Tuesday, October 19, 2010

Lagenda Mokcik Laser ~Better than Lagenda Budak Setan~

Betul. Lagenda Mokcik Laser ni kalau difilemkan, lagi hebat dari Lagenda Budak Setan. Mesti box office kan?? Kalau ada yang mahu bikin filem Lagenda Mokcik Laser ni, saya sanggup tawarkan diri menjadi penulis skrip agar jalan ceritanya lebih real.. Maklumlah, berdasarkan pengalaman peribadi..
.
!@Syarul daddy Nadime Alanna pernah menyebut tentang Lagenda Makcik Setan.. Syarul, kali ni ko kalah.. Sebab mokcik yang ni lagi power dowh@!
.
Mokcik Laser pernah menyentuh hati saya di dalam entri "Dan Kamu" Waktu itu, saya begitu berkecil hati dengannya.. Kerna dia adalah ahli keluarga.. Sampai sekarang ayatnya masih terngiang-ngiang di telinga ini..
.
"Owh, Alimin baru jugak dapat anak. Anak lelaki.. Tapi tu lah, anak dia cacat.." Cerita Mokcik Laser kepada kawannya yang juga baru menerima kehadiran orang baru.
.
Waktu itu saya marah. Waktu itu saya sedih. Waktu itu saya geram. Waktu itu saya benci. Pakar perubatan belum lagi membuat penilaian tentang keupayaan Rayyan Ariff namun dia terlebih dahulu memberikan prognosisnya. Apa salahnya kalau dia berdoa sahaja untuk kesejahteraan anak saya yang juga ahli keluarganya. Bukannya menjaja cerita ke sana sini.
.
Sudah sering dia mengeluarkan ayat-ayat kurang enak buat Rayyan Ariff. "Alahai.. Dah umur dua tahun baru pandai mengesot?? Lambat yea dia.."
.
Saya senyum. Sebab saya tahu, hanya mulutnya begitu. Hatinya tetap sayangkan Rayyan Ariff.. Tapi kalau sudah sering disumpah seranah begitu, anak sekecil Rayyan Ariff pun tahu berkecil hati. Rayyan Ariff sememangnya tidak sukakan dia. Tidak mahu didekati oleh Mokcik Laser itu. Baru sahaja Mokcik Laser memandangnya dia sudah menangis sekuat-kuatnya, belum lagi didukung atau dicium!
.
"Seksanya menjaga anak lelaki yang seorang ini.." Ujar Mokcik Laser sewaktu Rayyan Ariff merengek tidak mahu duduk diam sewaktu kami melawat En.Hubby di hospital tempoh hari. Lalu bibik menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada saya,
.
"Kasihan Rayyan. Apalah dosa Rayyan padanya.. Kalau Rayyan tidak mahu duduk diam sekalipun, bukan tangan dia yang menuntun Rayyan. Bukan dia yang membawa Rayyan berjalan.. Kan saya yang menjaga Rayyan.. Padahal Rayyan itukan keluarganya.. Pelik sungguh.."
.

