Tuesday, November 30, 2010

Hidup umpama roda, bukan selalunya kita di atas

Sudah banyak jatuh bangun yang saya lalui disepanjang laluan perjalanan kerjaya saya. Alhamdulillah, di dalam usia yang muda, saya telah diberi peluang untuk membangun di sebuah organisasi yang gah dan pastinya ujian-ujian saringan yang saya lalui untuk berada di organisasi tersebut juga bukan mudah..
.
Dan saya pernah diberikan merit kecemerlangan sewaktu di sana. Namun prestasi kerja saya sedikit demi sedikit terganggu dengan kisah peribadi yang bukan sedikit dugaannya. Kesakitan demi kesakitan yang saya lalui cuba saya tangani sebaik mungkin, namun banyak waktu, saya tewas..
.
Dan demi menyusun kembali aturan kehidupan dan menguruskan segalanya tentang Rayyan Ariff, saya akur bahawa saya harus bercuti tanpa gaji selama setengah tahun. Dan syukur ke hadrat Illahi kerna dalam tempoh waktu setengah tahun itu, banyak perkara baru yang dicapai Rayyan Ariff. Malahan, dalam seumur hidupnya, perkembangannya paling pesat di saat saya berada disampingnya sepanjang waktu pada saat itu..
.
Badan yang semakin tegap hasil usaha mama dan all the therapists..
Dan di saat saya perlu kembali bekerja, saya tinggalkan Rayyan Ariff yang sedang pesat berkembang.. Lalu menjadikan perkembangannya kembali perlahan. Saya tidak pasti mengapa momentumnya menurun.. Kerna sepanjang tempoh setengah tahun itu, bukanlah seratus peratus fokus saya terletak pada Rayyan Ariff. Kerna banyak yang mengganggu seperti kesakitan dan perayaan. Mungkin kerana saya ibunya, maka dia memilih untuk lebih membangun bersama saya..
.
Berat hati saya untuk kembali bekerja. Namun kekangan kewangan dan bebanan hutang yang bertambah tidak memberi banyak ruang buat kami untuk memilih.. Dan sekembalinya saya bekerja, fokus terhadap tanggungjawab di pejabat juga terlaksana sebaiknya.. Saya cuba memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga.. InsyaAllah..
.
Namun, sebelum tibanya saya ke posisi sekarang, sudah banyak kedengaran 'burung'  yang berkicau.. 
"Huh, asyik cuti sahaja.. Mana aci.. Pergi fisio anak seminggu sekali.."
"Hmm.. Ada hati ke nak menambah anak kalau macam ni? Anak sorang keje pun tak betul.."
.
Banyak lagi kicauan sang burung. Dan ini cerita tahun-tahun lalu.. Saya diam. Saya senyum. Saya biarkan burung itu berkicau semahunya. Kini, di saat segalanya terletak cantik, burung itu diam sahaja.
.
Terkini, burung itu juga diuji dengan caranya tersendiri.. Meletakkan dirinya juga sama seperti apa yang pernah saya lalui suatu waktu dahulu.. Itulah, hidup ini umpama roda, tidak selalunya kita diatas. Dan saya bukannya bertepuk tangan dengan kisah kamu, saya cuma mengingatkan diri sendiri tentang hukum karma.. Mengingatkan diri sendiri agar tidak tertawa dengan kesakitan orang lain..
.
Kasihan sang burung itu kerna kicauannya tidak lagi sepadu dulu.. Dan hari ini, saya bercuti lagi untuk ke Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan, HUKM. Temujanji pertama buat Rayyan Ariff di hospital kerajaan.. =)
.
Jangan dirisaukan tentang pekerjaan, kerna apabila saya bercuti di sebelah pagi, bermakna saya akan bekerja lebih masa di sebelah petang. Untuk menggantikan apa yang terkurang.. OK tak si burung? :P
.
P/s - Kad OKU memberikan keistimewaan kepada Rayyan Ariff sekiranya ke hospital kerajaan yakni tiada caj akan dikenakan. Namun ironinya, saya tidak tahu dimana saya simpan kad itu!! *sigh*.. Owh takpe, bayar dulu, dan claim sahaja pada organisasi yang memberikan kemudahan medical tanpa limitasi itu.. :P

19 comments:

Mama Kembar Tiga said...

