Wednesday, October 6, 2010

Dunia kecil kami..

Alhamdulillah, Rayyan Ariff kini nampak lebih baik.. Kembali aktif bermain dan meneroka.. Namun kami masih dalam keadaan berjaga-jaga.. Semoga keadaannya akan bertambah baik di masa hadapan.. Aminnn..
.
Serangan demi serangan ke atas Rayyan Ariff memberikan sedikit impak ke atas daya keseimbangan badannya. Kalau sebelum ini dia kelihatan agak tegak tatkala berjalan dengan dipimpin hanya sebelah tangan, kini badannya sedikit bergoyang-goyang. Mungkin itu bermakna dia memerlukan lebih fisioterapi.. =)
.
Budak yang mengamuk di Carrefour bersama bibiknya..
.
Kebelakangan ini ujian bagaikan datang bertimpa ke atas keluarga kami.. Dan kelainan tingkah saya dikesan oleh teman-teman sepejabat.. Begitulah.. Apabila minda banyak berfikir, mood untuk bercakap banyak akan berkurang.. Semoga setiap satunya permasalahan ini akan diberikan jalan keluar olehNya.. Aminnnn..
.
Ok, cerita seterusnya adalah berkenaan dengan insan yang berlegar di sekeliling kita.
.
Ada yang berkata kepada saya, "Kalau sudah banyak sangat derita yang dilalui, mungkin ada hikmahnya jika Tuhan mengambil nyawa itu.." Sebetulnya, ayat ini merujuk kepada kisah Alanna Qish dan Rayyan Ariff. Dan ini, jawapan saya kepada pernyataan teman itu..
.
Kehilangan adalah suatu perkara yang menyakitkan walaupun kematian adalah pasti untuk semua. Keperitan, kerinduan dan segala yang menggambarkan kekosongan adalah berkait rapat dengan kehilangan.
.
Seperti kata Ayu, "Sewaktu adik sakit, Ayu pernah bayangkan keadaan bila dia tiada nanti. Tapi, membayangkan tidak sama dengan melalui. Bila adik sudah tiada, dia memang tidak ada.. Tak ada. Rindu pun tak dapat peluk.. Memang tak ada, tak boleh nak cari kat mana-mana.."
.
Memang saya terkesan dengan ayat Ayu yang ini. Perit sekali kehilangan yang ditanggung Ayu sekeluarga. Kerna itu, tidak pernah sesekali pun saya mahu melepaskan Rayyan Ariff walaupun saya tidak dapat menolak ketentuan Illahi.. Tetapi, selagi adanya dia, saya mahu terus-terusan berjuang untuknya.. Sebagaimana Ayu berjuang untuk Alanna Qish.. Saya bukan mementingkan diri sendiri, namun inilah perjuangan..
.
Memang saya sakit melihatkan dia sakit, namun tetap ada ruang untuk saya tersenyum dan tertawa melihat gelagatnya.. Ini sudah cukup untuk saya.. Untuk keluarga kami..
.
Senyum nakal darinya..
.
Untuk yang berkata itu, saya tidak melahirkan dia untuk merasa terseksa.. Namun selagi dia bernafas, kami akan mencuba yang terbaik untuknya.. Dan begitu juga dengan Mummy Alanna yang telah mencuba memberi yang terbaik buat puterinya..
.
Lagipun, kalau yang berkata itu memegang prinsip sebegitu, saya hanya mampu menasihatkan, andai ada ibubapa atau datuk atau nenek anda yang sakit, tidak perlulah dibawa ke hospital. Umur pun sudah 60 -70 tahun, ada harapan lagikah untuk hidup menabur bakti pada negara?
.
"Rayyan Ariff means nothing to the world, but he means the world to us.."
Dan serasa saya, anda juga akan merasa sedemikian kalau yang sakit itu adalah sesiapa sahaja yang rapat dengan anda.. Makanya, berfikirlah sebelum berkata kerna tuhan lebih mengetahui segala apa yang terjadi..
.
Sekian.
.
Have to go. Hubby has been admitted due to viral fever.. *sigh*

24 comments:

Mama Naveed said...