Budak yang asyik mahu berjalan..
.
"Saya doa-doa kak.. Biar cepat Rayyan bisa jalan sendiri. Biar cepat Rayyan bisa bercakap. Baru tahu dia.. Semua ini kan kuasa tuhan!" Sambung bibik lagi..
.
Kejadian malam tadi pula?
.
=P
.
Mokcik Laser masih enak lagi bercerita, "Owh, anak sedara si Timah tu pun pakai alat kat telinga jugak.. Sama macam Rayyan.. Tapi dia tak cacat.. Cuma tak boleh bercakap lagi walau umur dah 4 tahun. Bila bawak ke hospital, Doktor suh pakai alat tu.. Sekarang ni baru boleh bercakap.. Tapi Rayyan tak boleh bercakap jugak walaupun ada alat tu.."
.
Ok Mokcik. Noted with thanks. Dua isi penting di dalam ayat di atas adalah anak saya cacat dan anak saya belum mampu berbicara walaupun dibekalkan dengan alat bantu pendengaran berharga RM8600 sepasang. 
.
Terus saya hentikan perbualan dengan alasan yang sengaja direka. Malas mahu mendengar bicaranya..
.
Marah?? Tidaklah! Dua tahun 5 bulan bersama Rayyan Ariff cukup membuka mata bahawa Rayyan Ariff punya banyak kekurangan berbanding anak lain seusianya. Letaklah apa sekalipun istilah yang kalian inginkan; cacat, OKU, disabled, anak istimewa, semuanya membawa maksud anak saya tidak normal. Semuanya merumuskan bahawa anak saya tidak sempurna. Biarlah. Mana mungkin saya menidakkan fakta itu.
.
Normal dan sempurna itu subjektif. Tapi bukankah semua ciptaan Allah itu sempurna?
.
Buat Mokcik Laser dan mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang sama, hanya ada satu pesanan buat anda.. Apabila Allah SWT mengurniakan anak seistimewa Rayyan Ariff kepada saya, mungkin Dia melihat satu keistimewaan pada saya yang tidak ada pada kamu. 
.
Apabila Allah SWT mengurniakan anak seistimewa Rayyan Ariff kepada saya, mungkin Dia mahu melorongkan jalan ibadah kepada saya dengan dijanjikan ganjaran pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. 
.
Dan apabila Allah SWT mencipta insan seistimewa Rayyan Ariff, tidak perlulah kamu jadikan makhluk Allah ini tiket untuk memperoleh dosa kering apabila kamu tidak henti-henti menyakiti hati orang lain dan memandang hina hakikat kejadian umatNya ini..
.
Sekian. Inilah Lagenda Mokcik Laser! :P

45 comments:

teacher bonda said...

jiey,
jgn terasa stg dgn mokcik tuh..
dia mmg sdp bverkata krn x ken apd anak cucunya..
kalo Allah nk tnjkkan kebesaranNya, bl2 ms sj Allah blh uji mokcik tuh..
and sy mmg salute jiey cz mmg TABAH sgt dgn dugaan Nya..Rayyan sgat CHUMEL n ada gaya nk jd ENSEM...:)
true, its true..he's really a cute-handsome to be boy..

Jiey^Mien said...

teacher bonda:

Hehhehe.. Seriously, tak terasa pun.. lantak dia la.. tak menjadi kurap kat badan pun dia nak kata apa pun..

masa citer kat bibik tadi, siap gelak2 sambil ulang balik kata2 Mokcik tuh..

Mungkin sebab hati dah lama redha.. Lagipun, apa yang dia cakap memang fakta.. cuma bahasa dia jer yang kasar..

:P

TB, terima kasih coz sudi singgah.. Darwisy pun apa kurangnya.. =)

fatonah said...

awak betol...!!! sy sokong mokcik jiey..ekekekke...

yg penting lagi ramai bersama jiey banding ngan org2 cm makcik laser tu...hehehhe:P

zue said...

salam jiey
bersabar dan bertawakal
ade hikmah disebalik semua kejadian
Rayyan seorang anak yang istimewa yang bisa menggoncang dunia
InsyaAllah Rayyanlah yang akan menjaga jiey n hubby pada masa tua nanti
Kunfayakun jiey

Anonymous said...

Jiey,

Tak payah ambil pot sangat org disekeliling, memanglah hati kita terasa bila dgr2 camtu. Org kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Perdulikanlah. Yang penting Jiey dpt buat yang terbaik untuk Rayyan. Miss rayyan...hug2


aunty ayuzafina

iBu ZulFaQar RayYaN said...

mokcik laser yg mmg sgt laser..perlekehkan pendapat dia.pada saya ur ian adalah suatu kurniaan yg magis...:)

wanie_kashfi said...

ish...ish...mokcik, mokcik...dio tok ingat kot, dio pun ado anok cucu, sedak2 dok kato ko anok oghe, kalu Tuhan nok balas semeta jah, maso tu baru dio senyap kalih dok?

