Saturday, October 30, 2010

Ya Allah.. Cepatnya waktu berlalu!

Baru perasan, hari ni betul2 genap 3 tahun setengah usia perkahwinan kami.. Subhanallah, cepatnya masa berlalu.. 
.
3 years.. Time gaduh, gaduh la.. Time sayang, sayang la.. :P
.
Rasa macam baru lagi hujan turun lebat mencurah-curah pada malam akad nikah kami.. Rasa macam baru semalam rumah kami dipenuhi dengan keriuhan kaum keluarga dan sahabat handai dalam meraikan hari penuh bersejarah.. Rasa macam baru lagi saya tidur berseorangan di dalam bilik pengantin yang serba indah.. Maklumlah, selepas akad nikah, pengantin lelaki pulang dahulu.. Selepas majlis bersanding barulah stay lama.. =)
.
Segalanya bagaikan baru semalam. Namun hakikatnya, kami sudah punya Rayyan Ariff dan dia juga bukan lagi anak kecil yang baru dilahirkan, baru selesai berjuang untuk kehidupan di NICU..

Corrected age is 2 years and 3 months. But in actual fact, he's 2 years and 5 months already..
.
Ya Allah.. How time flies!! Feels like just a blink of our eyes kan?
.
Hari ni, hari bersejarah buat teman yang sudah bertaraf adik beradik dalam kehidupan saya.. Rasa berbaur membawa saya mengimbau kembali kenangan lalu..
.
Dan setelah tiga tahun setengah berkahwin, ini kali pertama saya pulang ke kampung bersendiri.. Tidur di bilik bujang saya yang sudah 3 tahun setengah juga bertukar kepada bilik 'keluarga'.. Rasa janggal. Rasa kosong. Rasa rindu. Kerna itulah saya tidak dapat melelapkan mata..
.
Rindukan Rayyan Ariff.. Rindukan ayahnya.. Rindu.. *sigh*
.
Sewaktu saya membeli tiket penerbangan untuk pulang, Rayyan Ariff masih belum sihat sepenuhnya. Maka saya mohon kebenaran hubby untuk pulang sendirian. Tidak mahu mengusung Rayyan Ariff ke sana ke mari. Lagi pula, hanya satu malam sahaja.. Namun tidak disangka, Rayyan Ariff pulih sepenuhnya.. Disebabkan segalanya sudah disusun, saya teruskan sahaja dengan pelan asal..
.
Semuanya masih sama seperti dahulu.. Yang berbeza ialah, my weight is 16kg heavier than 3 and a half year ago! :P
.
Pengantin inilah teman yang bersama-sama berjaga malam dengan saya, mengelap tubuh Rayyan Ariff sewaktu dia demam teruk tempoh hari dan hubby masih di hospital. Pengantin inilah yang sentiasa bersama saya di dalam susah dan senang.. *14 years of friendship and getting stronger*

8 comments:

transformed housewife said...

mmg masa cepat berlalu meninggalkan kita. bila tengok anak2, knur pun mcm dah rindu masa dioarg baby dulu. Padahal diaorg baru 5 dan 3 thn.

Cik Chuie said...

semoga terus bahagia bersama family n insan tersayang =p

Rizziela said...

Friendship forever..

Syokkan dapat kawan susah senang bersama...bukan senang nak dapat kawan yg baik mcm tu

Mamanurin said...

jiey,

huhuuhuuu amboi amboiii dah mcm pengantin jugak dah ibu rayyan ni..yeah, kiter beruntung dan bertuah andai kiter mempunyai kawan, teman dan sahabat bersama saat susah dan senang..TAHNIAH jiey!

Mrs. Simplicity said...

congrats biey and hubby!!!! jumpa 7/11 ni ye. insyaAllah.. :)

Unknown said...

Salam Jiey...Hi Ian...Hepi Anniversary to u..n for Ian..moga sentiasa kuat eh..

K.iela kat KL nie..tp tu lah..selalu x berkesempatan nak nyelit g jumpa Ian.. tringin sangat tp kekangan masa..huhuhu...sedey tul..

Unknown said...

bertuahnya punya sahabat susah senang... salam pengantin baru buat sahabat jiey...

siannya ryyan di tinggalkan...

☾SHiemaCMa786☾ said...

hmm..mmg cepat mase berlalu...
congrats ya....