Salam be strong Jiey..

:) Rasanya kate2 tu dah sering Jiey dengar.. Tapi bak kate pepatah Apa yang Tak Buatkan Kita Mati, Jadikan Kita Jauh Lebih Kuat.. Harap Jiey sebegitu :)

Tutup Blog said...

dear... banyakkan bersabar yer... me always doakan yg terbaik untuk ian... ian, moga kau lebey tabah hadapi dugaan hidup ni. kekuatan mu melawan penyakit adalah kekuatan ibumu melawan siksa batin nyer... teruskan berjuang yer sayang...

Anonymous said...

sabarla kak jie.. org hy boleh berkata apa sahaja yang mereka sukai.. :( yg penting slagi rayyan ariff ada, kak jie dan suami masih boleh mencurahkan sepenuh kasih sayang dan cinta buat dia kan.. ;p kuatkan hati dan semangat tau.. :D walau pun banyak mata yang mencerca, masih lebih banyak hati yang slalu mendoakan kesejahteraan rayyan ariff buat kak jie sekeluarga~~ insyaAllah kak jie, moga rayyan ariff terus kuat demi untuk kak jie dan abg min.. (^___^)

Jiji said...

tah tah denggi jugak mcm aku jiey... beli 100+ @!~

Eray Majid said...

jiey, thanks for sharing ur story
:)

yatie chomeyl said...

ore hok oyat gitu dio x paham erti kehilangan..bekali dio x pernoh kehialngan ore hok dio syg...xsoh caro ko ore gitu jiey..ramai lg hok duk doa ko abe Ian sokmo2 :)

ieda said...

salam jiey...
moga en hbby segera sembuh..
akak pernah kehilangan adik masa dia berusia sekitar 5 thn.akak masa tu 7 thn.mmg masa tu tak rasa apa2 sb kita kecik lg...tapi bila dah dewasa ada kalanya akak sgt merindui dia.selalu membayangkan andai dia ada bersama & sihat spt org lain(dia cerebral palsy)...akak pernah mimpikan dia dlm keadaan gadis yg sempurna tidak lama dulu..

Naddiea said...

Jiey,semoga kuat yaa...saya doakan..ameenn..

ICAZIESYIRA said...

terus tabah ye jiey.

Lynn Abd Latib said...

jiey

siannya awak..hubby pulak sakit!!sabar byk2..pedulikan kata2 org ...kita shj yg tau apa yg kita boleh bantu anak kita..ajal,maut sumer ketentuan ALLAH..

Leen Die said...

Jiey sapo hok kata gitu gak..geram tul ambo jiey...peha kanan cubit peha kiri rasa sakit tau..huhhh

Lynn Nasir said...

semoga suami awk cepat sembuh. anak ceria dan sihat selalu. dan utk sang ibu, moga terus bertahan dan tabah!

Mamanurin said...

seronoknya tgk senyuman nakal rayyan ni..be strong wahai anak..jiey, dengarlah kata hati, mmg betul kata ayu mummy alanna, bila rindu tak ada untuk dipeluk..moga terus kuat demii rayyan..dan hoping hubby pun makin sihat.

transformed housewife said...

meme ore hok kato gitu tok tahu ghano kalu bendo hok samo jadi ko dio. Jiey sabar deh. semoga ur hubby cepat sihat.

Love... said...

jiey.. sejak ian admitted ari tuh, lama sungguh akak x kesini. bukan x ingat. tapi ke'bz'an melanda semenjak selepas raya. i know u r strong. so.. keep it up. sometimes dok pk biler lah boleh jumper jie... x kesampain lagik niat tuh. mahu rasanya memeluk ian...

take care dear.. akak doakan yg terbaik tuk jiey dan keluarga

linda said...

salam...
alhamdulillah ian dah semakin sihat...:)
jiey, org yg tak rsa kehilangan bole ckp ape sje...sbar ye jiey...sesungguhnya Allah dh rancang sebaik2 perancangan utk hambaNya...insyaAllah ramai yg mendoakan kesihatan ian...aminnn...
sayang ian.....:)

Musafir di Bumi Tuhan said...