Love... said...

mak cik ohhh mak cik..
cakap sesedap rasa jerr...
huhuhu.. sabar tau jiey...
abaikan jer kata2 org macam tuh..
nanti biler pk lebih2 kita plak yg emo plus bengong....
rindunya sama ian....

mamasoffy said...

Salam..

Di mana2 ada manusia sebegitu...huh.
Sabarlah..dia x sedar dia bukanlah orang yg beruntung seperti Jiey sebab Allah kurniakan Ian pd Jiey sebagai lorong pemudah jalan ke syurgaNya..InsyaAllah..

note: Very nice pic of Ian!!!

Kak Rose said...

harap satu hari nnti mokcik laser akan sedar... ciptaan Tuhan semuanya sempurna... cuma ada yg tidak mahu menerima seadanya

yatie chomeyl said...

baso ore mulut takdop insuren gini keno jawwab retep kade2 jiey...jange duk biar dio sedak mulut jah ngato. bui sedas biar dio perit smp bilo2, pastu nanti rayo mitok maaf la semula hehehehe

abe Ian tetap sempurna di mata mokcik ti...mokcik ti denge adik nazhan saye abe Ian snagat2 ♥

Pnut said...

Jiey-lenkali kalu makcik tu cakap Ian tak leh cakap, tak leh dengar...
jiey jawab camni boleh?

Ada hikmah Ian tak leh cakap, kalau dia boleh bercakap pun, tapi kalau bercakap benda yang menyakitkan hati orang tak bagus kan?

biar dia tak dengar, daripada dia mendengar kata-kata tak elok dan tidak sepatutnya dia dengar...

itulah hikmahnya makcik..

boleh???? plis jawab macam tu oK??

shaliza said...

salam,
betul tu jiey...DIA telah menentukan segalanya.

Nikmatilah nikmat DIA itu yang tak pernah kita terfikir....salam sayang Ian...tak balik Kelate ke raya ni?

zura_habibhaariz said...

huhu..lasernya mokcik tuh..nape xsmash er..kdg2 org nie kena smash...dulu2 org slalu pggl habib bdk lembik sbb xleh nk kontrol leher dia n smash dari sy berjaya membuatkan mereka takut nk berkata dpn sy...
b strong kak jiey...i lap u...

Faiz Faiza said...

salam Jiey Mien

Moga Allah terus mengirim bahagia utk Jiey, suami & Rayyan.



وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
  
 
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi UJIAN dan sesungguhnya di sisi Allah jualah PAHALA YANG BESAR. (At-Anfal: 28)

Selamat menuai pahala =)

linda said...

uish, Lagenda Makcik Laser tu...hehehe...pandai betul mkcik tu berkata2...padahal pe yg dikata tu kan ciptaan Allah...Dia yg Maha Mengetahui segala yg diciptakan kpd hambaNya...
xpe la jiey, biarla mokcik tu ngan sikap2nye itu...hehehe...
yg pnting ian sihat...bertambah hensem lg..:) insyaAllah dgn kuasa Allah, ian psti bole b'jlan, b'cakap....auntie doakan ian...aminnnn..

Anonymous said...

anak aban pun 2 tahun lebih jugok tak lehe kecek lagi. Biar lambat kecek jange lebih kecek

Kauthar said...

Macam2 la perangai orang ni kan Jiey..betul lah cakap Jiey, bahasa makcik laser je kot yang kasar..saya tabiklah kat Jiey dapat bersabar menghadapi cakap2 orang..saya banyak belajar dengan Jiey :)

p/s:peluk cium utk ian ye!

Lynn Abd Latib said...

jiey

geramnya hati membaca..di mana agaknya makcik kepochi nih tggl..kot boleh dicili2 mulut tuh..gunakanlah mulut yg ALLAH bg utk mendoakan yg baik2 bukan menceca kejadian ALLAH..

