Sunday, November 14, 2010

Cukuplah sekadar dia jadi "orang".. Pandai urus diri.. =)

Sesi fisioterapi Rayyan Ariff semalam dipenuhi dengan pelbagai cerita yang saya dan Sarjit kongsikan. Ada air mata, ada senyuman dan ada gelak ketawa.. Sungguh saya bersyukur kerna tuhan menghantar wanita yang penuh keihklasan itu ke dalam hidup kami untuk membantu Rayyan Ariff..
.
Dan semalam, kami bercerita tentang keperluan anak istimewa mempunyai adik beradik agar suatu masa nanti mereka punya tempat bergantung apabila ibu dan bapa mereka sudah kembali ke rahmatullah..
.
Saya terdiam, dan saya nyatakan bahawa saya mahu usahakan segalanya untuk Rayyan Ariff. Saya mahu apabila saya tiada suatu masa nanti, dia punya daya untuk menguruskan diri sendiri.. Saya mahu dia punya asa untuk bekerja dan menyara hidupnya sendiri.. Dan tidak bergantung kepada sesiapa.
.
Saya tidak mengukur tahap kejayaan itu pada jawatan yang disandangnya kelak. Untuk Rayyan Ariff, saya katakan padanya, dia tetap insan yang berjaya di mata saya walaupun dia sekadarnya bekerja sebagai pam attendan di stesen minyak sekalipun. Bekerja sebagai kerani di syarikat-syarikat kecil sekalipun. 
.
Kerana kejayaannya yang paling besar ialah untuk hidup. Walaupun pelbagai prognosis buruk diberikan kepadanya, namun dia masih bernafas sehingga kini dan terus-terusan berusaha untuk memperbaiki kualiti hidupnya. Itulah kejayaan.
.
Makanya, saya tidak kisah dan tidak mahu terlalu berfikir.. Cukuplah sekiranya dia mampu menguruskan diri sendiri suatu masa kelak.. InsyaAllah..
.
Rayyan Ariff @ SDMC Rehab Centre ~ 12.11.2010
"Once, there was this parents who told me that they dont mind if their son just work at 7 Eleven, as long as he's not depending on others..."
.
Saya tersenyum apabila mendengar kata-kata Sarjit. Kerna itu jugalah yang ada di dalam fikiran saya. Untuk Rayyan Ariff hidup berdikari suatu waktu kelak.. Dan seandainya pencapaiannya melebihi apa yang saya gariskan, Alhamdulillah.. Itu bonus buat kami.. =)
.
"I'm not worried about Rayyan. He's one smart boy.. And I can even tell you that sometimes, he's even smarter compared to some normal child. If not in all angle, at least in certain area.." Jawab Sarjit sambil tersenyum..
.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat anak kecil ini.. Buat Rayyan Ariff.. Aminnn..
.
Kami meninggalkan Rehab Centre sewaktu jam menunjukkan pukul 530pm.. Dan apabila Rayyan Ariff meninggalkan Auntie Sarjit dengan lambaian selamat tinggal dan flying kiss, wanita itu tersenyum bangga dan melambai gembira.. 
.
Terima kasih kerana menghantar wanita ini kepada kami Ya Allah..

16 comments:

ICAZIESYIRA said...

apa yang kita inginkan...
selalunya sama.

transformed housewife said...

insyaallah Ian akan dpt berdikari nanti. Knur sokmo royak ko Jiey kan pasal adik kandung Knur hok ado masalah maso kecik. Loni dio meme hidup atas usaha sendiri dgn mengambi upah bayar rdtax, lesen dll kat JPJ. Siap bulih sipe duit banyok2 tolong adik2 lg.

Cik Chuie said...

rayyan akan baik-baik saje =p

Mamanurin said...

insyallah, Ian pasti berjaya sebab dia ada ibu dan ayah yang sentiasa berusaha dan memberi semangat buat dia

Namie Amir said...

insyaallah Ian dapat berdikari.Xsilap namie,motivator terkenal Dr. Rubiah pun memiliki anak istimewa n anak tersebut dah dewasa pun,kerja mekanik lagi :-)

mama HZ said...

Insya Allah Ian akan berjaya di masa hadapan dengan adanya parents yang selalu menyokong berusaha tanpa jemu demi Ian..Saya pasti Ian dapat bersaing dengan budak-budak yang lain.. :)

Anonymous said...

go..go..Rayyan..go..
semoga baik2 sahaja...

-aqilahuzihan-

nieNn_Luv said...

alhamdulillah.. :):) semoga rayyan terus sihat dan kuat ;p ;p berkat doa murni seorang ibu :) :)

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah..ian pasti berjaya berkat usahanya sendiri dan doa dari ibu-ibu yang menyayanginya. Juga dari semangat kasih sayang dan dorongan mama dan papanya.

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah..ian pasti berjaya berkat usahanya sendiri dan doa dari ibu-ibu yang menyayanginya. Juga dari semangat kasih sayang dan dorongan mama dan papanya.

Yann said...

Ian bukan saje akan boleh jaga diri, dia juga akan jaga ibu dan ayahnya yg hebat ini, Malah dia akan jd contoh pd anak2 lain satu hari nanti.. Itu doa saya

Rizziela said...

Yang pasti Rayyan akan jadi hebat suatu masa nanti...jelas terselah kehebatan yg ada dalam diri Rayyan

kita berdoa..semoga sinar yg ada pada diri Rayyan akan terus memancar dan terus bersinar selamanya.. AMin

yatthienuer said...

jiey:skrip sy "i,m not wishing him to an astronout, sy suda cukup senang jika dia bole mengurus diri sendiri"

harapan ibu2 kan....mudah2an ada antaranya menjadi kenyataan...amin ya rabbal alamin....

Mama Kembar Tiga said...

InsyaAllah, moga segala doa Jiey di makbulkan, amin. Up to now pun Rayyan dah buktikan dia seorang anak yg hebat, InsyaAllah there are 1001 possibilities for this little fighter :-)

Min said...

Insya Allah, didoakan yang terbaik buat Rayyan... Jiey, bersyukur sangatkan, kita ditemukan dengan org2 baik mcm auntie sarjit tu kan... kak min kat sini ramai sangat org2 yg concern. especially those from new parks tempat mawaddah pergi main2 every wednesday...

teacher bonda said...

insyaallah jie..amin