untuk Jiey dan suami.

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey, sharing is caring -ina,pinjam jap ayat yer.hihihi..
p/s: jelesnya ian dah jmpa abg dan kawan.bila nak dapat jmpa aisya nih :)

Lynn Abd Latib said...

wpun x pernah bertemu mata..terasa dekat di hati -talian maya ini..melihatkan wajah polos IAN..mengalir 1001 rasa dihati sbg seorg ibu juga.smg JIEY tabah hdknya :-)

Cik Chuie said...

semoga rayyan arif terus kuat! chaiyo!

ICAZIESYIRA said...

geram nengok gamba yg atas tu. ian macam budak bujang. cara duduk macam org tua :D

linda said...

salam jiey...
cutenye encem boy ni senyum..:)
jiey, w/pun kita tak pernah bersua nmun hakikatnye terasa dekat sgt...sejak bace kisah ian terasa rindu & ingin sekali bersua..hari2 pasti buka blog jiey...lihat ian mcm ank sendiri...syggg ian...
insyaAllah, ada rezeki nk jumpe ian & jiey....mmmuaahhhh...:)