Marsha~ said...

makcik tu mesti org kampung yg tak pernah bergaul dan belajar tinggi kan Jiey... too bad....

ummisofea... said...

terdetik dihati bila baca...agaknya bila makcik tu akan sedar akn kata2nya yg laser itu...adakah dia akn sedar sekiranya perkara itu terjadi pd darah dagingnya sendiri...tapi siapalah kita utk mendoakan demikian kan..moga Allah ampunkn dosanya & semoga dia cepat2 sedar akn keterlanjuran kata2nya yg telah memakan hati saudaranya sendiri...

Ibu Akidd said...

jiey...

macam aku cakap kat entri sebelum nih.. org-org sebegini.. kiter doakan yg terbaik

yg dier nampak.. cacat.. tak sempurna..

tapi dier tak sedar..dier yg BUTA..

sebab yg kita nampak.. mereka adalah ahli syurga....

Mokcik Laser tu ade ke?? klu dier dah tak buta mesti dier nak jugak kan.. yg akan memimpin kite ke syurga nanti.. yg akan meminta Allah kite ke syurga..

ahaaaa... Mokcik jeles tak???

PS: hi-5 la ian! Nanti ibu bawa akidd jumpa Ian ok!

leya said...

salam mama si emsem ian.... act ian mmg comel. serious... ni bkn nak sedapkan hati u. tp dr gambar2 yg u tunjuk mmg dia comel.... nih nk citer experience psl org camnih. my baby yg 1st pun masa bb dulu gelap... sampai ade sorg hamba Allah ni dgn bangganye ckp ish2 hitamnye anak kau nih...dahlah hidung kembang.... ishhh!! mcmlah cucu dia yg lain tu putih melepak cm jepun x pun putih merah cam mat saleh.... mcm buruk sgt my son tu... tp yela org tua kan malas nk melaser kt dia so i just kata dah my son tu pas 7 hr trus duk kt bwh lampu 2 atas 2 bawah for almost 2 weeks coz kuning tinggi sampai 450bb masa admit.. (syukur x sampai ketahap tukar darah). tu yg dia semakin gelap... huhu... dlm hati Allah je yg tau.... tu br kaler kulit beb. belum lg kalau ader kekurgnnye... neway bila dah makin besar ternyata my son tu cerah orgnye... pas tu ble plak kata yela kulit dia dah makin "tegang" sbb dah besar tu yg nampak cerah... adehhh... gua tepuk dahi ngan org camnih.... x nak terima hakikat plak ke?? jiey... sy mmg berpgg pada janji Allah bahawa setiap anak yg lahir dah ada ketentuannye n ader kelebihnya di atas kekurangannya...n sy sgt yakin ur prince charming ni pun ader kelebihannya... cuma kita x nampak lg.. maybe blum masanya, or kita yg x peruntuk ckp masa nk explore kelebihan itu. like my son.... Alhamdulillah Allah beri kelebihan my son ni dah hafal zikir2 harian n yg dimainkan kt oasis, suratul fatehah, alif lam mim, azan, serba serbi yg berkait dgn alquran n agama sejak dr umur dia 6 bulan...Alhamdulillah... n ni bkn nak mengumpat but that "hamba Allah" kemain bangga lg menyebut2 pasal my son..."ko nak tau anak si leya ngan zaini tu kemain bijak lg... bgn je tidur x sebut lain ....Allah... zikir....etc...kalau cucu aku satu hapah pun x tau"... huhu. ble dgr mereka yg busuk nih berkata2 cam tu terasa sejuk perut nih mengandungkan dia... bkn bdendam tp sekadar nak membuktikan yg walau buruk hina sekalipun anak aku, aku sentiasa yakin dia ada kelebihannya yg tersendiri....dan dah pun kau saksikan sendiri... d best part siap rakam lg perbuatan my prince Muhammad harief eiman yg mmg petah mengalunkan zikir2 dan sdg bersmbyg..... (nak tunjuk kt kawan dia sorg ustazah.... hmmm riak la tu). pe pun alhamdulillah...i sgt bersyukur n yg i minta pd Allah mudah2an hati n imannye akn dtetapkn pd jln Allah... n yakinlah ian pasti ada kelebihan itu yg pasti akn menutup "langau2" tu dr terus berbunyik... :)