Jiey,

berat mata kami yg memandang, berat lg bahu anda yang memikul.

Teruskan berjuang,tabahkan hati, redha dengan ketentuanNya dan banyak2kan berserah diri pada Allah.

Aisya said...

Jiey..pedulikan kata2 sebegitu.saya juga pernah merasainya dan sehingga kini masih trs berjuang untuknya.sewaktu anak kecil saya sedang bertarung nyawa dan memakai mesin bantuan pernafasan (ventilator)selama hampir 6 bln di NICU, saya disrh utk mematikan mesin itu dgn alasan xmahu dia terseksa lama.dan skrg stlh dia berjaya menempuhi fasa kritikal tersebut kami diberitakan pula dgn pelbagai komplikasi lain.Siri-siri pembedahan,temujanji paeds,IJN,fisiotherapi,occt,ENT,mata,speech therapy,ultrasound brain,MIR brain,ujian darah dan bermacam lagi perlu dia jalani.tidak termasuk berulang alik ke bhgn kecemasan dan keluar masuk wad yang berkali2.masih lg 'mereka2' xberhenti mengata menyatakan saya menyiksa anak sendiri..dan yg bersuara itu xlain adalah dari kalangan keluarga sendiri.Tahukah mereka..hati ini hancur dengan kata2 itu.Benar kata jiey "Memang saya sakit melihatkan dia sakit, namun tetap ada ruang untuk saya tersenyum dan tertawa melihat gelagatnya".Saya hampir jatuh tersungkur namun blog ayu (mummy alanna)kembali menguatkan saya.saya perlu trs berjuang bersama2 aisya.dia anak yg kuat, masakan saya perlu lemah dan berputus asa.xmalukah saya padanya?kita hanya melihatnya sedangkan dia yg menanggung segalanya!
Jiey perlu kuat supaya ian kuat untuk melawan sakitnya.Kami sebagai ibu2 akan terus mendoakan kesihatan ian.Semoga ian kembali sihat dan ceria selalu.Kami ada utk trs menyokongmu jiey.

Peluk cium dan salam rindu utk ian yg comel..bijak dan kuat.

Puteri Nuur At-Terawis said...

memutuskan suatu nyawa adalah sesuatu yang di luar pemikiran kita. selagi sang anak bernafas, berjuanglah hingga ke nafas terakhir. yang berkata tidak merasa apa itu erti sebuah kehilangan. memang mudah untuk berkata tapi paling sukar untuk melalui.

apapun yang dikata, put tahu sebagai ibu jiey sangat cukup kuat. ian membesar hingga ke tahap ini hari ini adalah kerana seorang ibu. terima kasih sebab dalam masa yang sama, sedar atau tak, jiey juga telah meminjamkan kekuatan itu pada put.

Puteri Ogy said...

salam jiey..doa saya sentiasa untuk Rayyan Ariff.. Dia anak yang kuat..

Anonymous said...

saye doakan semuanye selamat... insyaallah...

zai said...

sabar banyak2 eak jiey.saya selalu ikut blog nie rindu rasa nak tgk muka ian yg comel itu.dugaan yang allah bagi buat kita jadi lebih kuat.mana kita tahu keajaiban yang allah ingin berikan kepada kita.semoga sentiasa ada berita gembira buat jiey sekeluarga

Unknown said...

hmm.. sgt tak patut kata2 itu.. dia tak merasa, mudah bg dia melepas cakap..

semoga en hubby nya cepat sihat ya...

Min said...

be strong dear! Insya Allah... you'll find the way... Allah sentiasa bersama mereka yg selalu ingat padaNya...