betul kata jiey, masa depan tak sapa tau camna nasib kita so jgn lah mengata org kan. biarkan je lah burung tu berkicau, jd background music je pun. ishh rayyan as usual, comel!!!

me suya said...

yes kak jiey..
hidup ni karma kan.. suya pun pernah munulis pasal ni.. one thing yang orang selalu lupa, what u give u get back.. hurm.. anyway rayyan semakin cute..hehehe take care kak jiey :)

yatie chomeyl said...

btol tu jiey, ore kade2 x kbar..sedap nok ngato ore laing..tibo2 pokkkk keno bate hidung sediri

Rokayah Zain said...

salam..

saya setuju dengan pandangan awak... kan bumi ini bulat.. sekejap kita kat atas.. sekejap kat bawah...

Semoga Rayyan Ariff akan selalu sihat dan membesar dengan sempurna.. insyaAllah...

Yasmin Nabilah.. said...

btl jiey..ina pun alami benda yg sama.slalu tiada dipejabat..dan sering half day..huhu..moga "si burung" dapat pengajaran dan ikhtibar atas perbuatannya..

Eray Majid said...

abg ian dah nampak tegap...alhamdulillah jiey :)

Intan and The Boys said...

takpela jiey. kita raa burung tu dah mengerti susah payah jiey dan keluarga dalam membesarkan Ian. seperti yang jiey tulis, dia pon skarang ni dalam kesusahan kan?

itulah. kita tak dapat jangka bila masa kita jatuh akan tiba. harap si burung tu dapat ambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

Kakmim said...

rayyan arif nampak dah semakin sihat... alhamdullilah....

Bicara hati ibu aisya said...

jiey..dimana-manapun mmg selalu ada 'sang burung' yang berkicau.kalau mengasyikkan xmengapa tp ada kalanya membingitkan telinga.apatah lagi menyakitkan hati yang mendengarnya.Huhuhu...

Alamak..kad OKU aisya masih xbuat-buat lagi.asyik pending jer ;P

Bicara hati ibu aisya said...

jiey..dimana-manapun mmg selalu ada 'sang burung' yang berkicau.kalau mengasyikkan xmengapa tp ada kalanya membingitkan telinga.apatah lagi menyakitkan hati yang mendengarnya.Huhuhu...

Alamak..kad OKU aisya masih xbuat-buat lagi.asyik pending jer ;P

mama ami rania said...

ye. sy pun selalu kena. kdg2 pujuk diri, x pelah mungkin dia belum merasai keperitan yang kita lalui sebab tu dia blh cakap bukan2..hakikatnya hati sangat2 sakit.

AIN NAZRI said...

ALhamdulilah, dengan bantuan kecik hosp gov nie mmg memberi kesan besar buat kita. especially mcm saya yg kekurgan ongkosnya. semoga Rayyan lebih maju perkembangannya.

produk ococ said...

hmm begitulah roda berpusing..

jija said...

salam awak sangat baik burung tu dah terime balasan die kan ........

Norhanafizah Husain said...

So, macamana dengan 1st appointment kat HUKM?saya lahirkan Aisy di sana dan saya rasa staff & doc kat sana memang best la cuma tak tahan dgn doc2 pelatih je..

nieNn_Luv said...

sabarlah jie.. mulut orang memang sukar ditutup. tak faham betul dengan orang yang mentalitinya rendah sebegini.. :( :( seronok sangat agaknya dapat menyakiti hati orang lain.. ;( :( semoga kekuatan demi kekuatan akan sentiasa bersama jie selalu ye, demi rayyan ariff tersayang~~ insyaAllah..

Asz said...

jiey... we r in the same boat ... i've been in this situation since ada ammar coz kerapkali bercuti panjang, ammar admitted & appt yg bermcm2 ... mula2 mmg rasa sgt2 sakit ati & sedih, sampai hati mereka2 itu.. tp lama2 saya lali ... mereka2 itu boleh berckp apa saja selagi mahunya kerana mereka blom diuji spt kita ... biarkanlah, bak kata jiey, hidup umpama roda kann ...

ieda said...

akak rasa rayyan berkembang dgn pesat masa jiey cuti kerana psychological support of having his mom by his side..
ttg burung tu..biarkanlah dia.

tengkuyu said...

true...I respect you for being a strong mother.....semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.....Amin.