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey..sekali lg airmata ni tumpah.mmg pedih kan dgr org ckp mcm2 pasal anak kita.ayu pun baru je nk 'baik' dari trs menangis dihantui ayat2 seperti "xleh bercakap lg ke dia?dah setahun setengah pun xjln2 lg?ish..mengengsot je ker dia reti?laa, dia xdgr ker (sbb nmpk aisya pakai hearing aid),ssh ye nak jaga anak camni" dan macam2 lg soalan + kenyataan dikeluarkan.(saat menaip ni pun rasa hati mcm nak pecah)Ya Allah..pedihnya hati ni Allah je yang tau.Tak ke mereka pikir perasaan kita sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu?

p/s: aisya, ian..teruskan usaha ye nak.Terus kuat hadapi ujian ini.semoga aisya dan ian cepat berjln n berckp.biar ternganga mulut mokcik laser tuh.

Norhanafizah Husain said...

Mulut orang ni bukan boleh kita tutup..PHD banyak sangat..buruk,baik,lebih,kurang pasti akan dikata, pasti akan dijaja cerita..semoga Mokcik Laser tu sedar suatu hari nanti..mendoakan kebaikan&kesejahteraan tu lebih baik dari bercakap kosong

Mama Kembar Tiga said...

alahai mokcik tu mmg mulut takde insurans tul... nasib baik laa jiey ni penyabar.

Bagi mama, Rayyan anak yg hebat, he's a fighter & a winner. And he's lucky to have u both as his parents. Mama doakan moga dia bertambah sehat & terus serikan hidup Jiey & hubby.
Peluk cium utk Rayyan yer :-)

mamaelly said...

ermm ntah la jiey.. elly pun kadang2 tak faham dengan perangai manusia nie.. banyak2kan sabar ye... ape2 pun Ian memang sangat2 handsome.. kiss kan dia utk elly ye...

p/s : tiap kali baca entry jiey.mesti rasa nak mengalir air mata nie..ermmm

Cool said...

Jiey.. I selalu pikir... how can ppl define normal.

Aku tak rasa wujud dalam dunia ni manusia normal.

Cool said...

btw.. i have sumthing for u in my blog

ieda said...

jiey...
org mulut laser ni ada kat mana2.kat tempat akak ni pun banyak.tapi bezanya yg kat sini mengata kat belakang.depan kita manis bukan main lagi..

ICAZIESYIRA said...

Ok. terus tak boleh bagi komen. grrrrrrr

isabelle said...

sabar ye jiey.
i cant imagine being in ur shoe. mesti makcik tu menanah telinga dgr i balas balik.

Anonymous said...

salam..anak2 yg mcm Rayyan ni, akan meninggalkan dunia dlm keadaan tanpa dosa..anak2 mcm ni la yg akan tarik ibubapa mereka masuk syurga.. berbeza dgn anak2 yg lain membesar perlukan didikan agama yg sempurna utk membesar jadi anak2 soleh/solehah baru boleh bagi ibubapa tiket ke syurga..dah nampak ada hikmah besar kat situ..=)

Unknown said...

jiey,
berdepan dgn org mcm ni yg akan buat u jadi semakin kuat & teguh...

