Semalam, dari pejabat saya terus memandu ke Bahagian Kecemasan SDMC, hanya untuk mendapatkan sebotol Clonazepam. Clonazepam adalah ubat untuk mengawal serangan sawan Rayyan Ariff. Kerna itu, ubat yang dibancuh setiap dua minggu itu adalah sangat penting untuk tubuh kecil itu..
.
Pic : Google image. |
Keadaan jalanraya agak teruk semalam. Saya terpaksa berpatah balik ke pejabat untuk mengambil GL yang tertinggal padahal sudah separuh perjalanan saya memandu, keadaan hujan dan jalan yang sesak juga menjadi faktor utama kepada kepenatan yang memuncak. Sudahlah sudah dua hari saya mengikuti kursus forensic accounting di pejabat, terpaksa pula berpenat sebegini.
.
Saya juga maklum bahawa ubat itu mengambil masa untuk dibancuh. Pasti lama menunggu di hospital.
Dan seperti jangkaan, saya tiba di rumah jam 11.15 malam iaitu sewaktu Rayyan Ariff sudah tidur. Lalu hati berbisik, alangkah indahnya kalau Rayyan Ariff bebas dari sawan sepenuhnya. Dan waktu yang saya habiskan di jalanan dan di hospital semalam pastinya dapat saya manfaat di rumah, bermain-main dengan putera tercinta. Alangkah..
Dan seperti jangkaan, saya tiba di rumah jam 11.15 malam iaitu sewaktu Rayyan Ariff sudah tidur. Lalu hati berbisik, alangkah indahnya kalau Rayyan Ariff bebas dari sawan sepenuhnya. Dan waktu yang saya habiskan di jalanan dan di hospital semalam pastinya dapat saya manfaat di rumah, bermain-main dengan putera tercinta. Alangkah..
.
Namun ini janji tuhan dengan kami. Siapa tahu, berkat doa dan usaha yang tidak pernah putus, suatu masa nanti Rayyan Ariff tidak lagi perlu bergantung kepada dadah itu.. InsyaAllah..
.
*Mode penat, sakit kepala mahu tidur!*
=(
P/s - Siapa tahu kat mana boleh easily ambik Clonazepam? Klinik area umah kami tak boleh coz this is controlled medicine. Kalau tahu, share ek..
10 comments:
habib pun 2 mggu skali kami ke HKL amik ubatnyer..bancuh stgh jam then balik ke putrajaya...hospital putrajaya x pandai bancuh so dieorg bg tablet,potong 4 n then masuk dlm air baru kasi anak minum...
jiey
in case macam nih..why not mintak Specialist yg handle kes Ian wat surat @ memo sikit..so in case emergency nak pakai boleh tunjuk surat itu & beli tpt yg terdekat..
Itulah pengorbanan seorang ibu...untuk kesejahteraan permata hatinya yang tercinta.Semoga dipermudahkan segalanya.Moga rayyan sihat sentiasa.
salam peluk cium untuk ian yang comei.
Itulah pengorbanan seorang ibu...untuk kesejahteraan permata hatinya yang tercinta.Semoga dipermudahkan segalanya.Moga rayyan sihat sentiasa.
salam peluk cium untuk ian yang comei.
sabar ye..mudah-mudahan dengan segala kepenatan itu akan diberikan ganjaran kesihatan yang baik buat si comel Rayyan oleh Allah..
ubat ni mmg kena ambik kat hospital ja jiey..controlled item.
salam..
had been a silence reader for your blog..just to share that yes clonazepam in Malaysia it is classifed as DD ( dangerous drugs) so memang tak boleh purchase secara openly....
the only option to purchase outside is you can ask the specialist yang rawat your son kat SDMC for the prescription for this medicine and baru boleh beli kat tempat lain( klinik/hospital2 lain) ..prosedur for patients to purchase DD kat Malaysia memang macam tue coz kalau tak any clinics/ hospital/ pharmacist canot dispense the medications.
but bear in mind certain clinics/ tempat tak ada kemudahan utk bancuh kemudahan buat syrup this medicine for your son sebab nak buat syrup clonazepam nie kena kira ikut dos berapa yg your son's specialist prescribe..jadi maybe kalau beli ubat nie kat luar you kena tumbuk -tumbuk n hancur sendiri + water untuk buat dia dalam bentuk syrup :-)
Just to share the info..if you have a prescription and staying or working near Kota Damansara insyaallah i can help you to get the medicine legally from the specialist centre that i am working with a special price..can PM me for info( sorry terpanjang plaks komen)
salam
Salam Jiey,
Nok tolong tapi tok tahu klinik mano boleh bui ubat tu. Nanti kot Knur bulih tanyo my SIL sbb anok dio pun kalu tok silap keno ambik ubat tu.
kalau control med memang susah sikit nak dapat kot.
sian kt jiey..
nnt sy try tnye kwn sy yg pharmacist eh mn nk dpt ubt tu dgn sng.
Post a Comment