Anonymous said...

salam sis... let her what she want. sis x perlu nak membalas pape pn..msh rmi yg sokong akk n fmly.. sy pn cacat..sy da biasa... bg sy cacat bukan bermakna sy orang kurang upaya..tp sy orang kelainan upaya. sy lain dari manusia yg punya sifat hampir sama. sy istimewa disitu. mmg org akn pndg kte dgn pndgn yg berbeza... org xkn th ape kte rse..tp b positive. i.Allah semua ni ada hikmahnya.. n akak adalah org terpilih utk hadapi ini semua... bukan org lain yg pilih akk..tapi Allah S.W.T... betapa akk sgt istimewa d hdpn Allah.. beruntungnya akk mendapat pengiktirafan Allah.. bkn manusia yg iktiraf... tp Allah kak... kita kejar redha Allah, bkn redha manusia.. =)

Jiey^Mien said...

Fatonah:

Jom sokong Mokcik Jiey!!
Wahhh bleh masuk pilihanraya neh..
:P

*thanks for your support and prayers*

***********************************************************************************

Zue:

Aminnnn..
Terima kasih di atas setiap doa untuk Rayyan Ariff..
=)

*Masuk tinger kanan kuar tinger kiri jer*

Jiey^Mien said...

Kak AYu,

Thanks a lot for being there..
Apa yang org cakap mmg kita akan ingat, tapi memang tak menjadi beban pun..
=)

*thanks for your support and prayers kak*

********************************************************************************

Ibu Ayern:

Masuk tinger kanan kuar tinger kiri kan??
:P

***********************************************************************************

Wanie:
Ore lagu ni memey tok senyak doh.. Kalu keno atah batey idung pun tok napok jugok..
:P

******************************************************************************************

Love:
Kak, kalo rendu-renduan, kena la datang umah..
=)

*masuk tinger kanan kuar tinger kiri je kan?*
:P

Jiey^Mien said...

Mamasoffy:

Thanks dear..
*hugs*

=)

**********************************************************************************

Kak Rose:
Cukup sempurna..
Alhamdulillah..
=)

*************************************************************************************

Mokcik Tiey:
Hehehhe.. Kalu jwb takuk jadi mugo lain pulok..
Senyum jah la..
Pah letok telefon..
Hehehhehe..
:P

***************************************************************************************

Kak Pinut:
Bukan tanak jawab, tapi dah lali kot.. Buat donno je la..
:P

**********************************************************************************

Shaliza:
Alhamdulillah.. Bahagia seadanya..
=)

Tok kelik. Turn sini pulok..
Huhuhuhu..

********************************************************************************************

Zura:
Hehehhe.. Akak ni malas sket bab2 smash nehhh..
Takpe.. Kita kan kuat.. Tough lagikkk.. :P

*********************************************************************************

Anon:
Aban Gaban kah?? =)

********************************************************************************

Jiey^Mien said...

Faiz Faiza:

*thanks for your support and prayers*

@!Tuai@! Tuai @! Tuai!@

=)

************************************************************************************

Linda:
Thanks yea coz sudi mengikuti kisah kami and sering mendoakan Ian..
=)

*Masuk tinger kana, kuar tinger kiri*

Mokcik tu harmless cuma mulut dia jer lebih sket.. =)

*********************************************************************************************

Kauthar:
Ala.. Takmo la puji lebey2..
Rasanya, masa yang megubati kot..
Kalau dulu emo gak, tapi skrg tak kisah..
Sbb apa yang dia cakap tu betul, cuma kasar sket jer..
Redha je la kan..
*thanks for your support and prayers*

******************************************************************************************

littlehumblelynn:
Hehehhee.. Siyan mokcik kalo kena cili.. Dah tua pun dia..
Bior je la..
:P

***************************************************************************************

Marsha:
Konon lama dok KL tapi narrow minded ek?? Hehhehehe..
Dia takde niat kot.. Cuma dia tak sedar kata-kata dia kasar..
:P

********************************************************************************************

Jiey^Mien said...

ummisofea:
Takpe.. takpe..
kita biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya..
=P

*thanks for your support and prayers*

**************************************************************************************

Ibu Akidd:

Hi 10!!

*thanks for your support and prayers*

**********************************************************************************

leya:

Thanks for sharing your story dear!! =)

To us, kelebihan Rayyan adalah bila dia dapat meneruskan hidup dan cuba sedaya untuk berkembang walaupun banyak kesulitan yang dihadapi..

Inilah kelebihan yang paling nyata..
=)

*thanks for your support and prayers*

*************************************************************************************

Ibu Aisya:
Kita sama-sama doa yang terbaik untuk anak-anak kita yea..
=)

************************************************************************************

Rizalhana:
Meh kita sama2 doa bia makcik laser sedar dan berubah..
Aminnnn
=)

*************************************************************************************

Mama Kembar:
Thanks Mama di atas setiap sokongan dan dorongan..
=)

*****************************************************************************************

Mamaelly:
InsyaAllah..
Masuk tinger kanan kuar tinger kiri jer..

*thanks for your support and prayers*

*******************************************************************************

Jiji:

AKu takleh reply kat ko coz badan tengah bergegar..
Hehehhe..

**********************************************************************************

Kak Ieda:
Itu la kan.. Mulut tempayan leh cover, mulut org mmg takde insurans!!
:P

********************************************************************************

Ica:
^_^

*********************************************************************************

Isabelle:

Thanks dear..
*masuk tinger kanan kuar tinger kiri jer utk orang2 camni..*

=)

*************************************************************************************

Jiey^Mien said...

Anon:

*thanks for your support and prayers*

Itulah.. Besar nikmat untuk anak macam Rayyan Ariff ni..

Kita ni belum tentu macam mana masa nak kena hisab nanti.. Diorg dah byk dpt pahala instant..

=)

***********************************************************************************

Kak Yong:

True enough!
Dah tak rasa ape pon..
:P

*thanks for your support and prayers*

**************************************************************************************

Anon:

Thanks for your comment dik.. Akak betul2 terkesan.. =)

Salah tu dik.. bukan "betapa akk sgt istimewa d hdpn Allah.. beruntungnya akk mendapat pengiktirafan Allah.."

tapi kita sama-sama yang terpilih.. =)

semoga kita terus kuat..

*hugs*
*Hugs*
*hugs*

Min said...

jiey, geram jugak ni. tak pa, anak2 kita adalah anugerah terindah buat kita. kita memang special sebab tu Allah bagi anugerah special seperti anak2 kita...

Watie Aziz said...

kenapa aku rasa cam nak pijak jer perut makcik tuh? sib baik dia sedara hang .. hahahhaa...nak maki pun tak sampai hati ..

cuba dia tegur tgn Zayra dengan cara kasar ..kalau tak kena "slap" balik ngan aku kaw2 punya, mmg aku bukan Mommy Q tau .. hahahha.. cuba lah makcik try ngutuk anak saya pulak... kalau nak rasa makan sup selipar cicah minyak wangi.. wakakka...

Liyana said...

tu makcik lOser tuh!

ehem, salam kenal saya lompat dr blog Jiji

Anonymous said...

As salam kenalan...saya selalu baca blog ni...mostly everyday. saya amat kagum dan bangga dengan semangat yang ada pada diri jiey...malah unggapan ini membuatkan air mata saya menitis..
Apabila Allah SWT mengurniakan anak seistimewa Rayyan Ariff kepada saya, mungkin Dia melihat satu keistimewaan pada saya yang tidak ada pada kamu.
.
Apabila Allah SWT mengurniakan anak seistimewa Rayyan Ariff kepada saya, mungkin Dia mahu melorongkan jalan ibadah kepada saya dengan dijanjikan ganjaran pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.
.
Dan apabila Allah SWT mencipta insan seistimewa Rayyan Ariff, tidak perlulah kamu jadikan makhluk Allah ini tiket untuk memperoleh dosa kering apabila kamu tidak henti-henti menyakiti hati orang lain dan memandang hina hakikat kejadian umatNya ini..